| 0 comments ]

Kerajaan memutuskan persaraan pilihan anggota sektor awam akan diluluskan dengan syarat mereka bersetuju dibayar 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 terlebih dahulu, mengikut mana yang lebih, ketika bersara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata bayaran selebihnya akan dibayar pada tarikh yang akan ditetapkan kerajaan, tetapi tidak melampaui tarikh anggota mencapai umur bersara wajib.

Katanya bagaimanapun wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) dan pencen bulanan akan dibayar sepenuhnya mengikut peruntukan undang-undang pencen.

Dalam satu kenyataan Jumat, Ismail menjelaskan bahawa ganjaran yang dimaksudkan akan dibayar kepada pesara selepas semua hutang piutangnya kepada kerajaan telah dijelaskan.

"Sekiranya ganjarannya didapati tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, maka baki hutang piutang akan ditolak daripada GCR, jika ganjaran dan GCR tidak mencukupi untuk menampung hutang piutang, bakinya akan ditolak daripada pencen pesara sehingga selesai," katanya.

Ismail berkata kelonggaran boleh diberikan atas sebab anggota atau ahli keluarganya memerlukan rawatan perubatan (berdasarkan surat akuan bertulis oleh pegawai perubatan Kerajaan), anggota atau ahli keluarganya memerlukan perbelanjaan pendidikan (berdasarkan surat tawaran dan penerimaan pengajian) dan anggota yang memerlukan kewangan bagi mengelakkan diri daripada tindakan kebankrapan (berasaskan dokumen berkaitan tindakan undang-undang).

Sekiranya anggota bersetuju dengan syarat bersara itu, mereka hendaklah mengisi dan mengemukakan Surat Persetujuan/Permohonan Pengecualian Syarat Penangguhan Bayaran Sebahagian Ganjaran Berkaitan Persaraan Pilihan, katanya.

"Memandangkan kelulusan permohonan persaraan pilihan bagi pegawai perkhidmatan awam negeri dilakukan oleh Pihak Berkuasa Negeri, Surat Lampiran B bagi mereka hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan satu salinan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) ketika permohonan faedah persaraannya dihantar, manakala permohonan pengecualian syarat penangguhan sekiranya ada hendaklah dicatatkan di atas surat yang sama untuk pertimbangan JPA," katanya.

Sekiranya pesara meninggal dunia sebelum menerima ganjaran sepenuhnya, baki ganjaran akan dibayar serta-merta kepada orang tanggungannya seperti ditafsirkan dalam Peraturan 15 (2),Peraturan-Peraturan Pencen 1980 atau Peraturan 13(2) Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990 iaitu balu atau duda; anak; balu atau duda dan anak; atau ibu kepada anggota yang mati atau sekiranya ibu mati, bapa tanggungannya.

Bagi anggota yang ingin supaya baki ganjaran tersebut dibayar kepada selain daripada orang yang dinyatakan, beliau hendaklah mengisi surat akuan seperti di Lampiran C (untuk pesara beragama Islam) atau lampiran D (untuk pesara bukan beragama Islam) dan surat itu hendaklah dikemukakan kepada JPA bersama dengan dokumen permohonan faedah persaraannya.

Ismail berkata syarat penangguhan bayaran sepenuhnya ganjaran berkaitan dengan persaraan pilihan itu hanya terpakai bagi kelulusan persaraan pilihan pada dan selepas 1 Feb tahun ini.

"Semua persaraan pilihan yang telah diluluskan sebelum 1 Feb 2010 walaupun tarikh kuat kuasa persaraannya adalah selepas tarikh itu akan dibayar ganjaran sepenuhnya," katanya.

(Sumber: Bernama - 29/1/2010 - 21:33pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengumumkan peruntukan tambahan RM700,000 setahun untuk setiap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, peruntukan tambahan itu bagi membiayai penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum pelajar.

(Sumber: BHarian Online : 29/1/2010 - 11:18am)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pelajaran bercadang untuk mewujudkan kategori sekolah cemerlang bagi memudahkan sekolah berkenaan mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan cepat.

Sekolah-sekolah ini akan dibimbing dan dibantu bagi mencapai kriteria yang diperlukan untuk menjadi SBT, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya sedang memikirkan mungkin kita akan wujudkan kategori yang bukan SBT tetapi cemerlang. Kita ada ranking kesemua 10,000 sekolah, baik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan tahu daripada jumlah itu di tahap mana prestasi sekolah-sekolah itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo) ke-45 di Cebu, Filipina - Rabu.

Ketika diminta mengulas mengenai guru-guru di Sabah dan Sarawak yang merasa "terhina dan "patah semangat" kerana tiada satupun sekolah di kedua-dua negeri itu tersenarai sebagai salah satu daripada 20 buah SBT yang diumumkan baru-baru ini, Muhyiddin berkata bukan sahaja Sabah dan Sarawak, Pahang juga tidak tersenarai.

"Ini bukan kerana kita menganak tirikan atau kita lupakan, tetapi asas pertimbangan yang dibuat pihak kementerian dalam meletakkan 20 buah sekolah terbaik itu adalah berdasarkan kriteria yang ketat," jelasnya.

"Kita tidak boleh kata setiap negeri mesti ada satu sekolah SBT, negeri ini ada tiga, setengah negeri pula tiada. Bukan kita hendak agihkan ikut negeri-negeri tetapi mengikut prestasi sekolah secara keseluruhan. Kebetulan pada tahun ini Sabah dan Sarawak tidak tersenarai daripada 20 buah SBT," katanya.

Beliau berkata daripada 20 buah SBT itu, beberapa sekolah berasrama penuh turut tersenarai yang mana terdapat juga pelajar dari Sabah dan Sarawak.

"Jangan ada pemimpin persatuan guru, kerajaan negeri, pengetua atau guru besar ataupun rakyat di Sabah dan Sarawak mengatakan kita tidak bagi perhatian. Soal standard dan piawaian tidak boleh dikompromi," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan mutu pelajaran di Sabah dan Sarawak seperti menyediakan infrastruktur dan menghantar guru terlatih bagi merapatkan jurang dan tahap pendidikan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta di antara bandar dan luar bandar.

(Sumber: Bernama - 27/1/2010 - 22:06pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Masalah jumlah graduan lepasan pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melebihi penawaran tidak akan menyebabkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dimansuhkan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata pengambilan KPLI tetap akan dijalankan pada bulan Jun ini.

"Program ni (KPLI) memang akan diteruskan kerana memang kami memerlukan guru sekolah," katanya selepas melawat projek asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Baru yang terbengkalai Rabu.

Katanya pengambilan bagi KPLI mungkin akan ditambah pada tahun hadapan namun ini akan bergantung pada faktor tertentu.

(Sumber: Bernama - 27/1/2010 - 20:24pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Waikato Institute of Technology New Zealand dengan kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan, InterPacific.net.com melabur sebanyak RM100 juta menubuhkan sebuah kolej kejururawatan di negeri Terengganu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kolej bertaraf antarabangsa itu akan beroperasi di Taman Ilmu di Besut pada Jun depan dengan sasaran 3,000 pelajar dari dalam dan luar negara dalam satu-satu masa.

"Kerajaan negeri tidak akan terlibat secara langsung tetapi hanya akan menyediakan segala kemudahan diperlukan oleh syarikat berkenaan di Taman Ilmu, Besut dengan sewa bangunan sebanyak RM20,000 sebulan," katanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini pada Rabu.

Kolej kejururawatan itu akan ditempatkan di Bangunan Kolej Teknologi Bestari di Saujana, Setiu buat sementara sebelum semua kemudahan di Taman Ilmu siap.

Ahmad berkata Waikato Institute of Technology New Zealand akan menyediakan tenaga pengajar, pensyarah dan petugas berkemahiran dari luar negara bagi melatih pelajar dari Asia Tenggara terutamanya Thailand, Laos dan Kemboja dalam bidang kejururawatan.

"Kolej ini merupakan sebuah universiti kepunyaan kerajaan New Zealand yang mempunyai 26,000 pelajar pada masa kini dan beberapa orang pegawai daripada Waikato telah datang ke Terengganu untuk memberi penerangan bagi penubuhan kolej itu baru-baru ini," katanya.

Ahmad berkata kerajaan menerima kolej itu beroperasi di Taman Ilmu kerana taman itu mempunyai pelbagai kemudahan yang perlu digunakan sebaik mungkin.

"Taman Ilmu seluas 280 hektar yang serba lengkap seperti perpustakaan, masjid, asrama, dewan perlu digunakan sebaiknya untuk mengelakkan ia menjadi projek gajah putih," katanya.

(Sumber: Bernama - 27/1/2010 - 19:04pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Mesyuarat Kabinet Rabu bersetuju untuk meluluskan peruntukan tambahan yang diperlukan bagi membolehkan Kementerian Pelajaran meneruskan Program Bantuan Persekolahan (PBS), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran peruntukan itu adalah untuk bantuan makanan asrama, skim bantuan tuisyen pelajar miskin, bantuan pakaian seragam pasukan beruniform, Rancangan Makanan Tambahan, elaun murid berkeperluan khas serta sukan dan ko-kurikulum.

Beliau berkata kementerian itu menganggarkan sebanyak RM700 juta akan ditambah dalam peruntukan Bajet 2010 bagi kementerian itu.

"Jumlah itu berdasarkan kiraan yang dibuat secara kasar. Perinciannya akan dirunding dengan Menteri Kewangan supaya mana-mana yang kita terpaksa potong dan kesannya mula terasa, kita sediakan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang pleno Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo) ke-45 di Cebu, Filipina.

Muhyiddin berkata akibat kekangan kewangan yang dihadapi, kementerian itu tidak dapat meneruskan bantuan yang selama ini disediakan sehingga menimbulkan masalah terhadap ibu bapa dan pelajar.

Bagaimanapun, beliau berkata di atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasa bimbang terhadap situasi ini dan tidak mahu ibu bapa terus rasa terbeban dengan kekurangan peruntukan, PBS akan dapat diteruskan.

"Ini menunjukkan betapa prihatinnya Perdana Menteri dan saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang mengambil kira tentang tanggungan yang harus dibuat oleh ibu bapa, beban yang ditanggung oleh pelajar," katanya.

Untuk Bajet tahun ini, kerajaan hanya memperuntukkan RM25.52 bilion untuk Kementerian Pelajaran berbanding RM31 bilion dalam Bajet 2009.

(Sumber: Bernama - 27/1/2010 - 21:01pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 68 buah Sekolah Menengah Teknik di seluruh negara akan distruktur semula untuk dijadikan Sekolah Menengah Vokasional menjelang 2012.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia bagi menampung keperluan pelajar dalam bidang kemahiran selain untuk mengelakkan persepsi "second class" kepada sekolah vokasional.

"Usaha kita sekarang adalah untuk menukar balik sekolah teknik ini kepada sekolah vokasional dan menjelang 2012 sebanyak 68 buah sekolah teknik akan menjadi sekolah vokasional.

"Sebab itu kita kena memantapkan mutu pendidikan vokasional di negara ini dan kita tak mahu orang melihat sekolah vokasional ini kelas kedua," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar bagi Parlimen Dungun dan program Juara Rakyat di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun di sini, hari ini.

Katanya, sekolah vokasional sebelum ini diwujudkan dengan tujuan memberikan kemahiran kepada pelajar yang kurang meminati bidang akademik.

Selain itu beliau berharap kursus yang ditawarkan di sekolah aliran vokasional mampu menepati kehendak pasaran kerja.

"Kita berharap kursus di (sekolah) vokasional ini boleh menawarkan bidang yang memberi peluang pasaran kerja kepada mereka, contohnya bidang penerbangan.

"Kalau di Indonesia, bagi mereka yang mengambil kursus vokasional bidang penerbangan ini, industri sedang menunggu mereka untuk diambil bekerja," katanya.

Mohd Puad berkata, setakat ini sekolah vokasional belum lagi menawarkan bidang berkenaan dan kementerian sedang mengkaji untuk mewujudkan bidang tersebut.

Pada 1 Disember tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan membina lebih banyak Sekolah Menengah Vokasional di seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran dilaporkan berkata bahawa penguasaan dalam bidang vokasional dapat memenuhi keperluan tenaga mahir yang begitu mendesak ketika ini untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

(Sumber: Bernama - 26/1/2001 - 16:50pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.

"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:
  • Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
  • Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
  • Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
  • Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
  • Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
  • SMS Muzaffar Syah (Melaka)

Sekolah Menengah Harian:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
  • SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
  • SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
  • SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah:
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
  • SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
  • SK Bukit Damansara (KL)
  • SK Zainab (2) (Kota Bharu)
  • SK Convent Kota (Taiping)
  • SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Sekolah diberi autonomi:
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.

Kriteria pemilihan SBT :
  • Pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Melahirkan personaliti unggul.
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

(Sumber: Berita Harian - 25/1/2010 - Berita Utama)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar adalah antara sembilan kesalahan serius yang akan dikenakan denda maksimum RM300 dalam Ops Bersepadu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bermula dari 8 hingga 22 Februari, 2010.

foto pelajar sekolah tak pakai topi keledar.. elakkan perangai sebegini.Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata dua kesalahan itu dikenal pasti sebagai penyebab kepada kecederaan serius yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan maut.

Apakah tujuh lagi kesalahan serius lain?..

"Tujuh kesalahan serius lain terdiri daripada memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, memandu secara berbahaya dan membawa muatan lebih had," katanya semasa melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2010 di Plaza Tol Sungai Besi dekat sini pada hari Khamis.

Beliau berkata sembilan kesalahan itu dikenal pasti oleh satu 'mini lab' penguatkuasaan yang diadakan baru-baru ini anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

"Ini sebagai satu amaran awal kepada orang ramai sebab biasanya bila seseorang itu didapati sabit kesalahan di sisi undang-undang trafik, ada yang kata dia tak tahu langsung tentang kesalahan yang dilakukan. Jadi, saya di sini nak pesan supaya semua mesti tahu sembilan kesalahan serius yang dikenal pasti," katanya.

Sementara itu kempen bersepadu yang bertemakan 'Buckle Up, It Is The Law' dianjurkan hari ini bertujuan memastikan pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati dan sentiasa memakai tali pinggang keledar semasa memandu, terutama pada musim perayaan.

Walaupun undang-undang mengenai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang dikuatkuasakan setahun yang lepas, rakyat Malaysia dilihat masih perlu diingatkan secara berterusan supaya memakai tali keledar itu demi keselamatan mereka.

Sehingga kini, hampir 300 kematian dicatatkan akibat kecuaian pengguna kenderaan tidak memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang.

(Sumber: Bernama - 21/1/2010 - 21:57pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Asariah Meor Sharuddin.

Beliau berkata syarat itu yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar berkualiti dan guru pakar telah dilaksana sejak pengambilan tahun lepas.

"Kalau dahulu kita tak tekankan pada bidang pengkhususan pelajar semasa mereka di universiti kerana bagi kita memadai sekiranya mereka ada ijazah pertama. Tetapi sekarang mereka perlu ada ijazah dalam sesuatu subjek yang ingin diajar.

"Contohnya kalau mereka ingin mengajar subjek Matematik, mereka perlu ada ijazah dalam subjek itu bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI ambilan Januari 2010, di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas di sini, pada Selasa.

Mengenai jumlah pengambilan pelajar pada tahun ini, beliau berkata seramai 1,473 orang daripada 60,000 pemohon dipilih untuk mengikuti 17 bidang pengajian di 27 buah kampus institut pendidikan guru yang pendaftarannya bermula semalam.

"Kita mungkin akan membuat dua kali pengambilan iaitu pada Januari dan Julai seperti yang kita buat pada tahun lepas. Namun ia berdasarkan kepada keperluan, sekiranya terdapat pengurangan barulah kita akan buat pengambilan," katanya.

Beliau berkata pemilihan calon juga akan mengambil kira keperluan kawasan asal pemohon berkenaan bagi memastikan pemohon yang layak akan kembali bertugas di negeri masing-masing.

"Contohnya kalau ada keperluan di Sabah dan Sarawak, maka kita beri keutamaan pada calon tempatan kalau mereka penuhi syarat," katanya.

(Sumber: Bernama - 19/1/2010 - 18:29pm)

Jelas bahawa keperluan memiliki ijazah pengkhususan bagi subjek bakal diajar ini adalah menjelaskan maksud kriteria "2. ijazah yang tepat" dalam artikel KRITERIA PEMILIHAN CALON KPLI sebelum ini.



Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Berikut adalah kriteria pemilihan calon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) setakat ini seperti yang dijelaskan oleh Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam siaran akhbar Berita Harian dan Harian Metro, bertarikh 18/1/2009.

KRITERIA PILIH CALON KPLI
  1. Lulus cemerlang ujian saringan;
  2. Ijazah yang tepat;
  3. Diperaku panel temuduga;
  4. Calon lelaki mencapai umur maksimum 35 tahun;
  5. Calon berasal dari kawasan pedalaman;
  6. Calon berpengalaman sebagai guru GSTT;
  7. Calon OKU, Orang Asli & Bumiputera Sabah & Sarawak;
  8. Calon yang mempunyai keistimewaan seperti berkebolehan memainkan alat muzik;
Sumber maklumat:
1. Jawapan KPM pada 18/1/2010, bagi surat Harian Metro 21/12/2009
2. Jawapan KPM pada 18/1/2010, bagi surat Berita Harian 21/12/2009

Untuk makluman, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Jun 2009 dan Januari 2010 adalah melatih guru bagi mengisi keperluan sekolah di pedalaman Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Pos Malaysia Bhd Isnin melancarkan Pos-Automated-Machine (PAM) atau Mesin Automatik Pos, dan Pos-On-Wheel (POW) atau Pejabat Pos Bergerak.

PAM kini boleh didapati di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur manakala POW akan bergerak di lokasi-lokasi terpilih di Kuala Lumpur.

Pada asasnya, PAM merupakan terminal layan diri yang serupa dengan mesin ATM bank tetapi yang pertama seumpamanya yang disepadukan dengan perkhidmatan pos.

"Kedua-dua perkhidmatan ini akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat," kata Pos Malaysia dalam satu kenyataan.

"Dalam tempoh 'suai kenal' ini, masa beroperasi bagi PAM ialah dari pukul 6.00 pagi hingga 11.30 malam. Lama kelamaan perkhidmatan ini akan disediakan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

"Kami merancang untuk mengadakan 30 unit PAM lagi dalam tahun 2010," kata syarikat itu.

POW menawarkan perkhidmatan yang serupa dengan pejabat pos biasa dan kini boleh mengendalikan transaksi online dengan menggunakan hubungan satelit.

"Kami bercadang mengadakan menambah tujuh unit POW dalam tahun 2010," jelas kenyataan itu.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar, berkata dalam kenyataan itu: "POW akan membolehkan kita memberikan perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan (unit bergerak boleh pergi ke beberapa tempat dalam sehari), manakala PAM memberikan lebih kemudahan kerana perkhidmatan itu boleh didapati selepas waktu pejabat".

(Sumber: Bernama - 18/1/2010 - 21:03pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kira-kira 28% atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65% daripada mereka adalah Bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65% mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan Bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum Bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan Bumiputera yang mendaftar," katanya di sini, hari ini.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah
11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.

Sehubungan itu, Wan Ahmad meminta kerjasama daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan belia serta mana-mana pihak yang ingin membuat perjumpaan atau apa jua acara membabitkan penyertaan yang ramai seperti karnival atau pesta supaya turut memaklumkan kepada pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

Dengan itu, katanya, pejabat pilihan raya negeri dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih, sebagai satu kemudahan mendaftar kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut.

"Mereka boleh telefon saja untuk beritahu tentang perjumpaan itu, dan SPR sangat berbesar hati untuk membuka kaunter di sana," katanya.

Beliau berkata, SPR juga akan melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih melalui pembukaan kaunter di pusat membeli-belah, hari pelanggan di pejabat-pejabat kerajaan dan pesta-pesta tertentu, sebagai pilihan kepada orang ramai selain mendaftar di 700 pejabat pos di seluruh negara.

Selain itu, katanya SPR juga sering turun padang ke kawasan-kawasan pedalaman, selain melantik Penolong Pendaftar Sementara di kalangan parti-parti politik untuk mendaftarkan mereka yang layak ini.

“SPR juga akan meminta kerjasama media elektronik seperti radio dan televisyen untuk menimbulkan kesedaran terhadap golongan yang belum berdaftar itu agar segera mendaftar,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata, ia semua tertakluk kepada sikap individu itu sendiri, kerana kajian oleh SPR sebelum ini mendapati sikap suka menunggu hingga ke saat akhir adalah punca utama mengapa mereka belum berdaftar walaupun telah layak untuk berbuat demikian.

"Setiap kali pilihan raya umum diadakan, SPR menerima lebih satu juta borang pendaftaran baru, jadi bayangkan dalam tempoh satu atau dua bulan borang itu perlu disahkan. Bila tak sempat didaftar dan mereka tidak boleh mengundi mereka salahkan SPR, padahal mereka boleh mendaftar pada bila-bila masa sepanjang tahun.

"Rakyat perlu sedar bahawa pilihan raya negara kita mengamalkan sistem majoriti mudah, kalau menang satu undi pun dikira menang, jadi rakyat perlu tahu tanggungjawab mengundi adalah tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan negara dan kita sebagai rakyatnya, bukan hanya bersemangat bercakap tentang masa depan negara saja tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih," katanya.

(Sumber: Bernama - 18/1/2010 - 14:28pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak akan mempamer senarai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bagi mereka yang mendaftar dari 1 Okt hingga 31 Dis 2009.

Pengarah Pilihan Raya Negeri, Ahmad Adli Abdullah berkata mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut boleh membuat semakan di Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat Pos, Pejabat Penghulu dan Pejabat Daerah.

Pameran dibuka dari 20 hingga 26 Jan pada waktu pejabat.

Pejabat Pilihan Raya Negeri boleh dihubungi melalui talian 05-2494113, 05-2494120 dan 05-2494121.

(Sumber: Bernama - 18/1/2010 - 14:51pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

JAWATANKUASA Inovasi Buku Teks akan membuat pembaharuan bagi memperkemaskan bentuk fizikal buku teks, termasuk mengurangkan saiz hingga 20 peratus berbanding sekarang.

Pengarah Bahagian Buku Teks (BBT), Mohd Adenan Deraman, berkata pembaharuan itu membabitkan buku teks cetakan baru berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermula sesi persekolahan 2011.

Katanya, proses inovasi merangkumi usaha mengecilkan saiz buku teks itu diharap dapat mengurangkan masalah buku berat hingga menyukarkan pelajar membawanya.

Beliau berkata, proses inovasi itu antara lain bertujuan memastikan bentuk fizikal buku teks lebih mesra pelajar dan mudah dibawa ke mana-mana, selain mengurangkan kos cetakan.

“Pengstrukturan semula itu juga penting dalam usaha menghasilkan buku teks yang memenuhi aliran bahan bacaan semasa dengan memiliki ciri rekaan kreatif dan inovatif.

“Perkembangan positif ini perlu dijadikan contoh supaya buku teks tidak bersifat tradisi hingga mengurangkan minat pelajar membacanya.

“Perubahan ini diharap menjadikan buku teks bukan saja bahan rujukan pelajar, malah bacaan umum,” katanya ketika ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.

Mohd Adenan berkata, perubahan itu turut mengambil kira penggunaan ilustrasi dan grafik bagi memastikan persembahannya menarik dan menjadi sumber rujukan utama, selain buku tambahan.

Perubahan fizikal buku teks ini, katanya, tidak menjejaskan kandungan berdasarkan silibus yang sudah ditetapkan mengikut tahap pelajar.

“Kami akan memanggil ahli jawatankuasa pengstrukturan buku teks, antaranya wakil sektor teknikal BBT, Dewan Bahasa dan Pustaka serta penerbit terpilih.

“Perbincangan diadakan dalam tempoh terdekat bertujuan mengumpul idea sebagai panduan dalam menghasilkan buku teks bersifat kreatif dan inovatif,” katanya.

Dalam perbincangan itu, Mohd Adenan menjelaskan pihaknya akan mengemukakan konsep diperlukan, antaranya kandungan, persembahan dalaman, kulit dan susun atur serta saiz yang lebih bersifat mesra pengguna.

Katanya, berdasarkan konsep asas itu, penerbit diminta mengemukakan contoh terbaik bagi memastikan cadangan serta persembahan mereka dipersetujui.

Beliau berkata, pengstrukturan itu sejajar dengan penetapan 2010 sebagai "Tahun Kreativiti dan Inovasi" bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan persembahan dalam memperkemas pengurusan sesebuah organisasi.

“Kami mengharapkan proses ini membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara dengan menyediakan bahan bacaan berkualiti memenuhi keperluan pelajar dan membantu proses pengajaran dan pembelajaran berkesan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa), Zainora Mohamad, berkata pihaknya yakin usaha kementerian itu menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan utama di sekolah.

Beliau berkata, rekaan inovasi perlu mengambil kira pelbagai faktor, antaranya penambahan kos, konsep dan pendekatan yang lebih bersifat mesra pelajar.

Selain itu, bagi mata pelajaran tertentu contohnya Geografi atau Sains, katanya, ia turut mengambil kira faktor nilai ditambah.

“Penyediaan sisipan atau lipatan antara muka surat juga perlu disediakan sesuai dengan topik dalam bab berkenaan, termasuk penggunaan gambar eksklusif,” katanya.

(Sumber: BHarian - 18/1/2010 - Pendidikan)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pelajaran tidak teragak- agak untuk menggantung atau membuang pelajar yang didapati mengingkari peraturan pemakaian topi keledar ketika menunggang motosikal di kawasan sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, tindakan akan diambil sekiranya pelajar terbabit masih ingkar setelah menjalani beberapa sesi kaunseling dan penyelesaian lain termasuk memanggil ibu bapa atau penjaga.

Katanya, sekiranya ia berlaku di luar kawasan sekolah, pihak polis boleh menyaman pelajar berkenaan di atas kapasiti penunggang motosikal dan pihak kementerian bersedia untuk memberi kerjasama.

Beliau berkata, sekolah adalah platform terbaik untuk mendidik pelajar dan bukannya satu medan menghukum bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

“Dalam sekolah memang bidang kuasa pihak sekolah. Setiap keputusan akan dibuat berdasarkan Disiplin Pelajar Kaedah 1959 selain melihat betapa serius kesalahan tersebut.

“Kalau tegur pun tidak memberi sebarang kesan maka kita akan ambil tindakan yang sewajarnya.

“Sekiranya mereka masih enggan mematuhi peraturan berkenaan, pihak sekolah boleh menghubungi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Topi Keledar Kanak-Kanak Genting di Sekolah Kebangsaan Nusantara, di sini hari ini.

Program kesedaran pemakaian topi keledar dengan betul itu melibatkan kira-kira 500 murid dari lapan sekolah rendah di sekitar Johor Bahru.

Ia merupakan kempen kelapan anjuran bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Majlis Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pelajaran, Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya (RSMC) dan Genting Malaysia Berhad.

Turut hadir Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh dan Timbalan Presiden Perkhidmatan Korporat Genting Malaysia Berhad, Kay Prakash.

Menurut Ka Siong lagi, tabiat memakai topi keledar hanya ketika sekatan jalan raya atau terserempak dengan pihak berkuasa perlu dikikis sebelum ia menjadi sebati dalam diri masyarakat.

“Mengikut kajian, memakai topi keledar dengan betul mampu menyelamatkan kira-kira 2,000 daripada 6,000 mangsa kemalangan jalan raya,” katanya.

(Sumber: Utusan - 18/1/2010 - Dalam Negeri)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pelajaran mengarahkan pihak sekolah supaya meningkat aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti kokurikulum terutama di luar kawasan sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata langkah itu bagi memastikan setiap aktiviti yang dilakukan tidak membahayakan pelajar.

Beliau mengulas mengenai insiden perahu naga yang karam di pantai Lebuh Macallum di Pulau Pinang, Ahad pagi.

"Kita menggalakkan aktiviti kokurikulum, tetapi aspek keselamatan pelajar terutamanya aktiviti sukan air perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Setakat ini seorang pelajar Jason Ch'ng, 17, dan seorang guru Chin Ai Fang, 28, telah ditemui mati lemas dalam kejadian itu.

Empat lagi pelajar iaitu Brandon Yeoh, 17, Yong Xiang, 16, Koh Yiz Hiang, 17, dan Cheah Zi Jun, 17, belum ditemui.

Mereka adalah antara 18 anggota pasukan pendayung perahu naga Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Ling, Air Itam di sini yang sedang menjalani latihan bagi menghadapi Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang pada pertengahan tahun ini.

Beliau menyampaikan ucapan takziah daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada keluarga mangsa.

(Sumber: Bernama - 17/1/2010 - 21:21pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memperluas sistem pendidikan berteraskan konsep Ulul Al-bab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara.

Pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu bertujuan bagi melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang dalam bidang pendidikan, malah mempunyai sahsiah diri yang tinggi untuk dunia dan akhirat.

Beliau berkata setakat ini sistem pendidikan berteraskan konsep itu sudah diperkenalkan di MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu dan MRSM Gemenchih, Negeri Sembilan.

"Konsep pendidikan Ulu Al-Bab ini lebih merupakan sistem tambah nilai kepada sistem pendidikan yang sedia ada di MRSM di seluruh negara, bagi melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga memiliki sahsiah diri yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas di majlis kesyukuran MRSM Pasir Tumboh yang muncul sebagai MRSM terbaik di seluruh negara dalam peperiksaan Penilaian Menenegah Rendah (PMR) tahun lepas.

Idris berkata sebuah lagi MRSM seumpama itu akan diwujudkan di utara negara, bagaimanapun tempatnya masih belum diputuskan lagi.

Menurutnya setakat ini MARA mempunyai 42 MRSM di seluruh negara, tidak termasuk empat hingga lima buah yang masih dalam pembinaan.

"Kami akan menambah beberapa buah lagi MRSM, termasuk di Malaysia Timur bagi menampung keperluan pelajar yang kian meningkat setiap tahun," katanya.

Mengenai kejayaan pelajar MRSM dalam peperiksaan PMR tahun lepas, Idris berkata ia berkat daripada kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan semua pihak, termasuk tenaga pengajar, ibu bapa dan pelajar sendiri.

(Sumber: Bernama - 17/1/2010 - 17:04pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

"Semua berlaku dalam sekelip mata...kami semua cemas dan panik dan ada antara kami yang terus tenggelam," kata seorang mangsa terselamat dalam kejadian bot perahu naga terbalik akibat dipukul ombak di Pulau Pinang pada hari Ahad.

Kuah Zi Xu, 17, ketika menceritakan detik kecemasan yang dialaminya, berkata selepas mendayung selama 45 minit, mereka cuba membuat pusingan 'U' untuk berpatah balik apabila secara tiba-tiba bot mereka dipukul ombak tinggi.

"Kerana dipukul ombak, bot kami kemudiannya terlanggar sebuah tongkang di kawasan perairan itu sebelum terbalik dan kami semua terjatuh ke dalam air," katanya yang duduk mendayung pada bahagian belakang bot itu.

Pelajar tersebut adalah antara 12 mangsa yang terselamat dalam peristiwa sedih tragedi itu ketika menjalani latihan di kawasan perairan dekat Lebuh Macallum di sini pada pukul 8.45 pagi tadi.

Katanya, selepas itu ramai di antara mereka terselamat apabila berenang ke arah sebuah bot yang secara kebetulan berada di kawasan berhampiran untuk menyelamatkan diri.

Kuah, yang masih trauma dengan tragedi itu, menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang sukar dipercayai.

"Saya macam tidak percaya, saya tak mahu cerita lagi, saya sangat sedih", katanya.

Jurucakap Pasukan Mencari dan Menyelamat, Timbalan Penguasa Bomba, Skein Citbanchong, berkata, setakat ini dua orang, iaitu pelajar Jason Ch'ng 17 dan seorang guru Chin Ai Fang telah ditemui mati lemas.

Empat lagi pelajar Brandon Yeoh, 17, Yong Xiang, 16, Koh Yiz Hiang, 17, dan Cheah Zi Jun, 17 masih belum ditemui.

Mereka adalah antara 18 anggota pasukan pendayung perahu naga Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Ling Air Itam di sini yang sedang menjalani latihan bagi menghadapi Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang pada pertengahan tahun ini.

(Sumber: Bernama - 17/1/2010 - 15:03pm)

Khabarnya, kegiatan acara sukan itu tiada masalah, tetapi isunya kurang keprihatinan tentang aspek pemakaian jaket keselamatan bagi aktiviti di kawasan berair.

"Jaket keselamatan yang ada cukup untuk semua orang tapi hanya 10 hingga 11 orang sahaja memakainya, yang lain enggan. Selalunya kami semua pakai setiap kali latihan," begitu luah Kuah Zi Xun, 17.

(Update: Utusan - 18/1/2010 - Dalam Negeri)


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 10 comments ]

Keputusan Tawaran Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu & Tingkatan Empat 2010

  • Tingkatan 1 : 5,900 tempat ; Jumlah permohonan : 23,400
  • Tingkatan 4 : 3,400 tempat ; Jumlah Permohonan : 15,000
  • Tarikh Pendaftaran : 17 Februari, 2010 (Rabu)

Senarai kira-kira 5,900 pelajar Tingkatan Satu yang memperoleh keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan berjaya mendapat tempat melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan diketahui 1 Februari ini.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Muhammad, berkata keputusan untuk memasuki 39 MRSM seluruh negara itu boleh diperoleh secara online menerusi laman web Mara pada tarikh berkenaan.

"Keseluruhannya seramai 23,400 permohonan diterima, tetapi hanya yang layak dan memenuhi syarat akan tersenarai seperti memperoleh keputusan 5A, selain pelajar luar bandar, keluarga berpendapatan rendah serta aktif dalam kokurikulum.

"Semua pelajar yang berjaya perlu mendaftar ke MRSM pada 17 Februari ini," katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Selain Mara, Kementerian Pelajaran juga menawarkan 6,600 tempat ke sekolah berasrama penuh (SBP) kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang UPSR.

Ibrahim berkata, pihaknya sudah pada peringkat akhir menyaring calon yang mengemukakan permohonan untuk ditawarkan tempat ke MRSM awal bulan depan.

Bagi lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang memohon memasuki Tingkatan Empat ke MRSM pula, beliau berkata, sebanyak 3,400 tempat disediakan di maktab berkenaan di seluruh negara.

"Sebanyak 15,000 permohonan diterima dengan pertimbangan utama akan diberikan kepada pemohon yang memperoleh keputusan minimum 6A termasuk A untuk Sains dan Matematik," katanya.

(Sumber: BMinggu - 17/1/2010 - Nasional)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 3 comments ]

Kira-kira 3,000 pelajar Universiti Malaya (UM) telah melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam pelbagai bidang kritikal seperti kejuruteraan, perubatan dan pergigian sejak Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan negara pada 1982.

Pro-Canselor UM Toh Puan Hajah Dr Aishah Ong berkata dasar itu yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed telah berjaya mencapai matlamatnya apabila graduan berkenaan memperoleh ilmu, kepakaran dan etika kerja rakyat negara itu.

"Melalui Dasar Pandang ke Timur, Malaysia sering menjalin kerjasama dengan negara Jepun dalam bidang ekonomi, perindustrian, latihan teknologi, akademik, penyelidikan dan pengurusan.

"Ekoran kejayaan dasar ini, kerajaan Jepun memutuskan untuk meningkatkan lagi jumlah pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke universiti di Jepun," katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam bagi meraikan pelajar yang menamatkan kursus Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) sesi 2009/2010 di sebuah hotel di sini, pada hari Sabtu.

Beliau berkata kompleks Ambang Asuhan Jepun (AAJ) di Pusat Asasi Sains, UM yang dihadiahkan negara Jepun pada tahun 1982 melambangkan kerjasama erat dua negara.

"Para pelajar perlu jelas tentang matlamat penghantaran mereka meneruskan pengajian ke Jepun. Sesungguhnya, semua pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengikuti pengajian persediaan di Ambang Asuhan Jepun adalah pelajar terpilih untuk meneruskan pengajian ke Jepun," katanya.

AAJ menawarkan kursus dalam bidang kejuruteraan, perubatan, pergigian dan farmasi dengan pelajar perlu mengikuti kursus persediaan selama dua tahun.

RPKJ dijalankan secara kerjasama di antara Pusat Asasi Sains UM, JPA dan kerajaan Jepun.

Para pelajar yang terpilih merupakan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka perlu mengikuti kursus intensif bahasa Jepun dan mata pelajaran asas sains dan sosial selama dua tahun untuk memenuhi keperluan peperiksaan sebelum layak memasuki universiti-universiti di Jepun.

(Sumber: Bernama - 17/1/2010 - 10:34am)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Pelajar lepasan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh membuat semakan tawaran permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat - Sekolah Berasrama Penuh (SBP) secara online mulai hari ini - 15 Januari 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata mereka menawarkan 4,500 tempat ke Tingkatan Empat di SBP tahun ini. Kementerian telah menerima 46,318 permohonan tahun ini termasuk 28,188 pelajar mencapai keputusan semua A dalam PMR tahun lepas.

Katanya pelajar yang berjaya mendapat tempat ke SBP perlu membuat pendaftaran pada 2 Feb depan.

Bagaimanapun, pemohon yang gagal mendapat tempat ke SBP boleh membuat rayuan secara online menggunakan e-rayuan bermula hari ini, 15 Januari hingga 8 Feb ini. Rayuan secara bertulis adalah tidak digalakkan.

Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran selesai, katanya.

(Sumber: Kenyataan Media Kementerian; Bernama - 15/1/2010 - 14:17pm)


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Kementerian Pelajaran akan menambah semula peruntukan makanan bagi sekolah berasrama kepada 240 hari setahun dalam tempoh terdekat selepas mengambil kira kesukaran ibu bapa menyediakan perbelanjaan tambahan anak mereka pulang ke rumah setiap minggu berikutan asrama tidak menyediakan makanan setiap Sabtu dan Ahad.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian turut mengambil kira pelajar daripada keluarga miskin yang tidak mampu membayar tambang pergi dan balik ke rumah setiap minggu atau menyediakan duit tambahan membeli makanan.

Beliau berkata, aspek keselamatan pelajar yang terpaksa pulang setiap hujung minggu turut diberi pertimbangan kerana mereka biasanya bersendirian, termasuk ke kawasan pedalaman.

"Sehubungan itu, kementerian akan .menambah semula peruntukan makanan bagi sekolah berasrama kepada 240 hari berbanding 200 hari setahun yang ditetapkan sebelum ini

"Pada masa sama, kementerian akan meneruskan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk membantu murid dalam kelompok Ketua Isirumah Miskin Tegar (KIRMT)," katanya di Jeti Karakit di sini, semalam.

Mengikut Pekeliling Kementerian Pelajaran tahun lalu, berlaku pengurangan peruntukan makanan daripada 250 hari kepada 200 hari bagi sekolah berasrama dan 250 hari bagi sekolah pendidikan khas berasrama berbanding 270 hari sebelumnya.

Peraturan itu turut merangkumi ibu bapa atau penjaga berpendapatan RM5,000 ke atas yang perlu membayar RM3 sehari, manakala berpendapatan bawah RM4,999 pula RM1 sehari.

Arahan itu membabitkan asrama di sekolah harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan dan seni.

Terdahulu, Mohd Puad melawat tiga sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pulau Banggi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Karakit, SK Batu Layar, SK Look Tohok dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi.

Tiga lagi sekolah di daerah pedalaman di utara Sabah turut dilawati beliau iaitu SMK Kanibongan dan SK Kanibongan, Pitas yang bekongsi bangunan dan SMK Tandek, Kota Marudu.

(Sumber: BHarian Online - 14/1/2010)


Berkaitan:

  1. Pindaan Kepada Bayaran Makanan Asrama Sekolah
  2. Isu Murid Asrama Sesi 2010 - Kena Balik Kampung Setiap Minggu ? Tiada Makanan Sabtu Ahad?

Syukurlah.. 4 perenggan pertama tulisan Berita Harian itu, dah menjawab beberapa isu dalam artikel ke-2 di atas. Ibubapa yang ada anak di asrama rasanya dah boleh tarik nafas lega sedikit.

Berikut adalah Surat Siaran dari Bahagian Kewangan, KPM bertarikh 8 Januari, 2010 bertajuk Pelaksanaan Bantuan Makanan Asrama (BMA) Kementerian Pelajaran Malaysia 2010 (klik untuk baca).

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa terdapat pindaan terhadap pelaksanaan bantuan makanan asrama sekolah tahun ini ekoran kekangan peruntukan bajet mengurus bagi kementerian itu.

Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dalam satu kenyataan media hari ini berkata berdasarkan pindaan itu, kementerian memutuskan untuk menaikkan bayaran Bantuan Makanan Asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari bagi pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM5,000, bayaran RM1 sehari dikekalkan manakala pelajar di kalangan keluarga miskin dikecualikan sepenuhnya seperti amalan sebelum ini.

Beliau berkata kerajaan terpaksa menanggung kenaikan subsidi daripada RM14 kepada RM16 sehari bagi setiap pelajar di mana sebahagian daripada pelajar berkenaan adalah terdiri daripada kalangan keluarga yang berkemampuan.

Katanya, sekiranya kadar subsidi itu diteruskan sepenuhnya, kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar.

"Kementerian telah merangka beberapa langkah penjimatan dengan mengambil kira bahawa penjimatan ini tidak akan menjejaskan program-program kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar," katanya.

Dr Zulkurnain berkata bagi memastikan terdapat penjimatan, pengurusan makanan di sekolah perlu lebih cekap di mana pihak sekolah perlu menyediakan peraturan yang lebih kemas untuk memastikan pelajar yang ingin pulang di hujung minggu dimaklumkan lebih awal supaya pesanan bilangan makanan dapat dikurangkan dan penjimatan dapat dilaksanakan.

Menurut beliau, sekolah telah diberi peruntukan berasaskan perkiraan 200 hari dengan jumlah pelajar yang maksimum dan jika ini tidak mencukupi, kementerian akan mengambil tindakan bagi menampung keperluan tersebut.

"Sekolah tidak harus memaksa mana-mana pelajar untuk pulang pada cuti hujung minggu atau cuti umum dan mereka yang tinggal di sekolah tidak dikenakan apa-apa bayaran tambahan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Zulkurnain berkata peruntukan tambahan akan dibekalkan sekiranya peruntukan awal berasaskan perkiraan 200 hari tidak mencukupi, dan sekolah juga boleh menggunakan baki peruntukan tahun-tahun sebelumnya untuk tujuan ini.

"Kutipan Yuran Makanan Asrama (YMA) yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau penjaga buat masa ini masih dikekalkan untuk 200 hari dengan kadar RM1 sehari dan RM3 sehari bagi pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan RM5,000 dan lebih," katanya.

Beliau turut berharap agar semua pihak dapat sama-sama berganding bahu memikul cabaran dan tanggungjawab dalam merealisasikan agenda pendidikan nasional berikutan kedudukan kewangan pada tahun ini.

(Sumber: Bernama - 14/1/2010 - 14:31pm)

Berkaitan:
  1. Isu Murid Asrama Sesi 2010 - Kena Balik Kampung Setiap Minggu ? Tiada Makanan Sabtu Ahad?


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Lebih 90 peratus alat pemadam api mudah alih yang terdapat di premis-premis di seluruh negara tidak boleh digunakan untuk memadam api kerana mengalami pelbagai kerosakan.

Kerosakan pada alat keselamatan kebakaran itu turut melibatkan premis-premis milik kerajaan serta pusat beli-belah.

Ketua Unit Komunikasi dan Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Penguasa Kanan Bomba 1, Morni Mamat memberitahu Utusan Malaysia, kerosakan tersebut berpunca daripada kecuaian pemilik premis menyelenggara serta menyimpan peralatan tersebut dengan cermat.

Akibatnya, kata beliau, serbuk kering iaitu sejenis bahan kimia seperti debu di dalam tabung tersebut beku dan tidak boleh digunakan lagi.

Selain itu, kata beliau, ada juga tabung alat keselamatan kebakaran tersebut sudah 'kosong' kerana telah digunakan tetapi tidak diisi semula.

Beliau berkata, lebih dibimbangi ialah sikap ambil mudah terhadap penyelenggaraan peralatan tersebut turut dilakukan oleh pemilik-pemilik restoran iaitu premis yang paling berisiko terdedah dengan kebakaran.

"Kelalaian seumpama itu boleh mengundang padah. Jika kebakaran kecil berlaku di premis mereka alat tersebut tidak mampu memadamkan api.

"Kebakaran akan cepat merebak dan membahayakan keselamatan pelanggan-pelanggan mereka,'' katanya semasa ditemui di pejabat beliau di Putrajaya.

Jelas beliau, peralatan memadam tersebut perlu sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan penyelenggaraannya dilakukan secara berjadual.

"Tabung alat pemadam api mudah alih itu mesti hantar ke balai bomba berhampiran setahun sekali untuk pemeriksaan,'' katanya.

Beliau mendedahkan, daripada pemantauan yang dibuat, lebih 90 peratus pemilik premis cuai menyelenggara dan menjaga peralatan itu menyebabkan ia tidak boleh digunakan pada waktu kecemasan.

Kata Morni, walaupun semakin banyak pemilik premis mematuhi arahan memasang alat keselamatan kebakaran tetapi kesedaran untuk memastikan alat itu berfungsi sangat rendah.

"Terdapat juga premis-premis milik kerajaan yang turut mengabaikan penjagaan peralatan tersebut sehingga dikompaun.

"Kecuaian seperti itu juga berlaku di beberapa pusat beli-belah negara ini, sekali gus mendedahkan kepada orang ramai risiko yang besar jika berlaku kebakaran," katanya.

Beliau juga mengingatkan pemilik premis bahawa tabung alat pemadam api tidak boleh diletakkan di merata-rata tempat bagi mengelakkan kerosakan.

"Dry powder (serbuk kering) di dalamnya boleh membeku jika tabung tersebut diletakkan atas simen atau stor yang berkunci.

"Ada juga yang menggunakan tabung alat pemadam api sebagai penyendal pintu sehingga merosakkan peralatan tersebut,'' katanya.

Sementara itu, Morni menjelaskan, pemasangan alat keselamatan kebakaran telah diwajibkan oleh kerajaan di setiap premis yang mempunyai keluasan minimum 20 x 70 kaki persegi. Kata beliau, peraturan itu termaktub di bawah Akta Peruntukan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

"Pemilik-pemilik premis yang gagal mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Bomba yang membawa denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Denda tambahan boleh dikenakan sejumlah RM100 setiap hari daripada tarikh amaran sehingga alat pemadam api tersebut dipasang di premis mereka,'' katanya.

Orang ramai boleh membuat aduan jika terdapat premis yang tidak mempunyai alat pemadam keselamatan kebakaran di talian 03-88880964 atau balai-balai bomba berhampiran.

(Sumber: Utusan - 14/1/2010 - Wilayah Kota)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan RM53 juta setahun menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi menaja pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam dan luar negara.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon berkata, sejak YTN ditubuhkan pada 1993, 9,253 mahasiswa diberi bantuan pendidikan dengan jumlah tajaan melebihi RM500 juta.

“Mahasiswa ini ditaja mengikuti bidang teras TNB seperti kejuruteraan, teknologi maklumat, perakaunan, kewangan dan bisnes untuk pasaran kerja dalaman TNB,” katanya.

Beliau berucap pada majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang dan Penganugerahan Biasiswa Pelajar Baru YTN di Dewan Musytari di Residence Hotel Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Noriah berkata, YTN turut membelanjakan RM524 juta untuk menunaikan tanggungjawab sosial dalam sektor pendidikan.

“TNB nampaknya maju merintis masa hadapan bagi pembangunan modal insan bermula dari sekolah rendah dengan terlaksananya program pintar pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah-sekolah angkat,” katanya.

Pada majlis itu, 36 graduan yang berjaya menamatkan pengajian dengan kelas pertama dan keputusan purata nilai gred terkumpul (CGPA) 3.67 ke atas tahun lalu menerima Anugerah Pelajar Cemerlang.

(Sumber: Utusan - 13/1/2010 - Pendidikan)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Inisiatif kerajaan untuk membolehkan pelajar universiti memiliki netbook sendiri dengan perkhidmatan jalur lebar percuma sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelajar dan pensyarah.

Pakej daripada Telekom Malaysia Berhad itu yang akan diperkenalkan tahun ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2010 pada Oktober tahun lepas.

Buat permulaan, TM akan menawarkan pakej netbook termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma kepada 100,000 pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun. Pelajar tahun pertama dan daripada keluarga berpendapatan rendah akan diutamakan.

"TM akan membuat pengumuman mengenai penawaran pakej ini bersama butirannya tidak lama lagi," kata Aziz A.Hadi, Naib Presiden Produk Runcit TM, kepada Bernama.

Katanya selain menyumbang ke arah meningkatkan kadar penembusan jalur lebar ke arah memanfaatkan ICT sebagai penggerak masyarakat berpengetahuan, pakej komputer itu juga akan menyokong langkah kerajaan bagi meningkatkan kemahiran modal insan.

Pada tahun 2008, terdapat 400,949 penuntut tempatan yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan 399,852 di institusi pengajian tinggi swasta di negara ini.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya Mohd Ridzuan Mohammad menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai tepat bagi membantu pelajar mengakses maklumat dengan cepat.

"Ianya memudahkan pelajar mencari rujukan dan juga untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini sama ada isu semasa dan juga apa sahaja yang dibuat oleh peringkat dunia dan juga dalam negara kita.

"Cuma yang saya harapkan adalah ruang yang diberikan oleh kerajaan ini akan dapat sambutan baik oleh pelajar dan mereka akan gunakannya untuk perkara yang positif, dengan erti kata lain mereka tidaklah menyalahgunakan dan sebagainya," katanya.

Hanapi Azizul, 23, penuntut sarjana pengurusan dan pentadbiran di Universiti Teknologi Malaysia, berkata inisiatif itu akan membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

"Kalau nak beli broadband dengan netbook itu sendiri mungkin tak mampu, biasiswa yang dapat pun kadang-kadang tak cukup, dengan adanya perkara seperti ini sedikit sebanyak membantu kami.

"Contohnya duit biasiswa, pinjaman, atau duit yang diberikan oleh ibu bapa bolehlah kami jimatkan dan simpan. Manalah tahu kalau ada perkara penting nanti nak dibuat seperti praktikal di luar, masa itulah pelajar banyak nak guna duit " katanya Hanapi.

Beberapa pensyarah universiti yang ditemubual Bernama menyokong usaha kerajaan tersebut kerana mereka berpendapat kemudahan komputer dan jalur lebar merupakan satu keperluan dalam dunia sekarang.

Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Che Ibrahim Salleh berkata dengan adanya pembayaran secara ansuran itu, pelajar dapat merasai komitmen untuk mendapatkan pakej tersebut.

Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Abdul Mua'ati @ Zamri Ahmad berkata bayaran itu sangat berpatutan.

"Kalau kerajaan bagi free sahaja pun tak dihargai, kita tengok macam bantuan buku teks di sekolah-sekolahkan banyak yang tak dijaga, koyak, diconteng dan sebagainya. Itu sebab free.

"Tapi bila kena bayar RM50 sahaja bukan hanya pelajar mampu tetapi akan timbul rasa sayang dia kepada alat tu. Dan alat itu boleh digunakan untuk pembelajaran dia, jadi saya rasa langkah itu sesuatu yang bagus," katanya.

Ketua Jabatan Komunikasi Kolej Universiti Islam Selangor, Nur Aina Nabila Dundai Abdullah, berkata pelajar memang memerlukan kemudahan tersebut untuk menjadi lebih berdaya saing dengan pelajar negara luar.

"Memang cukup baguslah, biasanya pelajar pergi kafe siber sahaja...terlalu terhad masa yang digunakan untuk dapatkan maklumat, tapi dengan adanya kemudahan seperti ini sudah tentu ke mana sahaja mereka pergi mereka dapat akses internet," katanya.

(Sumber: Bernama - 12/1/2010 - 10:19am)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Pegawai perkhidmatan pelajaran lepasan diploma dan siswazah yang mengajar di sekolah, institusi pendidikan guru, Institusi Aminudin Baki dan kolej matrikulasi dipelawa untuk memohon jawatan Guru Cemerlang 2010.

Borang permohonan boleh diperolehi antaranya daripada institusi pendidikan, pejabat pelajaran daerah, jabatan pelajaran negeri dan laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my), menurut kenyataan kementerian itu hari ini.

Tarikh tutup permohonan bagi calon dari Kelantan, Kedah dan Terengganu adalah pada 21 Jan dan bagi negeri-negeri lain ialah 22 Jan.

(Sumber: Bernama - 11/1/2010 - 17:33pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pelajaran telah mengarahkan semua pengetua dan guru besar supaya meningkatkan langkah keselamatan di sekolah masing-masing berikutan kejadian melontar bom petrol ke atas pondok pengawal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent di Taiping, Ahad.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata mereka diperingatkan agar mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bilangan 4/2002 Perlaksanaan Program Sekolah Selamat sebagai garis panduan dalam menangani perkara yang berkaitan dengan keselamatan sekolah dan murid-murid.

"Arahan juga diberi kepada pihak pengawal keselamatan sekolah supaya mengambil tindakan kawalan yang lebih di kawasan masing-masing. Mereka hendaklah menghubungi polis dengan segera sekiranya didapati ada apa-apa yang mencurigakan," katanya kepada pemberita selepas melawat SMK Convent tersebut Isnin.

Beliau berkata keselamatan di SMK Convent serta sekolah lain di seluruh negara adalah selamat serta terjamin dan para pelajar, ibu bapa serta guru tidak perlu bimbang berhubung kejadian itu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mengingatkan semua ahli politik agar tidak keterlaluan dengan memainkan isu serangan ke atas beberapa gereja sebelum ini untuk menagih simpati atau pun kepentingan politik mereka.

Beliau melawat Gereja Katolik St. Louis yang terletak bersebelahan SMK Convent Taiping itu, yang dipercayai turut menjadi sasaran serangan tersebut.

Gereja All Saints di Jalan Taming Sari di sini turut dilemparkan dengan bom petrol Ahad, 10 Jan.

(Sumber: Bernama - 11/1/2010 - 15:19pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Malaysia Airlines (MAS) akan menawarkan tambang murah menerusi kempen "Everyday Low Fares" bagi penerbangan domestik dan antarabangsa bermula Isnin hingga Jumaat (11/1/2010 - 15/1/2010).
Pengurus Besar Kanan Pengurusan Rangkaian dan Pendapatan MAS Dr Amin Khan berkata tawaran harga rendah yang menarik ini adalah untuk laluan domestik perjalanan dari 22 Feb hingga 15 Nov dan dari 22 Feb hingga 17 Dis untuk sektor antarabangsa.

"Sejak kami memperkenalkan "Everyday Low Fares" tahun lalu, kami menjual tiket dengan nilai lebih daripada RM350 juta dengan tiga destinasi paling popular bagi rakyat Malaysia adalah London, Melbourne dan Hong Kong," katanya dalam satu kenyataan.

Amin berkata mulai Isnin hingga Khamis, mereka yang mahu ke Hong Kong boleh terbang ke bandar raya itu hanya dengan RM419 untuk perjalanan sehala.

Pelancong di Semenanjung Malaysia boleh menikmati tambang sehala keseluruhan serendah RM89, RM193 untuk destinasi di Asean, RM419 untuk China dan benua kecil India RM469, katanya.

Beliau berkata "Everyday Low Fares" adalah kesempatan yang baik untuk mendapatkan tawaran harga tiket penerbangan dalam memperbaiki perubahan ekonomi.

" Pelanggan dapat menikmati tawaran terbaik dengan perjalanan kemudian kerana kita menyediakan fleksibiliti dalam tempoh perjalanan selama 10 bulan," katanya.

Untuk menjadikannya lebih menarik, Amin berkata MASholidays menawarkan pakej percutian menarik dalam tempoh tempahan dan perjalanan yang sama dengan kempen itu, dan menawarkan pakej pelancongan ke pantai, tapak ekopelancongan, warisan dan destinasi pelancongan terkini seperti Pulau Pinang (daripada RM354), Bali (daripada RM694), Bangkok (daripada RM679) dan Hong Kong (daripada RM1,470).

Para pelancong boleh menempah dan menyemak pakej-pakej lain di www.masholidayz.com, katanya.

(Sumber: Bernama - 11/1/2010 - 00:20am)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan kawalan keselamatan di semua rumah ibadat seluruh negara dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, tindakan itu susulan tiga kejadian gereja dibaling bom petrol dalam tempoh 24 jam semalam, masing-masing di Taman Melawati, Petaling Jaya dan Damansara. Dikatakan sebuah lagi menerima ancaman.

"Siasatan rapi sedang dibuat berhubung kejadian ini, namun saya tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan isu kalimah Allah itu.

"Kita juga sedang mengenalpasti pihak bertanggungjawab dalam kejadian ini. Namun, siasatan awal mendapati insiden itu tidak dirancang rapi dan dilakukan oleh individu yang terlalu emosional," katanya.

(Sumber: BHarianOnline - 8/1/2010 - 13:19pm)

Salah satu gereja ialah gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati. Pemimpin gereja itu, Mejar (B) Peter Yeow berkata beliau mendapat panggilan telefon mengenai kebakaran tersebut pada kira-kira pukul 12 malam Khamis. Bahagian yang terbakar ialah tingkat bawah bahagian pentadbiran bangunan yang berusia 12 tahun itu.

(Sumber: Bernama - 8/1/2010 - 15:14pm)

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kawalan keselamatan di gereja di seluruh negara dipertingkatkan dengan polis mengadakan rondaan yang lebih kerap.

"Kita juga sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu namun siasatan awal mendapati kejadian itu tidak dirancang secara rapi dan dilakukan oleh individu yang terlalu emosional," katanya.

Beliau berkata insiden pertama berlaku pada kira-kira pukul 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Katanya, berikutan itu berlaku kebakaran yang mengakibatkan kerusi dan buku-buku agama di tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu musnah.

"Seorang pengawal keselamatan telah menyaksikan insiden tersebut dan kita sedang mengambil keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan terutama untuk mengenal pasti individu terbabit dan motosikal yang digunakan," katanya.

Musa berkata kejadian kedua berlaku di Gereja Assumption di Petaling Jaya pada kira-kira pukul 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kira-kira pukul 9 pagi.

Beliau berkata bagaimanapun bom petrol dalam botol yang dibaling oleh lelaki bermotosikal ke dalam dua-dua gereja itu tidak pecah dan tidak mengakibatkan kebakaran.

Hishammuddin turut meminta pihak gereja menghubungi polis atau beliau sendiri jika terdapat ancaman ugutan atau perkara yang mencurigakan berlaku.

"Semalam sahaja, saya mendapat satu panggilan telefon kira-kira pukul 6 petang daripada pihak sebuah gereja yang memaklumkan mereka menerima ugutan daripada pihak tertentu.

Justeru saya menasihatkan kepada semua pihak gereja untuk membuat laporan polis jika diugut atau terus menghubungi saya di talian 019-2823701 agar kita boleh bertindak segera," katanya.

Sementara itu, Musa berkata polis turut memantau laman web yang didapati menjadi batu api dengan menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang dan mengajak mereka untuk berhimpun secara haram.

Katanya polis tidak teragak-agak untuk menahan penulis-penulis blog yang sengaja mencetuskan rasa tidak senang dan kemarahan orang ramai di bawah Akta Hasutan.

(Sumber: Bernama - 8/1/2010 - 15:41pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jumaat mengambil alih tanggungjawab menyelia dan memantau 22,747 lagi Orang Kena Pengawasan (OKP) dari pihak polis, menjadikan jumlah yang diawasi mereka kini menjangkau 58,670.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu yang berlangsung di sini menyaksikan 14 buku yang mengandungi senarai OKP yang masih aktif melapor diri kepada polis itu diserahkan kepada AADK.

Ketua Penolong Pengarah AADK Dr Sabri Zainudin Zainul berkata semua OKP itu merupakan kes-kes pengawasan yang membabitkan kesalahan mengikut seksyen 15 (1)(a) dan seksyen 38b Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bercakap kepada pemberita di sini Jumaat beliau berkata menerusi pengambilalihan itu, selepas OKP berkenaan melapor diri di balai polis tertentu atas arahan mahkamah, mereka akan diselia dan dipantau oleh pegawai AADK di daerah berhampiran.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam turut hadir menyaksikan majlis menandatangani MOU pagi ini.

(Sumber: Bernama - 8/1/2010 - 11.10am)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

e-Book Untuk Semua Murid Tahun Enam

Kerajaan negeri memutuskan untuk membekalkan 25,000 buku elektronik, e-Book kepada murid tahun enam di negeri ini tahun ini, empat bulan lebih awal daripada sepatutnya.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, berbanding tahun lalu, e-Book mula diberi kepada murid pada Jun dan selain peralatan itu, kira-kira 800 komputer riba juga akan disalurkan kepada guru-guru Tahun Enam mulai bulan depan.

Beliau memberitahu, 25,000 lagi e-book akan diserahkan kepada murid tahun empat yang dijangka dilaksanakan Jun ini, menjadikan kesemua 50,000 murid mendapat kemudahan itu tahun ini.

"Kita jangka kesemua murid ini mendapat e-Book selewat-lewatnya penghujung Jun ini dan murid tahun enam boleh duduki ujian penggal secara online," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kuala Terengganu semalam.

Ahmad berkata, kemudahan e-Book itu disediakan bagi melengkapkan lagi persediaan murid serta pelajar menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan kemampuan mencapai keputusan cemerlang.

Selain itu jelasnya, dengan bantuan e-book para pelajar juga akan menjalani ujian secara latih tubi sebelum memilih 10 pelajar terbaik.

"Kita akan pilih 10 pelajar terbaik dan mereka akan diberi hadiah sebagai insentif daripada kerajaan negeri," tambah beliau.

Laptop Untuk Semua Guru Tahun Enam

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pemberian komputer percuma itu dibuat dalam usaha memantapkan proses pengajaran di kalangan 800 guru darjah enam menerusi program e-Book sebagai alat bantuan mengajar.

Katanya, pemberian alat bantuan mengajar itu diharap akan meningkatkan kecemerlangan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

"Saya berharap kos sebanyak RM1.4 juta untuk pembelian komputer riba itu akan memberikan pulangan sewajarnya iaitu peningkatan pencapaian pada peperiksaan tahun ini," katanya kepada pemberita pada majlis Penghargaan Kecemerlangan UPSR Terengganu 2009 di Stadium Negeri di Kuala Terengganu, hari ini.

Menurut Ahmad lagi, syarikat Intel Corporation (Intel) bakal mengadakan tiga siri kursus bermula bulan ini untuk mempertingkatkan kecekapan guru-guru menggunakan komputer riba bagi diaplikasikan ke dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.

Bermula pertengahan tahun ini kesemua murid tahun enam akan diwajibkan menduduki peperiksaan secara sistem dalam talian online setiap bulan.

"Bagi mengekalkan kecemerlangan pelajar-pelajar sehingga tiba hari peperiksaan sebenar UPSR, latih tubi setiap bulan melalui online akan dibuat dan setiap bulan kita akan memilih pelajar cemerlang untuk diberikan sagu hati.

"Selain itu, komputer riba guru-guru tersebut turut dilengkapkan dengan sistem pemantauan bagi mengelakkan pelajar-pelajar menyalahgunakan kemudahan sistem tersebut ketika sesi pembelajaran," jelasnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, kerajaan negeri bersedia menyediakan kemudahan dan infrastruktur bagi membina sekolah berasrama untuk memenuhi permintaan kemasukan ke sekolah terbabit.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Pusat diminta menyediakan peruntukan bagi penyediaan guru dan pembayaran gaji mereka.

"Kerajaan negeri boleh menyediakan kemudahan sekolah berasrama namun tidak mampu untuk membayar gaji para guru.

"Jika Pusat sanggup menyediakan guru, kita bersedia membina sekolah berasrama di negeri ini pada bila-bila masa," ujarnya.

(Sumber: Utusan - 7/1/2010)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa atau dikenali sebagai "gerhana matahari anulus" pada 15 Jan ini antara pukul 3 petang hingga 5.45 petang berikutan "sentuhan pertama" bulan ke cakera matahari.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata orang ramai dapat menyaksikan matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang.

"Langkawi merupakan lokasi strategik dengan litupan maksimum di Malaysia iaitu sebanyak 40 peratus dan bahagian pantainya yang menghala ke arah barat begitu sesuai dengan sentuhan terakhir iaitu sewaktu matahari terbenam," kata agensi itu dalam kenyataan di sini Khamis.

Kenyataan itu berkata peratus matahari dilindungi oleh bulan semakin mengurang ke bahagian tengah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Gerhana matahari anulus akan kelihatan dengan lintasan selebar 300km merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur, apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun tidak menutupi mataharinya kerana saiz bulan yang lebih kecil, dan matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera bulan, katanya.

Angkasa berkata gerhana ini pernah berlaku pada 26 Jan 2009 dan sempena gerhana kali ini, agensi itu akan menganjurkan program pencerapan gerhana matahari mulai 2.30 petang hingga 6 petang di Planetarium Negara Kuala Lumpur bagi tujuan mendedahkan dan menanamkan minat masyarakat terhadap astronomi.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah tayangan 'Dawn of the Space Age' dan 'SOS Planet' di Teater Angkasa, takilmat gerhana matahari dan kuiz di perkarangan planetarium serta melawat galeri pameran.

Pada program pencerapan gerhana itu, kaca mata gerhana eksklusif serta 'Eclipse Mints' akan diberi kepada pengunjung paling awal, dan Angkasa juga akan menyediakan teleskop untuk mereka melihat gerhana itu.

Orang ramai yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara boleh melayari www.angkasa.com.my untuk menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 3 petang hingga 5.40 petang pada hari berkenaan.

Sementara itu, Pusat Sains Negara dalam kenyataan di sini Khamis berkata pusat itu akan ditutup kepada orang ramai dari 18 Jan hingga 31 Mac untuk kerja pengubahsuaian. Ia akan dibuka semula pada 1 April.

(Sumber: Bernama - 7/1/2010 - 17:19pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) 2009 akan dikeluarkan pada Isnin 11 Januari 2010.

Majlis Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan Khamis berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi SMS dengan menaip MUET No. K/P dan hantar ke 36363 mulai pukul 12.01 tengah malam 11 Januari 2010, atau dengan melayari laman web http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut.

Seramai 79,206 calon menduduki ujian itu di 905 pusat di seluruh negara tahun lepas, menurut kenyataan itu.

(Sumber: Bernama - 7/1/2010 - 18:38pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pelajaran akan mengadakan ujian dalam tempoh dua bulan ini kepada murid Tahun Satu bagi mengenal pasti tahap kemahiran mereka dalam menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata melalui pendekatan 3M itu, yang akan ditingkatkan dengan pengenalan program Literasi dan Numerasi (Linus), pihaknya dapat mengetahui tahap setiap pelajar sebelum ditempatkan di kelas masing-masing.

Beliau berkata kelas-kelas pemulihan akan diberikan kepada murid-murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M selepas siri ujian itu dilakukan.

"Kita akan mengambil inisiatif secara menyeluruh. Semua murid yang masuk Tahun Satu, kita kena pantau dalam tempoh beberapa bulan, kita akan buat ujian.

"Jika terdapat pelajar yang tidak berapa sempurna penglihatan atau pendengaran sehingga sukar untuk kuasai 3M, kita akan adakan program khusus kerana matlamat kita, selepas tiga tahun bersekolah semua murid dapat menguasai 3M," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru 2010 kepada warga Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Khamis.

Terdahulu semasa berucap, Muhyiddin berkata pengenalan program Linus pada peringkat sekolah rendah akan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M.

Katanya kadar literasi dalam kalangan murid sekolah rendah pada masa ini adalah 87 peratus dan peningkatan sebanyak tiga peratus disasarkan pada tahun ini.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian penilaian ke atas sistem pendidikan negara pada tahun hadapan dengan kerjasama Petubuhan Pendidikan, Saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi memastikan sistem pendidikan negara terus relevan dan berdaya saing.

Langkah itu, katanya bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan untuk menambah baik sistem pengurusan pendidikan, kurikulum, latihan perguruan, proses pengajaran dan pembelajaran serta aspek-aspek lain secara keseluruhannya.

"Kajian tersebut mungkin mengambil masa antara enam bulan hingga setahun," katanya.

(Sumber: Bernama - 7/1/2009 - 16:40pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Dua harga petrol berbeza untuk warga negara dan bukan warga negara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Beliau berkata, kepada warga negara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermakna bukan semua warga negara akan menikmati subsidi yang disediakan.

"Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah," katanya selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd di Petaling Jaya.

Golongan yang mendapat subsidi, katanya, akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol.

"Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10.

"Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warga negara, akan membayar RM2.10 atau lebih," katanya.

Ismail berkata, kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei.

“Selain mengekalkan subsidi minyak, kerajaan juga masih mengekalkan subsidi gas, gandum, dan juga gula,” katanya.

Menurut Ismail, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen.

"Tahun lalu kerajaan memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilogram, namun disebabkan kenaikan harga gula dunia yang mendadak sejak Ogos tahun lalu, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1.00, sebab itu kita naikkan harga," katanya.

Dengan subsidi 80 sen yang diberikan itu, katanya kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion tahun ini berbanding RM720 juta tahun lalu.

(Sumber: Bernama - 7/1/2010 - 15:53pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, cedera selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam satu kemalangan di Ipoh pada jam 9.30 pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Wan Abdullah Ishak, berkata kejadian berlaku ketika Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam perjalanan dari kediaman beliau di Sungai Rokam menuju ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah di sini.

"Mohammad Nizar, yang bersendirian, dipercayai cuba mengelak sebuah kenderaan lain yang keluar dari sebuah simpang di Jalan Dr Raja Nazrin Shah, menyebabkan kereta Toyota Camry dipandunya, hilang kawalan dan terbalik," katanya hari ini.

Mohammad Nizar, yang mengalami kecederaan pada bahagian dada, kaki dan tangan, kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut. - Bernama

(Sumber: BHarian Online - 7/1/2010 - 2.00pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Calon yang memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa Ambilan Januari 2010 boleh membuat semakan mengenai keputusan tawaran itu di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my mulai esok (8/1/2010).

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia meminta calon yang berjaya ditawarkan mengikut KPLI-SR supaya mencetak surat tawaran sementara dan membawa surat tersebut ke Institut Pendidikan Guru pada hari pendaftaran.

Menurutnya calon yang berjaya juga diminta mematuhi arahan yang diberi dengan teliti, kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka tidak layak didaftar di institut pendidikan guru.

(Sumber: Bernama - 7/1/2010 - 13:57pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...