| 0 comments ]

Seramai 4,138 atau 63.3 peratus calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lepas memperoleh sijil dengan pangkat sekurang-kurangnya Maqbul (lulus).

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, 413 calon memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) dengan 50 daripadanya mendapat gred cemerlang dalam kesemua 10 mata pelajaran, 804 mendapat Jayyid Jiddan (sangat baik) dan 1,961 Jayyid (baik) dan selebihnya Maqbul.

Meskipun terdapat penurunan jumlah calon yang memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang), terdapat peningkatan jumlah calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan iaitu pertambahan sebanyak 196 orang, Jayyid (554 orang) dan Maqbul(259) berbanding 2009, katanya ketika mengumumkan analisis keputusan STAM 2010 di Kementerian Pelajaran di sini pada Isnin.

Abdul Ghafar berkata kesemua calon yang memperoleh sijil layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan atau ke Universiti Al-Azhar di Mesir.

"Seramai 3,178 calon yang mendapat pangkat Mumtaz hingga Jayyid layak memohon untuk melanjutkan pelajaran Universiti Al-Azhar," katanya.

Sebanyak 10 mata pelajaran ditawarkan kepada calon STAM yang meliputi bidang bahasa, sastera Arab, syariah dan usuludin.

Abdul Ghafar berkata pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam yang meletakkan STAM setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah menarik minat lebih ramai calon untuk menduduki peperiksaan itu pada tahun lepas iaitu 6,537 orang berbanding 4,694 calon pada 2009.

"Kita melihat lebih ramai calon tahun ini berjaya mendapat sijil berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan mereka membuka lebih ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau memasuki alam pekerjaan," katanya.

Calon yang tidak berjaya boleh menduduki semula atau memperbaiki pencapaian untuk sebarang mata pelajaran yang kurang memuaskan.

Mereka diberi peluang untuk mendaftar bagi menduduki semula peperiksaan itu pada 31 Mac ini.

(Sumber: Bernama - 31/1/11 - 12:51PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Murid daripada keluarga miskin, yang tidak tersenarai dalam program e-Kasih, dijangka mendapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada Mac atau April ini, kata Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.

Beliau berkata bantuan daripada Kementerian Pelajaran tersebut dapat disalurkan melalui sekolah masing-masing berikutan kelonggaran yang diberi kepada murid terbabit di Tahun Tiga dan ke atas agar mereka tidak tercicir dalam sistem persekolahan.

"Banyak aduan mengenai perkara tersebut, terutamanya daripada ibu-bapa dari golongan miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri saya di Dalat telah diterima," katanya ketika merasmikan program mensejahterakan rakyat anjuran Pertubuhan Untuk Masyarakat Miskin Bandar Kuching (SKUP)dan Jawatankuasa Ehsan Sarawak (JES), Jabatan Ketua Menteri di Kampung Sinar Budi Baru, Desa Wira di Kuching, hari Isnin.

Bagi mengatasi masalah kemiskinan bandar yang berada dalam tahap 33.8 peratus pada masa kini dibanding 44.8 peratus untuk luar bandar di Sarawak, katanya kerajaan melaksanakan pelbagai program bagi meningkat pendapatan, latihan dan kerjaya, bantuan pendidikan serta rumah dan pembangunan masyarakat setempat.

Beliau berkata landskap kehidupan semasa menyaksikan kadar urbanisasi berkembang pesat dengan 63 peratus daripada penduduk tinggal di bandar, yang penuh cabaran, terutama bagi golongan miskin kerana kos sara hidup yang tinggi, pendapatan yang rendah dan masalah tempat tinggal.

Dalam memahami dan menghargai peranan yang dimainkan oleh masyarakat sivil, khasnya sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing, Fatimah meminta lebih ramai individu, syarikat korporat tampil untuk memberi sumbangan dana kepada pertubuhan sukarelawan seperti SKUP.

Setakat ini SKUP telah membantu membekalkan makanan kepada kira-kira 200 orang miskin setiap hari di enam lokasi di bandar Kuching dan jumlah tersebut dijangka akan meningkat kepada 300 orang, katanya.

Katanya dana SKUP sedia ada untuk menyediakan kemudahan perlindungan serta menjalankan program latihan hanya cukup untuk menampung aktiviti bantuan sehingga Jun ini.

Berdasarkan statistik kemiskinan bagi suku tahun semasa, beliau berkata 23,782 ketua isi rumah dilaporkan untuk seluruh Sarawak, termasuk 22,089 di luar bandar dan 1,693 di bandar.

(Sumber: Bernama - 24/01/2011 - 4:32PM)


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Berikut adalah pautan untuk membuat semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 - Ambilan Pertama bagi tahun 2011. Klik saja untuk terus ke pautan membuat semakan.

1. Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM - Tingkatan Satu

2. Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM - Tingkatan Empat

Semoga berjaya!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 3 comments ]

Keputusan pemilihan dan penempatan pelajar ke Tingkatan Empat SBP diumumkan hari ini, 18 Januari 2011.

Pelajar yang mendapat tawaran akan mendaftar di SBP berkenaan pada 7 Februari.


Tahun ini, Kementerian Pelajaran menerima 46,506 permohonan untuk kemasukan Tingkatan Empat di SBP berbanding tempat yang ditawarkan sebanyak 5,300 sahaja.

Pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh membuat rayuan secara atas talian dengan menggunakan e-rayuan pada pautan yang sama di atas.

Tempoh rayuan ialah mulai 18 Januari hingga 2 Februari iaitu selama 14 hari.

Semoga berjaya!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Semakan Keputusan Tawaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah
KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011


Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Keputusan Tawaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011 boleh dibuat mulai 14 Januari 2011 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : http://www.moe.gov.my

Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip MOE KPLI3 dan hantar ke 15888. Contoh : MOE KPLI3 780803105677

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kira-kira 9,000 calon yang gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ia dilaksana pada 2003 bakal menghadapi kemungkinan dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 240 jam.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata pelaksanaan hukuman itu pada tahun ini selaras dengan pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang mula dikuatkuasa November 2009.

"Kita dah ubah akta, mereka ini tak didenda lagi tapi mereka dikenakan hukuman khidmat masyarakat," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kem PLKN Princess Haliza, di sini Jumaat.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Sebelum pindaan itu, calon yang ingkar mengikuti kursus itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Abdul Latiff berkata senarai calon yang ingkar itu telah diserah kepada polis untuk disiasat dan dibawa ke mahkamah, dan hukuman itu akan dikenakan sekiranya mereka didapati bersalah.

Beliau berkata mereka juga masih diwajibkan untuk menghadiri program itu selepas menjalani hukuman.

Dalam perkembangan lain Abdul Latiff berkata kajian keberkesanan PLKN yang melibatkan 62,000 responden telah dibentang kepada jemaah menteri dan mereka berpuas hati dengan hasil kajian itu.

"Respon yang diterima amat positif di samping banyak cadangan penambahbaikan dan kita mungkin akan menerbitkan hasil kajian itu untuk makluman orang ramai," katanya.

(Sumber: Bernama - 7/1/11 - 4:33PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Persatuan bekas pelajar dan Lembaga Sekolah disaran supaya memberi sumbangan kepada sekolah masing-masing dalam usaha membantu dalam pembangunan dan peningkatan prestasi sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata semangat dan tradisi ini secara tidak langsung dapat mendorong semangat guru-guru serta murid-murid di sekolah itu untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

"Semangat ini boleh dianggap sebagai dorongan daripada ibu bapa dan masyarakat yang mengambil bahagian dalam membantu pembangunan sekolah dan secara langsungnya mendorong anak-anak mereka untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi."

"Inilah tradisi yang sangat digalakkan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan peruntukan Perdana Menteri untuk Tabung Pembinaan Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Serendah, dekat sini Jumaat.

Selain peruntukan daripada kerajaan, pihak sekolah juga giat menjalankan kutipan derma daripada orang ramai khususnya bekas pelajar sekolah bagi menampung pembinaan dewan serbaguna itu yang berharga RM3 juta.

Pada majlis itu, SJKC Serendah menerima peruntukan RM1.5 juta bagi membina dewan serbaguna yang boleh menampung kira-kira 1,000 pelajar selain dilengkapi dengan kemudahan seperti pusat sumber.

Dewan serbaguna itu juga dijangka dapat menampung kesesakan pelajar di sekolah berkenaan. Pada masa kini, aktiviti seperti perhimpunan sekolah, dijalankan di kantin sekolah.

Menurut Koh, peruntukan ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi telah menunaikan janji kepada rakyat khususnya di Hulu Selangor.

"Ini bukti bahawa janji kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah ditunaikan. Dengan dorongan dan sokongan semua pihak, dewan ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi," katanya.



(Sumber: Bernama - 7/1/11 - 3:46PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan agar sistem baru untuk menilai prestasi kerja penjawat awam kelak hanya melibatkan soal pergerakan gaji kakitangan dan bukannya untuk tujuan kenaikan pangkat.

Presidennya Hashim Adnan berkata urusan kenaikan pangkat perlu diserahkan sepenuhnya kepada ketua jabatan yang membuat penilaian berdasarkan prestasi dan pengalaman.

Menurut beliau, cara begitu akan memberi peluang kepada guru terutamanya untuk naik pangkat setelah lama berkhidmat tanpa perlu memikirkan soal perlu lulus sebarang peperiksaan awam seperti sebelum ini.

"Ada guru yang sudah lama berkhidmat tetapi masih gagal dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum ini dan gagal menerima kenaikan pangkat selama bertahun-tahun," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa peperiksaan PTK dimansuhkan bermula Jun tahun ini dan akan digantikan dengan penilaian lain yang lebih baik.

Hashim berkata NUTP telah diminta oleh kerajaan untuk turut memberikan pandangan dalam menetapkan sistem penilaian baru itu.

(Sumber: Bernama - 7/1/2011 - 12:18PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi Jumaat menjelaskan, keputusan mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 adalah muktamad.

Menurut beliau, cuma yang belum diputuskan ialah bentuk kurikulum mata pelajaran tersebut yang akan digubal dan pendekatannya bagi memastikan ia benar-benar memberi impak berkesan bagi memastikan pelajar menghayati sejarah.

"Sebenarnya, keputusan wajib lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM adalah muktamad. Kita hanya menunggu hasil kajian daripada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum Sejarah dan buku teks Sejarah sekolah menengah.

"Jawatankuasa ini sedang membuat kajian bagi memastikan kurikulum yang baru dan bakal digubal kelak benar-benar memberi impak yang berkesan untuk melahirkan generasi yang menghayati sejarah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan guru-guru sekolah kebangsaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Tenang hari ini.

Menurut beliau, laporan tersebut perlu diperjelaskan kerana ia boleh disalah ertikan seolah-olah kementerian akan berpatah balik dalam keputusannya untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM mulai 2013.

Beliau juga berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu dianggotai oleh pakar sejarawan dan pensyarah universiti yang pakar dalam bidang Sejarah.

Kementerian katanya, akan memperkenalkan Sijil Peperiksaan ulangan untuk mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013.

Langkah itu, katanya untuk membolehkan pelajar yang gagal mata pelajaran itu mengambil peperiksaan ulangan sebagaimana mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia untuk membolehkan mereka mendapat sijil SPM.

(Sumber: Bernama - 7/1/2011 - 5:50pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Maklumat penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Sekolah Rendah Bil. 1/2011 bagi guru-guru lulusan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) ambilan Januari 2010 boleh disemak di laman web KPM sehingga 14 Februari 2011.

Untuk makluman, maklumat penempatan ini telah pun dimaklumkan melalui perkhidmatan MySMS (DAPAT) pada 30 Disember 2010.

Pemohon yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan masing-masing.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Pendaftaran pelajar bagi sesi akademik 2011 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diadakan antara 2 Sept dan 7 Sept tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor IPTA Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak.

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat antara naib-naib canselor IPTA Selasa.

"Pihak IPTA diberi kebebasan untuk membuat pendaftaran pelajar baru antara 2 Sept hingga 7 Sept ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Tahunan Naib Canselor USM di sini, Rabu.

Beliau berkata untuk permulaan, perubahan itu pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada pihak universiti.

"Dalam semua perubahan mesti ada kesusahan. Sesi kali ini sahaja akan sukar sedikit. Tahun depan akan lebih mudah selepas sistem baru itu diselaraskan," katanya.

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penyelarasan kalendar akademik IPTA negara akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014.

Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada September berbanding Jun sebelum ini.

Mohamed Khaled berkata antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa.

(Sumber: Bernama - 5/1/2011 - 6:55PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan dikeluarkan pada Khamis ini, kata Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Pegawai Perhubungan Awam MPM Khawari Idris berkata calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada hari tersebut.

Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos, katanya dalam kenyataan akhbar di Kuala Lumpur, Selasa.

Menurutnya calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan menghantarnya ke 15888 atau 36363, mulai 12.01 tengah malam Khamis.

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM di http://ww.mpm.edu.my mulai 9 pagi pada tarikh tersebut, katanya.

Seramai 94,117 orang calon telah menduduki ujian itu di 991 buah pusat ujian seluruh negara, katanya.

Calon yang ingin mengambil semula MUET bagi memperbaiki keputusan MUET Akhir Tahun 2010 boleh membuat pendaftaran untuk MUET Pertengahan Tahun 2011 secara dalam talian melalui www.mesp.gov.my/online mulai Isnin ini.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 27 Jan ini, katanya.

(Sumber: Bernama - 04/01/11 - 4:05PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...