Showing posts with label Agriculture. Show all posts
Showing posts with label Agriculture. Show all posts
| 12 comments ]

Di luar pagar kiri rumah PakTeh, adalah Ladang United International Enterprise Malaysia (UIEM) - ladang kelapa sawit terbesar anak syarikat United Plantations (UP) yang tersenarai di BSKL. Keluasannya 10362.51 hektar. Sebelum ianya diambilalih, ladang itu bernama Ladang Gula Perak Berhad yang ditanam tebu hitam untuk dihasilkan gula. Kini di ladang kelapa sawit tersebut, ada sebuah kilang memproses sawit - di samping penuh dengan blok-blok kawasan tanaman sawit, yang luasnya 4km persegi bagi setiap blok.

Ladang UIEM itu, antara tempat jogging bagi penduduk Pantai Remis. Laluan favourite adalah jalan sepanjang jalan rel keretapi yang mengelilingi blok sawit yang terdekat - jauhnya 4 km persegi. Tiap petang, tiap subuh - ramai yang jogging, kebanyakannya kaum Cina.

Berbalik kepada jalan keretapi itu, kadang2 terdengar bunyi keretapi waktu malam, dan kadang2 siang. Biasanya sebelum itu, dengar bunyi pekerja2 kontrak Indonesia mengecop buah. Dalam tempoh sehari selepas itu - bunyi kuat suara orang yang marah " Hap! Hap!" pada seseorang dari arah ladang. Baru-baru ini baru PakTeh sedar, suara itu bukan suara orang bergaduh bertengkar. Tetapi bunyi itu rupanya kata2 arahan pengecop kelapa sawit kepada kerbau.

Pagi Sabtu lalu, bunyi itu berkumandang lagi. PakTeh masuk dalam ladang, jumpa seorang yang sedang mengangkut buah sawit ke dalam kereta kerbau. Namanya Wibowo, umur 35 tahun. Asal dari Semarang, Jawa Tengah. Tubuhnya rendah tetapi tegap sasa. Sudah berkeluarga, anak 3 di Semarang. Ia amat cekap dan mahir dengan tugasnya. Bila PakTeh minta izin untuk diambil gambar, ia tanya ini masuk TV3 ya Pak? PakTeh kata, ini akan masuk internet. Wah! Terus fotogenik posing-nya. Boxing style.

Menurut Wibowo, ada 15 ekor kerbau milik tokehnya. Kadar upah kerjanya, RM4.60 bagi hasil setan. Sehari, dia boleh cop/angkut sawit antara 10 - 25 tan seorang. Itu bergantung kepada musim lebat atau melawas buah sawit. PakTeh congak2 - banyak juga pendapatannya. Dia juga sudah 3 kali pulang ke kampungnya sejak 10 tahun di sini. Lebih kurang 3 tahun sekali. Rumah batunya sudah siap di kampung. Itulah, kalau orang Malaysia masih kata tiada pekerjaan, bohong! Mereka cuma memilih kerja.


Kereta kerbau efektif di kawasan becak. Stok rumput sentiasa ada di sekitar.

Kelebihan kereta kerbau: jimat kos makanan: rumput hijau sentiasa ada, jimat kos meracun rumpai. Jimat tenaga buruh. Seekor kerbau boleh bawa 1-2 tan buah sawit dari dalam ladang ke rel keretapi, tanpa letih. Amat efektif semasa lorong ladang lecah dan becak selepas hujan. Siapa ada kebun sawit, elok bela kerbau - boleh bantu buat kerja lasak & boleh buat kenduri bila sampai masa.

Baca Selengkapnya (Read More)...