| 5 comments ]

Hanya 6,600 pelajar daripada 95,286 permohonan terpilih untuk meneruskan pengajian mereka ke Tingkatan Satu sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tahun 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pengumuman mengenai mereka yang berjaya itu akan dibuat Rabu.

"Semakan dan keterangan lanjut mengenai kemasukan ini boleh dibuat secara online dengan melayari laman web www.moe.gov.my, manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online di e-rayuan," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur Selasa.

Beliau berkata tempoh rayuan adalah 20 hari, bermula esok hingga 12 Jan, namun keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran dibuat pada 11 Jan.

Seramai 517,908 murid darjah enam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, dan daripada jumlah itu seramai 48,171 berjaya memperoleh A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

(Sumber: Bernama - 22/12/2009 - 17:52pm)

Cuba klik pada link Announcements di kanan atas :: Terus Ke Laman Semakan Online!":: Subhanallah.. Hanya 6.93% sahaja pemohon diterima masuk ke SBP T1 Sesi 2010. Maknanya.. 93.07% lagi bukan "tak layak".. cuma "tak dapat masuk". Yang tak dapat first intake.. boleh buat rayuan online hingga 12 Jan 2010 ( 20 hari saja tempoh). Semoga berjaya.

Related Posts by Categories



5 comments

azran said... @ 12:59 AM

Angka 6.93% shj yang dapat masuk SBP 2010 adalah kurang tepat kerana hanya pelajar yang mendapat 5A sahaja iaitu seramai 48,171 shj yang akan diproses untuk dinilai bagi ditempatkan di SBP. Ini bermakna sebanyak 13.7% pelajar yang mendapat 5A telah ditawarkan tempat ke SBP 2010. Kepada yang berjaya gunalah peluang ini sebaiknya kepada tak berjaya this is not the end of the road..

PakTeh said... @ 1:31 AM

salam azran. thanks atas maklumat. itu yg best tentang analisis, boleh timbang atas semua faktor dan variabel. sy timbangkan atas "semua permohonan terpilih". azran timbangkan atas semua dpt 5A. apa2 kaedah pun boleh.. :) yg dpt 5A adalah pelbagai kaum. bukan semua calon kaum tertentu memohon sbp. tetapi yg kerap memohon rata-rata adalah "mim".

Unknown said... @ 9:26 AM

Salam Pak Teh. Terima kasih krn menyediakan blog ini yg banyak memberi maklumat pada ibubapa & para pelajar yg ingin mencari maklumat yg berkaitan dgn pelajaran dsbnya. Anak saya xdpt sbp tapi x dukacita walaupun sedih sbb ada hikmahnya. Yg sedihnya setiap tahun pelajar2 yg dpt 5A UPSR bertambah tapi nilai moral generasi muda....? Fikir2kanlah. Yg penting adalah ilmu yg dipelajari itu berkat & mampu membentuk diri menjadikan kita orang2 yg bertakwa kpd Allah.

arnieza said... @ 10:52 AM

SALAM... BOLEH TAHU BILA KEPUTUSAN RAYUAN KE TINGKATAN 1 SBP 2010 AKAN KELUAR. KESIAN ANAK SEDARA SAYA TERNANTI-NANTI

Norhayati Mamat said... @ 7:18 PM

Salam pak Teh.Anak sy juga 5A yg xterpilih ke SBP.xkecewa sbb yakin ada hikmah cuma sdkt terkilan permohonan ke maahad tahfiz dan imtiaz trg juga xterpilih,namun sy terima hakikat antr yg memohon sms uj hafazan ada yg sudah hafal 22 juz,subhanallah...tp xpe still ada chanell lain ke matlamat asal.kpd yg berjaya guna lah ruang ini utk menambah ilmu seterusnya seterusnya mjd manusia cemerlang dunia akhirat.

Post a Comment