| 3 comments ]

Keputusan pemilihan dan penempatan pelajar ke Tingkatan Empat SBP diumumkan hari ini, 18 Januari 2011.

Pelajar yang mendapat tawaran akan mendaftar di SBP berkenaan pada 7 Februari.


Tahun ini, Kementerian Pelajaran menerima 46,506 permohonan untuk kemasukan Tingkatan Empat di SBP berbanding tempat yang ditawarkan sebanyak 5,300 sahaja.

Pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh membuat rayuan secara atas talian dengan menggunakan e-rayuan pada pautan yang sama di atas.

Tempoh rayuan ialah mulai 18 Januari hingga 2 Februari iaitu selama 14 hari.

Semoga berjaya!

Related Posts by Categories



3 comments

fiza said... @ 6:25 PM

assalamualaikum,
saya nk tanya,
kalau buat e-rayuan tuh ada peluang ke nk masuk/dpt sbp? berape peratus peluang dia?

lagi satu bila keputusan e-rayuan tuh ya.?

-terima kasih-

PakTeh said... @ 8:42 PM

@fiza: wa'alaikumussalam wbt. utk T4, peluang ada, tetapi peratus mungkin kecil. Ambilan T4 kurang kerana SBP sudah pun mempunyai kumpulan pelajarnya sendiri yg turut cemerlang dlm PMR, sedangkan T1 adalah ambilan murid baru keseluruhannya. keputusan e-rayuan, bergantung pada jumlah pendaftaran murid yang ditawarkan tempat di SBP semasa hari pendaftaran kelak. dijangka dalam tempoh sebulan.

Unknown said... @ 5:58 PM

bila buat semakan, mara kata angka giliran atau no mykad salah, padahal memang betul. bagila alasan talian sibuk dan sebagainya. apala mara ni

Post a Comment