| 1 comments ]

Kerajaan tidak akan menolak dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ataupun menerima dasar itu secara bulat-bulat, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata sebarang keputusan yang dibuat nanti akan mengambil kira pelbagai aspek dan kementerian juga telah menetapkan beberapa cadangan dalam kertas kerja dasar itu yang kini dalam peringkat akhir untuk diluluskan oleh jemaah menteri.

"Kita tidak perlu melihatnya sebagai situasi kalah-kalah, tolak bulat-bulat atau terima bulat-bulat. Yang kita hendak tengok adalah menyesuaikannya mengikut pencapaian pelajar," katanya menjawab soalan Senator Prof Datuk Dr Firdaus Abdullah pada persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Hishammuddin berkata antara cadangan yang akan dibentangkan kepada Kabinet ialah :

  1. menggunakan Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah, atau
  2. menggunakan Bahasa Melayu atau bahasa ibunda bagi mata pelajaran tersebut di sekolah rendah dan menengah;
  3. bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah sendiri;
  4. penggunaan Bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah.

Beliau berkata cadangan itu dibuat hasil daripada pelbagai perbincangan, mesyuarat dan persidangan secara terbuka yang dibuat antaranya melibatkan ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pihak kerajaan dan pembangkang.

"Walaupun kita telah mendapat pelbagai alternatif melalui persidangan meja bulat, mesyuarat profesional, memorandum atau pemberitahuan daripada pelbagai medium ia bukanlah satu formula yang dapat menyelesaikan semua permasalahan yang timbul dalam penentuan masa depan dasar ini," katanya.

Hishammuddin berkata apa jua keputusan yang akan diumumkan oleh kerajaan nanti empat perkara utama akan diambil kira iaitu :

  1. kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan akan terus dimartabatkan;
  2. penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar akan diperkasakan;
  3. kompetensi guru dalam mengajar Sains dan Matematik akan diutamakan; dan
  4. pencapaian para murid dalam dua mata pelajaran itu akan terus dipertingkatkan.

(Sumber: Bernama - 30/03/2009 - 15:13PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kita biasa mengalami beberapa gegaran gempa bumi sebelum ini di Malaysia. Walau bagaimanapun, kesemua pusat gempa bumi tersebut adalah jauh dari negara kita. Semua pusat gempa adalah terletak di Lingkaran Api Pasifik yang melingkari rantau Asia Tenggara.

Negara serantau yang kerap dikaitkan dengan aktiviti gunung berapi yang aktif adalah Indonesia dan Filipina. Kita sering mengatakan negara kita selamat. Dulu ya, sekarang TIDAK!

Jerantut dah kena gempa bumi kecil 9.46 pagi tadi, berskala Richter 3.0 dengan pusat gempa hanya 65 kilometer sahaja dari Bentong.

JERANTUT, 27 Mac (Bernama) -- Penduduk di beberapa kawasan di Jerantut yang merasai gegaran pagi ini tidak menyangka ia berpunca daripada gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter.

Kerani Pejabat Pos Mini Sungai Tekam Utara, Ili Khairunnisa Mohd Rashid, 22, berkata ketika kejadian beliau sedang sibuk melayan beberapa pelanggan di pejabat pos berkenaan.

"Tiba-tiba terasa gegaran ketika saya sedang menguruskan pembayaran bil pelanggan menyebabkan saya rasa pening," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata gegaran itu turut menyebabkan berlaku sedikit kekecohan di kalangan lima pelanggan dalam pejabat pos berkenaan.

Bagaimanapun, katanya beliau menyangka gegaran itu disebabkan oleh dentuman barang yang jatuh dari dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersebelahan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa yang berlaku pada 9.46 pagi itu berpusat di latitud 3.8 utara dan longitud 102.4 timur.

Pusat gempa terletak 65 kilometer dari timur laut Bentong dan gegaran lemah dirasai di sekitar daerah Jerantut.

Seorang lagi penduduk, Zakaria Mat Hassan, 52, pula berkata beliau menyangkakan gegaran itu disebabkan oleh pergerakan lori di kawasan itu.

"Kita tidak fikirkan ini satu gempa bumi kerana tidak pernah mengalaminya sebelum ini," kata bendahari JKKK kampung itu.

Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai gempa berkenaan selepas dimaklumkan oleh pihak bomba.

Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerantut, Roslan Abu Talib berkata pihaknya menerima maklumat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut sebelum sepasukan anggotanya melakukan tinjauan di sekitar Sungai Tekam Getah, Tekam Utara dan Kota Gelanggi.

Bagaimanapun, katanya tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu.

(Sumber: Bernama - 27/03/2009 - 14:02PM)


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kuota khas sebanyak 10 peratus atau 200 biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pelajar Bumiputera Sabah dan Sarawak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sabah dan Sarawak bermula tahun ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pencapaian akademik pelajar Bumiputera di kedua-dua negeri itu yang masih ketinggalan berbanding pelajar lain di Semenanjung.

"Pada masa ini, banyak lagi sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai kemudahan yang lengkap dan keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan pencapaian akademik mereka.

"Sebab itu kerajaan Persekutuan memberi perhatian khusus kepada pelajar Bumiputera Sabah dan Sarawak, dengan memberikan masing-masing peruntukan 100 biasiswa, dalam usaha untuk membetulkan keadaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis anugerah cemerlang pelajar di SM Shan Tao, dekat Kota Kinabalu hari ini.

Dompok berkata di bawah skim biasiswa JPA yang baru, 20 peratus atau 400 daripada 2,000 biasiswa yang ditawarkan tahun ini adalah khusus untuk pelajar cemerlang manakala 60 peratus atau 1,200 biasiswa terbuka kepada pelajar lepasan SPM Bumiputera dan bukan Bumiputera di seluruh negara.

Beliau berkata tawaran 10 peratus biasiswa JPA turut dipanjangkan kepada pelajar kurang upaya (OKU) manakala selebihnya diperuntukkan untuk pelajar Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, dalam ucapannya, Dompok berkata beliau menyokong agar penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik dan Sains diteruskan.

Dompok berkata kebanyakan bahan rujukan dan maklumat termasuk di internet untuk kedua-dua mata pelajaran itu adalah dalam bahasa Inggeris.

"Saya fikir penggunaan bahasa Inggeris dalam dua subjek itu tidak menjejaskan penguasaan kita dalam bahasa Malaysia malah membantu kita berkomunikasi dengan baik terutama apabila menganjurkan atau mengikuti program peringkat antarabangsa," katanya.

(Sumber: Bernama - 27/03/2009 - 17:16PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Apabila sejumlah 6,277 calon peperiksaan SPM 2008 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran (straight A's) yang diambil berbanding 5,060 calon pada 2007, ramai orang mempertikaikan sistem skema pemarkahan SPM telah direndahkan. Bayangkan, peningkatan itu adalah 24.05% !

Adakah sistem skema pemarkahan telah 'dipermudahkan' untuk menghasilkan kualiti keputusan yang semakin baik? Adakah graf peratus kelulusan markah setiap kertas peperiksaan dimanipulasikan di Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Majlis Peperiksaan Malaysia untuk 'mewujudkan' prestasi kuantiti dan kualiti SPM agar 'nampak' terus meningkat?

Kita lihat apa komen Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia tentang hal berkenaan..

Skema permarkahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak pernah direndahkan hingga menyebabkan lebih ramai pelajar memperoleh gred A.

Sebaliknya, bilangan pelajar pintar semakin ramai yang berkemampuan memperoleh keputusan cemerlang dalam skema permarkahan SPM yang tinggi standardnya serta dinilai pakar antarabangsa.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata sistem permarkahan SPM diterima untuk kemasukan ke universiti luar negara.

"Empat pakar dari badan antarabangsa telah menilai skema permarkahan kita, jadi tentulah standard permarkahan itu semakin tinggi.

"Kita tak pernah turunkan standard pemarkahan (SPM) tapi hakikatnya pelajar makin pandai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada 79 pelajar cemerlang dari sembilan buah sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) yang menerima anugerah pelajar cemerlang SPM 2008, termasuk seorang pelajar orang kurang upaya (OKU), di Kuala Lumpur hari ini.

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan, mencipta sejarah memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dengan mendapat 19 1A dan satu 2A.

Salah seorang penerima anugerah, Wong Jun Kit, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Selatan yang memperoleh 12 1A, berkata beliau berbangga kerana dapat menerima anugerah ini dan berjanji untuk terus menjadi pelajar yang cemerlang di peringkat pengajian tinggi pula.

"Lepas ini saya akan menyambung pelajaran di luar negara dan berharap dapat menjadi seorang jurutera kimia yang berjaya," katanya.

Wong Kit Yeng, 18, yang juga memperoleh 12 1A berkata beliau tidak mengamalkan apa-apa resepi belajar yang luar biasa untuk memperoleh keputusan cemerlang.

Selain pelajar, anugerah kecemerlangan itu turut diberikan kepada sekolah angkat yang cemerlang dalam keputusan SPM 2008 yang diraih oleh SMK Seri Bintang Selatan.

(Sumber: Bernama - 24/03/2009 - 15:10 PM)

Nampak kan?.. apabila semua orang semakin pandai, bermakna persaingan akan terus sengit untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Ianya bukan sahaja tempat belajar, malah persaingan mendapatkan biasiswa. Teruskan berusaha.

WHEN THE GOING GETS TOUGH
THE TOUGH GET GOING


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

squidworth - spongebob squarepants

SQUIDWORTH adalah salah satu watak dalam cerita kartun popular di kalangan kanak-kanak - SpongeBob SquarePants. Cerita itu bagi PakTeh, tak berjenis.. macam kartun Doraemon juga. Kisah moralnya teruk: sebahagiannya mengajar menipu, mengenakan orang, buli dan tidak hormat orang tua. Alam cerita adalah dasar laut, tetapi jangan terkejut di situ ada kedai burger pula..

'I hate all of you' ialah slogan watak Squidworth. Dia seorang tua, individualistik dan tak suka orang sekelilingnya. Paling dia tak suka tentulah SpongeBob sendiri, yang suka mengacaunya setiap episod.

Tetapi apa rasa jika memang ada watak semi-Squidworth di Malaysia. Jom tengok foto berikut.

Listen To Mee - I Hate All Of You - Squidworth
Kebetulan terjumpa foto di atas di www.engrish.com - sebuah laman web tentang kesalahan pemakaian Bahasa Inggeris. Masalah dengan foto itu kerana ia "No 1 - Top 100 Most Popular Engrish" di laman itu dengan lebih 2,300 undian, sampai PakTeh rasa malu. Siapalah makhluk di Malaysia yang upload foto tu di situ.. hrmph.

Foto tersebut mencerminkan sekurang-kurangnya 3 perkara: 1. Bahasa Inggeris digunakan amat BroKeN. 2. Jika diterjemahkan pada Bahasa Melayu, juga buruk maksudnya tentunya. 3. Menunjukkan krisis kejiranan di dalam masyarakat Malaysia.

Jika dilihat dari perspektif tatabahasa Bahasa Inggeris, jelas plet itu ditempah oleh orang yang 'spiking small-small oni'. Kemudian kedai advertising company tu pula, 2 x 5 - tiada editor khas yang boleh beri cadangan ejaan atau gaya bahasa yang betul dan lebih berhemah. Lepas tu , tuan rumah tayang pula depan rumah, tunjuk pada semua orang - ini warning hebat oleh tuan rumah yang hebat - dalam english. Agaknya sebab itu PPSMI tak diminati orang, sebab ramai orang suka spiking BroKeN-BroKeN oni. Peliknya semua maklum Bahasa Inggeris penting untuk kerjaya pada masa depan kelak.

Dari perspektif sosial, ini lebih memalukan. Ia mencerminkan amalan kejiranan yang lemah, sikap individualistik dan tidak mengambil berat hal masyarakat sekeliling. "Orang punya hal, aku tak mau campur!".

Inilah yang menyedihkan di zaman ramai orang tinggal berdekatan, malah yang berkongsi dinding tetapi dipisah oleh pagar. Pagar itulah yang membatas sempadan tanah tapak rumah serta komunikasi antara kejiranan. Ada ke orang yang tinggal dalam kawasan berpagar tetapi sentiasa membuka pintu pagarnya? Tak de kan? Kini semakin ramai tidak mempercayai orang sekeliling, takut pecah rumah, culik dan sebagainya. Program Rukun Tetangga pun makin malap seiring dengan kelecehan dokumentasi, para majikan yang materialistik dan lebih pentingkan produktiviti pekerjanya. Tak mau kompromi langsung dengan keselamatan setempat, tiada 'social obligation'. $$ Keuntungan $$ lebih diutamakan dari kesejahteraan rakyat. Paling teruk dari segi isu kepercayaan & kejujuran di zaman sekarang.., usah kata polis - pemimpin-pemimpin pun ramai orang dah tak percaya.. entahlah.

PakTeh taklah kata kejiranan kawasan foto itu sebegitu, mungkin ramai wakil penjual atau mat lepak suka merayau keliling rumah dia. Atau mat rempit suka race depan rumah dia.. Tak tau la. Jadi dia nak la privacy sikit. Kot la.. hehe.

Cuma teringat zaman kini dah berubah. Tidak lagi seperti dahulu. Dulu.. "Anak aku, anak hang. Anak hang, anak aku" (loghat utara). Sebab itu dulu-dulu kanak-kanak cukup takut dengan semua orang (terutamanya yang dewasa) sebab laporan kenakalannya akan cepat sampai pada ibubapa. Tentunya, 'buah tangan' akan dapat secukup rasa dari ibubapa. Jika guru beri hukuman disiplin di sekolah, tak beraninya nak dimaklum pada ibubapa - sebab tentu dapat habuan @ bonus tambahan.

Ibubapa dahulu amat mempercayai dan menghargai komen orang-orang sekitarnya. Mereka tahu, setiap teguran dan maklumat adalah ikhlas. Segalanya untuk kebaikan anak mereka dan juga mereka. Orang ramai mana ada tanya "siapa budak tu?" TETAPI "anak siapa tu?". Maruah keluarga amat penting, dan ianya dijaga secara penuh berhemah di kalangan penduduk setempat. Susah senang dikongsi bersama. Kematian berlaku - satu kampung tak pergi kerja, sebagai simbol persaudaraan yang kental. Kenduri kahwin, apa lagi - urusan gotong-royong / rewang / kendaranya bermula lebih seminggu awal hingga tamat kenduri. Hari-hari semua akan menolong tuan rumah. Itulah orang mukmin.. tidaklah dia beriman sehingga dia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri.

Kini, slogan keramat itu dah semakin hilang. Sekarang "Anak aku, anak aku. Anak hang, anak hang. Aku jaga anak aku, hang jaga anak hang. Jaga anak sendiri, jangan sebok hai oghang." Sebab itu, jika anak-anak di kejiranan buat apa-apa tak betul; ramai orang diamkan sahaja. Kutuk belakang2 je, sebab tak berani nak lapor terus terang pada ibubapa yang berkenaan. Anak-anak juga makin 'mua' & manja. Usahkan hal cikgu hukum kat sekolah, kerengga 'ketit' sikit pun melolong2, mengadu kat mak ayah. Paling teruk, ada sebahagian ibubapa sekarang lebih percaya pada anaknya sendiri dari jiran, saudara malah guru-guru anak-anaknya. Ini yang merosakkan budaya dan asas beragama kita.

Kadang-kadang terasa sungguh nak kembali ke zaman dahulu. Tapi nanti orang kata kolot pulak kan? Ya.. zaman sentiasa berubah, dan akan terus berubah. Kita akan terus hidup mengikut arus aliran zaman. Cuma, kita perlu sama-sama jaga didikan, penghayatan dan amalan nilai murni dan ajaran agama - walau apa pun terjadi pada masa akan datang. Tak dapat untuk seluruh masyarakat, terhadap ahli keluarga sendiri pun sudah amat baik. Sama-samalah kita pelihara diri kita dan keluarga kita dari api neraka. Insya Allah.

Maaflah, sebab PakTeh pun spiking BrOkEn jugak..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pelajaran akan mewujudkan lebih 500 peluang pekerjaan kepada mereka yang memiliki ijazah teknikal terutama membaik pulih komputer, arkitek dan jurutera bangunan sebagai pegawai kontrak selama dua tahun

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Seri Dr Zulkurnain Awang berkata keutamaan akan diberikan kepada mereka yang diberhenti kerja dan masih menganggur.

"Mereka boleh memohon menerusi portal kementerian yang akan dibuka dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Awang di Pasir Puteh, hari ini.

Turut hadir Pegarah Pelajaran Kelantan, Ghazali Abdul Rahman dan timbalannya Ishak Ismail.

Zulkurnain berkata mereka akan ditempatkan di setiap negeri untuk membantu Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat-pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi memantau perlaksanaan projek-projek yang sedang dan akan dilaksanakan di kawasan masing-masing.

Beliau berkata kementerian berkenaan meluluskan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi tujuan itu termasuk membayar elaun tetap bulanan yang agak lumayan kepada mereka yang berjaya.

Mengenai pengambilan 1,000 guru siswazah secara kontrak, Zulkurnain berkata mereka yang menunjukkan minat, potensi dan masih menganggur akan diberi keutamaan berasaskan kekosongan bidang tertentu di kawasan masing-masing.

"Misalnya sekolah-sekolah di kawasan mereka kekurangan guru Bahasa Inggeris mereka yang memiliki ijazah di bidang itu akan diberi keutamaan," katanya.

Selain itu mereka yang pernah bertugas sebagai guru sandaran di sekolah-sekolah kementerian itu sebelum ini juga akan diberi keutamaan memohon menerusi portal kementerian dalam tempoh satu hingga dua minggu ini.

Katanya mereka yang berjaya kemungkinan akan diserapkan ke jawatan tetap jika didapati mereka telah menunjukkan minat yang mendalam terhadap profesion perguruan.

(Sumber: Bernama - 21/03/2009)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Pakej bajet mini RM60 bilion yang diumumkan baru-baru ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan RM2.093 bilion untuk bidang pendidikan, meliputi RM1.949 bilion untuk Pembangunan Pendidikan dan RM144 juta untuk Belanja Mengurus bagi manfaat semua sekolah di seluruh negara.

Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Pembangunan Pendidikan melibatkan RM36.3 juta untuk Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), RM1.432 bilion untuk Ubah Suai Naik Taraf Rendah, RM128.7 juta Ubah Suai Naik Taraf Menengah, RM164.1 juta Infrastruktur Sokongan Pendidikan, RM18.2 juta Perabot dan Peralatan dan RM169.6 juta Pembaikan dan Penyelenggaraan Sekolah dan Kemudahan Sekolah.

Manakala agihan RM144 juta itu (Belanja Mengurus) melibatkan RM6 juta untuk program Pegawai Kontrak, RM48 juta program Tenaga Pengajar Secara Kontrak, RM40 juta program Smartboards dan RM50 juta Kokurikulum, katanya.

Hishammuddin berkata Kementerian Pelajaran turut menyambut baik kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Mansor untuk menempatkan 3,000 siswazah yang mempunyai kelulusan dalam bidang ICT untuk ditempatkan di sekolah-sekolah di seluruh negara yang mempunyai jaringan internet bagi membantu menjayakan inisiatif ICT.

Beliau juga berterima kasih atas langkah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk mempertingkatkan keupayaan sistem Internet di 3,000 buah sekolah di seluruh negara yang mempunyai jaringan Internet (Schoolnet).

"Saya berharap usaha ini dapat membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara online sekaligus merangkaikan warga sekolah di seluruh negara secara interaktif melalui Schoolnet.

"Langkah ini juga dilihat dapat membantu dan memberi manfaat kepada siswazah yang mempunyai kelulusan ICT khususnya yang menganggur ketika ini," katanya.

(Sumber: Kenyataan akhbar - 20/03/2009)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 9 comments ]

Kementerian Pelajaran akan melantik seramai 1,000 orang siswazah sebagai guru sekolah secara kontrak berikutan peruntukan kerajaan sebanyak RM48 juta bagi program Tenaga Pengajar Secara Kontrak seperti yang diumumkan di dalam mini bajet baru-baru ini, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata peluang ini dibuka kepada semua peringkat pencari kerja, sama ada di kalangan graduan baru atau mereka yang sedang mencari pekerjaan, yang proses pengambilannya akan bermula dalam tempoh terdekat.

"Tawaran akan dikeluarkan di portal Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi dan pengambilan guru-guru kontrak ini akan melibatkan semua jenis dan kategori sekolah, sama ada Sekolah Rendah atau Menengah di seluruh negara.

"Ia akan turut melibatkan keperluan untuk melantik guru di semua jenis sekolah di seluruh negara termasuk Sekolah Sukan, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Agama dan lain-lain lagi," katanya di dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata guru yang terpilih dijangka dapat memulakan perkhidmatan selewat-lewatnya Mei tahun ini.

Hishammuddin berkata kementeriannya sedang menunggu syarat-syarat pelantikan yang sedang diselaraskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi digunakan oleh semua kementerian.

"Kementerian bagaimanapun telah membuat persediaan bagi membuat pelantikan ini demi memastikan segala keputusan yang dihasratkan menerusi pakej rangsangan ekonomi kedua dapat dilaksanakan seberapa segera," katanya.

(Sumber: Kenyataan Akhbar - 20/03/2009)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pelajaran bercadang untuk mengurangkan sukatan pelajaran bagi beberapa kertas peperiksaan berbentuk subjektif dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Timbalan Ketua Pengarahnya, Dr. Haili Dolhan berkata, cadangan itu bertujuan mempercepatkan proses penyemakan dan pengumuman keputusan peperiksaan SPM yang mengambil masa agak lama untuk diumumkan.

Katanya, cadangan berkenaan tidak bermakna akan memendekkan sukatan pelajaran sebaliknya bertujuan mengurangkan penumpuan kepada aspek penilaian keputusan SPM berasaskan peperiksaan.

''Sebagai contoh, keputusan SPM tidak lagi tertumpu kepada keputusan peperiksaan 100 peratus malah bergantung kepada kemahiran sampingan berkaitan mata pelajaran tertentu seperti menghasilkan kertas projek, amali dan sebagainya.

''Bagaimanapun, cadangan ini masih dalam rangka kajian dan memerlukan penelitian terperinci memandangkan kertas peperiksaan SPM mempunyai standard peperiksaan yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sepetang Bersama Media sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di KL semalam.

Cadangan itu ialah antara pendekatan yang akan digunakan kementerian tersebut untuk mengatasi masalah penyemakan dan pengumuman kertas peperiksaan SPM yang mengambil masa agak lama.

Menurut Haili, kementerian itu juga bercadang untuk menambah bilangan guru pemeriksa kertas peperiksaan SPM bagi mempercepatkan proses penyemakan.

''Buat masa ini, kita mempunyai bilangan pemeriksa kertas SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang agak kecil jika dibandingkan peningkatan jumlah pelajar dan mata pelajaran yang diambil.

''Ada pelajar yang mendaftar sehingga 20 mata pelajaran dalam SPM dan ini mengambil masa agak lama untuk disemak memandangkan jumlah pemeriksa yang terhad,'' katanya.

Bagaimanapun, katanya, cadangan-cadangan ini masih dalam pertimbangan dan sekiranya relevan untuk diaplikasikan dalam peperiksaan SPM, ia akan diperkenalkan awal tahun depan.

(Sumber: Utusan Malaysia - 20/03/2009)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kurikulum pendidikan di sekolah tadika Islam seluruh negara akan diselaraskan dalam tempoh lima tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata langkah itu bagi membendung penyelewengan yang dilakukan sesetengah pihak di dalam memberikan pendidikan awal kepada anak-anak di tadika Islam terutamanya di tadika Islam swasta.

"Kita tak mahu ada agenda-agenda yang berbeza antara tadika-tadika terutamanya bila ada unsur-unsur politik ditanam di kalangan anak-anak untuk membenci kerajaan.

"Saya harap tidak akan ada lagi agenda politik dalam perkara ini dan yang penting ialah untuk mempertingkat sahsiah dan personaliti anak-anak kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi MAIWP berkata penyelarasan itu telah dilakukan di semua tadika Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan dan akan diikuti dengan negeri-negeri lain dalam tempoh lima tahun.

"Penyelarasan akan kita lakukan di dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam dan kita akan maklumkan kepada Majlis Raja-Raja untuk dapatkan perkenan dalam tempoh dua bulan lagi kerana hal ehwal agama adalah di bawah majlis itu," katanya.

Beliau berkata melalui penyelarasan itu tadika-tadika Islam di seluruh negara akan menggunakan sistem pendidikan dan buku teks yang sama.

"Kita juga akan membuat latihan dan kursus kepada semua guru-guru tadika ini melalui Institusi Pendidikan Guru (IPG) atau Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) supaya semuanya akan selaras," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata infrastruktur fizikal dan kualiti pembelajaran di tadika Islam di Wilayah Persekutuan akan lebih terjamin apabila pengurusannya dibuat oleh MAIWP.

"Kita tidak mahu bila sebut mengenai tadika Islam ini, piawaiannya lebih rendah berbanding tadika kerajaan dan swasta. Biarpun dibuat di bawah surau sekalipun, kemudahan itu mesti lengkap supaya ibu bapa mempunyai kepercayaan terhadap tadika Islam ini," katanya.

Beliau berkata seramai 401 guru tadika Islam di Wilayah Persekutuan termasuk pembantu tadika menerima gaji bulanan berserta elaun berjumlah antara RM1,200 sehingga RM2,500 mengikut gred jawatan yang ditawarkan, bermula 1 Jan lepas.

"Ini satu perubahan yang besar jika dibandingkan sebelum ini mereka hanya menerima elaun masing-masing berjumlah RM540 hingga RM580 dan RM150 hingga RM300 setiap bulan," katanya.

(Sumber: Bernama - 18/03/2009 - 21:23PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pelajaran bercadang mengubah sistem peperiksaan ke atas murid tahun satu dengan memperkenalkan penilaian berasaskan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) seperti yang diguna pakai di universiti, mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd.Dom berkata program perintis mengenai cadangan itu yang dijalankan di 50 buah sekolah tahun lalu menunjukkan perubahan sistem peperiksaan sekolah ini sesuai dijalankan.

"Jika mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), tahun depan kita akan melaksanakan peperiksaan yang berasaskan sekolah. Kita juga melakukan transformasi pendidikan.

"Kurikulum pelajaran akan disusun semula untuk mewujudkan kreativiti di kalangan pelajar, mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris, keusahawanan, sejarah dan menjadikan sekolah sebagai tempat belajar yang seronok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Murid di Putrajaya, Selasa.

Bagaimanapun, katanya kementerian tidak akan terburu-buru untuk melaksanakan perubahan itu dan persidangan meja bulat dan bengkel akan diadakan selain mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Jika kita dapati perubahan ini boleh dijalankan, maka kita akan memperkenalkannya di darjah satu dan pra sekolah mulai tahun depan," katanya.

Alimuddin berkata penilaian berasaskan sekolah sebenarnya bukan perkara baru tetapi telah dijalankan melalui ujian bulanan dan ujian akhir tahun di sekolah.

Katanya, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dimansuhkan tetapi akan menggunakan formula 70:30, iaitu 30 peratus diukur dalam peperiksaan UPSR sementara 70 peratus berdasarkan aktiviti luar termasuk peperiksaan berasaskan sekolah.

"Empat elemen yang akan dinilai ialah mengenai psikometrik pelajar, pencapaian ko-kurikulum, peperiksaan berasaskan sekolah dan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan," katanya.

(Sumber: Bernama - 17/03/2009 21:57PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan bagi memohon Biasiswa Bank Negara Malaysia untuk Sesi Akademik 2009/2010 bagi program-program berikut:
  1. Biasiswa Pra-Universiti & Program Persediaan Luar Negara
  2. Biasiswa Ijazah Pertama
  3. Sarjana / Kedoktoran (PhD)

Berikut adalah makluman lanjut berkaitan syarat kelayakan, cara memohon dan tarikh akhir permohonan bagi biasiswa-biasiswa yang ditawarkan.

Anugerah Biasiswa ini khusus bagi mengikuti pengajian dalam bidang:
  • Ekonomi
  • Kejuruteraan Kewangan
  • Perakaunan
  • Sains Aktuari
  • Perbankan dan Kewangan
  • Kewangan Korporat
  • Perbankan dan Ekonomi Islam
  • Undang-Undang
  • Undang-Undang Syariah
  • Teknologi Maklumat
  • Matematik

A. BIASISWA PRA-UNIVERSITI, PROGRAM PERSEDIAAN LUAR NEGARA
( Permohonan secara dalam talian akan ditutup pada hari Jumaat, 20 Mac 2009 )

PROGRAM DITAJA: A-LEVEL, AMERICAN FOUNDATION PROGRAM, AUSTRALIAN MATRICULATION, INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAMME

Kelayakan Minimum
  • Lulus peperiksaan SPM 2008 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8 1A
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2009

Kelayakan Tambahan
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Klik** Terus ke Laman Permohonan Biasiswa Pra Universiti & Program Luar Negara **Klik


B. BIASISWA IJAZAH PERTAMA (KEPUJIAN)

( Permohonan secara dalam talian akan dibuka mulai 23 Mac 2009 dan akan ditutup pada hari Jumaat, 10 April 2009)

Kelayakan Minimum

Lulus dan memenuhi salah satu kriteria di bawah:
  • STPM / A-Level – Mendapat sekurang-kurangnya 2 A dan 1 B ; atau
  • Diploma / Matrikulasi – Mendapat Purata Agregat Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50 ; atau
  • Australian Matriculation – Mendapat sekurang-kurangnya TER 85% ; atau
  • American Foundation Program – Mendapat sekurang-kurangnya 1200 bagi SAT1 ;
  • Bagi calon-calon yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Pertama – Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dalam peperiksaan yang terbaru.

dan

  • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009
  • Telah atau akan ditawarkan dalam tahun 2009 untuk mengikuti kursus Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau luar negara

Kelayakan Tambahan

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

C. SARJANA / KEDOKTORAN (PhD)
( Permohonan secara dalam talian akan ditutup pada hari Khamis, 30 April 2009)

Kelayakan Minimum

  • Mendapat keputusan Kelas Pertama Ijazah Pertama (Kepujian) / Ijazah Sarjana atau yang setaraf daripada universiti-universiti diiktiraf di dalam atau luar negara
  • Mengambil kursus yang memberi nilai tambah kepada fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi Ijazah Sarjana dan 35 tahun bagi Ijazah Kedoktoran pada 1 Julai 2009

dan

  • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Telah atau akan ditawarkan dalam tahun 2009 untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana / Kedoktoran di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau luar negara.

Mereka yang memenuhi kriteria dikehendaki menghantar permohonan bertulis kepada Seksyen Biasiswa, Bank Negara Malaysia dan melampirkan dokumen-dokumen berikut:
  • Butir-butir diri
  • Salinan keputusan yang disahkan bagi Ijazah Pertama / Ijazah Sarjana
  • Surat sokongan daripada Universiti-universiti terdahulu atau terkini
  • Satu (1) muka surat ringkasan pengkhususan yang akan diambil

Calon-calon yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran (PhD) di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau di luar negara juga adalah layak untuk memohon.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  • Prauniversiti : 7 hari selepas keputusan SPM 2008 diumumkan (20 Mac 2009)
  • Ijazah Pertama : 10 April 2009
  • Ijazah Lanjutan : 30 April 2009

PAUTAN LAMAN PERMOHONAN ONLINE

Nota: Hanya Calon-Calon Yang Disenarai Pendek Sahaja Akan Dihubungi.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 15 comments ]

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan membuat pengambilan pelajar baru untuk Sesi 2/2009 Kemasukan Julai 2009.

Permohonan secara online ini terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) TAHAP 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM 5), JKKP dan Suruhanjaya Tenaga di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan MALAYSIA dalam bidang-bidang berikut:

  • Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
  • Teknologi Kejuruteraan Automotif
  • Teknologi Kejuruteraan Awam
  • Teknologi Kejuruteraan Elektrik
  • Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Teknologi Perkhidmatan Personal
  • Teknologi Tekstil dan Apparel
  • Teknologi Kejuruteraan Marin
  • Teknologi Makanan
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat

Syarat Utama Permohonan
  1. Umur 18 - 30 tahun
  2. Tamat Tingkatan 5
  3. Sihat & belum berkahwin

Kemudahan Yang Disediakan
  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 - RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Tarikh Tutup Permohonan : 19 April 2009 (Ahad)

Kepada yang berminat, sila layari laman web Kementerian Belia dan Sukan di alamat http://www.kbs.gov.my

HOTLINE: 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3685

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 5 comments ]

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa jika anda mempunyai impian untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam bidang kejururawatan, farmasi, radiografi, teknologi perubatan mahupun pergigian. Anda dipelawa merebut peluang bagi mengikuti program latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil di institusi-institusi latihan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi sesi pengambilan Julai 2009 dan sesi Januari 2010.

Kita lihat apakah program ditawarkan, kelayakan, insentif serta cara membuat permohonan.

PROGRAM LATIHAN BERTARAF DIPLOMA

A. Program Separa Latihan

  1. Juru X-Ray Pelatih
  2. Jururawat Pelatih
  3. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) Pelatih
  4. Jurupulih Perubatan (Anggota) Pelatih
  5. Pembantu Farmasi Pelatih
  6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pelatih
  7. Pembantu Perubatan Pelatih
  8. Juruteknologi Makmal Perubatan Pelatih
  9. Juruteknologi Pergigian Pelatih
  10. Jururawat Pergigian Pelatih (Perempuan sahaja)

B. Syarat Kemasukan

  • Program pengajian 3 tahun
  • Dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Kelayakan - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 2 kepujian dan 4 lulus termasuk Lulus Bahasa Malaysia/Melayu serta Ujian Lisan di peringkat SPM.
  • Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian Bahasa Malaysia, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

PROGRAM LATIHAN BERTARAF SIJIL

A. Program Separa Latihan

  1. Pembantu Pembedahan Pergigian Terlatih
  2. Pembantu Kesihatan Awam Pelatih (Lelaki sahaja)
  3. Jururawat Masyarakat Pelatih (Perempuan Sahaja)

B.1.1 Syarat Kemasukan (no. 1 & 2) :

Kelayakan - Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat PMR (Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian Bahasa Malaysia dan Sains).

B1.2 Syarat kemasukan (no. 3) :
Kelayakan - Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan 2 kepujian dan 4 lulus termasuk Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu serta Ujian Lisan di peringkat SPM (Keutamaan kepada calon yang mendapat Kepujian Bahasa Malaysia dan Sains).

CARA MEMOHON

  • Permohonan adalah secara online (Borang SPA8i) di laman www.spa.gov.my
  • Tempoh sah laku permohonan adalah satu tahun.
  • Maklumat lanjut berkenaan deskripsi tugas, syarat-syarat lantikan dan status permohonan lengkap yang didaftarkan boleh disemak oleh pemohon melalui laman web www.spa.gov.my

INSENTIF & KERJAYA
  • RM 621.21 - Biasiswa Bulanan (Program latihan bertaraf Diploma)
  • RM 517.15 - Biasiswa Bulanan (Program latihan bertaraf Sijil)
  • RM 250.00 - Elaun Buku (Setiap tahun)
  • RM 25.00 - Elaun Alat Perkakas (Sekali sahaja)
  • RM 90.00 - Elaun Kertas Projek (Setiap tahun)
  • Penginapan, pakaian seragam dan kasut disediakan.
  • Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan dilantik ke jawatan berkaitan untuk berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

MAKLUMAN LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: Unit Separa Perubatan Bahagian Pengambilan Khas di talian 03-8885 6254 / 6264 / 6296.

Sesi kemasukan latihan adalah pada Januari dan Julai setiap tahun. Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga dan ujian khas.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program di 27 buah Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) seluruh negara. Permohonan kemasukan ke politeknik bagi sesi Julai 2009 ini merangkumi bidang kursus Diploma Lanjutan, Diploma, Sijil dan Foundation. Tarikh tutup permohonan ialah 17 April, 2009.

Kaedah permohonan nampak rumit, tetapi sebenarnya adalah mudah. Baca dan ikuti langkah-langkah berikut.

PROGRAM DITAWARKAN : Diploma Lanjutan, Diploma, Sijil & Foundation.

  1. Jabatan Kejuruteraan Awam : Kej. Awam/ Perkhidmatan Bangunan/ Seni Bina/ Ukur Bahan/ Ukur Tanah/ Perancangan Bandar & Wilayah/ Teknologi Berasaskan Kayu/ Kej. Alam Sekitar;
  2. Jabatan Kejuruteraan Elektrik : Kej. Elektrik/ Kej. Elektronik/ Kej. Elektronik (Perubatan)/ Kej. Elektronik (Komputer)/ Kej. Elektronik (Kawalan)/ Kej. Elektronik (Optoelektronik)/ Kej. Elektrik & Elektronik;
  3. Jabatan Penyenggaraan Pesawat : Penyenggaraan Pesawat.
  4. Jabatan Kejuteraan Mekanikal : Kej. Mekanikal/ Kej. Mekanikal (Automotif)/ Kej. Mekanikal (Bahan)/ Kej. Mekanikal (Pembungkusan)/ Kej. Mekanikal (Pertanian)/ Kej. Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan)/ Kej. Mekanikal (Plastik)/ Kej. Mekanikal (Tekstil)/ Kej. Mekanikal (Pembuatan)/ Kej. Mekanikal (Loji)/ Kej. Mekatronik;
  5. Jabatan Kejuruteraan Perkapalan : Kej. Perkapalan;
  6. Jabatan Kejuruteraan Petrokimia : Kej. Mekanikal (Petroleum)/ Kej. Elektrik (Petroleum)/ Kej. Elektronik (Petroleum)/ Kej. Kimia & Proses;
  7. Jabatan Teknologi Makanan : Teknologi Makanan;
  8. Jabatan Reka Bentuk & Komunikasi Visual : Reka Bentuk (Grafik)/ Reka Bentuk (Industri)/ Reka Bentuk (Fesyen & Pakaian)/ Media Digital (Seni Digital)/ Media Digital (Video & Pengajian Filem);
  9. Jabatan Perdagangan : Akauntansi/ Pengajian Perniagaan (Pengurusan)/ Pengajian Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)/ Kewangan & Perbankan/ Kewangan & Perbankan Islam/ Insurans/ Pemasaran/ Pengurusan Peruncitan/ Pengajian Perniagaan (e-Dagang)/ Pengurusan Logistik & Rangkaian Bekalan/ Pengajian Perniagaan/ Penyimpanan Kira/ Sains Kesetiausahaan;
  10. Jabatan Hospitaliti : Pengurusan Hotel & Katering/ Pengurusan Pelancongan.
PENTING: Calon dinasihatkan membaca maklumat terperinci berkenaan syarat kemasukan, peringkat pengajian serta sinopsis program di laman web http://www.politeknik.edu.my.


PROSES PERMOHONAN
  1. Membeli nombor PIN Permohonan ke Politeknik KPT dari BSN.
  2. Melayari laman web http://politeknik.edu.my
  3. Mengakses e-BORANG - PERMOHONAN BARU
  4. Mengisi maklumat permohonan
  5. Menghantar maklumat permohonan : Klik butang "HANTAR MAKLUMAT"
  6. Butiran permohonan dipaparkan sebagai bukti permohonan telah dibantar (sekiranya butiran permohonan tidak dipaparkan, akses semula e-Borang).
  7. Mencetak butiran permohonan (sebagai simpanan dan rujukan).
  8. TAMAT

NOMBOR PIN

Untuk mengakses e-Borang, pemohon perlu menggunakan nombor PIN (Nombor PIN ini perlu dirahsiakan) dengan harga RM6.00. Kaedah pembelian adalah seperti berikut:

A. Perkhidmatan kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  1. Kemukakan MyKad pemohon
  2. Sekiranya pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan MyKad pemohon mesti dikemukakan kepada pihak BSN.
  3. Maklumkan pembelian nombor PIN untuk kemasukan ke Politeknik KPT.
  4. Pastikan nombor MyKad dan nombor PIN enam (6) digit dicetak pada slip pembayaran BSN.

B. Perkhidmatan mesin ATM BSN dan BSN:SMS
  • Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan terdekat BSN atau hubungi 03-2142 5258 atau layari laman web http://www.bsn.com.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
  • Permohonan sesi JULAI 2009 ditutup pada hari Jumaat, 17 April 2009.
  • Maklumat permohonan mesti tepat dan benar. Kementerian Pengajian Tinggi berhak membatalkan tawaran sekiranya maklumat diberkan adalah palsu.
  • Pemohon boleh meminda maklumat sebelum tarikh tutup permohonan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN
  • Keputusan permohonan kemasukan Sesi Julai 2009 akan diumumkan mulai hari Rabu, 13 Mei 2009 di http://www.politeknik.edu.my.
  • Pemohon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Pengesahan Tawaran, Panduan Menghantar Borang Jawapan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT-BAP).
  • Surat tawaran rasmi dan dokumen pendaftaran akan dihantar melalui pos kepada calon setelah pihak politeknik menerima BJT-BAP bersaa-sama dengan salinan dokumen yang diperlukan.

RAYUAN
  • e-Rayuan dibuka mulai 13 hingga 29 Mei 2009 di http://www.politeknik.edu.my
  • Keputusan rayuan akan diumumkan mulai Khamis, 11 Jun 2009.

PERTANYAAN & MAKLUMAN LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai pengambilan, sila hubungi melalui alamat atau talian berikut:

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Sektor Pengurusan Politeknik
Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti
Tingkat 9, Heritage Office Tower, Jalan SB Dagang
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
No. Tel : 03-8939 4058 / 4103 / 4104 / 4105 / 4106 / 4107 / 4108 / 4109
No. Fax: 03-8939 4055
Emel: pengambilan@politeknik.edu.my


Semoga berjaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 15 comments ]

Hari Sabtu yang menakjubkan buat dua orang pelajar cemerlang dalam SPM dan STPM yang baru diumumkan baru-baru ini. Mohamad Hafizueddin Abdul Karim, pelajar cemerlang STPM 2008 dan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal pelajar terbaik SPPM 2008 keduanya menerima sumbangan imbuhan, bertemu menteri yang berbeza dalam situasi yang berbeza.

Seorang di Kelantan dirai dalam sebuah majlis, manakala seorang lagi di Pulau Pinang dikejutkan dengan lawatan ke rumahnya.

Kita tengok kisah mereka, semoga jadi sumber inspirasi untuk yang bakal menduduki SPM dan STPM tahun ini pula.

Pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Mohamad Hafizueddin Abdul Karim agak terkejut melihat kedatangan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ke rumah keluarganya di sini, Sabtu.

Mohamad Hafizueddin, pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn di sini, berkata beliau terharu apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menyampaikan imbuhan kewangan atas pencapaian cemerlangnya.

"Saya amat terharu apabila Nor Mohamed sanggup meluangkan masa untuk menyampaikan imbuhan kepada saya," katanya pelajar berusia 19 tahun di rumah keluarganya di Teluk Air Tawar Indah, Tasek Gelugor, dekat sini.

Anak kedua daripada lima adik-beradik itu memperoleh 4 prinsipal A dalam subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan Pengajian Am.

"Saya cadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang supaya saya dapat membantu keluarga pada masa depan," kata Mohamad Hafizueddin yang bekerja di kilang pau di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Teluk Ayer Tawar ketika menunggu keputusan STPM.

Bagaimanapun, ibu Mohamad Hafizueddin, Zalina Ishak, yang menyara keluarga selepas kematian suaminya dalam kemalangan jalan raya pada 2005, berkata beliau tidak menjangka anaknya dapat memperoleh keputusan cemerlang.

Ibu tunggal berusia 40 tahun itu menjalankan perniagaan pasar malam di sekitar Seberang Jaya.

"Saya sentiasa menasihatkan anak-anak saya supaya belajar dengan tekun supaya dapat mengubah nasib dan masa depan mereka," katanya.

Sementara itu, Nor Mohamed berkata Mohamad Hafizueddin adalah pelajar contoh yang mampu mencapai kejayaan dalam pendidikan walaupun kehidupannya susah selepas pemergian ayahnya.

"Dia terpaksa membantu ibunya di pasar malam dan bekerja sambilan di kilang bagi meringankan bebanan hidup sekeluarga," katanya.

Dalam pada itu, pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal pula hari ini menerima hadiah wang tunai RM4,000.

Hadiah dari Yayasan Nelayan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia itu disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed di sini.

Nik Nur Madihah, 18, anak nelayan dari Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan mendapat 20 A (19 A1, I A2) dalam SPM tahun lepas.

"Kita bangga dengan pelajar SM (Agama) Maahad Muhammadi Kota Baru ini, yang bapanya merupakan seorang nelayan sementara ibunya seorang tukang cuci," kata Mustapa semasa menyerahkan sumbangan itu kepada Nik Nur Madihah pada majlis sambutan Bulan Veterinari, di sini.

"Kejayaan Nik Nur Madihah membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dicapai sekiranya kita ada kesungguhan," tambah beliau.

(Sumber: Bernama)

Sebenarnya, ramai lagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM. Namun begitu, yang berbeza adalah ruang sosio ekonomi keluarga pelajar tadi patut diambil iktibar oleh kita semua. Seperti firman Allah dalam Surah Al-Insyirah (5-6) " Sesungguhnya dalam kesulitan, tetap ada kemudahan".

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2009.

Secara amnya, ianya terbuka untuk lepasan SPM dan STPM. Awas: Tarikh Tutup Permohonan ialah 22 Mac, 2009. Berikut adalah makluman lanjut bidang pengajian, syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.

A. BIDANG PENGAJIAN

1. Program Universiti Luar Negara
  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Perakaunan.
2. Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

(i) Asas Kejuruteraan
  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer.
(ii) Asas Bukan Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengajian Bisnes.
B. SYARAT AM

1. Program Universiti Luar Negara
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM pada tahun 2009.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Tiada adik beradik yang sedang menerima biasasiwa YTN.
2. Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2009.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum, mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi serta tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN.
C. SYARAT & KELAYAKAN AKADEMIK

C.1. PROGRAM UNIVERSITI LUAR NEGARA

C.1.1 Bagi Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Lulus peperiksaan SPM 2008 dengan mencapai sekurang-kurangnya 4B dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi 1A/2A serta mendapat agregat tidak melebihi 10 (kurang atau sama) dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut :

Kejuruteraan
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah.
Perakaunan
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • 3 subjek pilihan dari berikut :- Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi
  • dan 1 subjek pilihan dari berikut :- Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah.
** Calon-calon yang terpilih akan mengikuti kursus persediaan dalam negara.


C.1.2 Bagi Calon Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)


Lulus STPM dengan mendapat gred A (NGMP 4.00) dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut :-

Kejuruteraan
  • Pengajian Am
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik T / Matematik Lanjutan T
Perakaunan
  • Pengajian Am
  • Perakaunan
  • 2 subjek lain

Serta lulus SPM dengan mencapai sekurang-kurangnya 4B dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi 1A/2A serta mendapat agregat tidak melebihi 5 (kurang atau sama) dalam 4 subjek berikut:-
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah.

C.2 PROGRAM UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)


Lulus SPM 2008 dengan memperolehi 1A/2A dalam subjek-subjek Bahasa Inggeris dan Matematik serta mendapat agregat tidak melebihi 12 (kurang atau sama) dalam 6 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

Kejuruteraan
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
Bukan Kejuruteraan
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • dan 3 subjek pilihan dari berikut:- Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah.

D. CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE melalui alamat laman web seperti berikut:

(klik->) http://yayasan.tnb.com.my/sam (<-klik)

E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mac 2009.

Catatan Tambahan:
  1. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  2. Bilangan biasiswa adalah terhad. Hanya calon-calon yang disenaraipendek akan dipanggil untuk temuduga.
(Sumber : iklan YTN dlm Berita Harian - 14/03/2009).
Semoga berjaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 6 comments ]

Semakan Tawaran Ambilan Kedua Kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan Empat 2009 boleh diperolehi di laman web rasmi MARA mulai 13 Mac.

(klik->) Laman Semakan Online MRSM Tingkatan Empat Ambilan Kedua (<-klik)

Tahniah kepada lepasan PMR 2008 yang dapat tawaran SBP Ambilan Kedua dan MRSM Ambilan Kedua - serentak hari ini.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 11 comments ]

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Ambilan Kedua Tahun 2009 Boleh Dibuat Mulai 13 Mac 2009 Bermula Jam 10.00 pagi.

Keputusan permohonan / rayuan yang dibuat sebelum ini boleh diperolehi di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ini bermakna, semakan tawaran ke Tingkatan Empat MRSM Ambilan Kedua Tahun 2009 akan menyusul tidak lama lagi.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Seramai 10,080 daripada keseluruhan 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 berjaya memperoleh 10A dengan seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM berbanding 91.1 peratus pada tahun 2007.

Seramai 5,863 calon pula berjaya memperoleh 9A manakala 5,909 calon memperoleh 8A.

Selain itu, seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada tahun 2007.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu berkata, pada keseluruhannya pencapaian calon SPM adalah membanggakan dan melebihi daripada pencapaian tahun sebelumnya.

“Pencapaian mereka meningkat daripada segi peratusan bilangan memperoleh sijil, mendapat semua A dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki,'' katanya di sini hari ini.

(Sumber: Portal Kementerian Pelajaran Malaysia : 12/03/2009)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Sejumlah 6,277 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5,060 calon pada 2007.

Daripada jumlah itu, seramai 1,676 memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaran berbanding 892 pada tahun sebelumnya.

Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata 181,416 atau 46.7 peratus calon lulus semua mata pelajaran yang diambil berbanding pada 2007 iaitu seramai 175,452 calon.

"Daripada kumpulan calon cemerlang pula, tiga pelajar berjaya memperoleh gred 1A dalam semua 16 mata pelajaran yang diambil, dua memperoleh 15 1A dan enam pelajar mendapat 14 1A," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sini.

Beliau berkata dua daripada pelajar yang memperoleh 16 1A itu dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan Selangor dan seorang lagi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teong Hua, Sibu, Sarawak.

Seramai 442,936 calon menduduki SPM 2008 berbanding 439,255 calon pada 2007, manakala bagi calon istimewa pula, seramai 435 calon menduduki peperiksaan ituberbanding 355 calon pada tahun sebelumnya.

Di kalangan pelajar istimewa, calon rabun penglihatan, Mohd Shafiq Sahdondari Sekolah Menengah Sains Kluang, Johor memperoleh 12 A manakala pelajar cacat pendengaran Aghilan Narayanan dari SMK Jalan Bukit, Kajang Selangor memperoleh 11 A.

Alimuddin berkata pencapaian daripada aspek mata pelajaran teras iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan manakala Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam menunjukkan sedikit penurunan.

Beliau berkata seramai 60,902 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred 6C dalam semua mata pelajaran yang diambil dan seramai 2,589 calon gagal atau mendapat gred 9G.

Bagi calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119, seramai 182,270 calon berjaya dianugerahkan Cambridge Assessment (CA) dan daripadajumlah itu 12,645 memperoleh gred 1A atau 2A dan 87,383 calon memperoleh sekurang-kurangnya gred 6C.

Calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan pula seramai 87,355 dan seramai 30,046 berjaya mendapat sijil London Chambers of Commerce and Industry (LCCI).

Seramai 20,347 calon juga layak mendapat pengecualian menduduki kertas Certified Accounting Technicial One (CAT 1) daripada The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) England.

(Sumber: Kenyataan akhbar : 12/03/2009)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Seramai 3,098 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lalu memperoleh sekurang-kurangnya lulus (Maqbul) dalam setiap mata pelajaran, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata bagaimanapun pencapaian kali ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun lalu seramai 3,341.

"Daripada 10 mata pelajaran yang diambil, 562 memperoleh cemerlang (Mumtaz) pada 2008 berbanding 729 pada tahun lalu," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STAM di Putrajaya hari ini.

Alimuddin berkata bagi peringkat kepujian (Jayyid Jiddan), jumlah calon yang memperoleh keputusan itu sama dengan 2007 iaitu 811 calon.

Beliau berkata pencapaian cemerlang (mumtaz) yang terbaik ialah bagi mata pelajaran Insya'' dan Mutala''ah iaitu 6.2 peratus dan mata pelajaran Hifzil Quran dan Tajwid iaitu 22.6 peratus.

Seramai 6,240 calon menduduki peperiksaan STAM tahun lalu di 92 pusat peperiksaan seluruh negara.

(Sumber: Kenyataan akhbar - 12/03/2009)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Tarikh tutup permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui aplikasi dalam talian bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008 ditetapkan pada 23 Mac ini.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan Rabu berkata permohonan melalui aplikasi itu telah dibuka mulai 3 Feb lepas melalui Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my manakala calon yang ingin ke Universiti Sains Malaysia perlu mengemukakan terus permohonan melalui laman web rasmi universiti itu di http://pohon.usm.my.

Kementerian juga menasihati semua pemohon lepasan STPM 2008 supaya mengemukakan permohonan awal bagi melicinkan pengurusan permohonan kemasukan mereka ke IPTA.

Sebarang kemusykilan hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-88835801, 03-88835802 dan 03-88835848 atau e-mel: upu@mohe.gov.my.

(Sumber: Bernama - 11/03/2009 - 20:39 PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 5 comments ]

Semakan permohonan untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi panggilan kedua tahun 2009 dibuka mulai 11 Mac, 2009. Akhirnya tiba juga waktu yang ditunggu-tunggu oleh calon-calon yang telah membuat rayuan sebelum ini.

Sila rujuk laman (klik->) Laman Semakan Online MRSM Ambilan Kedua (<-klik) untuk membuat semakan. Isikan nombor angka giliran UPSR sahaja.

Jika berjaya akan dipaparkan lokasi MRSM yang ditempatkan serta tarikh mendaftar: 23/03/2009 (hari Isnin).

Semoga berjaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Seramai 46,277 atau 92.26% daripada 66,047 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008, lulus penuh atau peringkat prinsipal bagi sekurang-kurang satu mata pelajaran, meningkat 0.65 berbanding 91.61% pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 3,437 atau 6.85% calon lulus penuh lima mata pelajaran, 18,686 (37.25%) empat mata pelajaran, 10,068 (20.07%) tiga mata pelajaran 7,635 (15.22%) dua mata pelajaran serta 6,451 (12.86%) satu mata pelajaran.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, berkata 236 calon memperoleh prinsipal A dalam semua subjek iaitu masing-masing 13 yang mengambil lima mata pelajaran dan 223 (empat mata pelajaran).

Beliau berkata, bilangan itu merosot berbanding 25 calon mendapat prinsipal A dalam lima mata pelajaran dan 361 memperoleh keputusan sama bagi empat subjek diambil pada 2007.

Katanya, daripada analisis jurang pelajar bandar dan luar bandar masih ketara kerana calon mendapat 5A, 4A dan 3A ialah 10.39% berbanding 6.77% (luar bandar).

“Namun, uniknya keputusan kali ini, calon luar bandar lebih baik daripada bandar dalam aliran sains dengan mendapat 5A, 4A dan 3A iaitu 14.81% berbanding 12.99% (bandar), walaupun mereka mendahului dalam aliran sastera dengan mencatat 9.01% berbanding 6.15% (luar bandar).

“Seramai 31 calon lagi mendapat empat A dalam lima mata pelajaran diambil, merosot berbanding 59 pelajar pada tahun sebelumnya.

“Umumnya, prestasi calon memperoleh keputusan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.00 atau ke atas rendah kerana hanya 0.82% memperoleh PNGK 4.00, berbanding 1.15% pada 2007,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur semalam. Hadir sama, Ketua Eksekutif MPM, Omar Abu Bakar.

Dzulkifli berkata, berdasarkan analisis STPM 2008, 9.72% calon mendapat PNGK 3.50 berbanding 10.66% tahun sebelumnya, manakala 31.46% lagi memperoleh PNGK 3.00, berbanding 32.11% (2007).

“Jumlah calon STPM tahun lalu menurun 18.79% iaitu 53,638 berbanding 66,048 pada 2007 dan daripada jumlah itu, 36,470 atau 67.99% Bumiputera, 12, 484 atau 23.27% Cina, 3,884 atau 7.24% India serta 800 atau 1.49% kaum lain.

“Penurunan itu mungkin disebabkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai pilihan lebih baik untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Dari segi prestasi calon lulus penuh mengikut mata pelajaran pula, ada 15 mata pelajaran tidak berubah kerana perubahan pencapaian calon kurang daripada 3% dianggap sebagai biasa.

“Mata pelajaran itu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Melayu, Syariah, Sejarah, Perakaunan, Matematik S, Matematik T, Fizik, Kimia, dan Biologi.

“Lapan mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Usuluddin, Geografi, Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Matematik T Lanjutan, Pengkomputeran, Sains Sukan dan Seni Visual serta tiada subjek menurun melebihi 3%.

Mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam jawapan bagi subjek Sains dan Matematik, Dzulkifli berkata, kertas soalan tujuh subjek disediakan dalam dwibahasa, iaitu Matematik S, Matematik T, Matematik T Lanjutan, Pengkomputeran, Fizik, Kimia dan Biologi.

Beliau berkata, 92.7% calon menjawab dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, meningkat 0.8% berbanding 91.9% pada 2007.

“Ia disebabkan mereka lebih selesa menjawab dalam bahasa itu,” katanya.

(Sumber: Berita Harian - 11/03/2009)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Jumlah calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 yang lulus penuh (peringkat prinsipal) meningkat sebanyak 0.65 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan peningkatan peratusan penggunaan bahasa Inggeris ketika menjawab soalan sebanyak 0.8 peratus.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Datuk Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata seramai 46,277 atau 92.26 peratus calon lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran berbanding 56,963 atau 91.61 peratus pada 2007.

Katanya jumlah yang dinyatakan itu meliputi 53,638 calon yang menduduki peperiksaan STPM pada 12 Nov hingga 4 Dis lepas di 751 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

"Daripada analisis keputusan peperiksaan STPM 2008, jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara dengan calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah 10.39 peratus berbanding calon luar bandar 6.77 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan STPM 2008 di sini, hari ini.

Dalam analisis keputusan STPM 2008, calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A, 3A adalah sebanyak 9.01 peratus berbanding calon luar bandar iaitu 6.15 peratus, namun terdapat sedikit peningkatan daripada calon luar bandar bagi aliran sains yang mendapat 5A, 4A, 3A iaitu sebanyak 14.81 peratus berbanding calon bandar yang hanya 12.99 peratus.

Dr Dzulkifli berkata peratusan pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya ketika menjawab soalan tahun lepas ialah 92.7 peratus berbanding hanya 91.9 peratus pada 2007.

Bagaimanapun, jumlah pelajar yang lulus gred A dalam lima dan empat mata pelajaran masing-masing masih mencatatkan penurunan dengan hanya 13 pelajar mendapat prinsipal A dalam lima mata pelajaran berbanding 25 pelajar pada 2007.

"Daripada jumlah itu, 10 orang adalah pelajar sains, manakala tiga lagi pelajar aliran sastera," katanya.

Daripada keseluruhan 53,638 calon STPM tahun lepas, 46,319 atau 86.35 peratus merupakan calon sekolah kerajaan, 2,189 (4.08 peratus) adalah calon swasta manakala 5,130 (9.56 peratus) calon persendirian individu.

Semua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula tengah hari ini kecuali calon persendirian yang akan menerima melalui pos, selain melayari laman web www.mpm.edu.my atau SMS di talian 39003.

Sementara itu di JOHOR, seramai 4,741 daripada 4,902 calon STPM 2008 di negeri ini lulus penuh peperiksaan itu, kata Pengarah Pelajaran Johor Sufa'at Tumin.

Namun, katanya keputusan peratus calon lulus penuh merosot 0.08 peratus iaitu 96.72 peratus berbanding 96.8 peratus, pada tahun 2007.

"Bilangan calon yang mencapai keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 kali ini juga merosot dengan hanya 34 orang berbanding 48 orang, pada tahun 2007," katanya

Sufa'at berkata Lim Chew Sia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Dr Ismail, Muar merupaka seorang daripada pelajar cemerlang peringkat kebangsaan manakala Nor Hidayu Mohd Yusoff dari Maktab Sultan Abu Bakar Johor Baharu dianugerahkan pelajar cemerlang Johor bagi kategori calon istimewa.

Menurutnya sebanyak 31 buah sekolah mencapai 100 peratus lulus penuh kali ini berbanding 22 sekolah pada tahun 2007.

Di TERENGGANU, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu Ariffin Embong berkata keputusan peperiksaan STPM 2008 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun lalu.

Katanya peratusan calon yang layak mendapat sijil STPM ialah 96.90 berbanding peratusan peringkat negara 94.79 peratus.

Seramai 2,838 calon daripada 21 buah sekolah telah menduduki peperiksaan STPM dan seramai 2,750 atau orang calon mendapat lulus penuh.

Di KEDAH, sebanyak 3,151 daripada 3,725 calon negeri Kedah yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas lulus sekurang-kurangnya satu subjek peringkat prinsipal iaitu peningkatan 2.06 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman berkata daripada jumlah itu, seramai 186 orang mendapat lima prinsipal, 1,375 (4P), 756 (3P), 481 (2P) dan 353 (1P).

Sebanyak 18 buah sekolah di Kedah mencapai kelulusan penuh 100 peratus manakala 15 calon mencatat keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) atau empat prinsipal A dalam semua mata pelajaran yang mereka ambil, katanya.

Sebanyak 3,725 calon menduduki STPM tahun lepas, 3,292 dari sekolah kerajaan, 155 calon sekolah swasta dan 277 calon persendirian.

Di SARAWAK, seramai 5,063 calon ataupun 91.75 peratus memperoleh sijil STPM tahun 2008.

Jabatan Pelajaran Sarawak dalam satu kenyataan akhbar hari ini menjelaskan daripada jumlah calon tersebut seramai 81 calon (1.14 paratus) lulus penuh dengan lima mata pelajaran (5P), 1,898 (4P), 1,204 (3P), 1,025 (2P) manakala 855 lulus dalam satu mata pelajaran.

Daripada segi individu seramai 24 calon Sekolah Menengah Kebangsaan berjaya mencapai purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00 (maksimum).

Di PERAK, seramai 4,311 dari 4,487 calon negeri ini lulus penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kata Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) Perak, Mohd Radzi Abd Jabar.

Mohd Radzi berkata hasil usaha dan kesungguhan calon serta bimbingan daripada guru-guru dalam menghadapi peperiksaan ini berjaya menunjukkan pencapaian sebanyak 96.07 peratus berbanding 95.37 peratus tahun lalu.

Pencapaian ini melebihi 1.28 peratus daripada pencapaian nasional iaitu 94.79 peratus, katanya.

(Sumber: Bernama - 10/03/2009: 17:57 PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diminta menyelesaikan dahulu urusan permohonan mereka ke institusi pengajian tinggi (IPT) sebelum mendaftar ke kem PLKN pada 19 Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pelajar terbabit mempunyai tempoh seminggu untuk berbuat demikian selepas mendapat keputusan SPM pada hari Khamis (12 Mac 2009) ini.

"Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan masalah apabila mereka memulakan latihan, bagaimanapun, jika masalah permohonan masuk ke IPT tidak dapat diselesaikan selepas mendaftar di kem, mereka boleh mendapatkan bantuan daripada komandan kem," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup PLKN Kumpulan Satu Siri 06/2009 di Kem Hijrah, Penor dekat Kuantan, hari ini.

Kira-kira 43,000 pelatih PLKN Kumpulan Dua Siri 06/2009 dijadual mendaftar di 81 kem di seluruh negara pada 19 Mac ini.

Abdul Hadi berkata pelatih yang mendapat tawaran ke IPT ketika dalam latihan pula akan diberi pelepasan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata jika tawaran masuk ke IPT diterima selepas pelatih mengikuti latihan lebih daripada dua bulan, mereka akan dilepaskan dan dikira telah menamatkan latihan.

"Bagaimanapun, jika kurang dua bulan mengikuti latihan, mereka juga akan dilepaskan tetapi perlu menjalani semula latihan selepas tamat pengajian di IPT," katanya.

Abdul Hadi turut meminta ibu bapa supaya tidak sesuka hati memilih kem untuk anak mereka atas faktor berdekatan kediaman mereka, sebaliknya mematuhi arahan JLKN yang menetapkan penempatan anak mereka di sesebuah kem.

Beliau berkata tindakan memilih kem akan menimbulkan kesulitan kepada JLKN kerana bilangan pelatih untuk setiap kem telah ditetapkan, temasuk tempat tidur dan bilangan pakaian pelatih.

(Sumber: Bernama  - 10/03/2009 : 15:10PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Pernah dengar Biasiswa Telekom Malaysia? Dahulu PakTeh ada muatkan iklan Biasiswa Kecil Yayasan TM untuk lepasan UPSR dan PMR 2008. Kini untuk lepasan SPM 2008 pula.

Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang layak dengan mendapat kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik, aktif dalam kegiatan kokurikulum serta berwawasan tinggi untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Biasiswa yang ditawarkan adalah dalam bidang/kursus Kejuruteraan, Pengurusan dan Teknologi Maklumat di peringkat pengajian berikut:

  1. Biasiswa Persediaan Luar Negara
  2. Biasiswa Pra Universiti / Program Alpha di Universiti Multimedia (MMU)
  3. Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)
  4. Biasiswa Ijazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Kelayakan, Syarat & Cara Membuat Permohonan seperti berikut:

1. Biasiswa Persediaan ke Luar Negara
  • Terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2008 sahaja.
  • Calon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya 8 1A dalam keputusan peperiksaan SPM 2008 termasuk 5 subjek wajib mengikut kursus yang dipohon.
2. Biasiswa Pra Universiti di Universiti Multimedia (MMU)
  • Terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2008 yang ingin mengikuti pengajian di MMU.
  • Memperoleh keputusan SPM 2008 sekurang-kurangnya 2A 3B dalam mana-mana 5 subjek wajib mengikut kursus yang dipohon.
3. Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)
  • Terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2008 atau telah mendaftar/sedang mengikuti pengajian di MMU.
  • Memperoleh keputusan SPM 2008 sekurang-kurangnya 4B dalam mana-mana 5 subjek wajib mengikut kursus yang dipohon atau PNGK/CGPA 3.00
4. Biasiswa Ijazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Terbuka kepada pelajar lepasan diploma, matrikulasi, Alfa (Asas) MMU, STPM atau yang setaraf dengannya.
  • Memperoleh minima PNGK/CGPA 3.30. Lulusan STPM juga mesti memperoleh Gred A dalam subjek Pengajian Am.
  • Berumur tidak melebihi 22 tahun bagi lulusan Diploma/STPM dan 20 tahun bagi lulusan matrikulasi/ Alfa MMU.
Perhatian: Sila gunakan keputusan PNGK/CGPA terkini sekiranya keputusan akhir pengajian semasa belum diperolehi.

Subjek Wajib Mengikut Bidang/Kursus Pengajian

A. Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat
- Subjek wajib : Matematik Moden, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia/matapelajaran Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.

B. Pengurusan
- Subjek wajib : Matematik, Bahasa Inggeris, Sains/Kimia/Fizik, Matematik Tambahan, Perdagangan/Ekonomi Asas/ Sejarah/ Prinsip Akaun/ Geografi.

Syarat Memohon

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan melayari laman web TM di alamat http://ytm.tm.com.my
  • Calon lepasan SPM/STPM 2008 hanya boleh memohon selepas keputusan diumumkan.
  • Calon hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja.
Sebelum mengisi borang permohonan, calon dikehendaki membaca arahan yang terdapat di muka utama aplikasi online.

Tarikh Tutup Permohonan

1. Biasiswa Persediaan Ke Luar Negara / Pra Universiti di MMU - 22 Mac 2009.
2. Biasiswa Ijazah Pertama di MMU dan IPTA - 31 Mac 2009.

Calon akan dimaklumkan sekiranya berjaya ke proses pemilihan seterusnya manakala permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...