| 0 comments ]

Kerajaan diminta membina Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di setiap daerah untuk memberi peluang kepada pelajar cemerlang luar bandar menikmati suasana pembelajaran yang lebih selesa.

Anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria berkata bagi tempoh jangka masa panjang, SBP ini perlu diwujudkan di setiap daerah kerana meningkatnya jumlah calon cemerlang terutama pelajar luar bandar menerusi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Hasil daripada keberkesanan sistem pendidikan...beberapa tahun kebelakangan ini terdapat peningkatan ketara bagi jumlah pelajar yang memperolehi 5A dari kawasan luar bandar.

"Kesemua mereka ini memberi sepenuh tumpuan kepada pelajaran dengan hasrat untuk membela dan mengeluarkan keluarga daripada belenggu kemiskinan yang rata-rata daripada golongan berpendapatan rendah," katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan kepada pelajar cemerlang di Institut Latihan Kemas di Seri Iskandar, Khamis.

Beliau berkata ramai di kalangan pelajar cemerlang ini gagal memasuki SBP memandangkan kuota pelajar ke SBP pada masa ini adalah terhad dan ini menyebabkan sesetengah pelajar gagal mengekalkan kecemerlangan masing-masing.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada 217 pelajar yang memperolehi 5A dalam UPSR 2010 dari 23 buah sekolah rendah dalam kawasan Parlimen berkenan.


(Sumber: Bernama - 30/12/2010 - 4:36PM)


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.

Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.


(Sumber: Bernama - 30/12/2010 - 12:10AM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Seramai 3,017 calon di negeri ini berjaya memperoleh A bagi semua mata dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) daripada keseluruhan 41,810 yang mendudukinya pada Oktober lalu.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Idris Ramli berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 279 calon memperoleh 9A diikuti 2,083 mendapat 8A dan 655 mencapai 7A.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, keputusan PMR melibatkan kesemua 255 buah sekolah menengah di negeri ini menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 0.05 peratus berbanding tahun lalu.

"Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh muncul sebagai sekolah terbaik di negeri ini untuk tiga tahun berturut-turut.

"Mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan peratusan lulus tertinggi pula ialah Bahasa Arab iaitu sebanyak 7.27 peratus walaupun ia dianggap sebagai satu subjek yang sukar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman keputusan PMR 2010 di Jabatan Pelajaran Perak, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tujuh buah sekolah telah mencapai kelulusan 100 peratus iaitu STAR, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Tiga buah sekolah lagi adalah Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tasik, Taiping dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gopeng.

"Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar muncul sebagai sekolah agama terbaik apabila 57 daripada 125 calonnya berjaya memperoleh 9A.

"Bagi kategori sekolah luar bandar, antara sekolah yang mencapai keputusan terbaik ialah SMK Convent Taiping, SMK Tarcisian Convent dan SMK Ave Maria Convent," katanya.

(Sumber: Utusan Online - 24/12/2010)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Para pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 dinasihatkan tidak berasa kecewa sekiranya gagal melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, sekolah harian kerajaan juga sebenarnya mampu melahirkan pelajar yang berkualiti dan mempunyai peluang yang sama untuk berjaya.

"Keputusan cemerlang yang ditunjukkan oleh pelajar sekolah harian membuktikan bahawa tahap tenaga pengajar dan pengajaran di sekolah itu juga mempunyai kualiti yang sama dengan sekolah berasrama penuh,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas keputusan PMR 2010 yang merupakan pencapaian terbaik dalam tempoh empat tahun, beliau berkata, perkembangan tersebut menunjukkan kualiti pendidikan di negara ini bertambah baik.

"Peningkatan jurang yang ditunjukkan antara sekolah bandar dan luar bandar juga merupakan pencapaian yang bagus," jelasnya.

Seramai 30,863 pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran yang mereka duduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud dalam kenyataannya semalam, jumlah pelajar yang mendapat semua A meningkat sebanyak 2,675 orang atau 0.65 peratus berbanding 28,188 orang pada tahun lalu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berharap kejayaan para pelajar itu bukan sekadar dari segi akademik tetapi juga menyeluruh sehingga ke soal sahsiah dan disiplin.

"Langkah seterusnya adalah memastikan sahsiah pelajar itu selari dengan akademik mereka.

"Intelektual harus diselaraskan dengan sahsiah, agama dan perpaduan supaya keperibadian pelajar itu lengkap," katanya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan pula berkata, insentif dan pengiktirafan yang diberikan kepada guru telah menjadikan mereka lebih fokus dalam mendidik sekali gus membantu dalam menghasilkan keputusan cemerlang.

"Anugerah seperti guru cemerlang dapat meningkatkan semangat mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam mendidik para pelajar.

"Pada tahun depan tanggungjawab guru makin bertambah dengan pengenalan mata pelajaran baru. Jadi pendekatan baru harus diperkenalkan supaya kecemerlangan pelajar dapat diteruskan," ujarnya.

(Sumber: Utusan Online - 25/12/2010)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekali lagi mengekalkan kecemerlangannya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan 20 buah MRSM telah mencapai keputusan lebih daripada 60 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ibrahim Ahmad berkata daripada 5,068 calon dari 36 buah MRSM, jumlah yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran ialah 3,129 orang iaitu peningkatan sebanyak 2.17 peratus berbanding 59.03 peratus tahun lepas.

"Pencapaian MRSM dalam peperiksaan PMR 2010 adalah cemerlang dan bertambah baik berbanding dengan pencapaian pada tahun lalu iaitu daripada Gred Purata Maktab (GPM) 1.0992 kepada 1.0531," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata MRSM Pasir Tumboh muncul sebagai MRSM cemerlang dengan mendapat peratus tertinggi mengikut pencapaian GPM iaitu 92.20 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran, diikuti MRSM Pasir Salak (81.2 peratus) dan MRSM Kuala Klawang (79.9 peratus).

Sebanyak 18 buah MRSM menunjukkan peningkatan daripada segi nilai GPM, katanya.

Ibrahim berkata 16 buah MRSM juga menunjukkan peningkatan dalam pencapaian peratusan pelajar yang mendapat semua A yang mana MRSM Besut mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 30.53 peratus.

"Bilangan pelajar MRSM yang mendapat pencapaian mengikut syarat minimum 6A2B (Matematik A, Sains A) ialah seramai 4,438 orang atau 87.57 peratus berbanding 3,498 orang pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata empat mata pelajaran mencatatkan peningkatan peratus pencapaian gred A pada tahun ini iaitu Sains (+3.9 peratus), Bahasa Inggeris (+2.6 peratus), Bahasa Melayu (+2.0 peratus) dan Sejarah (+1.8 peratus).


(Sumber: Bernama - 23/12/2010 - 7:51PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Berikut antara analisa ringkas berkaitan pencapaian PMR 2010 beberapa buah negeri di Malaysia. Dapatan yang dikumpul antaranya ialah dari Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perlis, Selangor, Sabah, Sarawak dan Melaka.

TERENGGANU

Terengganu terus unggul sebagai negeri terbaik dalam pencapaian PMR tahun ini apabila mencatat gred purata negeri (GPN) 2.58 berbanding 2.60 tahun sebelumnya.

Pengarah JPN Terengganu, Razali Daud, berkata jumlah calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran meningkat sebanyak 0.69 peratus kepada 7.81 peratus atau 1,746 pelajar berbanding 7.12 peratus tahun lalu.

KELANTAN

Di KOTA BHARU, Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang berkata seramai 2,023 atau 6.76 peratus calon mencatat keputusan semua A, sekaligus mencatat pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun.

WILAYAH PERSEKUTUAN

Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik berbanding empat tahun lalu dengan jumlah yang gagal dalam semua mata pelajaran semakin menurun.

Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Mohd Adenan Deraman berkata daripada 21,612 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah seramai 1,850 orang, merosot sedikit berbanding 1,940 orang tahun lepas.

Bagaimanapun pencapaian minimum calon yang mendapat semua D (termasuk yang memperoleh semua A) meningkat sebanyak 0.07 peratus iaitu 6,363 orang berbanding 6,439 pada tahun lepas manakala bilangan calon yang mendapat semua E menurun daripada 20 orang pada tahun lepas kepada 16 orang pada tahun ini, katanya.

Beliau berkata tiga buah sekolah mengekalkan rekod kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan PMR iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur.

PERAK

Di IPOH, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mohd Idris Ramli berkata secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan PMR di Perak pada tahun ini menunjukkan peningkatan daripada segi kualiti, kuantiti dan gred purata sekolah.

Beliau berkata seramai 27,105 calon atau 64.83 peratus daripada 41,810 calon yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini memperoleh keputusan A,B,C dan D dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.44 peratus berbanding keputusan PMR tahun lepas, katanya.

Katanya berkata Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) muncul sebagai sekolah terbaik dengan mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam PMR dengan 88 pelajarnya mencatatkan keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

KEDAH

Di ALOR SETAR, pencapaian Gred Purata Negeri bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Kedah meningkat sebanyak 0.021 iaitu 2.857 berbanding 2.878 pada tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Negeri Abdullah Saad berkata daripada seramai 35,909 calon seramai 1,981 calon berjaya mendapat semua A sama ada tujuh, lapan atau sembilan mata pelajaran yang diambil berbanding 1,736 orang pada tahun lepas.

Beliau berkata peratus penguasaan tahap minimum dalam semua mata pelajaran juga meningkat iaitu 62.57 peratus berbanding 58.22 peratus pada tahun lepas.

PAHANG

Di KUANTAN, pencapaian calon PMR yang menguasai semua mata pelajaran meningkat 3.6 peratus iaitu seramai 16,478 orang berbanding 15,714 orang pada tahun lepas.

Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Yahya Zainal Abdidin berkata pencapaian cemerlang yang mendapat semua A pada tahun ini juga meningkat iaitu 1,641 pelajar berbanding 1,367 pelajar pada tahun sebelumnya.

"Bilangan calon yang mendapat semua E bagaimanapun meningkat sedikit daripada 15 orang tahun lepas kepada 18 orang tahun ini, katanya.

KELANTAN

Di KOTA BAHARU, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang berkata bilangan calon yang memperoleh kecemerlangan semua A iaitu seramai 2,023 orang atau 6.76 peratus meningkat 1.86 peratus daripada tahun lalu iaitu seramai 1,510 calon atau 4.90 peratus.

Hussain berkata peningkatan pencapaian itu merupakan peratus kecemerlangan tertinggi dicatatkan Kelantan dalam tempoh lima tahun. Seramai 36, 953 calon menduduki PMR di Kelantan tahun ini.

JOHOR

Di JOHOR BAHARU, seramai 3,575 calon daripada keseluruhan 53,082 calon PMR di negeri ini mendapat pencapaian cemerlang iaitu semua A dalam kesemua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran berkata secara keseluruhannya prestasi PMR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun sejak 2007.

"Pencapaian keputusan cemerlang (semua A) meningkat sebanyak 267 orang (0.61 peratus) iaitu daripada 3,308 orang (6.12 peratus) pada tahun lepas kepada 3,575 orang (6.73 peratus), tahun ini," katanya.

PULAU PINANG

Di PULAU PINANG, sebanyak 2,103 calon yang menduduki PMR berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran iaitu pencapaian 9A, 8A dan 7A berbanding sebanyak 1,971 pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri Ibrahim Mohamad berkata jumlah calon yang mendapat 9A dalam semua mata pelajaran adalah seramai 131 orang, 8A sebanyak 1,521 calon manakala pelajar yang memperoleh 7A adalah 450 calon.

Beliau berkata gred purata negeri meningkat kepada 2.70 pada tahun ini berbanding 2.72 pada tahun lepas.

NEGERI SEMBILAN

Di SEREMBAN, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Abdul Halim Abdul Razak berkata pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR adalah yang terbaik daripada perbandingan tiga tahun.

Beliau berkata pencapaian cemerlang (semua A) calon dalam PMR tahun 2010 meningkat sebanyak 64 orang meningkat 0.62 peratus iaiatu 1,482 orang berbanding 1,418 pada tahun lepas.

PERLIS

Di KANGAR, sebanyak 333 atau 7.41 peratus daripada 4,494 calon PMR di Perlis mencatat A dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Abdul Hadi Harun berkata angka itu meningkat sebanyak 51 calon berbanding 282 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran tahun lalu manakala peratus pencapaian tahun lalu sebanyak 6.10 peratus.

Beliau berkata tujuh calon mencatat 7A, 258 orang memperoleh 8A dan 68 orang mendapat 9A.

Tiga buah sekolah mencapai peratus kelulusan 100 peratus dalam semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dan SMK Dato' Sheikh Ahmad, Arau sama seperti pencapaian tahun lalu.

SELANGOR

SHAH ALAM, seramai 6,907 daripada 75,711 calon PMR di Selangor memperoleh semua A, pencapaian yang terbaik berbanding empat tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Selangor Sulaiman Wak berkata tujuh sekolah mencatatkan kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah (SM) Sains Hulu Selangor, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Puteri, SM Sains Kuala Selangor, SBPI Sabak Bernam, Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari dan SMK Agama Simpang Lima.

Sulaiman berkata bilangan calon yang mendapat semua E menurun daripada 73 orang pada tahun lepas kepada 63 orang pada tahun ini, iaitu penurunan sebanyak 0.02 peratus.

SABAH

Di KOTA KINABALU, seramai 734 calon PMR di Sabah memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 659 orang tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yussin berkata 44 pelajar mendapat sembilan A, berbanding 19 orang tahun lepas, manakala terdapat pertambahan 46 calon yang memperoleh lapan A berbanding 340 tahun lepas.

Mereka yang mendapat tujuh A pula seramai 304 orang berbanding 300 tahun lepas.

Katanya seramai 20,378 orang daripada 38,741 calon yang menduduki PMR tahun ini lulus semua mata pelajaran berbanding 20,500 daripada 37,794 pelajar tahun lepas.

Dua belas sekolah mencapai kelulusan cemerlang iaitu Sekolah Menengah Sains (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Sains (Lahad Datu), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu.

Turut cemerlang ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Kebangsaan All Saints (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis Convent (Kota Kinabalu) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Yuk (Likas).

SARAWAK

Di KUCHING, seramai 1,877 calon PMR memperoleh A dalam semua mata pelajaran, peningkatan 0.18 peratus berbanding 1,860 calon pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak Mortadza Alop berkata 27 pelajar memperoleh semua A dalam sembilan mata pelajaran manakala 1,147 calon (lapan mata pelajaran) dan 703 calon (tujuh mata pelajaran).

Beliau berkata jumlah calon yang melepasi tahap minium D dalam semua mata pelajaran yang diambil turut meningkat sebanyak 3.07 peratus, iaitu seramai 25,287 calon (65.36 peratus) pada tahun ini berbanding 62.29 peratus pada tahun lepas.

MELAKA

Di MELAKA, Pencapaian Gred Purata Negeri bagi peperiksaan PMR di Melaka meningkat sebanyak 0.02 peratus iaitu 2.65 peratus berbanding 2.67 peratus pada tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Melaka Juliah Leman berkata daripada 14,716 orang, pencapaian cemerlang (semua A) calon meningkat sebanyak 63 orang (0.66 peratus) iaitu daripada 1,074 orang (7.56 peratus) pada tahun lepas kepada 1,137 orang tahun ini.


(Sumber: Bernama - 23/12/2010 - 3:03PM ; BHarian 24/12/2010)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.

"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun," katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini Khamis.

Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas.

Abdul Ghafar berkata bagi calon luar bandar, pencapaian mereka mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum.

Nilai GPN calon luar bandar adalah 2.97 berbanding 2.93 manakala calon bandar mencatat nilai GPN daripada 2.68 kepada 2.65, bermakna jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar semakin rapat, katanya.

Abdul Ghafar berkata pencapaian calon "istimewa" pada tahun ini secara keseluruhannya menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun lepas, walaupun jumlah yang menduduki peperiksaan bertambah daripada 1,188 kepada 1,345 orang.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai lima pelajar berjaya mendapat semua A, berbanding tujuh tahun lepas manakala 146 pelajar melepasi tahap minimum berbanding 161 sebelumnya.

Abdul Ghafar berkata enam mata pelajaran menunjukkan kenaikan signifikan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 2010 berbanding tahun lepas, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Pertanian.

Bagi mata pelajaran Pendidikan Kesenian yang merupakan tahun kedua diperkenalkan dalam peperiksaan PMR, Bidang Tari menunjukkan pencapaian tertinggi daripada segi peratusan bilangan memperoleh Band 4 (pencapaian tertinggi), diikuti Teater, Muzik dan Seni Visual.

(Sumber: Bernama - 23/12/2010 - 11:49AM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada hari Khamis, 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan pada hari Rabu berkata analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan.

(Sumber: Bernama - 15/112/2010 - 19:53PM)

Semoga berjaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kriteria pemilihan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan kembali berpandukan tujuan asal sekolah sedemikian diadakan, iaitu memilih mereka yang mendapat keputusan cemerlang daripada kalangan keluarga yang miskin, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"The 'cream' (yang terbaik) tapi di kalangan keluarga yang miskin. Itu adalah asas kenapa SBP diadakan. Asrama disediakan sebab tempat tinggal jauh untuk mudah mereka belajar. Pembiayaan kos juga agak rendah. Asas itu harus kita gunakan sekarang," kata beliau.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong bahawa hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang melanjutkan pelajaran di SBP.

Bercakap kepada pemberita di sini Sabtu, Muhyiddin berkata kesukaran memasuki SBP bukan perkara baru kerana jumlah pelajar yang cemerlang agak ramai manakala tempat untuk SBP adalah terbatas iaitu sebanyak 7,000 sahaja.

"Oleh itu jangan rasa kecewa kalau tidak dapat tempat. Hakikatnya, kita tidak dapat menampung semua," kata Muhyidin yang berada di Jepun untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini.

Beliau berkata ramai yang berfikiran bahawa SBP adalah sekolah elit kerana sering mencapai keputusan yang baik walaupun sekolah-sekolah yang lain turut cemerlang.

Oleh itu, katanya ramai ibu bapa yang ingin anak mereka memasuki SBP sedangkan usaha untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran di semua sekolah sedang dilakukan sekarang.

"Kita tahu di kalangan SBT (sekolah berprestasi tinggi) bukan semuanya sekolah berasrama penuh. Tahun depan saya akan umum 30 sekolah lagi, sebahagian besarnya bukan berasrama penuh," katanya.

Terdapat 10 buah sekolah yang bertaraf SBT pada masa ini.

(Sumber: Bernama - 13/11/10 - 18:56PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh (SBP).

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata walaupun tempat ditawarkan tidak mencukupi, ia tidak seharusnya menjatuhkan semangat pelajar cemerlang meneruskan pelajaran.

Kekurangan tempat tidak seharusnya menjadi penghalang bagi pelajar mencapai kejayaan. Murid tidak seharusnya sedih atau kecewa jika gagal untuk ke sekolah berasrama penuh.

Ini kerana masih banyak sekolah menengah dengan status cemerlang untuk dipilih, katanya selepas melawat murid mengidap kanser, Mohd Khairuddin Sulaiman yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda 2 di sini, semalam.

Dr Wee berkata, keputusan cemerlang dalam akademik boleh diperoleh di mana-mana sekolah asalkan pelajar memiliki keazaman tinggi.
Tidak kira di mana anda berada, asalkan berusaha anda boleh berjaya. Secara realitinya, kementerian tidak dapat memberi semua pelajar cemerlang (UPSR) peluang untuk memasuki sekolah berasrama penuh kerana tempat yang tidak mencukupi, katanya.

Mengenai pencapaian UPSR yang dikeluarkan kelmarin, Dr Wee memuji komitmen dan peranan dimainkan ibu bapa pelajar dalam mendidik anak-anak menjadi punca UPSR tahun ini mencatat prestasi baik.

(Sumber: BHarian - 13/11/10)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu mulai tahun 2011 untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Subjek baru itu akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’ bermula Tahun Satu, sekali gus membolehkan mereka memanfaatkan ilmu itu merentasi kurikulum untuk pembelajaran subjek lain.

Selain itu, mereka juga akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata guru yang terbabit dalam subjek baru itu sudah mula menjalani kursus peringkat daerah.

Mengikut sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, murid Tahun Satu akan didedahkan kepada penguasaan ICT bagi enam minggu pertama yang memfokus kepada kemahiran menggunakan aplikasi dan program komputer.

“Pada dua minggu pertama, murid akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point pada minggu ketiga dan keempat, manakala minggu kelima dan keenam pula didedahkan kepada Painting.
“Bagaimanapun, penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.

“Selepas pendedahan enam minggu, murid akan mengasah dan memantapkan kemahiran dikuasai itu secara berterusan dan menggunakannya merentasi kurikulum untuk membantu keberkesanan pembelajaran mata pelajaran lain,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Dari segi pengisian kurikulum Sains pula, Mohamed Sabri berkata, sains hayat akan mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk.

“Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik,” katanya.

Bagaimanapun bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, Mohamed Sabri berkata, Kementerian Pelajaran perlu bertindak proaktif melengkapi semua sekolah rendah dengan kemudahan makmal komputer atau sekurang-kurang peralatan komputer di setiap kelas Tahun Satu menjelang sesi persekolahan tahun depan.

“Masih ada sekolah rendah yang tidak memiliki kemudahan makmal komputer atau peralatan itu di bilik darjah. Sekiranya tidak ditangani segera, dikhuatiri akan menjejaskan matlamat pelaksanaan KSSR,” katanya.

(Sumber: BHarian: 12/10/2010)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Seramai 4,201 murid atau 9.99 peratus daripada 42,057 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini tahun ini mencatat prestasi cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Idris Ramli berkata, bilangan murid yang mencatatkan keputusan penuh 5A atau 7A kali ini meningkat seramai 264 orang berbanding 3,937 murid pada tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 1.21 peratus daripada 8.78 peratus.

"Secara keseluruhannya, seramai 26,610 atau 63.27 peratus calon mencapai tahap penguasaan minimum. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.5 peratus berbanding 61.77 peratus pada 2009.

"Gred Purata Negeri bagi tahun ini meningkat sebanyak 0.05 daripada 2.36 pada tahun lepas kepada 2.31 pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR negeri ini di sini hari ini.

Menurut Mohd. Idris, dalam peperiksaan kali ini, sebanyak 701 daripada 842 sekolah kerajaan mencapai peratus menguasai melebihi 40 peratus.

Katanya, antara sekolah dalam bandar yang menunjukkan pencapaian cemerlang ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Convent, SK Raja Perempuan, SK Marian Convent serta SK Cator Avenue di sini dan SK Convent Kota serta SK Perempuan Treacher Methodist di Taiping.

"Bagi kategori luar bandar pula, sekolah yang cemerlang adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Getah di Taiping, SK Balun Bidai di Kampung Gajah, SK Haji Ramli di Tanjung Piandang, SK Sungai Batang di Selekoh, SK Matang Gelugur, Matang dan SK Chegar Galah di Sauk," katanya.

Tambah beliau, dari segi prestasi mengikut mata pelajaran pula, peratus murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman turun sebanyak 3.66 peratus dan Bahasa Melayu Penulisan sebanyak 0.03 peratus berbanding tahun lepas.

"Di SK pula, peratus kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman meningkat sebanyak 6.49 peratus tetapi Bahasa Melayu Penulisan menurun sebanyak 6.97 peratus.

"Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di SK pula, hanya 17.02 peratus murid SK meraih keputusan cemerlang dan sebanyak 20.86 peratus di SJK," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Idris memberitahu, kejayaan yang dicapai itu hasil usaha dan perancangan rapi oleh ibu bapa, murid, guru, pentadbir sekolah, masyarakat serta Kementerian Pelajaran.

Beliau berkata, pelbagai program khas dari Jabatan Pelajaran negeri dan Pejabat Pelajaran daerah telah dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti guru serta memberikan motivasi kepada murid.

Antaranya, pemantauan dan penyeliaan bersepadu untuk meningkatkan motivasi kepada guru dan murid, Program Guru Cemerlang dan mengkelaskan prestasi akademik sekolah mengikut warna, katanya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Semua sekolah di seluruh negara mencatatkan peningkatan memberangsangkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 yang diumumkan, hari ini.

DI KUALA LUMPUR, seramai 2,548 calon UPSR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjaya mencatat keputusan cemerlang semua A.

Bagaimanapun, keputusan itu mencatatkan sedikit penurunan iaitu 10.96 peratus tahun lepas yang mendapat keputusan sama berbanding 10.93 peratus tahun ini.

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Mohd. Adenan Deraman berkata, jumlah peratus pelajar yang mendapat semua A itu pada tahun ini mewakili 10.93 peratus daripada jumlah calon keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan itu iaitu 23,305 orang.

DI SEREMBAN, seramai 2,324 orang calon negeri ini berjaya mencapai keputusan penuh 5A dan 7A, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 0.3 peratus berbanding tahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Jamali Salam berkata, pencapaian cemerlang itu juga memperlihatkan peningkatan baik Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 0.01 peratus kepada 2.19, di mana nilainya berkurangan berbanding 2.20 pada tahun lalu.

DI KUANTAN, Pahang mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila keputusan UPSR menunjukkan peningkatan memberangsangkan pada tahun ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, peningkatan keputusan kali ini merupakan yang tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 0.6 peratus iaitu kepada 69.02 peratus berbanding 68.39 peratus pada tahun lalu.

"Keputusan pada tahun ini begitu baik iaitu bukan sahaja peningkatan dari segi kuantiti tetapi kualiti secara keseluruhannya,'' katanya.

DI SHAH ALAM, pencapaian keseluruhan calon yang menduduki UPSR mengikut Gred Purata Negeri di Selangor tahun ini meningkat 2.22 peratus berbanding 2.24 peratus tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Sulaiman Wak berkata, kejayaan itu turut disumbang oleh dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan 4, Bangi dan SK Bukit Jelutong, Shah Alam yang masing-masing 120 muridnya mendapat 5A.

Sebuah lagi sekolah tambahnya,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Lick Hung, Petaling Perdana, Subang Jaya menyaksikan 115 muridnya mencapat keputusan yang sama.

DI HULU TERENGGANU, Terengganu mencipta sejarahnya tersendiri apabila sekali lagi muncul sebagai negeri terbaik keseluruhan dalam UPSR selama sedekad.

Seramai 3,560 orang daripada 23,147 calon UPSR di negeri itu mendapat semua A (15.4 peratus) dengan menunjukkan peningkatan sebanyak satu peratus berbanding tahun lalu.

Selain itu, daripada jumlah tersebut seramai 2,138 orang (9.2 peratus) mendapat 4A 1B manakala seramai 15,462 (66.8 peratus) mendapat minimum C dalam semua subjek.

DI IPOH, seramai 4,201 murid atau 9.99 peratus daripada 42,057 calon UPSR mencatat prestasi cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Idris Ramli berkata, bilangan murid yang mencatatkan keputusan penuh 5A atau 7A kali ini meningkat seramai 264 orang berbanding 3,937 murid pada tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 1.21 peratus daripada 8.78 peratus.

DI KUCHING, seramai 2,035 daripada 43,265 calon UPSR dari Sarawak berjaya mencatat keputusan cemerlang iaitu mendapat A bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pelajaran negeri, Mortadza Alop berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 152 adalah dari sekolah kebangsaan (SK) dan 383 orang pula merupakan calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

DI ALOR SETAR, bilangan dan peratus calon UPSR yang memperoleh gred A bagi semua matapelajaran di negeri ini meningkat pada tahun ini dari 3,742 (9.36 peratus) pada 2009 kepada 3,866 (10.0 peratus).

Pengarah Pelajaran negeri, Abdullah Saad berkata, seramai 39,781 murid menduduki UPSR pada tahun ini.

Menurutnya, bilangan dan peratus calon yang berjaya mencapai tahap minimum bagi semua matapelajaran pada tahun ini adalah 24,208 bersamaan dengan 62.60 peratus.

(Sumber: Utusan Malaysia : 12/11/2010)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Tempoh permohonan MyKid, kad pengenalan pintar untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, kini boleh diperoleh dalam tempoh sejam, bermula hari ini, berbanding sebulan sebelum ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam berkata langkah inovasi terbaru Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu dapat memudahkan urusan ibu bapa yang mendaftarkan kelahiran anak mereka.

Kad pintar, yang bertujuan memudahkan rujukan maklumat dan data peribadi kanak-kanak, diperkenalkan sebagai MyKid Ekspress, berjaya menambah baik perkhidmatan jabatan berkenaan.

"MyKid boleh dipohon oleh ibu bapa sebaik saja mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan sijil kelahiran dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan kad pengenalan kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi JPN di sini, Khamis.

Turut hadir Ketua Pengarah JPN Datuk Alwi Ibrahim.

Bagaimanapun, Mahmood berkata buat masa ini, pelaksanaan MyKid Ekspress itu hanya boleh dilakukan di ibu pejabat JPN di Putrajaya sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada tahun hadapan.

Beliau berharap lebih ramai ibu bapa tampil membuat permohonan MyKid berikutan tempoh masa yang lebih singkat itu.

"Urusan menggunakan MyKid lebih mudah kerana ibu bapa tidak perlu membawa sijil kelahiran anak mereka ketika membuat urusan di mana-mana sahaja," katanya.

(Sumber: Bernama - 11/11/10 - 14:13am)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Seramai 48,327 calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat 10.02% daripada 9.51% tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata keputusan itu merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.

Gred Purata Nasional (GMP)

"Syukur Alhamdulillah, peratusan calon yang berada di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) telah berkurangan daripada 3.99% kepada 3.39% pada tahun ini", katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di Putrajaya, Khamis, 11 November, 2010.

Bagaimanapun, kata Abdul Ghafar, peratusan calon yang mendapat minimum gred C menurun 1.37% berbanding tahun lalu.

Seramai 482,334 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini.

Pencapaian Luar Bandar - Bandar

Abdul Ghafar berkata pencapaian calon luar bandar dan bandar turut meningkat, dan ini telah merapatkan jurang pencapaian calon cemerlang kepada 0.04%.

"Peningkatan calon dapat dilihat secara keseluruhan melalui nilai GPN yang mengecil iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.05 bagi luar bandar", katanya.

Abdul Ghafar berkata bilangan calon istimewa yang menduduki peperiksaan itu tahun ini bertambah 184 orang dan terdapat peningkatan 1.97% bagi calon yang mendapat pencapaian baik.

Dari segi prestasi matapelajaran, bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), peratusan calon yang mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik meningkat 1.9% berbanding tahun sebelumnya, manakala mata pelajaran Sains yang meningkat 1.7% berbanding 2009.

Terdapat peningkatan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman di SK yang memperolehi gred A iaitu sebanyak 4.5%, manakala prestasi Bahasa Melayu Penulisan menurun 8.9% berbanding tahun sebelumnya.

Abdul Ghafar berkata, analisis prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SK dan SJK dibuat berasingan kerana waktu pembelajaran dan cakupan kandungannya adalah berbeza.

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)

Prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris di SK dan SJK pula menunjukkan peningkatan pada Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu masing-masing sebanyak 2.74% pada tahun ini (2.79 tahun lalu) dan 2.69% (2.80).

GPMP adalah indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran iaitu nilai yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Ujian Aptitud Tahun Enam

Abdul Ghafar berkata, tahun ini merupakan tahun kedua Ujian Aptitud atau potensi diri membabitkan pelajar Tahun Enam dilaksanakan yang keputusannya turut diambilkira sebagai satu daripada syarat pemilihan ke sekolah berasrama penuh (SBP), selain keputusan UPSR dan maklumat latar belakang calon.

Ujian itu berdasarkan dua kemahiran iaitu berfikir dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan.

Abdul Ghafar berkata, keputusan ujian itu pada tahun ini menunjukkan peningkatan mendadak kecenderungan pelajar terhadap bidang sosial dan budaya serta sukan berbanding bidang teknik dan vokasional, dan akademik pada tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu bukan satu ukuran pencapaian kerana kecenderungan itu mungkin boleh berubah mengikut masa, persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

"Ia hanya sebagai satu petunjuk, ia tidak mutlak. Kita akan lihat apa sebabnya dan kenapa berlaku kurangnya kecenderungan pelajar terhadap bidang akademik serta teknik dan vokasional," katanya.

Abdul Ghafar berkata, ujian itu telah berjaya mengumpul maklumat tentang minat, potensi dan kecenderungan pelajar pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah di peringkat nasional yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dalam membentuk modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.

(Sumber: Bernama - 11/11/2010 - 11:11am)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Jabatan Imigresen akan memperkenalkan permohonan pengeluaran pasport secara online bagi memberi kemudahan kepada mereka yang mempunyai perkhidmatan internet dan sibuk dengan tugasan harian.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) jabatan itu, Che Din Yusoh, berkata perkhidmatan percubaan itu akan diperkenalkan di kawasan Lembah Klang, bermula Disember depan.

"Ini adalah salah satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan Jabatan Imigresen dalam usaha mempercepatkan proses permohonan dan pengeluaran pasport di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Imigresen Zon Timur, di sini, Selasa.

Menurutnya, usaha ini juga dilakukan ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan yang disediakan kerajaan kepada rakyat, selaras gagasan kerajaan menerusi slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Beliau berkata, setakat ini jabatannya mengambil inisiatif memperkenalkan perkhidmatan pengeluaran passport dalam masa singkat iaitu selama sejam di 47 pejabat utama di seluruh negara yang dianggap kawasan panas, seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Pulau Pinang.

Katanya, perkhidmatan itu akan diperluaskan di semua Jabatan Imigresen di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang menggunakan teknologi moden dalam proses permohonan dan pengeluaran pasport yang mempunyai ciri-ciri cip keselamatan canggih yang tidak digunakan di kebanyakan negara lain.

Ditanya sama ada Jabatan Imigresen bercadang untuk memperluaskan bidang kuasa pejabat imigresen di pintu masuk antarabangsa mengeluarkan pasport sebagai ibu pejabat negeri, Che Din berkata, setakat ini pihaknya belum bercadang untuk berbuat demikian.

"Setakat ini permohonan boleh dibuat di semua pejabat cawangan, termasuk di pintu masuk utama, tetapi ibu pejabat negeri sahaja bertanggungjawab mengeluarkan passport berkenaan melalui prosedur," katanya.

Bagaimanapun, dengan penubuhan sebuah pejabat cawangan Gua Musang semalam, ia dapat mengatasi masalah orang ramai untuk mendapatkan pasport dengan mudah tanpa perlu datang ke ibu pejabat negeri.

Pejabat baru di Gua Musang adalah satu-satunya pejabat Imigresen cawangan di daerah atau jajahan di Kelantan selepas ibu pejabat negeri di sini.

"Dengan adanya pejabat baru yang mempunyai fungsi yang sama dengan ibu pejabat negeri orang ramai yang tinggal di kawasan Hulu Kelantan, termasuk di daerah Kuala Lipis, Pahang tidak perlu mengambil masa untuk datang ke ibu pejabat untuk membuat permohonan passport atau urusan berkaitan," katanya.

(Sumber: Bernama - 2/11/2010 - 15:46pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Tabung Haji telah menguatkuasakan larangan kepada jemaah haji yang baru balik dari menunaikan ibadat itu, daripada mendaftar semula, mulai tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang ingin mendaftar semula boleh berbuat demikian selepas tempoh lima tahun.

"Ini adalah syarat baru yang diperketatkan berbanding syarat sedia ada iaitu tidak boleh tunai haji dalam tempoh lima tahun," katanya sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada Isnin, 1 November, 2010.

Katanya langkah itu juga adalah usaha Tabung Haji bagi memberi peluang kepada umat Islam yang baru pertama kali menunaikan ibadah haji.

Bagaimanapun, katanya, kelonggaran syarat akan diberikan kepada pihak yang berkaitan seperti mengiringi mahram yang terpilih, mengiringi warga tua yang diberikan keutamaan berdasarkan garis usia tertentu yang diputuskan untuk tahun berkenaan dan mereka yang ditugaskan ke tanah suci Mekah.

Tabung Haji juga telah mewujudkan dasar menghalang mereka di bawah umur 15 tahun daripada menunaikan haji dengan tujuan meningkatkan peluang kepada umat Islam yang telah lanjut usia berbanding yang belum baligh, katanya.

"Dasar ini telah dijalankan secara berperingkat pada tahun ini dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan," katanya.

Dalam pada itu, bagi memenuhi permohonan haji yang semakin meningkat saban tahun, Tabung Haji telah mengemukakan kepada kerajaan Arab Saudi supaya meningkatkan kuota jemaah haji Malaysia kepada 28,000 orang berdasarkan jumlah penduduk yang berjumlah 28 juta orang.

Katanya, pada masa ini kuota jemaah haji Malaysia ialah seramai 26,000 orang setahun iaitu kuota yang disepakati semua negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sejak 1981.

"Pada masa ini susunan 26,000 orang setiap tahun telah pun siap dibuat untuk 23 tahun ke hadapan berdasarkan jumlah pendaftaran yang diterima dan berpandukan prinsip yang mendaftar dahulu, didahulukan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak cadangan supaya agihan kuota menunaikan haji dibuat mengikut negeri kerana jumlah pendaftaran semasa yang diterima melambangkan jumlah umat Islam di setiap negeri.

Ini kerana, pada kebiasaannya, negeri yang mempunyai jumlah umat Islam yang ramai mempunyai jumlah pendaftaran haji yang tinggi berbanding negeri-negeri lain.


(Sumber: Bernama - 01/11/2010 - 22:50PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Tiga elemen iaitu unsur kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan akan diajar dalam subjek Sejarah yang dijadikan mata pelajaran teras peringkat sekolah rendah bermula 2014.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata pengajaran subjek itu juga bermula dari Tahun Satu di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Bercakap kepada pemberita di Melaka, beliau berkata kementerian juga telah membuat persediaan daripada segi memberi latihan kepada guru serta memastikan bilangan tenaga pengajar mencukupi untuk mengajar subjek tersebut.

"Kita dah buat projek rintis untuk mengajar Sejarah di sekolah rendah berbanding elemen Sejarah yang pada masa kini diajar melalui mata pelajaran Kajian Tempatan," katanya selepas merasmikan penutupan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-22, Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) di Melaka.

Mohd Puad diminta mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa subjek Sejarah akan dijadikan wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bermula 2013.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata bermula tahun 2014, mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek teras bagi peringkat sekolah rendah.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata keputusan kerajaan itu adalah atas kehendak rakyat sendiri yang ingin melihat para pelajar memahami asal usul mereka dalam usaha membentuk negara bangsa.

Beliau juga berkata kementerian akan mengambil pendekatan baru bagi memastikan murid-murid memahami dan menghayati mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah termasuk mengadakan kuiz, lawatan, lakonan dan drama.

(Sumber: Bernama - 24/10/10 - 20:13PM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.

Perkara ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, sesi petang 23 Oktober, 2010.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarat wajib lulus itu sama seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat SPM.

"Kita kena bagi masa sedikit kalau tidak dia (pelajar) terkejut... jadi ini memerlukan tempoh masa untuk kita melatih guru dan juga menyediakan pelajar-pelajar kita untuk menghadapi sistem baru ini," katanya.

Beliau berkata bermula tahun 2014, di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran Sejarah akan dijadikan sebagai mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah.

"Seperti yang dibangkitkan oleh wakil Perak dan Kedah, di peringkat sekolah rendah, pada masa ini, elemen Sejarah diajar melalui mata pelajaran Kajian Tempatan."

Dalam hal ini, kementerian akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan perlembagaan negara, dengan tujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini," katanya.

Beliau berkata pentaksiran berasaskan sekolah bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang sebelum ini diumumkan mulai 2016, akan dipercepatkan ke tahun 2014.

"PMR tidak akan kita teruskan lagi tapi digantikan dengan sistem yang berasaskan sekolah dan ianya akan kita mulakan pada tahun 2014 iaitu dua tahun lebih awal daripada asalnya kerana ada tuntutan daripada tuan-tuan supaya disegerakan.

"UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) pula akan dikekalkan tapi ditambah baikkan dengan cara-cara lebih sesuai mengikut perkembangan masa dan kehendak perkembangan ekonomi kita. Tetapi kita masih perlu ada tempoh masa untuk menyiapkan usaha-usaha untuk melatih semula guru-guru dan sebagainya," katanya.

Muhyiddin berkata kementerian itu juga akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membiayai aktiviti-aktiviti Yayasan Guru Malaysia Berhad, yang ditubuhkan untuk kebajikan guru-guru.

"Tadi ada wakil daripada Sabah yang telah membangkitkan yayasan ini yang dikatakan tidak memberikan apa-apa insentif ataupun dividen (kepada kaum guru), saya telahpun mengemukakan perkara ini kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebentar tadi supaya satu suntikan dana dapat diberikan dan saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau yang setuju supaya peruntukan sebanyak RM10 juta diberikan kepada yayasan ini," katanya.

Selain itu, beliau berkata Yayasan Guru Tun Hussein Onn, satu lagi yayasan yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan guru telah diluluskan oleh Kabinet.

Rang undang-undang mengenainya akan kita bawa seberapa segera ke Parlimen supaya yayasan ini dapat mula beroperasi pada awal tahun depan. Sejumlah wang RM200 juta juga akan digunakan sebagai tabung atau dana untuk yayasan ini," katanya.

Muhyiddin berkata kementerian itu juga akan melaksanakan KSSR yang memberi penekanan kepada pendekatan pembelajaran amali, keupayaan berbahasa, pembelajaran berasaskan projek dan pelbagai lagi jenis pembelajaran yang menyeronokkan mulai 2011.

"KSSR dari Tahun Satu adalah penambahbaikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan ini akan diikuti dengan Tahun Dua dan seterusnya sehingga lengkap satu pusingan pada tahun 2016," katanya.

Beliau berkata kementerian berhasrat untuk meningkatkan peratusan pelajar yang mengambil pendidikan teknik dan vokasional kepada 20 peratus (81,000 murid) menjelang 2015 berbanding 10 peratus (40,706 murid) pada masa ini.

"Peruntukan pembangunan (dalam bidang ini) dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) ialah sebanyak RM340 juta, ini pastinya tidak mencukupi, pastinya kita harap dalam tempoh pusingan belanjawan yang akan dibentangkan nanti di dalam Parlimen jumlah peruntukan ini akan ditambah lagi pada masa akan datang.

"Ada empat sekolah vokasional baru yang akan kita bangunkan dalam RMK-10 dan dua lagi sekolah menengah vokasional untuk golongan murid kurang upaya pendengaran, penglihatan dan masalah pembelajaran akan dibina.

"Selain itu, kita akan meningkatkan kompetensi guru vokasional dan kemahiran sedia ada secara berterusan, seramai 4,764 guru akan dilatih dan ditauliahkan kemahiran sekurang-kurangnya mencapai minimum kemahiran Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia mulai tahun 2011," katanya.

(Sumber: Bernama - 23/10/10 - 20:15pm)

Sebelum ini, Bahasa Melayu sahaja subjek tunggal wajib lulus SPM. Gagal BM, bermakna gagallah SPM seseorang calon. Sekarang dah tambah satu lagi. Bagus juga.

Namun begitu, PakTeh, rasa subjek-subjek berkenaan adalah 'Malay-friendly'. Mengapa tak tambah Matematik & English sekaligus? Orang Melayu, jika tidak didesak dan terdesak, sungguh sukar melangkah maju ke depan.


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]


Tadi baru perasan Neoworx Gadjet Total Visitors tunjukkan pelawat dah lebih sejuta orang. Entah betul atau tidak, Allahu A'lam. Ada kat bawah sebelah kanan blog ini.

Di ruang masa ini, PakTeh mengucapkan berbanyak terima kasih pada para pengunjung, yang setia atau yang sekadar menjenguk 'window shopping'. Atau juga yang tersesat dari carian Pakcik Google atau Uncle Yahoo. Selamat datang dan terima kasih.

Neoworx Gadjet

PakTeh pilih gajet Neoworx pada tahun 2007 kerana ia lebih 'reliable' - ia bermula dengan 0 pengunjung. Ini berbeza dari gajet-gajet lain yang boleh diubahsuai permulaan kiraan pengunjung., dan bukan real time. PakTeh suka juga melihat bendera-bendera negara pengunjung yang berputar secara 'scrolling'. Namun begitu, walau sesuka mana dengan Neoworx ini, PakTeh masih pakai yang free version.

Sejarah Blog

Blog ini bermula pada November, 1996 dengan satu post bertajuk 'Gear 1, 2, 3..'. Bagaimanapun entri tersebut telah di-delete tahun lalu sebab hanya berisi satu ayat 2 patah saja.. iaitu sama seperti tajuknya. Kemudian diikuti post ke-2 setahun selepas itu, pada 21 Oktober, 2007. Ketika itu, PakTeh diajak oleh adik-beradik untuk berblog bagi merapatkan hubungan dan bertukar berita secara bergambar. Antara yang teraktif ialah PakNgah dan PakTam.

Mula-mulanya, PakTeh menulis kisah famili dan sedara mara serta berita setempat. Akhirnya bercambah ke merata tempat malah suka pula memuatkan berita dan isu pendidikan negara.

Bagaimana pun, di kesempatan ini, PakTeh memohon maaf kerana terpaksa moderate komen. Kalau tidak, komennya terlalu melimpah dan sukar dikawal, belum termasuk spammers. Di samping itu, maaf juga jika lewat atau tidak menjawab komen anda. PakTeh juga ada kehidupan untuk dijalani seperti anda semua. Blog ini sekadar hobi dan ketika ada masa luang.

Harapan

Mungkin selepas 3-4 tahun ini, blog ini akan berubah sedikit. Mungkin kembali pada yang asal, atau mungkin pula lebih merapu.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Takwim Sekolah 2011

Kalendar Persekolahan Tahun 2011


Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 02.01.2011 31.01.2011 22
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 10.03.2011 8
Cuti Pertengahan Penggal 11.03.2011 19.03.2011 9
Hari Persekolahan 20.03.2011 31.03.2011 10
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 26.05.2011 20
Cuti Pertengahan Tahun 27.05.2011 11.06.2011 16




II Hari Persekolahan 12.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 25.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 26.08.2011 03.09.2011 9
Hari Persekolahan 04.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 17.11.2011 13




Cuti Akhir Tahun 18.11.2011 31.12.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011 21
Hari Persekolahan 01.02.2011 28.02.2011 20
Hari Persekolahan 01.03.2011 11.03.2011 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011 9
Hari Persekolahan 21.03.2011 31.03.2011 9
Hari Persekolahan 01.04.2011 30.04.2011 20
Hari Persekolahan 01.05.2011 27.05.2011 21
Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011 16




II Hari Persekolahan 13.06.2011 30.06.2011 15
Hari Persekolahan 01.07.2011 31.07.2011 21
Hari Persekolahan 01.08.2011 26.08.2011 19
Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011 9
Hari Persekolahan 05.09.2011 30.09.2011 20
Hari Persekolahan 01.10.2011 31.10.2011 22
Hari Persekolahan 01.11.2011 18.11.2011 14




Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kumpulan A Kumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya


Sudah boleh merancang takwim kendiri, percutian, tarikh perkahwinan dan macam-macam lagi untuk tahun 2011. Selamat merancang.. hehe

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Permohonan Secara Online ke
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
Pengambilan Pelajar Baru
Kemasukan Januari 2011

Tawaran terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat Sijil Kemahiran (SKM) TAHAP 1 hingga 5, Persijilan JKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan MALAYSIA dalam bidang-bidang seperti berikut:

Tekonologi Mekanikal | Teknologi Automotif | Teknologi Awam
Teknologi Elektrik | Teknologi Elektronik | Teknologi Tekstil Dan Apparel
Teknologi Marin | Teknologi Makanan | Teknologi Fotografi | Teknologi Maklumat | Teknologi Perkhidmatan Personel


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak
  • Elaun bulanan RM100 - RM300 sepanjang tempoh pembelajaran
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan
SYARAT UTAMA PERMOHONAN
  • Umur 18 - 30 tahun
  • Tamat Tingkatan 5
  • Sihat dan belum berkahwin
CARA MEMOHON

Kepada sesiapa yang berminat, sila layari laman web Kementerian Belia & Sukan di alamat:

(Permohonan secara on-line tidak dikenakan sebarang bayaran)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 2 NOVEMBER 2010 (SELASA)

SENARAI IKBN SELURUH MALAYSIA

IKBN Kuala Perlis, Perlis | IKBN Jitra, Kedah | IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang
IKBN Seri Iskandar, Perak | IKBN Sepang, Selangor | IKBN Dusun Tua, Selangor
IKBN Peretak, Selangor | IKBN Chembong, Negeri Sembilan
IKBN Alor Gajah, Melaka | IKBN Pagoh, Johor | IKBN Pontian, Johor
IKBN Temerloh, Pahang | IKBN Wakaf Tapai, Terengganu | IKBN Bachok, Kelantan
IKBN Miri, Sarawak | IKBN Kinarut, Sabah

HOTLINE: 03-8871 3673 / 3404 / 3680 / 3685 / 3651 / 3664


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ke Tingkatan Satu(1) dan Tingkatan Empat (4) Tahun 2011 dilanjutkan sehingga 22 Oktober 2010 (Jumaat) melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my.

Berikut adalah pautan terus Kementerian Pelajaran untuk permohonan kemasukan ke SBP bagi Tahun 2011:

  1. Permohonan SBP - Tingkatan Satu (1)
  2. Permohonan SBP - Tingkatan Empat (4)

Hrmm.. Berita baik, eh? atau menambah sengit persaingan..? Tak apa.. jangan lupa, di mana kita berada sekalipun - kita tetap boleh berjaya. Yang penting, usaha - doa - tawakkal, Insya Allah.

Semoga berjaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Seramai 40,506 pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf telah ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata daripada jumlah itu, seramai 28,633 merupakan calon Bumiputera manakala kaum Cina (9,569 calon) dan India/lain-lain (2,304 calon).

"Pengambilan pelajar itu dilakukan mengikut sistem meritokrasi berasaskan markah akademik sepenuhnya dan bukan lagi berasaskan sistem kuota mengikut kaum," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan M. Manogaran (DAP-Telok Intan) di persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Sementara itu, Mohamed Khaled juga memaklumkan bahawa bilangan tempat yang ditawarkan mengikut kaum bagi program-program kritikal di IPTA bagi sesi akademik 2010/2011 adalah seperti berikut:

  1. Undang-undang: Bumiputera (59.47 peratus), Cina (31.23 peratus), India (9.3 peratus)
  2. Perubatan: Bumiputera (52.18 peratus), Cina (39.98 peratus), India (8.84 peratus)
  3. Farmasi: Bumiputera (51.92 peratus), Cina (44.6 peratus), India (3.48 peratus)
  4. Perakaunan: Bumiputera (49.31 peratus), Cina (46.33 peratus), India (4.36 peratus)
  5. Kejuruteraan Kimia: Bumiputera (71.47 peratus), Cina (22.49 peratus), India (6.04 peratus)


(Sumber: Bernama: 13/10/10 - 18:04pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pelajaran bakal memperkenalkan mekanisme bagi membolehkan lebih ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian khusus mengenainya sedang dijalankan dan ia dijangka dapat disiapkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kementerian sedar ketika ini terdapat ramai GSTT yang berkebolehan serta berkemampuan namun gagal menempatkan diri ke jawatan tetap kerana tempat yang disediakan adalah terhad.

"Bagi membolehkan mereka diserap ke jawatan tetap, kementerian menggalakkan GSTT memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Namun kami sedar, bukan semua 12,546 GSTT akan diterima kerana tempat yang terhad.

"Justeru, satu kajian khusus sedang dijalankan dan kita akan mengetahui hasilnya dalam masa terdekat. Kementerian prihatin dengan nasib guru berkenaan kerana ada antara mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang meminta kementerian menyatakan sama ada wujud dasar menyerap semua GSTT ke jawatan tetap setelah mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).

Sementara itu, Mohd. Puad menjelaskan, kementeriannya masih meneruskan program KDC dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) bagi menyerap GSTT ke jawatan tetap.

"Seramai 1,400 guru GSTT akan menyertai kedua-dua program tersebut 22 November depan bagi melayakkan mereka diserap ke jawatan tetap.

"Bagi yang tidak terpilih KPLI, KDC dan KDPM, Kementerian Pelajaran prihatin dengan nasib mereka. Menyedari minat serta kelayakan yang ada pada GSTT, sebab itulah kementerian menjalankan kajian tersebut," ujarnya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011 boleh dibuat mulai pada 11 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : http://www.moe.gov.my

Pada laman berkenaan, klik menu e-Perkhidmatan KPM (Aplikasi Atas Talian).

Diingatkan, calon dikehendaki mendapatkan NO PIN di cawangan BSN berhampiran sebelum membuat permohonan.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2010 kepada 30 November 2010. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.

Semua pelajar SPM 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang KPM (http:///www.moe.gov.my).

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menggunakan format baru mulai 2016, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata peperiksaan bagi pelajar Tingkatan Tiga akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah manakala peperiksaan UPSR bagi murid Tahun 6 akan mempunyai bentuk dan format yang agak berbeza.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian perlu mengambil masa untuk melaksanakan sistem penilaian yang baru itu kerana pelajar yang ada dalam sistem sekarang tidak boleh dibebani dengan format baru.

"Kalau kita nak mulakan penambahbaikan UPSR dan PMR itu, ia mungkin akan bermula seawal-awalnya pada tahun 2016.

"Pelajar yang telah ada dalam sistem sekarang ini tidak perlu kita hadapkan dengan ujian baru kerana mereka telah berada dalam sistem ini...tapi kohort yang baru masuk mungkin pada 2011, maka ujian yang pertama ialah pada 2016," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari Sabtu, 9 Oktober, 2010 di Sydney.

Beliau berkata rundingan ketiga dan terakhir meja bulat mengenai penambahbaikan sistem peperiksaan itu telah selesai dan mereka menerima baik pandangan dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan kementerian.

"Secara kasarnya saya boleh sebutkan, umumnya ramai bersetuju bahawa UPSR itu perlu dikekalkan tetapi mesti ada penambahbaikan manakala bagi PMR pula umum bersetuju ia diganti dengan penilaian berasaskan sekolah.

"Yang penting di sini ialah setiap peringkat kemajuan murid dan pelajar sekolah itu perlu dinilai," katanya.

Muhyiddin berkata antara penambahbaikan yang mungkin dilakukan untuk UPSR ialah 60 peratus penilaian murid akan berasaskan bidang-bidang akademik yang terpilih manakala 40 peratus lagi berdasarkan kokurikulum atau sivik.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet dan maklumat terperinci mengenai penambahbaikan itu akan diumum apabila ia diputuskan secara muktamad.

Mengenai penilaian berasaskan sekolah bagi PMR pula, Muhyiddin berkata Lembaga Peperiksaan akan memainkan peranan penting untuk menyelaras bentuk ujian yang akan dilakukan di peringkat sekolah itu.

"Mungkin dalam masa seminggu lagi kita akan maklumkan secara muktamad," katanya.

Muhyiddin berkata penambahbaikan itu akan memperkukuhkan lagi sistem dan kualiti pendidikan negara, dan tidak dilihat sebagai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Beliau berkata program perintis penilaian berasaskan sekolah itu telah dilaksanakan sejak 2008 dan sehingga kini ia melibatkan 550 sekolah.

Penambahbaikan sistem peperiksaan UPSR dan PMR itu akan melibatkan perubahan dari segi kurikulum, buku dan latihan untuk guru, katanya.

(Bernama: 09/10/2010 - 16:08pm)

Rumusan; mulai 2016:
  • UPSR dikekalkan - dengan penambahbaikan format: (60% akademik; 40% kokurikulum sivik)
  • PMR dimansuhkan - diganti dengan penilaian sekolah, dipantau Lembaga Peperiksaan Malaysia.


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 7 comments ]

Berikut antara panduan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Vokasional & Sekolah Menengah Teknik Sesi Tahun 2011.

1. SYARAT UMUM

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010
  • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

2. CARA MEMOHON
  1. Permohonan mula dibuka pada 4 Oktober 2010.
  2. Permohonan hendaklah dibuat secara online. Sila klik SPTV pada ruangan aplikasi atas talian Kementerian Pelajaran Malaysia dengan melayari laman web www.moe.gov.my. Laman penuhya ialah: http://esptv.moe.gov.my/2010/ <-- klik sini
  3. Pemohon adalah digalakkan membuat permohonan awal.
  4. Setiap permohonan hanya dibenarkan membuat pilihan satu program, satu sekolah dan dua kursus sahaja.

3. MENGUBAHSUAI PILIHAN PERMOHONAN
  • Setiap permohonan boleh diubahsuai sehingga 26 November 2010.
4. RAYUAN KEMASUKAN
  • Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.
5. KEMUDAHAN ASRAMA
  • Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/SMV kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Sebelum membuat permohonan online, calon dicadangkan meneliti
LAMPIRAN
(Senarai sekolah / Panduan Permohonan / Kursus 2011)
di laman berkenaan
terlebih dahulu
agar keputusan diambil
adalah sesuai dan tepat.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan membuka pengambilan pelajar tingkatan empat (Ting. 4) sesi 2011 bermula Isnin (27/09/2010) ini, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Mara Ibrahim Ahmad.

Beliau berkata sebanyak 3,232 tempat disediakan di 43 buah MRSM seluruh negara.

"Permohonan boleh dibuat secara talian dengan percuma," katanya dalam satu kenyataan, di sini Jumaat.

Ibrahim berkata pemohon perlu mendapatkan no PIN daripada semua pejabat Mara atau MRSM berdekatan dengan membawa salinan keputusan peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan serta angka giliran PMR.

"Pemohon-pemohon yang membawa keputusan percubaan PMR mestilah menunjukkan mereka memenuhi syarat iaitu lulus Matematik dan Sains. Bagaimanapun syarat kemasukan masih sama iaitu sekurang-kurangnya pemohon mendapat 6A 2B dan mendapat gred A dalam Matematik dan Sains," katanya.

Tawaran kemasukan ke MRSM itu bagaimanapun tidak dibuka kepada pelajar yang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI).

Tarikh tutup permohonan menerusi talian ialah pada 21 Okt ini manakala bagi permohonan melalui borang dan dokumen berkaitan, tarikh tutup ialah pada 26 Okt.

Pemohon turut dinasihati agar membuat permohonan lebih awal dan tidak menunggu sehingga tarikh tutup bagi mengelak kesesakan talian.

Untuk maklumat lanjut pemohon boleh layari laman web Mara di www.mara.gov.my.

(Sumber: Bernama - 24/09/2010)

Baca Selengkapnya (Read More)...