Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts
| 0 comments ]

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini, 31 Dis sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010.

Beliau membuat pengisytiharan itu dalam kenyataannya kepada Bernama di sini pada Rabu malam.

Pada perlawanan akhir Piala Suzuki-AFF yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia Rabu malam, pasukan bola sepak Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan agregat 4-2.

Kemenangan ini mengakhiri penantian Malaysia selama 14 tahun untuk memenangi piala tersebut.


(Sumber: Bernama - 30/12/2010 - 12:10AM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kementerian Pelajaran telah bersetuju untuk memperuntukkan RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, peruntukan itu akan memastikan kesemua 24 bidang sukan di bawah kalendar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dapat terus dipertandingkan bagi semua peringkat umur.

"Pada peringkat awal, banyak pihak merasa kecewa berikutan keputusan MSSM mengenai pemotongan itu (acara sukan) tetapi saya telah mengeluarkan arahan supaya acara-acara itu dimasukkan semula."

"Peruntukkan RM89 juta itu akan digunakan di setiap sekolah dan acara-acara sukan itu dapat digerakkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah stadium dan kompleks sukan Educity@Iskandar di Nusajaya, Khamis.

Muhyiddin berkata, di antara 24 bidang sukan terbabit termasuklah boling, skuasy, memanah, ping pong, ragbi, kriket, sukan layar, bola lisut, bola baling, merentas desa dan catur.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar balik ke sukan oleh kementerian akan diterjemahkan dengan penambahan peruntukan pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembinaan infrastruktur sukan seperti padang di sekolah-sekolah.

"Di dalam RMK-10 kita akan membangunkan infrastruktur sukan di sekolah kerana sebelum ini infrastruktur sukan seperti padang tidak dibangunkan.

Masih terdapat sekolah-sekolah yang tidak mempunyai padang," katanya.

Peruntukan per-kapita terhadap pelajar yang terlibat di dalam sukan, katanya, juga akan ditambah.

Muhyiddin juga berkata, kementeriannya sedang di dalam proses untuk mewujudkan satu Institut Pendidikan Guru Malaysia Sukan (IPGM Sukan) khusus untuk menghasilkan jurulatih sukan di kalangan guru di dalam masa terdekat ini.

Katanya, empat lagi Pusat Kecemerlangan Sukan di kampus IPGM sedia ada di Johor, Terengganu, Sarawak serta Sabah akan diwujudkan sebagai "penghubung" kepada IPGM Sukan Raja Melewar, Seremban.

Seramai 320 calon jurulatih akan menjalani latihan merangkumi lapan bidang sukan bermula pertengahan tahun depan, kata beliau pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Iskandar Investment Berhad Tan Sri Azman Mokhtar.

(Sumber: Bernama - 4/2/2010 - 15:44pm)

Kenapa Kementerian Pelajaran amat suka bereksperimen..? Silap.. Main tarik tali dengan rakyat tentang isu kebajikan murid bukan langkah bijak. Kalau ada duit, gunakanlah untuk rakyat sepenuhnya. Jangan sekejap tarik duit, lepas tu bagi balik. Itu permainan budak-budak. Ibubapa bukan kanak-kanak yang boleh diumpan dengan gula-gula.

Seperti isu yuran asrama tempohari.. remeh dan menyusahkan. Ditarik subsidi asrama, lepas tu diberi balik. Macam cerita Doraemon.


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Pelaksanaan Skim Biasiswa Sukan adalah bermula pada tahun 2006. Skim ini disasarkan kepada murid warganegara Malaysia yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang sukan. Kumpulan murid yang terlibat adalah yang berada di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan.

Syarat kelayakan seseorang murid untuk pertimbangan mendapat Skim Biasiswa Sukan adalah seperti berikut:

  1. murid warganegara Malaysia;
  2. sedang belajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah kerajaan dan di sekolah menengah bantuan kerajaan:
  3. menunjukkan prestasi cemerlang dalam jenis-jenis sukan tertentu dengan sekurang-kurangnya telah mewakili negeri di peringkat kejohanan MSSM:
  4. mengikuti program pembangunan sukan latihan di Sekolah Sukan Malaysia, Pusat Sukan Negeri, Pusat Sukan Daerah atau mana-mana pusat di bawah program yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia; dan
  5. tidak menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Keutamaan akan diberi kepada murid yang terlibat dalam program latihan lapan (8) Sukan Teras Prestasi Tinggi dan lain-lain sukan yang diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cara memohon

Murid yang berkelayakan dan dikenal pasti oleh Guru sukan / Jurulatih sukan / Setiausaha sukan boleh memohon untuk mendapatkan Skim Biasiswa Sukan dengan mengisi Borang Permohonan SBS - 01 yang boleh didapati di sekolah-sekolah. 

Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan hendaklah dikemukakan seperti berikut;

  • Bagi sekolah menengah biasa permohonan hendaklah disemak dan disahkan oleh Pengetua sebelum dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

  • Bagi Sekolah Sukan Malaysia (SSM), permohonan disemak dan disahkan oleh Pengetua sebelum dihantar terus kepada Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia
Makluman lanjut:

2.   Guru | Jurulatih | Setiausaha Sukan atau Guru Biasiswa di sekolah masing-masing.

Majulah Sukan Untuk Negara

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 26 comments ]

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cara Kemasukan ke SSM Bagi Lepasan UPSR dan PMR
Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu serta oleh pihak tertentu iaitu:
  1. Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan.
  2. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.
  3. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara. 
Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:

1.  Sekolah Sukan Bukit Jalil
     Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
     57000 Kuala Lumpur.
     Tel: 03 - 90587335 | Fax: 03-90587135 

2.  Sekolah Sukan Bandar Penawar
     81900 Kota Tinggi, Johor.
     Tel: 07 - 8223027 | Fax: 07 - 8223028

Acara Sukan Yang Dimajukan di SSM

(1) Akuatik - renang, terjun & renang berirama (2) Bola keranjang (3) Bola sepak (4) Bola jaring  (5) Bola tampar (6) Badminton (7) Bola tenpin (8) Berbasikal (9) Ekuestrian (10) Golf (11) Gimnastik - artistik & gimrama (11) Hoki (12) Kriket (13) Lawan pedang (14) Memanah (15) Menembak (16) Seni Mempertahankan Diri - taekwando, wushu, karate (17) Olahraga (18) Squasy (19) Sepak takraw (20) Tenis

Sistem Pembelajaran

Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem persekolahannya berbeza sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan disiplin pelajar.
Berikut antara rutin kaedah kehidupan di sekolah sukan.

6.30 - 8.30 pagi: Latihan sukan |  9.30 - 9.30 pagi: Sarapan pagi | 9.30 - 2.30 petang: Kelas akademik | 2.30 - 3.00 petang: Makan tengahari | 3.30 - 7.00 petang : Latihan petang | 8.00 - 8.30 malam: Makan malam |  8.30 - 10.00 malam : Kelas persediaan | 10.00 - 10.30 malam : minum malam | 11.00 malam : Tidur


Sekolah Sukan Negeri

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) berbeza sedikit dari Sekolah Sukan Negeri (SSN). SSN adalah di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri. Syarat kemasukan ke Tingkatan Satu SSN perlu lulus dalam Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) dan mewakili daerah dalam sukan & permainan. Pelajarnya perlu mengikuti latihan sukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Istimewanya, mereka berpeluang mendapat Biasiswa Sukan.

Makluman Lanjut


Kepada yang berbakat dan berminat untuk menjadi atlit negara, tingkatkan kemahiran dan kehebatan dalam bidang sukan yang diminati. Semoga terpilih ke SSM atau SSN. Anda dapat 2 perkara, penguasaan akademik dan kehebatan dalam sukan dan permainan. Semoga berjaya. Majulah Sukan Untuk Negara.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Petang hari Sabtu lepas, adalah Hari Sukan sekolah Zaim. Memang dah tahu dari surat yang diberi beberapa minggu lalu. Hari Jumaat hari tu, waktu Zaim telefon; PakTeh tanya, ada masuk acara apa? Katanya tak masuk apa-apa, masuk perbarisan saja, hehe. Katanya, abang2 senior hebat2 belaka. Kan kelas acaranya termasuk Form 1 - Form 3. Lagipun, masa latihan dan pemilihan wakil rumah sukan pula, semua murid diberi peluang sekali sahaja untuk tiap acara. Si Zaim terbatal pula untuk acara lompat tinggi & lompat jauh favourite-nya. Hrmm.. susah la macam tu. Ingat-ingat elok juga kalau semua murid dapat 3 kali peluang untuk acara padang yang mudah dan ringkas. Lainlah kalau acara balapan yang memang ambil masa.

Jadi, tak pergi la ke sekolahnya petang Sabtu tu. Zaim pun kata tak payah, sebab hari Ahad pagi memang dah cadang nak bawa dia outing sekaligus kenduri di Seri Iskandar tengaharinya.

Pukul 6.15 petang Zaim telefon. Katanya boleh balik bermalam. Sekolah cuti hari Isnin. Pengetuanya umum selepas tamat kejohanan hari sukan - bagi semua ibubapa yang hadir hari Sukan petang tu, boleh bawa balik anak masing2 bermalam. Wah Jadi 2 malam la, sebab cuti sampai Isnin. Tapi fikir2 campur dengan masa nak bertolak ke asramanya, isk rasa dah tak sempat. Kata kat dia, esok la outing. Awat la Pengetua tu tak umum awai2, kalau tidak tentu PakTeh pi tengok Hari Sukan tu... hehe.

Hari Sabtu, bawa dia outing ke Seri Iskandar - makan kenduri. Lepas tu, terus bawa dia balik. Dapat la dia bermalam 1 malam. Tengah malam tadi, layan dia masuk YouTube, katanya nak cari pasukan nasyid sekolahnya. Jumpa - rupanya pasukan sekolahnya Johan Kebangsaan tahun 2007. Tanya dia, awat yang suka sangat nasyid tu. Katanya, dia dah dipilih masuk pasukan nasyid Form 1 sekolahnya. Kena jadi penyanyi utama pulak tu.. Tanya dia cemana boleh jadi lagu tu? Rupanya ada beberapa kali abang senior dengar dia sesekali nyanyi lagu nasyid sambil jalan2. Terus kena ambil nama, hihi. Taktau la, rasa2 suaranya tak le sesedap mana. Boleh bagi galakan saja la. Akan lawan dengan sekolah lain yang ada KAA (Kelas Aliran Agama) beberapa bulan lagi.

Perkembangan terbarunya, akan ada pertandingan hafazan di sekolahnya tak lama lagi. PakTeh tanya dah berapa surah dah hafal. Tu la budak2 noo.. baru nak masuk 2 bulan di sana, udah Al-Mulk + As-Sajadah + separuh Al-Insaan. Yasin memang dia dah buleh sejak sekolah rendah. Otak budak2 ni cukup lekat banding dengan geng tua macam PakTeh (dan lain2 yg sewaktu) yang dah berkarat. Tapi PakTeh tak kasi Zaim masuk bertanding, sebab belum cukup persediaan. Ada lagi beberapa surah lagi yang belum selesai. PakTeh cadang agar dia masuk tahun depan, selepas selesai 8 surah (Yasin, Al-Mulk, As-Sajadah, Al-Insaan, Al-Jumu'ah, Al-Waqi'ah, Nuh dan As-Shoff) dan bila dah betul2 mantap.

Hari ni PakTeh letih. Sekolah ada beberapa program minggu ni - padat. Balik rumah pukul 5.00pm, dan terus hantar Zaim balik. Nampaknya, dia gembira walau tidur cuma semalam cuma. Apa tidaknya, sepanjang pagi tadi dia jenuh main game kat laptop & tengok cerita bola Astro.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 8 comments ]

PakTeh mula kenal permainan chess sejak Darjah 2. Main dengan Har, anak TokNjang Mat Peston di rumahnya, di belakang rumah Tok. Masa tu main bantai ikut sedap saja asal ikut peraturan pergerakan buah. Mula-mula main tentu Queen jalan dulu pergi serang. Kemudian mulai Darjah 4, pengetahuan makin bertambah bila PakLang yang balik bercuti dari Newcastle, UK sempena kenduri kahwin MakNjang dan mengajar satu ilmu yang menarik.


Ilmu itu adalah kaedah menggerakkan buah catur mengikut cara profesional, seperti P-K1, N-KB3 atau e4 dan Nf3.. camtu. Semua itu berdasarkan beberapa buku PakLang seperti 60 Memorable Games of Bobby Fischer, dan beberapa buku lain tulisan chess grandmasters terkemuka dunia ketika itu seperti Tal, Spassky & Karpov. Memang syok main guna contoh buku2 itu bersama dengan PakTam atau sorang-sorang. Sambil2, dapat study tentang strategi opening, middle & end game bagi setiap perlawanan. Mula kenal chess openings: Ruy Lopez, Sicilian Defense, Nimzo-Indian, Giuoco Piano juga Queen's Gambit Accepted/Declined Variation. Juga kenal jargon baru seperti Rook (kota), Knight (kuda), Pawn (bidak tentera). Juga istilah situasi/pergerakan tertentu seperti castling, gambit, fork, pin, fianchetto & checkmate.

Satu istilah yang PakTeh syok kaji ialah gambit. "Gambit" ini satu keadaan di mana seorang pemain catur mengorbankan mana-mana buah caturnya untuk mendapat sesuatu keadaan yang lebih baik selepas itu. Dan matlamat korban atau umpan itu tentulah untuk mencapai kemenangan. Kadang-kadang yang di-gambit itu bertaraf pawn, knight, bishop, castle malah juga 'raja padang' papan catur: Queen. Dan darihal gambit inilah yang PakTeh nak cerita di sini.

Beberapa hari lepas, dengar ada reshuffle beberapa orang boss sekolah dalam daerah. Yang di SMP, Pangkor akan ke SMAB, Sitiawan. Beliau (pompuan) tak sampai setahun lagi di Pangkor yang menjadi 1st posting jawatan atas kenaikan pangkatnya. Sedangkan SMAB adalah sekolah high ranking di daerah, penuh dengan anugerah dan besar populasi sesuai dengan adanya Ting. Enam. Dengarnya pula, boss SMAB akan bertukar ke SEMESTI, sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di T. Intan. Itu cerita Versi 1.

Tup2.. baru-baru ni dengar ada cerita di sebalik cerita. Cerita Versi 2. Seorang boss di SMTP, Sitiawan (kerabat MakLang) adalah yang sepatutnya ke SEMESTI sesuai dgn gred 52nya. Dengarnya lulus penilaian Pengetua Cemerlang DG52. Dia telah mendapat surat arahan pertukaran, dari Putrajaya. Juga telahpun diarah oleh Datuk KPPM sendiri untuk bersuaikenal di SEMESTI dalam tempoh peralihan tugas. Maka semua warga sekolah berkenaan dah tengok & dah dengar ucapan 'sulung'nya. Selepas itu, dia banyak dapat mesej SMS tahniah dari rakan2nya yang mungkin anak2 mereka bersekolah di situ.

Tiba-tiba, beliau dengarnya dipanggil oleh En. Pengarah Negeri di Bandaraya. Dimaklumkan, berdasarkan perkembangan terakhir, beliau tak boleh ke SEMESTI. Sebabnya: saudaranya akan bertanding di sebuah kawasan dekat2 situ atas tiket parti bukan kerajaan. Itu sahaja. Jadi perpindahan itu cancelled!

Maka itulah yg kemudiannya berlaku, ke cerita Versi 1. Boss SMAB pula kena ke SEMESTI, walau hatinya amat berat kerana tapak itu untuk rakan baiknya, juga sekolah jirannya; pada asalnya. Juga sebab itulah boss SMP, Pangkor ke SMAB, Sitiawan untuk mengganti boss SMAB itu. Sepatutnya boss SMP itu bertukar ke SMTP, sekolah lamanya sewaktu jadi PK1. Dan inilah percaturan yang terhasil kerana percaturan sebelumnya tersalah hasil - akibat faktor mendatang.

Begitulah.. kita semua ni macam taraf buah catur sahaja. Ikut suka player nak ubah ke mana2. Kadang2 kita jadi korban keadaan untuk mencapai hasrat chess player, atau lebih teruk - dimatikan terus kerana dianggap mengganggu gugat kepentingan strategik dalam sesuatu situasi. Kesian boss SMTP tadi... Bukan salah dia saudaranya pergi bertanding, kenapa beliau jadi mangsa terhadap kemajuan kariernya? Dan kerana alasan remeh politik itu - patutkah dia jadi Queen's Gambit atau juga mungkin terus kena badi jurus pemati buah: Checkmate!?

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 18 comments ]

Malam tadi ke Kg. Panchor. Ziarah jenazah arwah En. Majid suami kepada Cikgu Bashrah, rakan di sekolah. Arwah seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan di Teluk Intan meninggal setelah terjatuh di tempat kerjanya, kemudian pengsan. Dibawa ke Hospital Teluk Intan dan meninggal dunia tak lama kemudian. Rentetan rekod kesihatannya ada masalah jantung.

Bila teringat peristiwa itu, PakTeh juga beberapa kali terjatuh. Ada 2 kali terjatuh di tangga rumah sekarang, di tempat yang sama. Tergelincir pada anak tangga dan PakTeh hilang keseimbangan. Kedua-dua kejadian menyebabkan tulang lengan kiri terkeluar dari sendi bahu. Sakit Tuhan sahaja yang tahu. Kedua-dua keadaan memerlukan MakTeh bawa ke Batu 8 Changkat Jering. Syukur, Haji Abdullah, pakar tulang tradisional sentiasa ada di rumah untuk memasukkan semula tulang itu ke sendinya. Sengal sampai 2 minggu sambil disapu minyak urut yang dibekalkan olehnya. Walaupun tangan kiri PakTeh dah tak kuat lagi untuk bawa barang berat, tapi syukur - tangan itu masih lagi boleh berfungsi untuk kegunaan2 lain.

Satu lagi kejadian, PakTeh terjatuh semasa main badminton malam Rabu tahun lalu. Waktu sedang buat jumping smash, PakTeh dah salah posisi. Terlebih mengiring, dan tak dapat mengagak bila dan kaki mana akan jejak dulu ke gelanggang. Sekali lagi, tiada keseimbangan. Maka kaki kiri terjejak dahulu tanpa persediaan, terhentak pada sendi lutut lalu terguling jatuh. Bercuti 4 bulan main badminton plus 13 kali rawatan fisioterafi di Hospital Seri Manjung. Syukurlah, kebetulan kereta yang diguna jenis auto - jadi tangan kiri tak perlu kerap change gear dan kaki kiri tak perlu main clutch.

Beberapa iktibar yang dapat diambil:

Terjatuh boleh mengakibatkan kecederaan serius malah maut. Ketidakseimbangan tubuh badan dalam pergerakan boleh mengundang kecelakaan. Kecederaan pada tulang atau sendi, tidak akan pulih kembali seperti sebelumnya. Semoga sama-sama menjaga diri, agar tidak terjatuh. Bagi yang pernah terjatuh, moga tak terjatuh lagi. Terjatuh itu memang sakit dan menyakitkan. Sikap cermat dan berhati-hati, tidak tergopoh gapah dalam urusan adalah amat baik untuk diamalkan. Tambahan pula dalam usia kita yang semakin meningkat muda ni..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

The Malaysian contingent ended their Korat SEA Games campaign on a high with 68 gold medals to finish second overall behind host Thailand. The 68 gold, 52 silver and 96 bronze feat ranks as the best performance in a SEA Games held outside the country and also was the second best performance in the history of the SEA Games since 1959 (SEAP Games). The second place also bettered the fourth place finish in the 2005 Manila SEA Games with 61 gold, 48 silver and 61 bronze, which till now stood as the best performance outside the country.

24th SEA Games Official Result

Rank Country Gold Silver Bronze Total
1 Thailand 183 123 103 409
2 Malaysia 68 52 96 216
3 Vietnam 64 58 82 204
4 Indonesia 56 64 83 203
5 Singapore 43 43 41 127
6 Philippines 41 91 96 228
7 Myanmar 14 26 47 87
8 Laos PDR 5 7 32 44
9 Cambodia 2 5 11 18
10 Brunei Darussalam 1 1 4 6

Malaysia's best ever performance was when the 2001 Games was hosted in Kuala Lumpur and Malaysia emerged overall champion with 111 gold, 75 silver and 85 bronze and the second best performance before this (67) was also when Kuala Lumpur hosted the Games in 1989.

Baca Selengkapnya (Read More)...