| 0 comments ]

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan membabitkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru satu masa dulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan supaya tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan pembabitan mereka dalam politik.

Katanya, mereka yang dibenarkan terbabit dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. - Bernama

(BHarian Online - 27/7/2010)

Kih kih kih.. Tentu ada pro dan kontra. Yang istimewanya, kena dapat kebenaran bertulis dari Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran (tanpa wakil) dulu. Tiada beza antara kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, atau KS Kementerian atau ketua jabatan tempat bertugas. Keputusan tetap muktamad.

Kih kih kih. Jerangkap samar yang menarik, di samping petanda bahawa pilihanraya sudah tak lama lagi. Paling lewat 18 bulan lagi, rasanya.


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Dari Charles de Gaulle Airport, kami bergerak terus ke pusat kota Paris. Sylvester, tourist guide kami menceritakan beberapa perkara tentang tentatif program hari itu - Paris Tour. Perkara pertama, ke Eiffel Tower.

Sebelum ke sana, singgah mengambil seorang lagi penumpang - En. Khalil di sebuah hotel. Beliau seorang staf Petronas di Mauritania, Afrika. Dia tiba di Paris sehari sebelumnya,dan akan ikut pakej bermula dari Paris. Isterinya & 2 anak beliau di KL memang sudah bersama kami dari KLIA.

Charles de Gaulle Airport - Eiffel Tower, ParisFoto-foto yang diambil dari dalam bas

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Perjalanan flight agak boring sebab tak dapat duduk tepi tingkap. Walaupun malam, nanti akan tiba di Paris waktu pagi. Oleh kerana flight delay malam tadi, dijangka tiba sana dah cerah. Charles de Gaulle International Airport tentunya lebih besar dari KLIA. Ia terletak di Roissy, luar sedikit dari Paris yang menjadi kota tumpuan pelancong terbesar di dunia.

Selesai urusan ambil bagasi, bas kami sudah menunggu. Berkenalan dengan pemandunya - Mr. Christian, seorang warga Belgium. Bila kami nak masukkan beg ke ruang bawah perut bas, dia kata "Please don't touch anything. I'll do it." Betul, dia yang masukkan semua beg dan susun. Dia cukup jaga etika kerjanya. Very professional. Tak ada drebar bas macam ni kat Malaysia..

Charles de Gaulle Airport, Paris, FranceCharles de Gaulle International Airport, dinamakan sedemikian sempena nama Presiden Perancis yang pertama - Charles André Joseph Marie de Gaulle (1890 -1970).

Destinasi seterusnya... Eiffel Tower.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Tiba di Terminal Bas KLIA kira-kira 7pm. Pusing-pusing & snap foto petang & senja. Dah puas, baru naik atas.. solat jamak qasar.

KLIA Kuala Lumpur International AirportKuala Lumpur International Airport (KLIA)

Kemudian bertemu Sylvester @ Zaid, tourist guide di tempat ditentukan. Bertemu 17 orang lagi rakan sepakej. Beg-beg untuk kargo diurus. Sempat masuk extra 5 kotak Dunhill dalam beg bagasi si Fauzi. Beg sendiri dah ada sekatun. Cukup kot 10 hari.

Seterusnya kami dibawa ke KLIA Plaza Lounge (Reliance tanggung) untuk makan malam. Masa tu kosong lagi, kemudian baru ramai datang. Dengarnya, Plaza Lounge ni selalunya untuk orang yang 1st Class saja.. kihkih. Di situ, melepak, menyembang dan sempat test setengah jam kerusi urut.. sementara nak mula naik KLIA train.

KLIA Plaza LoungeKLIA Plaza Lounge
Tiba-tiba stok rokok habis. Yg sekatun & extra 5 dah masuk bagasi. Cit. Round kedai rokok duty free, tak ada jual kotak pulak, semua jual minimum sekartun. Beli sajalah curut (cigar 20 batang). Kihkih. Baru ada semangat balik untuk mula berlepas.

Flight bermula selepas tengah malam, delay setengah jam. Perjalanan dengan flight MAS sejauh lebih 10,000km @ 13 jam. Laluan naik ke utara Semenanjung, cross pantai barat Thailand, Myanmar; tikam ke kiri Asia Tengah menuju Eropah Tengah. Perjalanan yang panjang itu itu banyak tidur saja, apa lagi nak buat. Dikejut untuk makan 3 kali. Pramugari yang melayan tu pula pula udah tua.. kihkih. Makanya bila boring tengok movie.

Destinasi seterusnya, Charles de Gaulle International Airport, Paris.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Hari pertama - Jumaat 4/7 PakTeh & MakTeh cuti rehat. 11 pagi ambil Fauzi (rakan sekerja MakTeh) sekali ke asrama Zaim. Singgah di klinik Air Tawar, Zaim mengadu lututnya luka terjatuh beberapa hari sebelum itu. Beli siap-siap ubat lukanya.

Selepas solat jamak, terus ke stesen Star Shuttle, Sitiawan. PakTeh & Fauzi masukkan semua beg, selepas itu MakTeh & Zaim terus ke Lekir untuk letakkan kereta. Bas jalan 2.30 sharp. Nampaknya bas Star Shuttle ni tak secanggih Triton dulu.. Sampai di Batu 10, driver bas hentikan bas untuk ambil MakTeh & Zaim. Perjalanan diteruskan.

Star Shuttle Sitiawan-Teluk Intan - Bidor - KLIA - LCCTBas berhenti di Teluk Intan, ambil seorang penumpang lagi - pemuda Cina. Maka keseluruhan dalam bas hanya 6 orang. Driver, PakTeh 3 beranak, Fauzi, Yusuf (seorang Navy nak balik Sri Aman) dan pemuda Cina tadi. Terus bergerak ke Bidor, masuk lebuhraya PLUS.. ke KLIA. Yusuf itu first badge technician yang pernah dapat latihan di France untuk kursus berkaitan kapal selam Scorpene. Dia ajar beberapa perkataan French, salah satunya 'Bonjour' bermaksud Hello. Nampak senang, tapi susah nak sebut.

Sepanjang jalan, banyak borak menyembang.. dah dekat nak sampai baru teringat nak ambil foto. Sebenarnya bagus naik bas, tak perlu pandu kereta, fikir parking dll.. Boleh lena atau menyembang. Santai.

Star Shuttle, Sitiawan, Teluk Intan, Bidor, KLIA, LCCTZaim macam biasa, mudah tidur.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Baru jenguk mesej blog dari PakTam, nak tengok gambar. PakNgah pula lagi ligat.. dah cilok gambar awal-awal lagi dari Facebook Zaim.

Maaflah.. hehe. Ada beberapa sebab mengapa lambat betul nak kembali berblog.

Pertamanya, begini.

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang belum pernah kita pergi, kita tahu kita sukar untuk ingat kembali apa yang kita lihat 100% selepas itu. Satu hari berlalu, mungkin hanya tinggal 70%. Selepas beberapa hari kenangan berkenaan hanya tinggal 20%. Selepas itu mungkin hanya 1-2% saja yang ada dalam ingatan.

Makanya.. kita perlu tangkap gambar sebanyak-banyaknya. Nanti selepas balik nanti, kita boleh refresh kembali memori bila melihat foto-foto itu. Tapi apa nak kata.. hampir penuh 3 kad memori SDHC 8Gb tuh.. Jumlahnya taklah banyak sangat.. 23Gb. Kira-kira 7000 foto saja untuk 10 hari. Kihkihkih.

Itu isunya. Kita sayang semua memori kenangan. Kita rasa semua foto-foto yang diambil itu penting dan bermakna, jadi kita tak tahu yang mana lebih baik dari yang lainnya. Itulah pasal. Kepala jammed nak fikir.. nak upload yg mana satu. Memang ada foto-foto yang silap setting atau kabur, tapi rasa sayang nak buang atau delete. Sebab tahu sekali kita buang, kita membuang sekali segala memori yang terpahat pada foto rosak itu. Kihkihkih.

PakTeh dah cuba tengok foto guna televisyen dalam bentuk slide show. Semua sekali.. gunakan interval 2 secs - masa diambil - solid 6 jam! Kalah movie Titanic. Sekali lagi.. Kihkihkih. Itu baru foto, belum lagi klip video yang dibuat serba sedikit.

Keduanya pulak.. malas sungguh nak menjenguk photoshop untuk resize foto-foto itu. Mungkin faktor masa dan faktor segan. Yang ini.. tak boleh lawan PakTam, dia amat rajin dan pakar bab ni. Bab kepantasan memblog tak lawan PakNgah, pakar link-mengelink.. cilok mencilok. Bab kreativiti dalam nature photography pula, tak lawan PakLang. Dia pro bab tu.

Tapi.. bila-bila fikir balik, memanglah kena uploadkan serba sedikit.. untuk saudara mara. Cuma maaflah jika ianya agak lewat dan prosesnya tersekat-sekat. Juga, fotonya akan dikurangkan resolution, dan kecil - untuk kurangkan masa upload dan jimat image storage dalam blogger ni. Insya Allah pelan-pelan.. PakTeh akan cuba.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Sejak Januari hingga Jun, tiada apa-apa persediaan besar. MakTeh rajin rekomen pada beberapa rakan lain, dapat 2 orang. Seorang adalah rakan sekerja MakTeh, Fauzi dan seorang lagi sepupu MakTeh dari Penang - Amir. Mereka booking pada Mac, dan benar - harga meningkat 1.5k seorang berbanding harga kami dahulu pada Januari. Price/pax dah berubah.

Berita baik , Reliance beri 3 special gifts untuk yang booking sebelum 15 April:
  • Beg troli besar
  • Priviledge Plaza Lounge di KLIA
  • Travel Insurance

Yang tak bagusnya, beg free itu kena ambil di KL. Malas la pulak nak pergi. MakTeh cadang nak minta abangnya di KL ambilkan selepas balik kelak.

Dalam pada itu, terdapat beberapa persediaan tambahan.

Antaranya:
  1. Bulan Mac lalu, beli sebuah kamera baru, sebab Olympus lama dah rosak. Kali ini beli DSLR, di Penang. Nikon offer D90 kit lens 18-105 VR. Sebab beli, bateri tahan. Gifts: Tripod, DSLR bag. Beli satu prime lens 50mm. Tukar SDHC Nikon Ori 4Gb Class 4 (gift) dengan Kingmax 8Gb Class 6. Banyak sikit gambar boleh simpan. Beli sekali battery grip dan 1 spare battery (3rd party).
  2. Study buku manual tentang D90. Hehe.. jujurnya, sampai hari ni tak pandai-pandai guna D90 manual, asyik auto je. Jenuh study... tapi kepala mudah blur.
  3. Masa PC Fair di Taiping Mei lalu, beli lagi 2 keping SDHC Card Toshiba 8Gb Class 4, RM65 sekeping - tawar jangan tak tawar. Hasrat hati nak tangkap gambar banyak2.
  4. Cadang nak bawa laptop, tetapi telah 'dimusnahkan' dek si Zaim bulan April. Semasa nak pergi servis Carens di Ipoh (kedai tu ada wifi free), bawa beg laptop letak di belakang kereta. Masa tu Zaim tidur di belakang. Sampai sana, tengok-tengok Zaim tidur atas 'bantal'. Dia tidur pakai beg laptop alas kepala? Sah.. bila pasang laptop, habis.. gambar abstrak yang keluar. Tanya kedai Acer kemudiannya, kos boleh dekat 1k. Terus tak jadi. Geram.. Masuk ini, Zaim dah pelingkup 2 laptop - 1 PakLang punya, 1 abah dia punya. Maka, ke Europe - tiada laptop.. jadi cover dengan bawa lebih memory card. Elok juga tak bawa, susah nak bawa - beg terhad berbanding tangan.
  5. Cari plug adapter untuk Europe, 2 pin. Bawa juga multi plug socket Malaysia punya yang memang jenis 3 pin, senang nak guna banyak plug sekaligus. Dari 6 negara nak pergi, hanya UK sahaja yang 3 pin (4 segi) macam Malaysia - yang lain semua 2 pin (bulat). Celakanya, tak jumpa2 plug adapter tu...
  6. MakTeh beli 1 periuk nasi kecil Pensonic untuk dibawa sekali. Beras 500gram x 2 paket - cukup untuk makan 5 orang x 4 kali makan. Maggie kari 1 pack. Beberapa tin sardin dan 4 biji bawang besar, kah-kah. Amir bawa canned tuna & sardin, & maggie. Fauzi bawa 1kg serunding daging & ayam, kah-kah. Dengarnya, imigresen France tak kacau, selagi ianya dalam bagasi. Pisau serbaguna (jenis lipat 7 fungsi) beli kedai New Store di Pantai.. RM7.50; boleh buka tin. Beli juga pinggan plastik.
  7. Beg sedia ada 3 - masing2 sorang satu. tapi isinya katun. MakTeh punya ada isi periuk nasi & beras. Zaim ada maggie. PakTeh ada sardin, hehe. Pakaian.. atur 1 hari 1 baju, seluar 1x2hari.
  8. Beli jaket, ready untuk Mount Titlis yang bersalji. Beli masa offer di Billion, Manjung. Sama jenis PakTeh & MakTeh, beza warna.. PakTeh hitam, MakTeh hijau pucat. Jenis boleh tukar pusing belakang, sebelah jenis nylon licin dan sebelah lagi corduroy.
  9. Kasut jenis leisure. Beli Crocodile offer, sebab kena banyak jalan kaki. Stokin, bawa stok stokin lama, kah-kah. Akan pakai buang setiap hari.
  10. Tukar duit Euro dan Pound secukup rasa saja di Pantai. Swiss Franc tiada di Pantai - akan tukar sikit di KLIA. Nasib baiknya, nilai ringgit amat meningkat sejak akhir-akhir ini. Dulu 1 Euro = RM5, sekarang bawah RM4. Pound dulu atas RM6, sekarang bawah RM5. Rezekilah juga, cuma tak delah tukar banyak, sebab niat nak berjalan saja, tengok negara orang - bukan menyopping.Bas Star Shuttle, Sitiawan - Teluk Intan - KLIA - LCCT
  11. Naik bas dari Sitiawan ke KLIA. Kali ini, syarikat Triton dah bungkus - nasib baik ada ganti Star Shuttle, stesen di sebelah Restoran mamak, area Pizza Hut - di seberang jalan dari The Store. Tiket RM45 sehala, tetapi dua hala RM80. laluannya Sitiawan-Teluk Intan-KLIA-LCCT. Jadualnya perjalanannya di sini - ada 6 trip sehari.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

MASUM (MATTA International Fair Selangor Umrah & Muslim Travel)

Kisah bab berjalan ke Eropah adalah bermula dengan MakTeh. Dia amat teringin nak ke sana, malah gigih menyimpan wang. Dalam setahun dua ini, dia kerap memerhati tawaran pakej ke Eropah. Dia selalu membanding-banding antara tawaran dan harga serta syarikat terlibat. Kadang-kadang dia call ke syarikat berkenaan untuk sesuatu pertanyaan khusus.

Akhirnya dia buat keputusan, antara Poto Travel atau Reliance Travel. The best packages for muslims. PakTeh dengar saja.

Pada bulan Januari lalu, kami pergi ke Shah Alam meninjau MATTA International Fair Selangor Umrah & Muslim Travel (MASUM) bertempat di Shah Alam Convention Center. Program itu 3 hari hari (15-17 Januari). Tiba & menginap lewat petang Jumaat di rumah adik MakTeh di Seksyen 19, Shah Alam dan pagi-pagi Sabtu sudah ke pusat bandar.

Segalanya bermula di situ.

Hari itu anggaran 116 ruang pameran, samada untuk pelancongan dalam negara atau antarabangsa. Macam-macam ragam orang, pelbagai usia - ada yang minat pakej ke Pangkor atau langkawi, ada ke Taman Negara Pahang, ada untuk umrah dan haji, dan ada yang lebih jauh.

Bagi kami - untuk ke Eropah - Poto Travel, tawarannya lebih murah tetapi makan, tipping dan tiket tertentu tidak termasuk pakej. Reliance Travel, lebih menarik, all in.. cuma beberapa lunch dan dinner sahaja tanggung sendiri. Tak ada masalah - all right. Target date: Cuti Penggal 1 (Jun). Reliance awal cuti penggal, manakala Poto terawal beberapa hari sebelum cuti. Reliance has the best deal with it's Riang Ria Muslim Tour - Europe Splendour 10D/7N. Negara dilawati: France, Switzerland, Germany, Netherland (Holland), Belgium & England.

Berkenalan dengan Christina, wakil Reliance Wangsa Maju.. dia amat sabar melayan kerenah dan pertanyaan. Di situlah kami mengetahui bahawa inilah MATTA yang pertama pada tahun 2010, bukannya MATTA Fair yang biasanya pada Mac. Jadi untunglah siapa yang mula beli pakej kerana perkiraannya bermula dengan 1st 4@pax (4 orang 1 pax) pada harga terendah. Habis 1st pax, maka dibuka 2nd pax (4 orang) pula dengan harga yang makin meningkat. Dijangka pada Mac akan sudah 4th atau 5th pax..

Balik ke Pantai petangnya. Isnin, MakTeh confirmkan & bayar deposit 10% untuk 3 orang, - PakTeh, MakTeh & Zaim.

Tips:
  1. Pakej via MASUM pada Januari lebih murah berbanding International MATTA Fair pada Mac dan Mei, dengan syarikat yang sama tetapi pada harga yang berbeza.
  2. Kaji itenary setiap pakej dengan teliti. Adakah all on board atau kena ready pocket money tambahan.
  3. Reliance untuk pakej non-muslim jauh lebih murah, boleh ikut tetapi kena pandai arrange untuk makanan halal sendiri. Pun okey juga.


Baca Selengkapnya (Read More)...