Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts
| 18 comments ]

Malam tadi ke Kg. Panchor. Ziarah jenazah arwah En. Majid suami kepada Cikgu Bashrah, rakan di sekolah. Arwah seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan di Teluk Intan meninggal setelah terjatuh di tempat kerjanya, kemudian pengsan. Dibawa ke Hospital Teluk Intan dan meninggal dunia tak lama kemudian. Rentetan rekod kesihatannya ada masalah jantung.

Bila teringat peristiwa itu, PakTeh juga beberapa kali terjatuh. Ada 2 kali terjatuh di tangga rumah sekarang, di tempat yang sama. Tergelincir pada anak tangga dan PakTeh hilang keseimbangan. Kedua-dua kejadian menyebabkan tulang lengan kiri terkeluar dari sendi bahu. Sakit Tuhan sahaja yang tahu. Kedua-dua keadaan memerlukan MakTeh bawa ke Batu 8 Changkat Jering. Syukur, Haji Abdullah, pakar tulang tradisional sentiasa ada di rumah untuk memasukkan semula tulang itu ke sendinya. Sengal sampai 2 minggu sambil disapu minyak urut yang dibekalkan olehnya. Walaupun tangan kiri PakTeh dah tak kuat lagi untuk bawa barang berat, tapi syukur - tangan itu masih lagi boleh berfungsi untuk kegunaan2 lain.

Satu lagi kejadian, PakTeh terjatuh semasa main badminton malam Rabu tahun lalu. Waktu sedang buat jumping smash, PakTeh dah salah posisi. Terlebih mengiring, dan tak dapat mengagak bila dan kaki mana akan jejak dulu ke gelanggang. Sekali lagi, tiada keseimbangan. Maka kaki kiri terjejak dahulu tanpa persediaan, terhentak pada sendi lutut lalu terguling jatuh. Bercuti 4 bulan main badminton plus 13 kali rawatan fisioterafi di Hospital Seri Manjung. Syukurlah, kebetulan kereta yang diguna jenis auto - jadi tangan kiri tak perlu kerap change gear dan kaki kiri tak perlu main clutch.

Beberapa iktibar yang dapat diambil:

Terjatuh boleh mengakibatkan kecederaan serius malah maut. Ketidakseimbangan tubuh badan dalam pergerakan boleh mengundang kecelakaan. Kecederaan pada tulang atau sendi, tidak akan pulih kembali seperti sebelumnya. Semoga sama-sama menjaga diri, agar tidak terjatuh. Bagi yang pernah terjatuh, moga tak terjatuh lagi. Terjatuh itu memang sakit dan menyakitkan. Sikap cermat dan berhati-hati, tidak tergopoh gapah dalam urusan adalah amat baik untuk diamalkan. Tambahan pula dalam usia kita yang semakin meningkat muda ni..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Petang tadi, program Jamuan Akhir Tahun - Kelab Guru & Kakitangan (KGKT) selesai dijalankan. Tahun ini, di Teluk Batik Beach Resort, Lumut; area tepi kolam renang. Program bermula 2.00 petang. 80% staf hadir bersama anggota keluarga masing-masing. Sebenarnya murid/staf dibenarkan pulang awal sedikit dari sekolah hari ni 12.30pm, untuk beri ruang untuk staf bersiap dan memandu ke Lumut. Maklumlah, dari Pantai ke Lumut pun 40 minit paling laju.

Foto Pemimpin Sekolah - KGKT
Gambar di sebelah: semasa lepak2 sebelum
program dimulakan, menunggu YDP PIBG. Dari kiri & bersongkok: Zubaidillah Sulaiman, PK Koku (asal T'ganu, jiran sebelah rumah PakTeh). Bertalileher tu, Hj. Mohd Nazri b. Ibrahim, Pengetua (asal Sg. Tiram Lekir, kini duk di Tmn. Bintang). Berkemeja putih tu pula, Ustaz Abd Rahman b. Ramli, PK Pentadbiran (asal Sg Besar, S'ngor; menetap di Ayer Tawar). Geng 4 orang tu semuanya masters. Semuanya lulusan NPQH, tolak PakTeh, hehe. Sekolah kami juga satu-satunya di Manjung yang geng pentadbirnya semuanya lelaki.

Foto Penyampaian Hadiah KGKTDalam program macam biasa, ucapan Pengerusi KGKT (Pn. Hellen, asal Kuching berbangsa Iban), Pengetua & YDP PIBG (En. Ishak dari Malayan Flour Mills (Kilang tepung), Batu 3 Segari). Selepas tu acara ditunggu2: MAKAN, diikuti cabutan nombor bertuah. Tahun ni malang, Pak Teh tak dapat. Jadi salah sorang tukang cabut nombor & bagi hadiah pada orang je. Tahun2 dulu, selalu juga dapat. Malah ada 2 kali (tahun berbeza) berjaya cabut nombor sendiri hingga kesahihannya ditentukan oleh panel juri rayuan. Hihi. Di samping itu, hadiah untuk staf-staf yang baru berkahwin & yang mendapat anak pertama semasa bertugas di sini.

Foto Datin-Datin KGKTPi jamuan berdua dengan Mak Teh. Zaim tak dibenarkan ikut. Udah bayar utk Zaim, baru tau dia ada exam akhir tahun di sekolah agama rakyatnya di Sg. Batu. Gambar di sebelah: dari kiri: Kak Kamsiah (isteri Pengetua), Mak Teh, Pn Hairani (isteri PK Koku). Kak Kamsiah tu asal sekampung dengan MakTeh, 2 tahun senior, seorang suri rumah. Pn. Hairani tu pula, seorang guru yg kini buat full time PhD di UKM. Yang 2 orang lagi di kanan, tak cam. Bebudak 3 orang tu pulak, anak2 Pengetua.

Masa balik, teringin nak jenguk pantai Teluk Batik, lama dah tak pi. Rupanya dah tak boleh lagi parking sebelah pantai. Sistem jalan area pantai dah diubah. La ni disekat oleh deretan gerai2 untuk pelancong. Kalau park kenderaan, kena lintas kedai2 tu dulu, then kena jalan pulak 30 meter ke pantai. Isk.. bagus betul taktik Majlis Perbandaran Manjung nih. Maka, PakTeh terus tak jadi singgah ke pantai Teluk Batik, lajak terus ke Sitiawan: The Store. Singgah tang ni MakTeh memang suka! Haha.

Baca Selengkapnya (Read More)...