Showing posts with label Childhood. Show all posts
Showing posts with label Childhood. Show all posts
| 4 comments ]

Sebuah lagi foto klasik lebih 20 tahun.
Sukaduka selepas mandi.

Pejon & Aman
antara beleh dan tergagai

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Semalam si Zaim telefon. Katanya, kalau datang ke asramanya hari Sabtu ini - tolong bawa kasut sukannya dan talipinggang yang tertinggal. Kasutnya dalam kereta, talipinggang di bilik. Memang kelam-kabut sikit dia hari Ahad lepas, cuma 5 jam saja di rumah sebaik balik dari Gerik. Masa tu la dia kena bersiap & pack barang. Mujur homework-nya siap sepanjang cuti hari tu. Teringat2.. rasa kesian pulak..

Semalam katanya, dia pergi ke latihan sukan - pakai kasut kulit hitam rasminya, sebab selipar tak boleh pakai. Waktu latihan sukan, dia buka kasut, berkaki ayam untuk berlari.. Selalunya hostel latihan rumah sukan, 2 kali seminggu. Isk.. kesian pulak..

Kemudian teringat pula seluar panjang sekolahnya memang beli besar sedikit. TokWan dulu beli kat PakTeh pun serupa, sebab kami akan semakin membesar. Jadi kalau beli besar sedikit, akan tahan lebih lama. Jadi.. bila bayangkan dia pakai seluarnya tanpa tiada talipinggang tu.. melondeh ka dia? Isk.. kesian lagi.

Balik kerja pukul 4.00pm, PakTeh dah letih. Tetapi bila teringat pasal kesian tu, cari semua barang si Zaim. Cadang nak pi hantar petang ni jugak. Waktu ambil kasut Power-nya (beli kat kedai Bata Pantai saja, hehe) di belakang kereta, looor.. dia contiang kasut dia buh nama dengan marker-pen. Memang waktu hari pendaftaran dia dulu, ada tinggalkan dia sebatang marker-pen - gunanya untuk tulis nama pada pakaian dan alatan. Rupanya dia buh namanya kat bahagian putih kasut.. Besaq pulak tu! Ada ka.. Usah nak curi, nak pinjam pun orang tak berani punya!

Bila cakap kat MakTeh, nak hantar barang Zaim - MakTeh yang dah mula demam selsema pun nak ikut. Dia top-up lagi dengan beberapa jenis buah & kudapan. Kami bergegas pergi ke Bota, agar tiba sebelum masuk waktu 'Asar - supaya senang jumpa Zaim di masjid. Moga2 legalah hati dia dapat barang2 dia tu.

Selepas azan, si Zaim masuk. Dia senyum saja tengok PakTeh. Yang dia tegur ialah: "Awat abah mai hari ni? Awat tak mai Sabtu?" #$%&*!@)(%#@*%!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 11 comments ]

Minggu lepas, ada Pak Ngah cadang untuk cerita pasai ikan sepilai. Tapi sebenarnya Pak Teh rasa: "Yang bertanya itu lebih mengetahui dari yang ditanya.". Sebabnya, Pak Ngah 14 tahun lebih dulu makan laksa mi dari Pak Teh.. kekeke. Cemanapun, idea tu memang menarik. Lama fikir-fikir, baru timbul ilham nak mula. Okeh. Cam ni..

Dulu-dulu, budak-budak ada banyak tempat bermain, tak macam sekarang. Setiap hutan banat diredah, merata parit diranduk dan segala batang pokok diragas.

Bagaimanapun, semua jenis permainan tu bermusim. Ada musim main gasing, wau, aci menyorok, aci ligan, rounders, guli & guli batu, "pak-poi" dan "main tampaq". Majoriti alatan permainan tu kami buat sendiri. Tak beli. Semua permainan itu mengikut arus pengaruh rakan, masa atau fenomena alam sekitar.

Ada game yang lasak, macam "polis santeri" & "bantai isi"; ada yang simple macam main guli atau "balin kasut". Tak kurang pula memburu! Kategori hunting game ni, seperti "teghebei" (lastik) burung dan kelawar, tangkap rama2 dan tidak lupa tangkap sepilai.. hehe.

Ikan sepilai ini termasuk kategori exotic freshwater fish. Ikan sepilai ni kecik tapi lawa. Dia spesis betta dari jenis keluarga gourami. Macam-macam colour pada badan dia. Paling syok bila dapat warna biru atau hijau berkilau, dan ekor & sirip/ridip dia merah menyala. Fuuh. Tapi ada juga yang kusam tak lawa, kami panggil "sepilai karim". Haha.. mana mari nama tu, tak tau. Pastinya, bukan Karim, anak 'Aq Sraq. Cemanapun, spesis ikan sepilai yang jantan rasanya lebih lawa dari yang betina.

Geng Pak Teh memburu sepilai dulu termasuklah Har (anak Pak Njang Mat Peston), Fatahan (anak Pak Cik 'Ad), Halim (anak Tan, cucu Tok Mat Sakat), Musa (anak Pak Ngah Aq), Pak Tam & kawan sebaya lain. Area kegemaran bukan di parit belakang rumah Tok Wan Lin (air selalu kering, ikan kurang). Banyaknya kami pi parit tepi rumah Tok Aishah & Pak Long 'In. Paya nipah belakang rumah Tok Puteh pun pi jugak. Sepilai nipah situ besar sikit tapi spesis tak lawa. Rata2nya kawasan2 berair yang tak kering, cetek, ada rumput2 & daun2 kering dan air agak sejuk; inilah yang sesuai jadi habitat sepilai nih.

Kaedah menangkap ikan sepilai ni kena hati-hati, teliti dan senyap. Nak tangkap ikan tu, kena jauh masing2. Masing-masing cari kawasan pemburuan yang strategik. Slow and steady. Kalau berkocak air, ikan lari. Pelan-pelan. Menunduk dengan khusyuk, pelan-pelan selak daun2 kering atau rumput dalam air. Air tak dalam pun, paras buku lali bebudak saja, hahaa.

Antara tanda-tanda sahih lokasi ikan sepilai adalah wujudnya buih-buih kecil setompok (bubble nests) di celah-celah rumput atau daun kering. Satu tabiat ikan ni ialah membuat buih2 dengan mulutnya. Kita akan lihat jika kita ada bela ikan sepilai dalam botoi atau dalam akuarium. Berdasarkan cerita orang, warna buih lagi karat, lagi lawa ikannya. Dari pengalaman, yang ni aku rasa betoi.

Biasanya, jika ada buih tu paling kurang boleh dapat seekor, kalau tak 2 atau 3 ekor sekaligus bawah buih tu. Mesti dapat ikan jantan yang gelap, lawa; bukan spesis karim. Buih tu sebenarnya, ikan jantan yang buat. Bila ikan betina bertelur, ikan jantan akan tolak telur masuk dalam kelongsong buih tu. Kalau ada yang jatuh, dia akan tolak balik kasi masuk. Yang menjadikan ikan jantan dari kawasan buih tu lawa2 pasal dia tengah kawal kawasan itu. Jadi kita dok pi gatai ganggu dia, tentulah terkirai dan mengembang ekor & ridipnya. Tapi, tu yang buat lawa tuhh..

Kalau nampak kelibat ikan tu, kena cepat sauk dengan tangan. Macam cara nak ambik air sembahyang nak basuh muka tu la. Kalau yang belum pro, pakai la penapis plastik kat rumah masing2. Masa tu, nak guna mana berani minta izin pinjam kat mak masing2, tentu "Tak boleh!, Hang nak buat apa?". . hehe. Kalau nak pakai jugak, kena 'ambil' masa awal pagi (projek: 8.00- 10.00am) atau kalau petang (projek: 3.00-5.00pm). Dibimbangi mak masing2 nak pakai untuk masak dsb.

Biasanya kena bawa alatan penting perburuan, termasuk botol kaca atau plastik bertangkai. Botol kaca elok yang jernih, macam botol cuka. Bila dapat ikan, buh dalam tu, sekali dengan air paritlah. Maka terserlahlah segala aksi renang ikan sepilai yang memusin-musin kelilin botoi, penuh bergaya.

Ikan sepilai ni spesis ikan laga (fighting fish). Satu botoi satu ikan. Kalau buh 2-3 ekor dalam satu botoi, alamat ada yang rabit ekor atau sirip. Ada yang terkeluar sisik. Paling malang, ada yang cedera atau mati.

Tentang makanan ikan sepilai, ni macam-macam boleh. Ikut mana dan. Roti "mayat" atau biskut merry, diramas halus; bubuh nyamuk dan kerengga pun boleh. Dikatakan kalau bagi telur kerengga lagi bagus. Ikan sepilai akan lebih garang & kerap mengirai sirip dan ekornya, kata depa.

Satu keunikan ikan sepilai ni ialah dia jenis anabantoids, bermaksud depa boleh bernafas melalui organ unik dipanggil labyrinth. Sebab tu depa dapat survive dalam kawasan berair yang kurang oksigen yang boleh membunuh lain-lain jenis ikan; macam bendang sawah, parit yang airnya kurang mengalir dan juga lopak londang.

Kesan Positif Aktiviti: Eksplorasi kawasan setempat, mengenal spesis ikan air tawar, belajar geografi dan biologi practically, menghargai alam sekitar & mengagumi ciptaan Tuhan (ye ke..hehe). La ni hobi ni dah jadi besar, Betta Society of Malaysia pun ada.

Kesan Negatif: Tak lekat rumah. "Mana Teh hang?", kata Tok. "Dia main parit", kata Pak Tam, bila mood dia kureng baik. Adess. Tukang repot ada. Selain itu, kalau kerap duk dalam air parit tu, akan kena jangkitan kulat - "kaki makan ayaq". Bahasa doktornya: Athlete's foot (tinea pedis). Nak tengok rupanya, tengok sini. Di samping itu, orang yang gatai "culik" ikan ni dari habitat sebenar, kemudian bela dalam botoi dan akuarium, tu dapat pahala ka dosa? Hehe. Wo phu che tau. Dalam pada tu, dulu pernah Mak Long cerita pasal Pak Ngah ada "kenangan istimewa" semasa pemburuan sepilai di zaman kecilnya. Katanya, dapat "hadiah di kepala". Betoi ke dak, tak tau, sebab kami hanya dengar cerita je. Mungkin Pak Ngah boleh cerita versi ori, kan? hehe.

Ok. Sambung cerita balik..

Dewasa ini, ikan sepilai yang paling diminati di dunia ialah ikan sepilai siam (siamese fighting fish) atau bahasa sainsnya betta splendens. Sepilai siam besar sikit & jurai ekor & ridip lebih panjang. Dalam flickr.com banyak gambar2 spesis sepilai yang ada merata dunia. Macam-macam warna. Tapi Pak Teh rasa, Sepilai Siam tetap tak boleh lawan Sepilai Pantai! hahahaa. Yes!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Isnin: 22 Oktober, 2008
Alhamdulillah. Malam ni dapat juga masuk gambar klasik IC, 1980. Gambar tu, scan dari koleksi fotostat "segala maknika" sijil yang masih tersimpan. Tangkap gambar masa rambut baru lepas gunting di pekan Pantai. Haha. Bila anak makin besar, arwah Tok Wan Lin kurang gunting dah rambut anak-anak dia.

Dulu-dulu, memang dia gunting. dan menjadi "nostalgia" bagi anak-anak jantannya. Nombor satu, kena pakai alas badan pakai surat khabar lama, yang dikoyak lawa-lawa di tengah. Kepala masuk dalam lubang tengah surat khabar, maka kertas surat khabar tu jadilah alas bahu. Jadi tak la rambut pi merata badan. Zaman budak2 dulu, mana pakai baju, haha.

Kemudian, ambik bangku, duduk tepi telaga tepi rumah. Lepas tu, Tok Wan kasi jurus celapak maut, tapak tangannya cekuh atas kepala "Jangan gerak-gerak!". Seterusnya, bermula la bau minyak gas yang power dan memijarkan kepala. Arwah Tok Wan Lin cermat dan berhemat orangnya. Dia simpan semua perkakasnya dengan teliti, termasuk alatan menggunting. Dia simpan dalam bekas minyak gas, tak bagi karat. Termasuk sekali ketam dan gunting. Sikat kecik yang rapat matanya pun masuk sekali dalam tu. Sikat tu dapat free bila beli "minyak rambut dalam plastik", hehe. Hair cream refill dari dulu ada woo. Semuanya cost-effective.

Seterusnya, proses menggunting bermula. Sesekali beberapa kala, rasa perit bila ketam gunting potong tak lepas, melekat. Adoi. Rasa nak tercabut rambut2. Sikat mata rapat tu pulak, tajam hujung bilahnya, rasa macam kena cakar-cakar atas kepala tu. Dan selepas beberapa lama, selesai la proses mengetam dan menggunting. Paling istimewa, ialah bila tengok cermin. Hahaha.. fesyen rambut famous budak dedulu: "tempurung style."

Baca Selengkapnya (Read More)...