| 2 comments ]

KUALA LUMPUR, 14 Oktober, 2008 19:41 PM (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter berkuatkuasa esok. Perdana Menteri berkata harga petrol RON92 juga akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari Selasa. Harga minyak turun kepada purata AS$82 setong di pasaran antarabangsa. Abdullah berkata kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya segera.

Perdana Menteri berkata kerajaan sebelum ini telah melaraskan harga runcit petrol, masing-masing pada 23 Ogos dan 24 Sept lepas. Ia merupakan kali ketiga kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel.

Pada 4 Jun lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.


Alhamdulillah. Turun juga harga minyak walaupun macam siput, setelah naik macam ribut.

| 2 comments ]

MELAKA, 11 Okt 00:58 AM (Bernama) -- Artis Bollywood Shah Rukh Khan, akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 hari Sabtu. Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata Shah Rukh Khan akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).

Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, esok dan Ahad ini. "Penganugerahan darjah kepada Shah Rukh Khan akan diadakan pada majlis lain yang tarikhnya akan ditetapkan kemudian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Shah Rukh Khan adalah antara 77 penerima yang dianugerahkan DMSM.

Saadon berkata anugerah darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan adalah bagi menghargai sumbangan artis itu terhadap industri hiburan peringkat antarabangsa. "Shah Rukh Khan juga memberi sumbangan terhadap industri pelancongan negara ini apabila beliau datang ke Malaysia bagi menghasilkan filem lakonannya," katanya.

Beliau berkata artis tempatan yang dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) tanpa gelaran ialah penyanyi lagu Melayu Asli Goh Eng Boon yang lebih dikenali sebagai Andre Goh, pelawak Jantan Osman yang juga dikenali sebagai Ali Mamak dan penyanyi era 60an, Mariam Ahmad. Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Melaka, Daud Awang dan Pengurus Nanyang Siang Pau dianugerahkan DSM.

Wartawan sambilan akhbar Melaka Hari Ini (MHI), Jaafar Neemat dianugerahkan Jaksa Pendamai (JP) manakala Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka Sha'rin Sahad, ketua wartawan The Star R.Letchumanan dan Pengurus Bilik Berita TV9 Mohd Lokman Hamidi, dianugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (BCM). Penyunting MHI Md Yusof Mohamed pula dianugerahkan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) manakala jurugambar The Star A. Malek Yahya, wartawan TV9 Mohamed Raffi Bachik dan wartawan China Press Monica Tay Sookeen, dianugerahkan Pingat Jaksa Pendamai (PJK).

Apa komen PakTeh?

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Berikut Adalah Tarikh-Tarikh Penting Permohonan ke Program Pengajian Ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi 2009-2010.

A. LEPASAN MATRIKULASI KPM/ PASUM/ASASI UNDANG-UNDANG
  • Pembelian Unik ID (Pukal): - 
  • Tarikh Iklan: -
  • Pembelian Unik ID (Individu - BSN) : 17/12/2008 (Fasa 1)
  • Tarikh Permohonan: 17/12/2008
  • Tarikh Tutup: 17/01/2009
A. LEPASAN SPM   SETARAF

1. Kategori Tahun Semasa(SPM 2008)
  • Pembelian Unik ID (Pukal): 14/10/2008 - 14/11/2008
  • Tarikh Iklan: 01/02/2009
  • Pembelian Unik ID (Individu BSN) :03/02/2009
  • Tarikh Permohonan: Fasa 1 (3/11- 31/12/2008) & Fasa 2 (03/02/2009)
  • Tarikh Tutup: 10 Hari Bekerja Selepas Keputusan SPM 2008 Diumumkan
2. Kategori B, C, D 
  • Pembelian Unik ID (Pukal):  -
  • Tarikh Iklan: 01/02/2009
  • Pembelian Unik ID (Individu BSN) :03/02/2009
  • Tarikh Permohonan: 03/02/2009
  • Tarikh Tutup: 03/02/2009
C. LEPASAN STPM / SETARAF

1. Lepasan Diploma / Setaraf
  • Pembelian Unik ID (Pukal):  -
  • Tarikh Iklan: 04/01/2009
  • Pembelian Unik ID (Individu BSN) :05/01/2009
  • Tarikh Permohonan: 05/01/2009
  • Tarikh Tutup: 05/02/2009
2. Lepasan STPM 2008
  • Pembelian Unik ID (Pukal):  22/10/2008 - 22/11/2008
  • Tarikh Iklan: 01/02/2009
  • Pembelian Unik ID (Individu BSN) :03/02/2009
  • Tarikh Permohonan: 03/02/2009
  • Tarikh Tutup: 10 Hari Bekerja Selepas Keputusan STPM 2008 Diumumkan.
3. Lepasan STAM 2008/2007/2006
  • Pembelian Unik ID (Pukal):  22/10/2008 - 22/11/2008
  • Tarikh Iklan: 01/02/2009
  • Pembelian Unik ID (Individu BSN) :03/02/2009
  • Tarikh Permohonan: 03/02/2009
  • Tarikh Tutup: 10 Hari Bekerja Selepas Keputusan STAM 2008 Diumumkan.
D. DIPLOMA PENDIDIKAN
  • Pembelian Unik ID (Pukal):  - 
  • Tarikh Iklan: 03/05/2009
  • Pembelian Unik ID (Individu BSN) :04/05/2009
  • Tarikh Permohonan: 04/05/2009
  • Tarikh Tutup: 08/06/2009.

| 2 comments ]

KUALA LUMPUR, 8 Okt 17:59 PM (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada perhimpunan agung parti Mac tahun depan dan kemudiannya akan melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional.

Keputusan itu diumumkannya hari ini selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Ini bermakna proses peralihan kuasa oleh beliau kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010 diawalkan setahun.

Majlis Tertinggi Umno pada mesyuarat khasnya baru-baru ini telah membuat keputusan menunda tarikh Perhimpunan Agung parti itu dari jadual asalnya Disember ini ke Mac tahun depan dengan tujuan mempercepatkan proses peralihan kuasa.

Patutlah beberapa orang kuat UMNO awal-awal canangkan nak bertanding Timbalan Presiden sebelum PakLah umumkan keputusannya. Soalan bocor.. Tentu menarik jika ada pertandingan Presiden pula lepas ni.