| 18 comments ]

Malam tadi ke Kg. Panchor. Ziarah jenazah arwah En. Majid suami kepada Cikgu Bashrah, rakan di sekolah. Arwah seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan di Teluk Intan meninggal setelah terjatuh di tempat kerjanya, kemudian pengsan. Dibawa ke Hospital Teluk Intan dan meninggal dunia tak lama kemudian. Rentetan rekod kesihatannya ada masalah jantung.

Bila teringat peristiwa itu, PakTeh juga beberapa kali terjatuh. Ada 2 kali terjatuh di tangga rumah sekarang, di tempat yang sama. Tergelincir pada anak tangga dan PakTeh hilang keseimbangan. Kedua-dua kejadian menyebabkan tulang lengan kiri terkeluar dari sendi bahu. Sakit Tuhan sahaja yang tahu. Kedua-dua keadaan memerlukan MakTeh bawa ke Batu 8 Changkat Jering. Syukur, Haji Abdullah, pakar tulang tradisional sentiasa ada di rumah untuk memasukkan semula tulang itu ke sendinya. Sengal sampai 2 minggu sambil disapu minyak urut yang dibekalkan olehnya. Walaupun tangan kiri PakTeh dah tak kuat lagi untuk bawa barang berat, tapi syukur - tangan itu masih lagi boleh berfungsi untuk kegunaan2 lain.

Satu lagi kejadian, PakTeh terjatuh semasa main badminton malam Rabu tahun lalu. Waktu sedang buat jumping smash, PakTeh dah salah posisi. Terlebih mengiring, dan tak dapat mengagak bila dan kaki mana akan jejak dulu ke gelanggang. Sekali lagi, tiada keseimbangan. Maka kaki kiri terjejak dahulu tanpa persediaan, terhentak pada sendi lutut lalu terguling jatuh. Bercuti 4 bulan main badminton plus 13 kali rawatan fisioterafi di Hospital Seri Manjung. Syukurlah, kebetulan kereta yang diguna jenis auto - jadi tangan kiri tak perlu kerap change gear dan kaki kiri tak perlu main clutch.

Beberapa iktibar yang dapat diambil:

Terjatuh boleh mengakibatkan kecederaan serius malah maut. Ketidakseimbangan tubuh badan dalam pergerakan boleh mengundang kecelakaan. Kecederaan pada tulang atau sendi, tidak akan pulih kembali seperti sebelumnya. Semoga sama-sama menjaga diri, agar tidak terjatuh. Bagi yang pernah terjatuh, moga tak terjatuh lagi. Terjatuh itu memang sakit dan menyakitkan. Sikap cermat dan berhati-hati, tidak tergopoh gapah dalam urusan adalah amat baik untuk diamalkan. Tambahan pula dalam usia kita yang semakin meningkat muda ni..

Related Posts by Categories



18 comments

Mak Su said... @ 5:38 PM

saya ni masa kecik tapak kaki bulat kot, mmg selalu terjatuh tangga (rumah kg, tinggi plaks tu)

masa sek rendah pula saya pernah terjatuh (as per para no. 2 tu, kena ler berurut beberapa minggu nak betulkan tulang)

azlanlin said... @ 7:26 PM

Kalu terkelur sendi...boleh daftar OKU ke PakTeh? hik..hik..hik..

Pak Ngah: said... @ 8:48 PM

:: badminton memerlukan tenaga muda... tambah2nya asyik nak main single memanjang...

:: golf... boleh releks sambil jalan2... orang putrajaya boleh tolong tunjukkan...

Zuraidah said... @ 11:29 PM

Salam,

Baru2 ni masa Kak Dah jahit langsir entah macam mana terjahit jari telunjuk kanan..memancut darah keluar, esuknye pulak Kak Dah terjatuh apabila terseradong wire mesin basuh....jatuh mengiring....dapat MC dekat 2 minggu...Bang Chik bawak berehat ke Sintuk...dihotel UUM...suite lg tu...Meranti 1...siap hantar buah2 waktu tengahhari...yg syoknye....'ini bilik Datuk Azizi ke' hehehe

Farah Deen said... @ 12:09 PM

Pakteh, kena jaga ye bab bab jatuh ni, mcm benda kecik, tapi sampai boleh menyebabkan hilang nyawa tu takut pulak. Nauzubillah....

PakTeh said... @ 2:31 PM

maksu: bahaya tu ye.. moga2 sekarang dah tak jatuh2 lagi. dalam usia kini, tulang kita makin tak kuat.

PakTeh said... @ 2:32 PM

azlanlin@PakTam: masa terkeluar sendi, boleh OKU kot. tapi kena tanggung la sakit tu sampai bila2 kalau nak guna kelebihan dari kad tu, hik hik hik.

PakTeh said... @ 2:34 PM

PakNgah: la ni memang nampak nak kena kurang dah main lasak. agaknya kena beralih jenis permainan lain pula. golf tu tadak tapak di sini, paling dekat di lumut.

PakTeh said... @ 2:41 PM

kakdah@MakLang: salam. wah itu nahas beradun dengan rezeki. latuk dengan latin ni, sejak berdua - makin akrab. hehe.

PakTeh said... @ 2:41 PM

farah deen: a'ah la. kalau ibarat kepala kita macam telur ayam tu, isk.. tak sanggup tengok kalau jatuh & pecah.

Sultana said... @ 2:25 AM

Arwah mak saya dulu pun meninggal lepas jatuh. Tp lepas seminggu. Memang kena lah jaga2. Tpt2 yg agak rasa licin tu boh karpet anti slip tu.

arsaili said... @ 9:01 AM

kekadang short term tak rasa sangat, but nanti long term byk effect dia..so kena hati2

PakTeh said... @ 2:51 PM

syari: terjatuh ni mmg kalau dapat mmg nak elak. tapi kalau dah jadi sebab musabab ajal, tentu tak dapat tolak. tapi betul, kita kena ikhtiar untuk elak agar terjatuh tu boleh dielak.

PakTeh punya cara, bubuh kusyen kayu kat bawah tangga & ruang jadi kecil. jadi bila nampak kusyen tu, mmg jalan terpaksa 'memipir' pelan2, macam semut. alhamdulillah, takat ni berjaya elak sifat gopoh gapah sedikit, hehe.

PakTeh said... @ 2:53 PM

arsaili: long-term memang la terasa. sampai la ni pun, kekadang rasa tak selesa pada lengan & lutut kiri.

kalau kerajaan ada slogan:"Berhati2 di Jalanraya", PakTeh pulak: "Berhati2 di Tangga & Bilik Air". Banyak kes fatal kat area tu..

KeL@T said... @ 9:01 PM

adoiii, saket nyer... kelat penah jugak jatuhhh... jatuh tangga.. jatuh masa maen netball... jatuh lam bilik ayo (arwah ayahanda kelat satu pesan... jgn dimolakan ngan jatoh kat bilik ayoooo)... lastly... tjatuh chenta la pulakkkk... ekekekeke... bahaya jatoh2 nihhh pakteh oiii... jatoh maruah pong sama gakkk... huhuhu...

so, hati2 ekkk...

KeL@T said... @ 9:03 PM

ralat...

satu = salu a.k.a selalu

sbrg kesulitan amat dikesali... taip dlm keadaan mamai, cenggitu ler... kelat bawu balik nih... sok dah pnamaan calonnn... adeiiii... dah la elaun cipoooooooot... huhuhu...

samat ngundi...

KeL@T said... @ 9:04 PM

cumey arrr kucen tohhh... miauuuu

PakTeh said... @ 5:58 PM

@kelat: hihi, suka kucing ya?

Post a Comment