| 6 comments ]


Dilahirkan pada pagi Selasa: 16 September, di Kedah. Ayahnya Ramli dan ibunya Farah Salwiah, anak sedara PakTeh. Mengharungi malam dunia pertamanya pada malam penuh berkat Nuzul Qur'an - malam 17 Ramadhan. Perati lama-lama, ciri-ciri ke'macho'annya memang tinggi. Foto ini diambil pada usianya 9 hari, malam ini. Singgah ke rumah Tokwannya (PakNjang) di Bumi Hijau selepas tarawih di Masjid Pantai Remis. Majlis bercukur dirancang dalam bulan Syawal.

Walau nama belum didaftar; kata ibunya; cadangan nama oleh ayahnya ialah Ahmad 'Adly Syazwi. Lebih-kurang maknanya: Keharumanku Keadilanku yang Terpuji. Subhanallah.

Kakaknya pula - Adlina - amat sayang dengan adiknya. Tapi 'cara' sayang yang ditunjukkannya pula dah jadi masalah. Isunya, Along ni cukup lasak maka 'terlebih' geram dengan adiknya. Dia ragging @ pelekuh adik keciknya: digoncang tangan suruh "bye-bye", cabut stokin & sarung tangan adik; paling takut bila direntapnya bantal alas kepala adiknya. Adoi!. Memang ibu & toknya tak berani tinggai si-kecik tu sorang-sorang kalau alongnya 'belum tidoq @ jaga', setakat ini. hehe..

Cayang adik.. (ye ke tu?)

Related Posts by Categories



6 comments

Bryan Anthony the First said... @ 11:06 AM

cute!

woof!

aQQim said... @ 6:19 AM
This comment has been removed by the author.
aQQim said... @ 6:19 AM

macam ikut kehenseman ayahnya jer.. tahniah buat farah, ramli dan adlina

azlanlin said... @ 7:40 PM

Tahniah kerana ada juga paparan walaupun toktamnya jauh diperantauan..tq tokteh

Selamat Hari Raya AidilFitri daripada Azlanlin dan sekeluarga di Kluang, Johor

Pak Ngah: said... @ 12:55 PM

:: salam... bertambah lagi sorang cucu sedara TOKNGAH nii...

:: selamat hari raya... maaf zahir batin... dari kami sekeluarga...

:: tak mai ke sarawak ka... dan salam untuk semua...

Sharifah Hassan said... @ 1:53 AM

Salam,

Selamat hari raya, Maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga!

Post a Comment