Hari pertama - Jumaat 4/7 PakTeh & MakTeh cuti rehat. 11 pagi ambil Fauzi (rakan sekerja MakTeh) sekali ke asrama Zaim. Singgah di klinik Air Tawar, Zaim mengadu lututnya luka terjatuh beberapa hari sebelum itu. Beli siap-siap ubat lukanya.
Selepas solat jamak, terus ke stesen Star Shuttle, Sitiawan. PakTeh & Fauzi masukkan semua beg, selepas itu MakTeh & Zaim terus ke Lekir untuk letakkan kereta. Bas jalan 2.30 sharp. Nampaknya bas Star Shuttle ni tak secanggih Triton dulu.. Sampai di Batu 10, driver bas hentikan bas untuk ambil MakTeh & Zaim. Perjalanan diteruskan.
Bas berhenti di Teluk Intan, ambil seorang penumpang lagi - pemuda Cina. Maka keseluruhan dalam bas hanya 6 orang. Driver, PakTeh 3 beranak, Fauzi, Yusuf (seorang Navy nak balik Sri Aman) dan pemuda Cina tadi. Terus bergerak ke Bidor, masuk lebuhraya PLUS.. ke KLIA. Yusuf itu first badge technician yang pernah dapat latihan di France untuk kursus berkaitan kapal selam Scorpene. Dia ajar beberapa perkataan French, salah satunya 'Bonjour' bermaksud Hello. Nampak senang, tapi susah nak sebut.
Sepanjang jalan, banyak borak menyembang.. dah dekat nak sampai baru teringat nak ambil foto. Sebenarnya bagus naik bas, tak perlu pandu kereta, fikir parking dll.. Boleh lena atau menyembang. Santai.

1 comments
:: salam..dah masuk gear satu..teruskan.
Post a Comment