| 4 comments ]

Semalam si Zaim telefon. Katanya, kalau datang ke asramanya hari Sabtu ini - tolong bawa kasut sukannya dan talipinggang yang tertinggal. Kasutnya dalam kereta, talipinggang di bilik. Memang kelam-kabut sikit dia hari Ahad lepas, cuma 5 jam saja di rumah sebaik balik dari Gerik. Masa tu la dia kena bersiap & pack barang. Mujur homework-nya siap sepanjang cuti hari tu. Teringat2.. rasa kesian pulak..

Semalam katanya, dia pergi ke latihan sukan - pakai kasut kulit hitam rasminya, sebab selipar tak boleh pakai. Waktu latihan sukan, dia buka kasut, berkaki ayam untuk berlari.. Selalunya hostel latihan rumah sukan, 2 kali seminggu. Isk.. kesian pulak..

Kemudian teringat pula seluar panjang sekolahnya memang beli besar sedikit. TokWan dulu beli kat PakTeh pun serupa, sebab kami akan semakin membesar. Jadi kalau beli besar sedikit, akan tahan lebih lama. Jadi.. bila bayangkan dia pakai seluarnya tanpa tiada talipinggang tu.. melondeh ka dia? Isk.. kesian lagi.

Balik kerja pukul 4.00pm, PakTeh dah letih. Tetapi bila teringat pasal kesian tu, cari semua barang si Zaim. Cadang nak pi hantar petang ni jugak. Waktu ambil kasut Power-nya (beli kat kedai Bata Pantai saja, hehe) di belakang kereta, looor.. dia contiang kasut dia buh nama dengan marker-pen. Memang waktu hari pendaftaran dia dulu, ada tinggalkan dia sebatang marker-pen - gunanya untuk tulis nama pada pakaian dan alatan. Rupanya dia buh namanya kat bahagian putih kasut.. Besaq pulak tu! Ada ka.. Usah nak curi, nak pinjam pun orang tak berani punya!

Bila cakap kat MakTeh, nak hantar barang Zaim - MakTeh yang dah mula demam selsema pun nak ikut. Dia top-up lagi dengan beberapa jenis buah & kudapan. Kami bergegas pergi ke Bota, agar tiba sebelum masuk waktu 'Asar - supaya senang jumpa Zaim di masjid. Moga2 legalah hati dia dapat barang2 dia tu.

Selepas azan, si Zaim masuk. Dia senyum saja tengok PakTeh. Yang dia tegur ialah: "Awat abah mai hari ni? Awat tak mai Sabtu?" #$%&*!@)(%#@*%!

Related Posts by Categories



4 comments

Sultana said... @ 4:02 AM

ha ha geli hati baca part akhir tuh. Budak2 zaman sekarang demand lebih. Kalau hantar awal pun problem. LOL ni anak saya baru 2 tahun pun dah banyak cekadaknya. Kalau besar tak tau lah camana.. adeh.. he he he.

Pak Ngah: said... @ 5:52 AM

:: salam PakTeh... orang kata... amboiiii... banyak HOTIAR (sebutan HOTIAQ)!!!

PakTeh said... @ 9:14 AM

bebudak la ni ada 2 kelebihan: akal banyak dan banyak akal. keduanya boleh bawa kebaikan atau keburukan. :D

PakTeh said... @ 9:15 AM

salam PakNgah: banyak HOTIAQ atau HONGKIAQ ? heehe. 1x1 = 1.

Post a Comment