Isnin: 22 Oktober, 2008
Alhamdulillah. Malam ni dapat juga masuk gambar klasik IC, 1980. Gambar tu, scan dari koleksi fotostat "segala maknika" sijil yang masih tersimpan. Tangkap gambar masa rambut baru lepas gunting di pekan Pantai. Haha. Bila anak makin besar, arwah Tok Wan Lin kurang gunting dah rambut anak-anak dia.
Dulu-dulu, memang dia gunting. dan menjadi "nostalgia" bagi anak-anak jantannya. Nombor satu, kena pakai alas badan pakai surat khabar lama, yang dikoyak lawa-lawa di tengah. Kepala masuk dalam lubang tengah surat khabar, maka kertas surat khabar tu jadilah alas bahu. Jadi tak la rambut pi merata badan. Zaman budak2 dulu, mana pakai baju, haha.
Kemudian, ambik bangku, duduk tepi telaga tepi rumah. Lepas tu, Tok Wan kasi jurus celapak maut, tapak tangannya cekuh atas kepala "Jangan gerak-gerak!". Seterusnya, bermula la bau minyak gas yang power dan memijarkan kepala. Arwah Tok Wan Lin cermat dan berhemat orangnya. Dia simpan semua perkakasnya dengan teliti, termasuk alatan menggunting. Dia simpan dalam bekas minyak gas, tak bagi karat. Termasuk sekali ketam dan gunting. Sikat kecik yang rapat matanya pun masuk sekali dalam tu. Sikat tu dapat free bila beli "minyak rambut dalam plastik", hehe. Hair cream refill dari dulu ada woo. Semuanya cost-effective.
Seterusnya, proses menggunting bermula. Sesekali beberapa kala, rasa perit bila ketam gunting potong tak lepas, melekat. Adoi. Rasa nak tercabut rambut2. Sikat mata rapat tu pulak, tajam hujung bilahnya, rasa macam kena cakar-cakar atas kepala tu. Dan selepas beberapa lama, selesai la proses mengetam dan menggunting. Paling istimewa, ialah bila tengok cermin. Hahaha.. fesyen rambut famous budak dedulu: "tempurung style."

4 comments
Tahniah...semakin mearik dan tertarik...harap2 ia TIDAK BERKEKALAN BERTERUSAN seperti ini. Tentunya akan pelbagai kisah suka duka akan dimuatkan dalam entri seterusnya. Insyallah...
Insya Allah, moga2.
Moga-moga apa? Kembali ke pangkal jalan ka?..hahahhahah
Dulu pegi kedai gunting keling di pantai dengan Tok Wan Lin. Itu masa kecik. Duduk atas kerusi besar pusing tapi berlapik papan.
Tapi di situ pun Tok Wan Lin pun jadi barber jugak macam dirumah. Beza cuma di kedai, mesin, gunting dan sikat tak bau minyak gas. Entah, mungkin keling tu tak menang tangan kot....
Tapi cutting tetap smart!.. Rapat.
Post a Comment