| 0 comments ]

Selasa: 30 Oktober, 2007
FEEDJIT LogoIf you scroll at the right sidebar of this blog, you will find a widget from FEEDJIT. Why do i use this widget? Feedjit's mission is to provide high performance real-time widgets for the blogging community that are free and easy to use. For your knowledge, FEEDJIT serves over 70 Million widgets every month.

Okay.. i use it because: first of all.. it is FREE without any subscription. And the 2nd one.. it is so easy in installing & using it. The 3rd one.. i love to know from where the visitors are coming from. :)

As I said before, Feedjit widgets are all free. Furthermore, we don't need to register to get them for our blog or website. The widgets are also extremely lightweight and won't slow our site down.

Either we're a Blogger or Typepad user, we can install any of our widgets with one click. If we use a different platform or if we're installing Feedjit in a website, then simply cut and paste the script Feedjit provide into our blog template or website HTML. Feedjit will appear in the position we paste the script.

For now, FeedJit have 4 special gadgets. Choose & install those widgets which 'really' suit your need...

1. Live Traffic Feed
2. Live Traffic Map
3. Live Recommended Reading
4. Live Page Popularity

Enjoy!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Isnin: 22 Oktober, 2008
Alhamdulillah. Malam ni dapat juga masuk gambar klasik IC, 1980. Gambar tu, scan dari koleksi fotostat "segala maknika" sijil yang masih tersimpan. Tangkap gambar masa rambut baru lepas gunting di pekan Pantai. Haha. Bila anak makin besar, arwah Tok Wan Lin kurang gunting dah rambut anak-anak dia.

Dulu-dulu, memang dia gunting. dan menjadi "nostalgia" bagi anak-anak jantannya. Nombor satu, kena pakai alas badan pakai surat khabar lama, yang dikoyak lawa-lawa di tengah. Kepala masuk dalam lubang tengah surat khabar, maka kertas surat khabar tu jadilah alas bahu. Jadi tak la rambut pi merata badan. Zaman budak2 dulu, mana pakai baju, haha.

Kemudian, ambik bangku, duduk tepi telaga tepi rumah. Lepas tu, Tok Wan kasi jurus celapak maut, tapak tangannya cekuh atas kepala "Jangan gerak-gerak!". Seterusnya, bermula la bau minyak gas yang power dan memijarkan kepala. Arwah Tok Wan Lin cermat dan berhemat orangnya. Dia simpan semua perkakasnya dengan teliti, termasuk alatan menggunting. Dia simpan dalam bekas minyak gas, tak bagi karat. Termasuk sekali ketam dan gunting. Sikat kecik yang rapat matanya pun masuk sekali dalam tu. Sikat tu dapat free bila beli "minyak rambut dalam plastik", hehe. Hair cream refill dari dulu ada woo. Semuanya cost-effective.

Seterusnya, proses menggunting bermula. Sesekali beberapa kala, rasa perit bila ketam gunting potong tak lepas, melekat. Adoi. Rasa nak tercabut rambut2. Sikat mata rapat tu pulak, tajam hujung bilahnya, rasa macam kena cakar-cakar atas kepala tu. Dan selepas beberapa lama, selesai la proses mengetam dan menggunting. Paling istimewa, ialah bila tengok cermin. Hahaha.. fesyen rambut famous budak dedulu: "tempurung style."

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Ahad: 21 Oktober, 2007
Alhamdulillah. Akhirnya blog ni keluar juga dari workshop Tmn Bintang (kalau ada tokey G-2 dekat sini, tentu cepat siap lama dah). Dulu ada sikit masalah teknikal, pada gearbox. Pi gatai edit sendiri HTML. padan muka. La ni.. ok sikit nampaknya.. boleh dah guna gear 4, 5 kot. Haha.

Ehem2. La ni ada tambah accessories sikit, buh calendar & counter. Senang la pulak. Lepas tu try pomen sendiri link.. rasa macam nak buleh dah. Cemanapun semua ilham2 tu, lepas jenguk2 blog Pak Tam & Pak Ngah, masa raya ari tu.

Betul la kata Cikgu Aziz zaman sekolah Ipoh dulu, "meniru itu satu teknik belajar yang amat berkesan." Dengan meniru, kita yang tak pandai buleh jadi pandai. Pandai makan, self-service di toilet, buleh baca & tulis, bawa basikal, kereta : membelok dan mem"blog". Dikatakan: meniru itu cepat dapat kalau berguru; tapi ada juga Tuhan bak mai ilham melalui bertutur bertanya, membaca, mendengar dan melihat segala rencam manusia & kehidupan seharian. Lidah, mata, telinga, otak cukup power bila semuanya hidup dan cergas. Dari segi saintifiknya, meniru ni memang menggalakkan creative thinking. . hehe.

Balik pasai accessories blog reckoned ni, tak test buh picture je lagi.. yang tu kena gear 5 la kot... Bila la pulak tu.. hehe. Allahu A'lam.

Baca Selengkapnya (Read More)...