| 0 comments ]

Kementerian Pelajaran merancang menambah lebih banyak sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah harian yang mengajar bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga selepas bahasa Melayu dan Inggeris.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, untuk itu setiap tahun kementerian akan menambah tenaga pengajar bahasa Jepun di sekolah-sekolah terbabit.

"Setiap tahun kita akan menambah kelas bahasa Jepun di sekolah-sekolah berasrama penuh dan menengah harian apabila pelajar-pelajar kita yang belajar di Jepun pulang ke tanah air,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Osaka University Forum 2009 di Kuala Lumpur.

Alimuddin berkata, sehingga kini tenaga pengajar dalam bahasa-bahasa antarabangsa masih tidak mencukupi kerana permintaan itu bukan sahaja wujud di sekolah-sekolah malah di kementerian dan jabatan kerajaan. Sehingga tahun lepas, sebanyak 43 buah sekolah berasrama penuh dan 29 buah sekolah menengah harian terlibat dalam program bahasa Jepun yang menjadikan Malaysia sebagai negara ke-12 teramai mempelajari bahasa Jepun di dunia, katanya.

(Sumber: Bernama - 03/11/09)

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment