| 5 comments ]

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) berpeluang mengikuti kursus ijazah sarjana muda pendidikan jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, langkah tersebut bertujuan memenuhi keperluan 32,000 guru j-QAF menjelang 2010 di 6,314 buah sekolah rendah di seluruh negara.

Menurutnya, pada masa ini terdapat 13,000 guru j-QAF di 4,723 buah sekolah rendah dan jumlah tersebut perlu ditambah apabila program j-QAF diperkenalkan di sekolah menengah.

"Kita sebenarnya berdepan dengan masalah kekurangan calon guru j-QAF kerana kekurangan calon guru dari aliran agama, kalau hendak tunggu yang pulang dari Mesir dan Jordan, jumlahnya tidak ramai.

"Sekarang ini kita sedang tunggu unjuran dari bahagian penyelidikan dan pembangunan kementerian untuk mengkaji jumlah guru j-QAF yang diperlukan sebelum proses pengambilan dimulakan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan diploma perguruan kepada sebahagian daripada 3,259 graduan Kursus Perguruan Lepas Ijazah j-QAF dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Kursus Dalam Cuti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (KDC SABK) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (KDPM LPBS).

Puad menambah, pihaknya menjangkakan proses pengambilan pelajar lepasan SPM dan STAM untuk memenuhi kekurangan guru j-QAF dapat dilakukan menjelang tahun depan.

''Tentang kualiti guru, kita mahu calon-calon yang bakal dilahirkan oleh IPGM benar-benar komited dengan profesion perguruan,'' katanya.

Menurutnya, syarat pengambilan guru juga akan diperketatkan dengan menilai tahap kelulusan akademik, minat, penglibatan dalam kokurikulum dan keterampilan melalui sesi temu duga yang dijalankan.

Puad berkata, bagi pengambilan guru pada Jun lalu, kementerian menerima 67,444 permohonan di seluruh negara bagi memenuhi 2,350 kekosongan.

Katanya, Kementerian Pelajaran memerlukan lebih banyak IPGM untuk menampung masalah kekurangan guru terutama guru pilihan yang bakal berkhidmat di kawasan pendalaman.

(Sumber: Utusan Malaysia - 24/11/2009)

Related Posts by Categories



5 comments

NaILaTuL AtHiRaH said... @ 10:29 AM

salam..cmna nk isi borang guru jqaf?

datok said... @ 4:44 PM

salam..sy nk apply guru j-qaf. sy ada stam. tp masuk Universiti dengan stpm. skrg ngah ptktikal. konvo di jangka dlm bulan 10 tahun 2010 ini. bila permohonan terbuka guru j-qaf 2010? sila hubungi sy di talian 013-4138542 atau email (datoksir@yahoo.com) di tulis pd 12/1/2010. harap maklum.

lieyana said... @ 2:09 PM

salam.....sy nk tanyer,btl ke pengambilan j-qaf ade utk lpsn STAM,klu ade...bile sy blh mula apply...

hafiz said... @ 11:36 PM

salam..sy bru bes std kt kolej universiti insaniah...cmna sy nk apply guru j-qaf untk yg pengambilan 10,00 org..?bila permohonan terbuka guru j-qaf 2010?boleh maklum kt sy?
fizcasio@yahoo.com

Pembela said... @ 7:30 PM

ambo nk bore.... kalu ado,, oyk la deh...

Post a Comment