| 2 comments ]

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan program Matrikulasi sama ada dengan mengisi borang OMR atau melalui internet, boleh mengemaskini permohonan mereka mulai 8 Feb hingga 19 Feb ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran di sini hari ini, peluang ini diberi bagi membolehkan pemohon membuat pilihan kolej dan pembetulan alamat, nombor telefon serta e-mel.

Semakan dan pindaan boleh dibuat dengan melayari laman web, www.moe.gov.my dan terus ke pautan Prauniversiti dan seterusnya ke Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011.

Pelajar perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran untuk membuat pindaan.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi iaitu 03-88844100 boleh dihubungi mulai tarikh yang sama dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang (hari bekerja sahaja).

(Sumber: Bernama - 2/2/2010 - 16:53pm)

Related Posts by Categories



2 comments

MH Wong said... @ 1:37 AM

If the name got appear at there means they got the application form ady right?

PakTeh said... @ 11:42 PM

@MH Wong: yeap. rite.

Post a Comment