

Gambar2 di sini diambil semasa balik dari GoldCoast, Australia pada 31.05.2007. Kami tiba di KLIA 6.00am dan naik Triton 9.30am. Tempoh perjalanan KLIA ke Ipoh: 3 jam setengah.
Mengimbau semula pada pagi tu, terminal bas di KLIA kelihatannya okay, bersih. Ada tempat makan yang selesa. Ada beberapa kaunter di situ. Kaunter bas TRITON di sebelah kanan, paling awal ditemui. Tempat menunggu bas, air-cond. Bas bila sampai, rasanya dia rehat 30 minit sebelum jalan semula. Tapi masa hari tu, tunggu sejam, masih tiada penjaga kaunter tiket. Akhirnya drebar bas kata, bayar je dulu kat dia, dia akan serah pd penjaga tiket pd tripnya yg selepas itu. Tetapi dalam 8 minit bas nak jalan, baru penjual tiket di kaunter tiba. Drebar bas geleng kepala. Kami bergegas.. beli juga tiket, untuk elak risiko.

Bas tu memang laju. Macam tak mau berenti. Sekali je dia berhenti, hentian sebelah Ulu Bernam. Tu pun sbb drebar nak ke toilet. Perjalanan 3 jam setengah. Sepanjang jalan, tidur atau baca paper. Baca paper sampai la muak, ulang 5-6 kali. TV depan ada VCD ditayang, tapi tak clear cerita apa, sbb duk jauh & mata pulak rabun, hehe. Zaim pulak, dia memang mudah tidur. Kalau duduk sorang, kena aircond sikit, dia akan hibernate sepanjang masa. Digerak hanya untuk dipastikan jika ada nature's call semasa bas berhenti sekejab tu. Sempat juga snap gambar2 dia masa tidur. Kiri, kangaroo style dan kanan; koala bear style. Hehe..


5 comments
:: info bermaklumat... terima kasih banyak.
sama2. cuma risau juga takut jadual dah berubah.. mungkin PakLang & MakLang ada info baru? Org Sabah yg paling kerap naik Triton sebenarnya. Tapi PakNgah boleh call terus no. phone yg ada pd foto tu utk kesahihan.. (kalau nak besarkan foto, click terus pd pic tu.
Salam,
Rasa2nye lebih baik call Triton Station
dulu sbb kekadang jadual bertukar dan jangan terkejut kalau nanti akan di minta naik kereta sewa yg disediakan kalau penumpang2 nye kurang...macam Bang Chik dulu..... tp masa tu jam 6 pagi dari Ipoh ke KLIA....
waaa...paparan yang bermakna..bagus tu... mungkin satu hari nanti. PakTam sekeluarga pulak akan guna maklumat nih.. Tkasih PakTeh...
A'ah la PakTam. Tambah2 dah ada passport istimewa tu, hehe.
Post a Comment