[Tuesday, November 02, 2010
|
]
Tabung Haji telah menguatkuasakan larangan kepada jemaah haji yang baru balik dari menunaikan ibadat itu, daripada mendaftar semula, mulai tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Bagaimanapun, katanya, mereka yang ingin mendaftar semula boleh berbuat demikian selepas tempoh lima tahun.
"Ini adalah syarat baru yang diperketatkan berbanding syarat sedia ada iaitu tidak boleh tunai haji dalam tempoh lima tahun," katanya sewaktu menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada Isnin, 1 November, 2010.
Katanya langkah itu juga adalah usaha Tabung Haji bagi memberi peluang kepada umat Islam yang baru pertama kali menunaikan ibadah haji.
Bagaimanapun, katanya, kelonggaran syarat akan diberikan kepada pihak yang berkaitan seperti mengiringi mahram yang terpilih, mengiringi warga tua yang diberikan keutamaan berdasarkan garis usia tertentu yang diputuskan untuk tahun berkenaan dan mereka yang ditugaskan ke tanah suci Mekah.
Tabung Haji juga telah mewujudkan dasar menghalang mereka di bawah umur 15 tahun daripada menunaikan haji dengan tujuan meningkatkan peluang kepada umat Islam yang telah lanjut usia berbanding yang belum baligh, katanya.
"Dasar ini telah dijalankan secara berperingkat pada tahun ini dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan," katanya.
Dalam pada itu, bagi memenuhi permohonan haji yang semakin meningkat saban tahun, Tabung Haji telah mengemukakan kepada kerajaan Arab Saudi supaya meningkatkan kuota jemaah haji Malaysia kepada 28,000 orang berdasarkan jumlah penduduk yang berjumlah 28 juta orang.
Katanya, pada masa ini kuota jemaah haji Malaysia ialah seramai 26,000 orang setahun iaitu kuota yang disepakati semua negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sejak 1981.
"Pada masa ini susunan 26,000 orang setiap tahun telah pun siap dibuat untuk 23 tahun ke hadapan berdasarkan jumlah pendaftaran yang diterima dan berpandukan prinsip yang mendaftar dahulu, didahulukan," katanya.
Dalam pada itu, beliau menolak cadangan supaya agihan kuota menunaikan haji dibuat mengikut negeri kerana jumlah pendaftaran semasa yang diterima melambangkan jumlah umat Islam di setiap negeri.
Ini kerana, pada kebiasaannya, negeri yang mempunyai jumlah umat Islam yang ramai mempunyai jumlah pendaftaran haji yang tinggi berbanding negeri-negeri lain.
(Sumber: Bernama - 01/11/2010 - 22:50PM)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Thursday, December 10, 2009
|
]
Mulai 1 Jan tahun depan, kadar mas kahwin di Selangor ditetapkan sebanyak RM300 berbanding kadar semasa iaitu antara RM40 dan RM80 yang dilaksanakan sejak tahun 1978.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata kadar baru itu ditetapkan setelah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Ketua Agama Islam di negeri itu. Kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapa perkembangan semasa termasuk
menyeragamkan jumlah mas kahwin kepada wanita tanpa mengira status mereka seperti sebelum ini.
"Sebelum ini kita tetapkan mas kahwin bagi anak dara ialah RM80 manakala RM40 bagi yang berstatus janda. Saya yakin dengan kadar baru ini ia lebih memuliakan kedudukan wanita tanpa mengira status," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kad Perakuan Nikah Pintar Jais di Shah Alam Khamis.
Mohamed Khusrin yakin kadar baru itu tidak membebankan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga kerana ia berpatutan dan bersesuaian mengikut keadaan semasa.
Terdahulu, beliau melancarkan Kad Perakuan Nikah Pintar JAIS iaitu kad perakuan pengesahan bagi pasangan yang bernikah dan berdaftar di Selangor.
Beliau berkata kad itu dilengkapi dengan cip maklumat termasuk data pasangan yang merangkumi identiti suami, isteri, wali dan nombor siri surat perakuan nikah pasangan masing-masing.
"Kad pintar ini akan berkuatkuasa mulai tahun depan bagi menggantikan kad nikad sedia ada untuk mengelakkan kes kad perakuan perkahwinan palsu yang dikesan dalam beberapa siri tangkapan Jais sebelum ini," katanya.
Mohamed Khusrin berkata JAIS juga bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) bagi membolehkan kad perakuan itu diakses melalui terminal mudah alih Jabatan Agama Islam berkenaan.
Selain Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu merupakan antara negeri yang menggunakan kad perakuan nikah pintar dalam pengurusan pendaftaran perkahwinan mereka.
(Sumber: Bernama - 10/12/2009 - 20:54pm)
Rasanya, kadar baru maskahwin ini sudah biasa diamalkan di beberapa negeri di Malaysia. Memang tidak membebankan. Yang pihak Majlis Agama seluruh negeri perlu fikir dan ambil tindakan adalah masalah hantaran perkahwinan. Ini yang membebankan pengantin lelaki sebenarnya.
Jangan kita terlalu fikirkan maskahwin itu sebagai masalah. Ianya adalah adalah salah satu rukun nikah, dan kadarnya disifatkan oleh Rasulullah sebagai lebih rendah semakin baik. Yang tiada dalam rukun - iaitu hantaran, itulah bida'ah yang amat berat - ini isunya. Kerana itu menyebabkan urusan nikah kahwin menjadi sesuatu yang menyusahkan, menggalakkan kes zina serta melewatkan umur berkahwin bagi para muslim. Apa komen para mufti yang bijaksana & bijaksini..
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Sunday, December 28, 2008
|
]
Esok kita dah masuk Tahun Baru bagi umat Islam, iaitu Tahun 1430 Hijrah. Tahun Hijrah bermula dengan bulan Muharam dan berakhir dengan bulan Zulhijjah. Ini berbeza dengan Tahun Masihi yang dimulakan dengan Januari dan berakhir dengan Disember.
Sejarah Tahun Hijrah bermula dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah akibat penentangan orang kafir Mekah di samping pelawaan oleh golongan Ansar yang menyokong Nabi di Madinah. Dalam konteks lebih luas, hijrah bermaksud kita berusaha meninggalkan sesuatu yang buruk dan menuju kepada keadaan yang lebih baik.
Marilah kita baca Doa Akhir Tahun pada petang ini (sebelum maghrib) dan Doa Awal Tahun selepas maghrib kelak, semoga kita mendapat kebaikan dari tahun yang ditinggalkan dan keberkatan dalam tahun yang akan datang, Insya Allah. Bacaannya seperti berikut:
Kita sering mencipta pelbagai azam baru untuk awal tahun Masihi.. mengapa kita tidak berazam dengan sesungguhnya untuk Tahun Hijrah? Tahun kita, umat kita dan agama kita!
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Monday, December 22, 2008
|
]
Syukur kita mempunyai ramai pakar astronomi (ahli falak) di Malaysia. PakTeh tertarik dengan satu kajian Dr. Azhari bin Mohamed dan Wan Kamel bin Wan Hussain yang mengeluarkan Jadual matahari berada di zenith Kaabah dan Bandar-bandar Utama di Malaysia untuk dikongsi dengan kita semua.
Berdasarkan jadual tersebut, rakyat Malaysia berpeluang memperbetulkan hala kiblat kita 2 kali sepanjang 2009.
- Mac-April, 2009
- September, 2009
Rujuk bandar utama negeri kita berada, tarikh dan masanya untuk kita tetapkan arah kiblat. Bagusnya jika ketika itu, kita tandakan terus arah kiblat itu secara kekal pada ruang tempat solat di rumah atau pejabat sepertimana di bilik-bilik hotel.
Terimakasih pada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), semoga akan banyak lagi mengeluarkan kajian penyelidikan yang bermanfaat untuk umat manusia seluruhnya.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Monday, December 08, 2008
|
]

Kad ucapan ini pengganti diri PakTeh sekeluarga kepada semua
saudara mara, sahabat handai serta pelawat laman blog The Journey.
Semoga kita semua diampuni, diberkati dan dirahmati Allah SWT
dalam semua keadaan. Maaf dzahir dan batin.
Selamat Hari Raya.
Berhati-hati di jalan raya.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Friday, December 05, 2008
|
]
Hari Raya Aidil Fitri
- Sunat bertakbir 1 hari - bermula waktu Maghrib malam 1 Syawal, 'Isyak, Subuh, Dzuhur & 'Asar.
- Tamat sebaik masuk maghrib 2 Syawal.
Hari Raya Aidil Adha - Haji - Korban- Sunat bertakbir 4 hari - bermula maghrib 10 Dzulhijjah (malam raya) sehingga hujung asar 13 Dzulhijjah.
Takbir Hari Raya Aidil Fitri & Aidil Adha

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Tuesday, September 09, 2008
|
]
Apa yang baik dibuat di bulan Ramadhan? Sebenarnya terlalu banyak, antara nak buat atau tidak sahaja. Malah kebanyakan perkara itu umum diketahui, pernah dipelajari atau didengar. Penyakit di akhir zaman ini memang begitu.. kita ada ilmu, tetapi tidak diamal.
Entri ini khusus kepada jenis ibadah yang tidak perlukan tenaga yang besar, bukan sahaja untuk bulan Ramadhan malah bila-bila juga. Kos perbelanjaan - tiada. Hanya menggunakan anggota badan kurniaan Tuhan. Fokus adalah tentang Dzikrullah - Zikir Mengingati Allah.
1. Niat Kerana Allah
Sebenarnya inilah ibadah tertinggi. Ia meningkatkan ingatan kita kepada Allah dalam apa jua pekerjaan atau amal yang kita lakukan. Bukan sahaja semua ibadah syar'ie menjadikan niat kerana Allah itu sebagai rukun (eg: solat, puasa, haji atau zakat), malah niatlah kerana Allah bila nak pergi kerja, naik kenderaan, makan dan minum, tidur malah ke tandas sekalipun. Niat itu hanya lintasan hati,tidak perlu dilafazkan teratur. yang penting, kita buat kerana Allah - demi-Nya dan kerana-Nya. Niat ini mendorong kita meng-ikhlaskan diri dalam menegakkan agama Allah. Ikhlas di hati ini, tiada yang tahu kecuali Allah - dan Dialah Yang Maha Mengetahui seikhlas mana kita.
Baik juga ditambah doa memohon kebaikan dari apa yang kita nak lakukan itu. Lafazkan Bismillah di lidah untuk memulakan amal dan tugas tersebut. Insya Allah, niat dan lafaz Bismillah ini akan mengingatkan kita pada Allah, dan takut untuk melanggar larangan-Nya. mana ada orang berani berjudi, minum arak atau ponteng kerja - diniatkannya kerana Allah.. ada ??
2. Tasbih - Subhanallah. Kalimah ini amat mulia untuk diucap, seperti ayat ke 83 Surah Al-Waqiah: "Maka bertasbihlah kepada Tuhanmu yang Maha Agung", juga ayat pertama Al-A'la: "Dan bertasbihlah (persucikanlah) nama Tuhanmu yang Maha Tinggi".
3. Tahmid - Alhamdulillah.
4. Takbir - Allahu Akbar.
5. Tahlil - La ilaha illallah.
6. Hauqalah - La haulawala quwwata illa billah.
7. Istighfar - Astaghfirullah.
8. Salawat - Allahumma sholli 'ala Muhammad.
9. Doa
Berdoalah, mintalah apa jua sekehendak kita, walau mengadukan gatal di hujung telinga pada-Nya, atau kehilangan sebelah selipar. Sebaiknya doa meliputi dua perkara: mohon kepadanya segala kebaikan dan mohon perlindungan-Nya dari perkara yang tidak disukai. Cara berdoa: mulakan dengan memuji Allah (Alhamdulillah ...), salawat, ...(doa) ... dan ditutup dengan salawat serta memuji Allah. Allah berfirman: "Berdoalah kepadaku, nescaya Aku memperkenankannya."
Jangan berputus asa berdoa, doa itu tugas kita dan selebihnya serahkan pada Allah SWT. Elakkan mudah kecewa jika doa tidak terkabul, Allah telah mendengarnya. Cuma Dia sayangkan kita, Dia suka kita mengadu padanya. Tetap ada rahmat dan anugerahNya, jika tidak di dunia tentu disimpan-Nya di akhirat nanti.
10. Membaca Al-Qur'an - kelebihan yang tiada tolok bandingnya. Jika sesuatu amal itu diberi 10 pahala ganjaran, membaca satu huruf Al-Qur'an sudah bernilai 10 pahala. Nabi menyatakan, "Alif Lam Mim (eg: awal Surah Baqarah) itu bukanlah satu huruf, tetapi tiga huruf". Bacaan "Qul huwaLLahu Ahad" - ayat pertama Surah Al-Ikhlas itu sahaja mengandungi 11 huruf. Jika ikhlas membacanya, 2-3 saat dah dapat 110 pahala kebaikan. Senang kan?
10. Memberi salam - Assalaamu'alaikum.
Nabi kata: "Allah itu As-Salaam (Maha Sejahtera. Maka sebarkanlah salam di kalangan kamu." Bukankah baik kita saling mendoakan orang Islam lain dengan kesejahteraan. Dan tentu dia pula akan mendoakan kita pula dengan "Wa'alaikumussalam". Paling baik, kita beri salam pada orang ramai, dan yang akan membalas salam nanti cukup ramai. Best.
Kesimpulannya: buatlah apa sahaja kebaikan.. walaupun sedikit. Cuma perlu konsisten. Itu lebih baik dan digemari Nabi berbanding "pulun banyak2 sedas.. lepas tu tinggal dan lebuh semuanya".
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Tuesday, September 02, 2008
|
]
Definisi Tarawih ialah bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat. Manakala Solat Tarawih bererti solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.
Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.
Aishah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”Baginda menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”Qiyamu RamadhanSolat Tarawih juga disebut dengan Qiyamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan selepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isya’ dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.Sejarah Solat TarawihSejarah solat sunat Tarawih ini dimulai oleh Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi. Menurut baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutnya.Pada malam yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. di masjid. Tetapi baginda tidak hadir. (Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah). Esoknya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”Jika solat Tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam.Perhatikan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir b. Abdullah yang ertinya: "Rasulullah s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah s.a.w. bersolat dengan kami." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya aku takut ia (solat Tarawih) diwajibkan ke atas kamu."
Tarawih Zaman Umar Al-Khattab Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, semakin ramailah umat Islam mengamalkan solat sunat Tarawih ini. Menurut Abdul Rahman bin Ubaid Al-Qari, pada suatu malam di bulan Ramadhan, beliau pergi ke masjid bersama Khalifah Umar Al-Khattab.Setibanya di masjid, beliau dapati ramai orang yang berkelompok-kelompok membuat jamaah-jamah mengerjakan solat ini. Sebahagiannya mengikut seorang imam dan sebahagian lagi mengikut imam yang lain. Melihat kepada amalan yang tiada keseragaman itu, Khalifah Umar berkata: “Aku bermaksud menyuruh mereka supaya berimam kepada seorang imam yang baik bacaannya.” Seterusnya beliau menyuruh mereka berimamkan Ubai bin Ka’ab.Pada malam berikutnya mereka mengerjakan solat Tarawih dengan seorang imam. Khalifah Umar berkata: “Ini termasuk bid’ah yang baik; tetapi orang yang tidur mendapat pahala lebih besar daripada mereka yang beramai-ramai bersolat tarawih itu.” Maksud Khalifah Umar, orang yang mengerjakan solat Tarawih pada akhir malam (setelah tidur lebih dahulu) mendapat pahala yang lebih besar daripada yang solat Tarawih pada awal malam.Bid’ah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar ialah bahawa solat Tarawih itu hendaklah dikerjakan secara berjamaah dengan pimpinan seorang imam yang baik bacaannya. Sayidina Umar sebenarnya hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. pada ketika mula-mula solat Tarawih itu disyari’atkan. Baginda terpaksa memberhentikan cara yang demikian pada malam yang ketiga, kerana takut ibadat solat Tarawih itu diwajibkan kepada umatnya.Amalan Solat Sunat TarawihDi samping mengamalkan ibadat puasa yang diwajibkan, umat Islam digalakan dan disuruh dengan mengerjakan berbagai ibadat sunat yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadan yang diberkati Allah itu. Di antaranya yang utama sekali ialah ibadat Solat Sunat Tarawih; dan seterusnya solat-solat Qiamullail (Tahajjud, Hajat, Tasbih), membaca Al-Quran, berzikir dan seumpamanya.Allah SWT mengurniakan satu keistimewaan lagi iaitu malam “Lailatul-Qadr” pada salah satu malam sepanjang bulan Ramadhan itu. Seperti yang tersebut di dalam Al-Quran, surah Al-Qadr, mereka yang beribadat pada malam tersebut akan diberi pahala ganjaran seperti beribadat 1,000 bulan (83 tahun).Fadhilat, kelebihan dan pahala yang paling besar dikurniakan Allah S.W.T daripada berbagai ibadat itu ialah solat sunat Tarawih. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari)Hukum Solat TarawihHukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat TarawihLafaz niat: (Solat Sendiri)

Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Lafaz niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala
Berjemaah Lebih AfdhalSebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w., solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian atupun secara berjemaah di masjid atau surau. Telah sepakat pendapat ulama bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjemaah.Rasulullah s.a.w. pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi dengan berjemaah. Pada malam yang keduanya, baginda dapati sambutan begitu ramai dari para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggaap solat Tarawih itu sebagai wajib.Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjamaah bersama Rasulullah s.a.w. Tetapi baginda tidak mahu hadir, kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadat solat itu sebagai wajib, bukan kerana tidak mahu berjemaah.Pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab, beliau merasa tidak senang hati melihat umat Islam berkelompok-kelompok di sana sini di dalam Masjid Nabawi mendirikan solat sunat Tarawih. Beliau lalu berusaha menyatukan mereka supaya mendirikan solat sunat Tarawih itu dalam satu sahaja jamaah yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya.Perubahan yang dibawa oleh Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga bilangan rakaat dari lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan mereka. Ini disebabkan pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar itu, keadaan keilmuan agama telah semakin luas dan mendalam, dan suasana mayarakat umat Islam telah stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat muakkad (sunat yang dikuatkan), bukan fardhu atau wajib. Demikian juga mereka mengamalkan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan kelebihan pahalanya yang amat besar.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Sunday, August 31, 2008
|
]
Lafaz niat dan niat berpuasa:

"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini -
kerana Allah Ta'ala"
Pada malam 1 Ramadhan, elok ditambah perkataan Arab 'kullihi' (bermaksud: sekeliannya) sebelum lafaz '..LiLLahi Ta'ala'. Jika dibaca, ia bermaksud kita berniat puasa itu merujuk semua/sekelian/seluruh hari dalam bulan Ramadhan. Contohnya seperti berikut:
"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini ,
sekeliannya- kerana Allah Ta'ala"
Jika berniat seperti di atas pada malam pertama Ramadhan, sedangkan terlupa niat pada mana-mana malam sepanjang Ramadhan, menurut pandangan Mazhab Syafi'e - puasanya sah.
Doa berbuka puasa:

"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"
Selamat Berpuasa Muslimin Muslimat Seluruh Dunia
Lipatgandakan Amalan Kebaikan.
Bersyukur kita kerana dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini.
Semoga kita semua diampuni dan dirahmati Allah, serta dijauhkan dari api neraka.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...