Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts
| 2 comments ]

Hujung Disember ini masih berhujan sekali sekala. Banyak manfaat untuk hobi bercucuk tanam. Nampaknya tibalah musim menuai hasi tani lagi.

Pusing-pusing rumah, pokok jambu mawar dah berbuah lagi. Dulu masa beli benih, orang jual kata itu benih jambu madu. Bila berbuah rupanya jambu mawar, tak apalah. Tapi ada buahnya yang king size, macam buah epal gergasi. Tangan model dalam foto di bawah, tangan si-Zaim yang dah nak masuk 14 tahun.

Pokok pisang awak pula dah makin beranak-pinak. Ada 2 tandan tandan standby untuk dituai, mungkin sebulan lagi. Semalam, pindah sepokok anak pisang ke tempat baru. Pokok pisang awak ini seelok-eloknya dalam 2-3 pokok sahaja dalam satu rumpun. Kalau lebih, nanti masing-masing hanya bersaing dan meninggikan diri.  Tapi PakTeh rasa pokok pisang tu kurus-kurus, agaknya dulu dtanam agak rapat antara satu sama lain. Satu pelajaran juga..

Rumpun pokok bunga kantan juga dibersihkan. Nampaknya dah terlalu rapat dengan pokok pisang di tepinya.

Pokok pandan belakang rumah pula makin merimbun.. nak kena cantas sebahagian sedikit. Nampaknya adalah stok pewangi kereta 2-3 minggu ni. Biasanya satu perdu rumpun pandan, PakTeh ikat bubuh dalam plastik dan diletakkan bawah seat kereta atau  bonet belakang. Best.. pewangi perasa pandan. Sesekali bau bengkang (bingka), hehe. Kalau bulan puasa, baunya sangat mengancam jiwa.

Pagi tadi, tengok pokok ubi kayu tepi pagar semakin rimbun. Korek seperdu, nah.. dapat 10 tongkol. MakTeh buat goreng ubi terus. Ada lagi stok 8 pokok ubi lagi. MakTeh kata dia nak buat tapai ubi nanti.. Kalau ikut orang tua-tua, buat tapai tak boleh cerita kat orang, nanti tak jadi. Entahlah mengapa ada pantang macam tu, agaknya tak bagi orang dalam rumah 'curi dan rasa sikit' agaknya.. hihi.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 6 comments ]

Sejak semalam, MakTeh dah ingatkan tentang pisang awak depan rumah dah masak. Itulah.., sejak usia PakTeh semakin muda ni, benda di depan rumah pun dah tak nampak. Memang dari dulu ada dua tandan pisang yang ditunggu-tunggu bila nak masak. Rupanya hari ini, dah sampailah masanya.

Maka petang tadi, keluarkan golok kontot dan tebang batang pisang tersebut. Pada tandan tu ada beberapa biji pisang yang dah ranum, tapi yang lainnya masih boleh diperam.

Gambar kanan: ada setandan lagi sedang tunggu masa, mungkin lagi sebulan. Dulu, jantungnya besar dan buahnya kecil. Sekarang, terbalik. Jantungnya mengecil, buah pula semakin membesar. Ada rezeki nanti, tercucurlah kamu pula wahai pisang awak junior, hehe.

Simpan sebahagian untuk stok di rumah, asingkan juga beberapa sikat untuk diagih pada jiran-jiran keliling.

Acara seterusnya, tentulah buat cucur pisang. Ada juga orang panggil pisang goreng. Pisang yang sedikit masak, memang favourite PakTeh. Ianya lembut sedikit dan mudah hadam. MakTeh tak goreng banyak, habiskan pisang yang masak dulu.

Selepas makan, sambung lagi bawa golok keliling rumah. Mula-mula cantas batang2 bunga kantan yang daunnya dah kering, dan cantas batang yang dah berbunga matang. Selepas tu, kutip pula buah2 jambu madu di sebelah rumah.

Sebelum maghrib, edar sebahagian sikat pisang pada jiran-jiran di kuaters. Bunga kantan dan jambu madu di bawa ke surau masa maghrib, macam selalu. Malam ni ramai orang, ada ustaz mengajar bab tasawuf. Orang semua dah tau, kalau ada jambu atau bunga kantan dalam plastik, diletak atas meja di tempat lepak surau, itu adalah free. Boleh makan atau bawa balik. Laku habis...

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]


Selepas 'Isyak, biasanya PakTeh akan ke Dewan Dato Seri Dr. Lim Keng Yaik - saban malam Rabu. Itupun kalau sihat, dan tiada aral lain. Main badminton dengan rakan2. Kalau ikut jadual yang group kami booking, adalah pukul 9.00 - 11.00pm.

Dewan tu terletak di hujung pekan Pantai Remis, sebelah kanan menghala ke Taiping. Ada kawasan letak kenderaan yang luas. Ada rakan yang datang sejauh dari Kg. Matang Acheh, Sungai Kerang malah Segari, yang jauhnya melebihi 10km dari situ.

Ada 4 gelanggang di situ. Selalunya penuh mulai petang hingga malam. Kalau hari Sabtu & Ahad, ada yang main pagi. Kalangan yang main, tak kira usia. Ada yang kumpulan remaja, dewasa bahkan veteran. Ada yang kumpulan mengikut bangsa, dan ada yang bercampur2.

Dewan tu juga serbaguna. Kadang2 jadi tapak majlis perkahwinan dan sambutan tertentu, biasanya oleh kaum Cina dan India. Penaung pembinaan dewan ini dulu memang Datuk Dr. Lim Keng Yaik sendiri, Ahli Parlimen Beruas merangkap Presiden Gerakan Malaysia.

Tujuan main sekadar untuk keluarkan peluh. Dapat juga sembang2 hal2 semasa dengan rakan2 yang dari pelbagai latarbelakang. Di samping tu, dapat melegakan minda dari kesibukan tugas seharian. Namun sesuatu yang PakTeh perasan, usia banyak mempengaruhi prestasi permainan. Dulu2 semasa usia 20-an, biasa main 10 set straight, termasuk single. Masuk hujung 30-an, dah mula kena main double. Dan malam ni paling dahsyat: main 1 set setengah saja. Tengah main set kedua, minta ganti. Perut cramped. Gatal datang main semasa sedang batuk. 10.30pm dah balik rumah, hehe..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

PakTeh ada beberapa perdu bunga kantan di belakang rumah. Nama lain bunga kantan ialah "bunga siantan", cakap omputeh pula torch ginger flower. Benih asalnya booking dari kebun MakNjang. Seperdu boleh menghasilkan lebih 5 perdu kemudiannya. Spesis ni cepat membiak. Tengok jenis tanah juga, perlu banyak air rasanya. Tapi PakTeh tak pernah siram pun, harap hujan. Agaknya tanah sekarang tu memang jenis lembap.

Kelebihan pokok ni, kudup bunganya ada aroma special sebagai rencah ramuan seperti laksa & asam pedas. Kalau dah dicelur dalam kuah, memang sedap diratah. Pokok berdaun panjang lebar. Batangnya bulat licin. Perdunya boleh berpindah2 ke sekitar tempat asalnya. Dengar ceritanya, sekarang bunga kantan ada harga di pasaran, 3 kuntum RM1.00. Ada yg kata 50 sen sekuntum. Entahlah.. PakTeh selalunya pass je kat adik-beradik, jiran2 atau bawa ke surau. Selalunya di surau, cepat je orang ambil.

Pokok kantan ni berbunga tak dak musim, sepanjang tahun. Berbunga sentiasa, jadi kena rajin check & cantas. Tak boleh lepa, bunga kantan ni cepat tua (gambar kanan). Tapi bila tengok bunga tua close-up dari atas, nampak lawa jugak no..?


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 6 comments ]


Tanaman pisang PakTeh tak banyak, 3 pokok saja. Tanam sebagai hobi, keluarkan peluh sekali-sekala dan ambil hasil bila sampai masa. Di depan rumah, nampaknya dah ada 2 pokok yang mula berbuah. Gambar atas kirii, mungkin lagi 2 bulan boleh dituai kot, manakala gambar atas kanan masih putik2 lagi. Pisang awak cukup lawa bila mula berbuah, tambah bila dah berjantung.

Pokok pisang awak hidup senang. Sesuai dengan macam2 jenis tanah. Di mana dia tumbuh, di situlah dia akan beranak-pinak. Induk pisang akan beranak di tepinya. Kadang-kadang ada 1 anak, kadang2 2 atau 3 di sebelahnya. Anak2 pisang bercantum dengan induknya pada bahagian pangkal, di dalam tanah. Kalau setakat sehasta dalam tanah, senang diambil, tapi kadang2 sampai 2 hasta dalamnya, susah la sikit.

Kalau nak ambil anaknya, eloknya pakai pencebak untuk pisahkan anak pisang tu dengan induknya di bahagian akar. Tapi PakTeh ada cangkul dan golok saja, bolehlah juga.. dah takdak rotan, akar pun berguna. Cuma masa nak pisah & keluarkan anak pisang dari induknya, kena hati-hati. Takut terentap anak tu, bimbang banyak akarnya yang putus. Kalau ada 1-2 akar yang elok, Insya Allah anak pisang tu boleh hidup dan membesar setelah dialih. Time-time macam la ni, memang musim menanam.. musim hujan.

Pak Teh alih ke belakang rumah, 3 sederet. Kelmarin dah tanam 2, yang hari ni bubuh di tengah deretan tu. Disusun selari tepi longkang, dari perdu pokok bunga kantan ke penjuru pagar. Moga2 di samping dapat makan buah, nanti2 boleh juga jadi "pagar" dari pandangan samseng2 lama, bila makin besar nanti. Kalau waktu malam, tentu 3 pokok ni cukup 'merimbun' dan gelap, Insya Allah dapat menghalang penglihatan depa secara lahiriah. Kubu kena buat juga..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]


Pagi tadi PakTeh round rumah. Jenguk2 tumbuh-tumbuhan sekitar rumah. Seronok lihat warna-warna hijau di sekeliling. Walau ruang bertani tak besar, tapi tanam juga beberapa pokok. Dulu, ada tanam 2 pokok pelam, 1 pokok rambutan, 3 pokok pisang. Ada juga tanam serai, lengkuas & kunyit. Juga tanam tebu hitam & tebu kuning. Setelah beberapa tahun, beberapa kejadian telah berlaku.

Pertamanya, spesis Pelam Epal, benih dari rumah Tok. Masa tu Tok ada lagi. Mula-mula tumbuh, macam 2-3 kali nak mati. Tapi akhirnya sekarang ni ok, sihat dan berbuah di depan rumah.

Keduanya, pokok pelam jenis baik (Pelam Maharaja) benihnya dulu harga RM25.00 dibeli di Pekan Rabu Pantai, telahpun ditebang. Ditanam lebih 5 tahun di penjuru belakang rumah, tetapi tak berbuah2. Rimbun yang lebih. Pokok tu pernah dinasihat, ditegur malah diberi amaran; ini ikut nasihat orang2 tua2. Last sekali ditebang dengan golok kontot, dahan ditetak, semuanya dibakar dalam sehari. Tinggal tunggul yang kecil dimakan api. Kalau ikut gambar sebelah kanan, tunggul tu hanya 1/5 dari saiz asalnya, memang besar. Agaknya ada salah tang mana2, dalam 2 minggu pokok tu takde, rumah staf kena balin botoi dek samseng Cina. Rumah PakTeh pun kena, tapi botoi pecah kat tepi longkang je. Kesian kat jiran2 lain, pecah tingkap. Tapi la ni kes tu habis dah selepas beberapa samseng tu kena tangkap.

Dulu, PakTeh ada tanam Rambutan Deli, tapi mati sejak kecil, kena ulat & kumbang. Tak sampai 6 bulan hayat dia. Tapak asal dia la ni, penuh dengan keladi hutan.

Tebu hitam, benih dari Seremban semasa PakLang bertugas di sana. Rimbun dan manis. Tetapi selepas beberapa keturunan (lebih 7 tahun), tebu hitam semakin tak sihat. Agak kurus, banyak penyakit. Bagaimanapun, tebu hitam lebih kuat daya tahannya berbanding tebu kuning. Tebu kuning dah dilupuskan kerana batangnya makin kecil, dan tumbesarannya juga naik melingkar-lingkar, bukan menegak ke atas. Susah nak urus. So tebang dan ratah.


Pokok pisang pulak, benih dari rumah Tok, jenis "Pisang Awak". PakNdak bagi. Tempat ditanam di depan rumah, tepi sewage pump house. Konon nak lindung2 sikit permandangan tu. Sampai hari ni, masih hidup berketurunan. Goreng memang sedap. Buat kerepek pun ok juga. Pisang awak ni jenis tahan lasak, senang dijaga. Dia boleh hidup atas apa tanah pun. Pokok PakTeh ni udah meninggi sebab bersaing cahaya pagi dengan pokok pelam epal. Dulu PakTeh pernah tanam pisang relung, benih Lekir tapi mati. Jenis pisang relung ni memilih tanah, masam sikit tak mau hidup.

Pokok Jambu Madu, benih Pekan Rabu. Ditanam di sebelah rumah. Masih hidup dan berbuah. Merendang dan rendah. Semua pokok PakTeh tak bubuh racun apa2, biar ianya baik untuk semua makhluk. Ulat & kumbang dan segala serangga pun makhluk juga. Cuma, buah jambu ni kena ambil cepat sebelum besar dan berwarna merah. Sebenarnya jenis ni, warna pucat pun dah manis. Makan terus sedap, tapi kalau nak mencicah.. partner dengan pelam, ubi sengkuang, nenas... plus dengan sambal rojak.. aduuuh.

Cadangnya hari ni, nak pindah benih pisang awak depan rumah pindah ke belakang. Sebab anak2 pokoknya dah nak tutup pintu masuk rumah pam tu. Lagi satu, nak ganti kawasan bekas pokok pelam yang tinggal tunggul tu. Cadang nak pindah tanam 3 anak pokok. Semoga proses pengalihan berjalan lancar hendaknya.

Dalam bercucuk tanam ni, banyak juga yang kita boleh pelajari dari tiap-tiap ciptaan Tuhan. Kita suka tengok dia dari dia ditanam atau disemai, hingga dia membesar dan meninggi. Sesuatu yang menarik dengan pokok2 di kebun kecik PakTeh, syukur Tuhan mengurniakan ada tukang-tukang jaganya. Depa jaga 24 jam, rajin, kerja berdisiplin & tegas. Segala maknika ulat, serangga malah manusia pun tak berani kacau pokok pelam & jambu madu PakTeh. Depa ni duk dalam sarang. Dan ada la 4-5 sarang besar2 pada satu pokok. Strict-nya dia, sampai tuan pokok pun jadi mangsa! Kalau kena ketit, boleh melompat woo kalau kena. Sesungguhnya memang Tuhan tak menjadikan "kerengga" ni sia-sia..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 11 comments ]

Minggu lepas, ada Pak Ngah cadang untuk cerita pasai ikan sepilai. Tapi sebenarnya Pak Teh rasa: "Yang bertanya itu lebih mengetahui dari yang ditanya.". Sebabnya, Pak Ngah 14 tahun lebih dulu makan laksa mi dari Pak Teh.. kekeke. Cemanapun, idea tu memang menarik. Lama fikir-fikir, baru timbul ilham nak mula. Okeh. Cam ni..

Dulu-dulu, budak-budak ada banyak tempat bermain, tak macam sekarang. Setiap hutan banat diredah, merata parit diranduk dan segala batang pokok diragas.

Bagaimanapun, semua jenis permainan tu bermusim. Ada musim main gasing, wau, aci menyorok, aci ligan, rounders, guli & guli batu, "pak-poi" dan "main tampaq". Majoriti alatan permainan tu kami buat sendiri. Tak beli. Semua permainan itu mengikut arus pengaruh rakan, masa atau fenomena alam sekitar.

Ada game yang lasak, macam "polis santeri" & "bantai isi"; ada yang simple macam main guli atau "balin kasut". Tak kurang pula memburu! Kategori hunting game ni, seperti "teghebei" (lastik) burung dan kelawar, tangkap rama2 dan tidak lupa tangkap sepilai.. hehe.

Ikan sepilai ini termasuk kategori exotic freshwater fish. Ikan sepilai ni kecik tapi lawa. Dia spesis betta dari jenis keluarga gourami. Macam-macam colour pada badan dia. Paling syok bila dapat warna biru atau hijau berkilau, dan ekor & sirip/ridip dia merah menyala. Fuuh. Tapi ada juga yang kusam tak lawa, kami panggil "sepilai karim". Haha.. mana mari nama tu, tak tau. Pastinya, bukan Karim, anak 'Aq Sraq. Cemanapun, spesis ikan sepilai yang jantan rasanya lebih lawa dari yang betina.

Geng Pak Teh memburu sepilai dulu termasuklah Har (anak Pak Njang Mat Peston), Fatahan (anak Pak Cik 'Ad), Halim (anak Tan, cucu Tok Mat Sakat), Musa (anak Pak Ngah Aq), Pak Tam & kawan sebaya lain. Area kegemaran bukan di parit belakang rumah Tok Wan Lin (air selalu kering, ikan kurang). Banyaknya kami pi parit tepi rumah Tok Aishah & Pak Long 'In. Paya nipah belakang rumah Tok Puteh pun pi jugak. Sepilai nipah situ besar sikit tapi spesis tak lawa. Rata2nya kawasan2 berair yang tak kering, cetek, ada rumput2 & daun2 kering dan air agak sejuk; inilah yang sesuai jadi habitat sepilai nih.

Kaedah menangkap ikan sepilai ni kena hati-hati, teliti dan senyap. Nak tangkap ikan tu, kena jauh masing2. Masing-masing cari kawasan pemburuan yang strategik. Slow and steady. Kalau berkocak air, ikan lari. Pelan-pelan. Menunduk dengan khusyuk, pelan-pelan selak daun2 kering atau rumput dalam air. Air tak dalam pun, paras buku lali bebudak saja, hahaa.

Antara tanda-tanda sahih lokasi ikan sepilai adalah wujudnya buih-buih kecil setompok (bubble nests) di celah-celah rumput atau daun kering. Satu tabiat ikan ni ialah membuat buih2 dengan mulutnya. Kita akan lihat jika kita ada bela ikan sepilai dalam botoi atau dalam akuarium. Berdasarkan cerita orang, warna buih lagi karat, lagi lawa ikannya. Dari pengalaman, yang ni aku rasa betoi.

Biasanya, jika ada buih tu paling kurang boleh dapat seekor, kalau tak 2 atau 3 ekor sekaligus bawah buih tu. Mesti dapat ikan jantan yang gelap, lawa; bukan spesis karim. Buih tu sebenarnya, ikan jantan yang buat. Bila ikan betina bertelur, ikan jantan akan tolak telur masuk dalam kelongsong buih tu. Kalau ada yang jatuh, dia akan tolak balik kasi masuk. Yang menjadikan ikan jantan dari kawasan buih tu lawa2 pasal dia tengah kawal kawasan itu. Jadi kita dok pi gatai ganggu dia, tentulah terkirai dan mengembang ekor & ridipnya. Tapi, tu yang buat lawa tuhh..

Kalau nampak kelibat ikan tu, kena cepat sauk dengan tangan. Macam cara nak ambik air sembahyang nak basuh muka tu la. Kalau yang belum pro, pakai la penapis plastik kat rumah masing2. Masa tu, nak guna mana berani minta izin pinjam kat mak masing2, tentu "Tak boleh!, Hang nak buat apa?". . hehe. Kalau nak pakai jugak, kena 'ambil' masa awal pagi (projek: 8.00- 10.00am) atau kalau petang (projek: 3.00-5.00pm). Dibimbangi mak masing2 nak pakai untuk masak dsb.

Biasanya kena bawa alatan penting perburuan, termasuk botol kaca atau plastik bertangkai. Botol kaca elok yang jernih, macam botol cuka. Bila dapat ikan, buh dalam tu, sekali dengan air paritlah. Maka terserlahlah segala aksi renang ikan sepilai yang memusin-musin kelilin botoi, penuh bergaya.

Ikan sepilai ni spesis ikan laga (fighting fish). Satu botoi satu ikan. Kalau buh 2-3 ekor dalam satu botoi, alamat ada yang rabit ekor atau sirip. Ada yang terkeluar sisik. Paling malang, ada yang cedera atau mati.

Tentang makanan ikan sepilai, ni macam-macam boleh. Ikut mana dan. Roti "mayat" atau biskut merry, diramas halus; bubuh nyamuk dan kerengga pun boleh. Dikatakan kalau bagi telur kerengga lagi bagus. Ikan sepilai akan lebih garang & kerap mengirai sirip dan ekornya, kata depa.

Satu keunikan ikan sepilai ni ialah dia jenis anabantoids, bermaksud depa boleh bernafas melalui organ unik dipanggil labyrinth. Sebab tu depa dapat survive dalam kawasan berair yang kurang oksigen yang boleh membunuh lain-lain jenis ikan; macam bendang sawah, parit yang airnya kurang mengalir dan juga lopak londang.

Kesan Positif Aktiviti: Eksplorasi kawasan setempat, mengenal spesis ikan air tawar, belajar geografi dan biologi practically, menghargai alam sekitar & mengagumi ciptaan Tuhan (ye ke..hehe). La ni hobi ni dah jadi besar, Betta Society of Malaysia pun ada.

Kesan Negatif: Tak lekat rumah. "Mana Teh hang?", kata Tok. "Dia main parit", kata Pak Tam, bila mood dia kureng baik. Adess. Tukang repot ada. Selain itu, kalau kerap duk dalam air parit tu, akan kena jangkitan kulat - "kaki makan ayaq". Bahasa doktornya: Athlete's foot (tinea pedis). Nak tengok rupanya, tengok sini. Di samping itu, orang yang gatai "culik" ikan ni dari habitat sebenar, kemudian bela dalam botoi dan akuarium, tu dapat pahala ka dosa? Hehe. Wo phu che tau. Dalam pada tu, dulu pernah Mak Long cerita pasal Pak Ngah ada "kenangan istimewa" semasa pemburuan sepilai di zaman kecilnya. Katanya, dapat "hadiah di kepala". Betoi ke dak, tak tau, sebab kami hanya dengar cerita je. Mungkin Pak Ngah boleh cerita versi ori, kan? hehe.

Ok. Sambung cerita balik..

Dewasa ini, ikan sepilai yang paling diminati di dunia ialah ikan sepilai siam (siamese fighting fish) atau bahasa sainsnya betta splendens. Sepilai siam besar sikit & jurai ekor & ridip lebih panjang. Dalam flickr.com banyak gambar2 spesis sepilai yang ada merata dunia. Macam-macam warna. Tapi Pak Teh rasa, Sepilai Siam tetap tak boleh lawan Sepilai Pantai! hahahaa. Yes!

Baca Selengkapnya (Read More)...