Showing posts with label Travels. Show all posts
Showing posts with label Travels. Show all posts
| 0 comments ]

Dari Charles de Gaulle Airport, kami bergerak terus ke pusat kota Paris. Sylvester, tourist guide kami menceritakan beberapa perkara tentang tentatif program hari itu - Paris Tour. Perkara pertama, ke Eiffel Tower.

Sebelum ke sana, singgah mengambil seorang lagi penumpang - En. Khalil di sebuah hotel. Beliau seorang staf Petronas di Mauritania, Afrika. Dia tiba di Paris sehari sebelumnya,dan akan ikut pakej bermula dari Paris. Isterinya & 2 anak beliau di KL memang sudah bersama kami dari KLIA.

Charles de Gaulle Airport - Eiffel Tower, ParisFoto-foto yang diambil dari dalam bas

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Perjalanan flight agak boring sebab tak dapat duduk tepi tingkap. Walaupun malam, nanti akan tiba di Paris waktu pagi. Oleh kerana flight delay malam tadi, dijangka tiba sana dah cerah. Charles de Gaulle International Airport tentunya lebih besar dari KLIA. Ia terletak di Roissy, luar sedikit dari Paris yang menjadi kota tumpuan pelancong terbesar di dunia.

Selesai urusan ambil bagasi, bas kami sudah menunggu. Berkenalan dengan pemandunya - Mr. Christian, seorang warga Belgium. Bila kami nak masukkan beg ke ruang bawah perut bas, dia kata "Please don't touch anything. I'll do it." Betul, dia yang masukkan semua beg dan susun. Dia cukup jaga etika kerjanya. Very professional. Tak ada drebar bas macam ni kat Malaysia..

Charles de Gaulle Airport, Paris, FranceCharles de Gaulle International Airport, dinamakan sedemikian sempena nama Presiden Perancis yang pertama - Charles André Joseph Marie de Gaulle (1890 -1970).

Destinasi seterusnya... Eiffel Tower.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Tiba di Terminal Bas KLIA kira-kira 7pm. Pusing-pusing & snap foto petang & senja. Dah puas, baru naik atas.. solat jamak qasar.

KLIA Kuala Lumpur International AirportKuala Lumpur International Airport (KLIA)

Kemudian bertemu Sylvester @ Zaid, tourist guide di tempat ditentukan. Bertemu 17 orang lagi rakan sepakej. Beg-beg untuk kargo diurus. Sempat masuk extra 5 kotak Dunhill dalam beg bagasi si Fauzi. Beg sendiri dah ada sekatun. Cukup kot 10 hari.

Seterusnya kami dibawa ke KLIA Plaza Lounge (Reliance tanggung) untuk makan malam. Masa tu kosong lagi, kemudian baru ramai datang. Dengarnya, Plaza Lounge ni selalunya untuk orang yang 1st Class saja.. kihkih. Di situ, melepak, menyembang dan sempat test setengah jam kerusi urut.. sementara nak mula naik KLIA train.

KLIA Plaza LoungeKLIA Plaza Lounge
Tiba-tiba stok rokok habis. Yg sekatun & extra 5 dah masuk bagasi. Cit. Round kedai rokok duty free, tak ada jual kotak pulak, semua jual minimum sekartun. Beli sajalah curut (cigar 20 batang). Kihkih. Baru ada semangat balik untuk mula berlepas.

Flight bermula selepas tengah malam, delay setengah jam. Perjalanan dengan flight MAS sejauh lebih 10,000km @ 13 jam. Laluan naik ke utara Semenanjung, cross pantai barat Thailand, Myanmar; tikam ke kiri Asia Tengah menuju Eropah Tengah. Perjalanan yang panjang itu itu banyak tidur saja, apa lagi nak buat. Dikejut untuk makan 3 kali. Pramugari yang melayan tu pula pula udah tua.. kihkih. Makanya bila boring tengok movie.

Destinasi seterusnya, Charles de Gaulle International Airport, Paris.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Hari pertama - Jumaat 4/7 PakTeh & MakTeh cuti rehat. 11 pagi ambil Fauzi (rakan sekerja MakTeh) sekali ke asrama Zaim. Singgah di klinik Air Tawar, Zaim mengadu lututnya luka terjatuh beberapa hari sebelum itu. Beli siap-siap ubat lukanya.

Selepas solat jamak, terus ke stesen Star Shuttle, Sitiawan. PakTeh & Fauzi masukkan semua beg, selepas itu MakTeh & Zaim terus ke Lekir untuk letakkan kereta. Bas jalan 2.30 sharp. Nampaknya bas Star Shuttle ni tak secanggih Triton dulu.. Sampai di Batu 10, driver bas hentikan bas untuk ambil MakTeh & Zaim. Perjalanan diteruskan.

Star Shuttle Sitiawan-Teluk Intan - Bidor - KLIA - LCCTBas berhenti di Teluk Intan, ambil seorang penumpang lagi - pemuda Cina. Maka keseluruhan dalam bas hanya 6 orang. Driver, PakTeh 3 beranak, Fauzi, Yusuf (seorang Navy nak balik Sri Aman) dan pemuda Cina tadi. Terus bergerak ke Bidor, masuk lebuhraya PLUS.. ke KLIA. Yusuf itu first badge technician yang pernah dapat latihan di France untuk kursus berkaitan kapal selam Scorpene. Dia ajar beberapa perkataan French, salah satunya 'Bonjour' bermaksud Hello. Nampak senang, tapi susah nak sebut.

Sepanjang jalan, banyak borak menyembang.. dah dekat nak sampai baru teringat nak ambil foto. Sebenarnya bagus naik bas, tak perlu pandu kereta, fikir parking dll.. Boleh lena atau menyembang. Santai.

Star Shuttle, Sitiawan, Teluk Intan, Bidor, KLIA, LCCTZaim macam biasa, mudah tidur.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Baru jenguk mesej blog dari PakTam, nak tengok gambar. PakNgah pula lagi ligat.. dah cilok gambar awal-awal lagi dari Facebook Zaim.

Maaflah.. hehe. Ada beberapa sebab mengapa lambat betul nak kembali berblog.

Pertamanya, begini.

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang belum pernah kita pergi, kita tahu kita sukar untuk ingat kembali apa yang kita lihat 100% selepas itu. Satu hari berlalu, mungkin hanya tinggal 70%. Selepas beberapa hari kenangan berkenaan hanya tinggal 20%. Selepas itu mungkin hanya 1-2% saja yang ada dalam ingatan.

Makanya.. kita perlu tangkap gambar sebanyak-banyaknya. Nanti selepas balik nanti, kita boleh refresh kembali memori bila melihat foto-foto itu. Tapi apa nak kata.. hampir penuh 3 kad memori SDHC 8Gb tuh.. Jumlahnya taklah banyak sangat.. 23Gb. Kira-kira 7000 foto saja untuk 10 hari. Kihkihkih.

Itu isunya. Kita sayang semua memori kenangan. Kita rasa semua foto-foto yang diambil itu penting dan bermakna, jadi kita tak tahu yang mana lebih baik dari yang lainnya. Itulah pasal. Kepala jammed nak fikir.. nak upload yg mana satu. Memang ada foto-foto yang silap setting atau kabur, tapi rasa sayang nak buang atau delete. Sebab tahu sekali kita buang, kita membuang sekali segala memori yang terpahat pada foto rosak itu. Kihkihkih.

PakTeh dah cuba tengok foto guna televisyen dalam bentuk slide show. Semua sekali.. gunakan interval 2 secs - masa diambil - solid 6 jam! Kalah movie Titanic. Sekali lagi.. Kihkihkih. Itu baru foto, belum lagi klip video yang dibuat serba sedikit.

Keduanya pulak.. malas sungguh nak menjenguk photoshop untuk resize foto-foto itu. Mungkin faktor masa dan faktor segan. Yang ini.. tak boleh lawan PakTam, dia amat rajin dan pakar bab ni. Bab kepantasan memblog tak lawan PakNgah, pakar link-mengelink.. cilok mencilok. Bab kreativiti dalam nature photography pula, tak lawan PakLang. Dia pro bab tu.

Tapi.. bila-bila fikir balik, memanglah kena uploadkan serba sedikit.. untuk saudara mara. Cuma maaflah jika ianya agak lewat dan prosesnya tersekat-sekat. Juga, fotonya akan dikurangkan resolution, dan kecil - untuk kurangkan masa upload dan jimat image storage dalam blogger ni. Insya Allah pelan-pelan.. PakTeh akan cuba.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Sejak Januari hingga Jun, tiada apa-apa persediaan besar. MakTeh rajin rekomen pada beberapa rakan lain, dapat 2 orang. Seorang adalah rakan sekerja MakTeh, Fauzi dan seorang lagi sepupu MakTeh dari Penang - Amir. Mereka booking pada Mac, dan benar - harga meningkat 1.5k seorang berbanding harga kami dahulu pada Januari. Price/pax dah berubah.

Berita baik , Reliance beri 3 special gifts untuk yang booking sebelum 15 April:
  • Beg troli besar
  • Priviledge Plaza Lounge di KLIA
  • Travel Insurance

Yang tak bagusnya, beg free itu kena ambil di KL. Malas la pulak nak pergi. MakTeh cadang nak minta abangnya di KL ambilkan selepas balik kelak.

Dalam pada itu, terdapat beberapa persediaan tambahan.

Antaranya:
  1. Bulan Mac lalu, beli sebuah kamera baru, sebab Olympus lama dah rosak. Kali ini beli DSLR, di Penang. Nikon offer D90 kit lens 18-105 VR. Sebab beli, bateri tahan. Gifts: Tripod, DSLR bag. Beli satu prime lens 50mm. Tukar SDHC Nikon Ori 4Gb Class 4 (gift) dengan Kingmax 8Gb Class 6. Banyak sikit gambar boleh simpan. Beli sekali battery grip dan 1 spare battery (3rd party).
  2. Study buku manual tentang D90. Hehe.. jujurnya, sampai hari ni tak pandai-pandai guna D90 manual, asyik auto je. Jenuh study... tapi kepala mudah blur.
  3. Masa PC Fair di Taiping Mei lalu, beli lagi 2 keping SDHC Card Toshiba 8Gb Class 4, RM65 sekeping - tawar jangan tak tawar. Hasrat hati nak tangkap gambar banyak2.
  4. Cadang nak bawa laptop, tetapi telah 'dimusnahkan' dek si Zaim bulan April. Semasa nak pergi servis Carens di Ipoh (kedai tu ada wifi free), bawa beg laptop letak di belakang kereta. Masa tu Zaim tidur di belakang. Sampai sana, tengok-tengok Zaim tidur atas 'bantal'. Dia tidur pakai beg laptop alas kepala? Sah.. bila pasang laptop, habis.. gambar abstrak yang keluar. Tanya kedai Acer kemudiannya, kos boleh dekat 1k. Terus tak jadi. Geram.. Masuk ini, Zaim dah pelingkup 2 laptop - 1 PakLang punya, 1 abah dia punya. Maka, ke Europe - tiada laptop.. jadi cover dengan bawa lebih memory card. Elok juga tak bawa, susah nak bawa - beg terhad berbanding tangan.
  5. Cari plug adapter untuk Europe, 2 pin. Bawa juga multi plug socket Malaysia punya yang memang jenis 3 pin, senang nak guna banyak plug sekaligus. Dari 6 negara nak pergi, hanya UK sahaja yang 3 pin (4 segi) macam Malaysia - yang lain semua 2 pin (bulat). Celakanya, tak jumpa2 plug adapter tu...
  6. MakTeh beli 1 periuk nasi kecil Pensonic untuk dibawa sekali. Beras 500gram x 2 paket - cukup untuk makan 5 orang x 4 kali makan. Maggie kari 1 pack. Beberapa tin sardin dan 4 biji bawang besar, kah-kah. Amir bawa canned tuna & sardin, & maggie. Fauzi bawa 1kg serunding daging & ayam, kah-kah. Dengarnya, imigresen France tak kacau, selagi ianya dalam bagasi. Pisau serbaguna (jenis lipat 7 fungsi) beli kedai New Store di Pantai.. RM7.50; boleh buka tin. Beli juga pinggan plastik.
  7. Beg sedia ada 3 - masing2 sorang satu. tapi isinya katun. MakTeh punya ada isi periuk nasi & beras. Zaim ada maggie. PakTeh ada sardin, hehe. Pakaian.. atur 1 hari 1 baju, seluar 1x2hari.
  8. Beli jaket, ready untuk Mount Titlis yang bersalji. Beli masa offer di Billion, Manjung. Sama jenis PakTeh & MakTeh, beza warna.. PakTeh hitam, MakTeh hijau pucat. Jenis boleh tukar pusing belakang, sebelah jenis nylon licin dan sebelah lagi corduroy.
  9. Kasut jenis leisure. Beli Crocodile offer, sebab kena banyak jalan kaki. Stokin, bawa stok stokin lama, kah-kah. Akan pakai buang setiap hari.
  10. Tukar duit Euro dan Pound secukup rasa saja di Pantai. Swiss Franc tiada di Pantai - akan tukar sikit di KLIA. Nasib baiknya, nilai ringgit amat meningkat sejak akhir-akhir ini. Dulu 1 Euro = RM5, sekarang bawah RM4. Pound dulu atas RM6, sekarang bawah RM5. Rezekilah juga, cuma tak delah tukar banyak, sebab niat nak berjalan saja, tengok negara orang - bukan menyopping.Bas Star Shuttle, Sitiawan - Teluk Intan - KLIA - LCCT
  11. Naik bas dari Sitiawan ke KLIA. Kali ini, syarikat Triton dah bungkus - nasib baik ada ganti Star Shuttle, stesen di sebelah Restoran mamak, area Pizza Hut - di seberang jalan dari The Store. Tiket RM45 sehala, tetapi dua hala RM80. laluannya Sitiawan-Teluk Intan-KLIA-LCCT. Jadualnya perjalanannya di sini - ada 6 trip sehari.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

MASUM (MATTA International Fair Selangor Umrah & Muslim Travel)

Kisah bab berjalan ke Eropah adalah bermula dengan MakTeh. Dia amat teringin nak ke sana, malah gigih menyimpan wang. Dalam setahun dua ini, dia kerap memerhati tawaran pakej ke Eropah. Dia selalu membanding-banding antara tawaran dan harga serta syarikat terlibat. Kadang-kadang dia call ke syarikat berkenaan untuk sesuatu pertanyaan khusus.

Akhirnya dia buat keputusan, antara Poto Travel atau Reliance Travel. The best packages for muslims. PakTeh dengar saja.

Pada bulan Januari lalu, kami pergi ke Shah Alam meninjau MATTA International Fair Selangor Umrah & Muslim Travel (MASUM) bertempat di Shah Alam Convention Center. Program itu 3 hari hari (15-17 Januari). Tiba & menginap lewat petang Jumaat di rumah adik MakTeh di Seksyen 19, Shah Alam dan pagi-pagi Sabtu sudah ke pusat bandar.

Segalanya bermula di situ.

Hari itu anggaran 116 ruang pameran, samada untuk pelancongan dalam negara atau antarabangsa. Macam-macam ragam orang, pelbagai usia - ada yang minat pakej ke Pangkor atau langkawi, ada ke Taman Negara Pahang, ada untuk umrah dan haji, dan ada yang lebih jauh.

Bagi kami - untuk ke Eropah - Poto Travel, tawarannya lebih murah tetapi makan, tipping dan tiket tertentu tidak termasuk pakej. Reliance Travel, lebih menarik, all in.. cuma beberapa lunch dan dinner sahaja tanggung sendiri. Tak ada masalah - all right. Target date: Cuti Penggal 1 (Jun). Reliance awal cuti penggal, manakala Poto terawal beberapa hari sebelum cuti. Reliance has the best deal with it's Riang Ria Muslim Tour - Europe Splendour 10D/7N. Negara dilawati: France, Switzerland, Germany, Netherland (Holland), Belgium & England.

Berkenalan dengan Christina, wakil Reliance Wangsa Maju.. dia amat sabar melayan kerenah dan pertanyaan. Di situlah kami mengetahui bahawa inilah MATTA yang pertama pada tahun 2010, bukannya MATTA Fair yang biasanya pada Mac. Jadi untunglah siapa yang mula beli pakej kerana perkiraannya bermula dengan 1st 4@pax (4 orang 1 pax) pada harga terendah. Habis 1st pax, maka dibuka 2nd pax (4 orang) pula dengan harga yang makin meningkat. Dijangka pada Mac akan sudah 4th atau 5th pax..

Balik ke Pantai petangnya. Isnin, MakTeh confirmkan & bayar deposit 10% untuk 3 orang, - PakTeh, MakTeh & Zaim.

Tips:
  1. Pakej via MASUM pada Januari lebih murah berbanding International MATTA Fair pada Mac dan Mei, dengan syarikat yang sama tetapi pada harga yang berbeza.
  2. Kaji itenary setiap pakej dengan teliti. Adakah all on board atau kena ready pocket money tambahan.
  3. Reliance untuk pakej non-muslim jauh lebih murah, boleh ikut tetapi kena pandai arrange untuk makanan halal sendiri. Pun okey juga.


Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar adalah antara sembilan kesalahan serius yang akan dikenakan denda maksimum RM300 dalam Ops Bersepadu sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bermula dari 8 hingga 22 Februari, 2010.

foto pelajar sekolah tak pakai topi keledar.. elakkan perangai sebegini.Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata dua kesalahan itu dikenal pasti sebagai penyebab kepada kecederaan serius yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan maut.

Apakah tujuh lagi kesalahan serius lain?..

"Tujuh kesalahan serius lain terdiri daripada memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, memandu secara berbahaya dan membawa muatan lebih had," katanya semasa melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2010 di Plaza Tol Sungai Besi dekat sini pada hari Khamis.

Beliau berkata sembilan kesalahan itu dikenal pasti oleh satu 'mini lab' penguatkuasaan yang diadakan baru-baru ini anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).

"Ini sebagai satu amaran awal kepada orang ramai sebab biasanya bila seseorang itu didapati sabit kesalahan di sisi undang-undang trafik, ada yang kata dia tak tahu langsung tentang kesalahan yang dilakukan. Jadi, saya di sini nak pesan supaya semua mesti tahu sembilan kesalahan serius yang dikenal pasti," katanya.

Sementara itu kempen bersepadu yang bertemakan 'Buckle Up, It Is The Law' dianjurkan hari ini bertujuan memastikan pengguna jalan raya memandu dengan berhati-hati dan sentiasa memakai tali pinggang keledar semasa memandu, terutama pada musim perayaan.

Walaupun undang-undang mengenai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang dikuatkuasakan setahun yang lepas, rakyat Malaysia dilihat masih perlu diingatkan secara berterusan supaya memakai tali keledar itu demi keselamatan mereka.

Sehingga kini, hampir 300 kematian dicatatkan akibat kecuaian pengguna kenderaan tidak memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang.

(Sumber: Bernama - 21/1/2010 - 21:57pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Malaysia Airlines (MAS) akan menawarkan tambang murah menerusi kempen "Everyday Low Fares" bagi penerbangan domestik dan antarabangsa bermula Isnin hingga Jumaat (11/1/2010 - 15/1/2010).
Pengurus Besar Kanan Pengurusan Rangkaian dan Pendapatan MAS Dr Amin Khan berkata tawaran harga rendah yang menarik ini adalah untuk laluan domestik perjalanan dari 22 Feb hingga 15 Nov dan dari 22 Feb hingga 17 Dis untuk sektor antarabangsa.

"Sejak kami memperkenalkan "Everyday Low Fares" tahun lalu, kami menjual tiket dengan nilai lebih daripada RM350 juta dengan tiga destinasi paling popular bagi rakyat Malaysia adalah London, Melbourne dan Hong Kong," katanya dalam satu kenyataan.

Amin berkata mulai Isnin hingga Khamis, mereka yang mahu ke Hong Kong boleh terbang ke bandar raya itu hanya dengan RM419 untuk perjalanan sehala.

Pelancong di Semenanjung Malaysia boleh menikmati tambang sehala keseluruhan serendah RM89, RM193 untuk destinasi di Asean, RM419 untuk China dan benua kecil India RM469, katanya.

Beliau berkata "Everyday Low Fares" adalah kesempatan yang baik untuk mendapatkan tawaran harga tiket penerbangan dalam memperbaiki perubahan ekonomi.

" Pelanggan dapat menikmati tawaran terbaik dengan perjalanan kemudian kerana kita menyediakan fleksibiliti dalam tempoh perjalanan selama 10 bulan," katanya.

Untuk menjadikannya lebih menarik, Amin berkata MASholidays menawarkan pakej percutian menarik dalam tempoh tempahan dan perjalanan yang sama dengan kempen itu, dan menawarkan pakej pelancongan ke pantai, tapak ekopelancongan, warisan dan destinasi pelancongan terkini seperti Pulau Pinang (daripada RM354), Bali (daripada RM694), Bangkok (daripada RM679) dan Hong Kong (daripada RM1,470).

Para pelancong boleh menempah dan menyemak pakej-pakej lain di www.masholidayz.com, katanya.

(Sumber: Bernama - 11/1/2010 - 00:20am)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

MATTA FAIR 2010 (12-14 MAC 2010 : PWTC, KL)

  • Tarikh : 12 - 14 Mac, 2010.
  • Target : 80,000 Pengunjung.
  • Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
  • Booth : 893 buah gerai pameran
  • Istimewa : Setiap pengunjung dapat kad diskaun.

Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) mensasarkan ketibaan 80,000 pengunjung pada pameran Matta Fair 2010 yang akan diadakan dari 12 hingga 14 Mac ini.

Pengerusinya Datuk Mohd Khalid Harun berkata jumlah sasaran lebih tinggi itu dibuat berikutan keadaan ekonomi negara yang dilihat semakin pulih ketika ini.

"Pada pameran Matta September lalu, kami menerima kehadiran 70,000 pengunjung dari serata dunia termasuk peserta-peserta luar yang turut mengambil bahagian walaupun tempoh tersebut merupakan waktu getir kerana negara diserang virus H1N1. Kali ini kami yakin mampu mencapai jumlah sasaran lebih tinggi," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari Selasa.

Beliau berkata Matta Fair kali ini akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini dan turut mensasarkan menerima penyertaan dari negara-negara rantau Asia dan Mexico.

Manurutnya 893 gerai pameran akan disediakan dan penyertaan akan mula dibuka mulai Isnin ini hingga 22 Januari nanti.

"Istimewanya kali ini pengunjung akan ditawarkan kad keahlian bagi mendapatkan harga potongan setiap kali penganjuran Matta Fair," katanya.

(Sumber: Bernama - 5/1/2010 - 23:00pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Perkhidmatan tren elektrik untuk perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban dijadual bermula April depan dengan ketibaan unit pertama set tren elektrik (ETS) dari Korea Selatan di sini Selasa.

Unit tren elektrik serba moden itu, yang dibekalkan oleh CMK Konsortium dengan kerjasama Hyundai Rotem dari Korea Selatan dan Mitsubishi Electric Corporation (Melco) dari Jepun, merupakan unit pertama daripada lima yang telah ditempah untuk perkhidmatan tersebut, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata tren terpantas itu yang pernah dimiliki oleh KTM Berhad dengan kelajuan maksimum 140 kmj akan memendekkan tempoh perjalanan antara Ipoh-Kuala Lumpur kepada 1 jam 55 minit berbanding pada masa ini dua jam 50 minit dengan perkhidmatan shuttle Ipoh-Kuala Lumpur.

"Sementara itu, empat lagi set (ETS) dijangka diperolehi secara berperingkat sehingga Februari tahun hadapan," katanya pada majlis ketibaan tren itu di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Ong berkata perkhidmatan tren ETS itu akan beroperasi antara Ipoh-Seremban-Ipoh dengan jangkaan waktu perjalanan sehala kurang dari tiga jam dan berhenti di stesen-stesen utama yang akan ditentukan kelak.

Setiap unit tren itu, yang dilengkapi dengan kemudahan litar tertutup di setiap gerabak bagi mengawasi keselamatan penumpang, koc buffet, skrin LCD, soket elektrik serta kemudahan tandas, terdiri daripada enam gerabak keretapi yang boleh memuatkan seramai 350 penumpang pada satu-satu perjalanan, kata Ong.

Beliau berkata kemudahan tren tersebut turut menampung keperluan penumpang kurang upaya (OKU), di mana kemudahan tandas serta ruang tempat duduk khas, turut disediakan.

" Tren ini juga akan dilengkapi dengan pramugari bagi membantu pengguna ETS dan temuduga untuk jawatan itu kini diadakan secara terbuka di Stesen Kuala Lumpur," katanya.

Ong juga berkata beliau difahamkan perkhidmatan ETS akan beroperasi secara berasingan dan akan dikendalikan oleh anak syarikat milik penuh KTM Berhad.

" Semoga dengan langkah tersebut perkhidmatan ETS ini akan mampu beroperasi secara total dan akan membantu memenuhi aspirasi kerajaan dalam membudayakan penggunaan pengangkutan awam," katanya.

Beliau juga berharap dengan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam, lebih ramai penduduk terutama di Lembah Klang akan menggunakannya dan misi utama di bawah NKRA (National Key Result Area) iaitu memastikan 25 peratus penduduk Lembah Klang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam menjelang akhir 2012 akan tercapai.

"Kini baru 12 peratus penduduk iaitu seramai 240,000 orang awam menggunakan perkhidmatan awam, dengan perkiraan 25 peratus, kita menjangkakan 600,000 orang awam akan menggunakan perkhidmatan awam," katanya.

Tren elektrik ini turut dipamerkan kepada orang ramai di Stesen Keretapi Kuala Lumpur hari dan esok dari pukul 9 pagi hingga 5 petang untuk tujuan mendapatkan maklum balas dari orang ramai.

(Sumber: Bernama - 15/12/2009 - 15:52pm)

Lepas ni, kalau boring2 waktu cuti.. boleh le jalan-jalan Ipoh-KL-Seremban tak payah drive kereta. Best.. Nanti kita tunggu kat mana stesen-stesen utama-utama itu. Yg penting.. salah-satunya mesti area KLIA/LCCT. Lagi jauh boleh berjalan.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Khamis: 7 Ogos, 2008
Malam ini masih mencari gambar lama yang di-scan tahun lalu. Ada satu foto 1997 yang cukup rosak. Ada kesan lipatan, turun warna malah sebahagiannya dah nak koyak. Oleh kerana ada nostalgia, PakTeh cuba mempeghonek lagi dengan Photoshop.

Ini gambar asal yang telah dikecilkan saiz.

Ini pula hasil kedua yang dianggap siap.
Teknik digunakan adalah Crop (membuang sebahagian foto), Clone Stamp (mengubahsuai warna langit & merpati dan lain-lain kecacatan kecil) serta menambah sedikit Text. Itu sahaja. Bolehlah.. untuk semi-amateur macam PakTeh.

Mengimbau kembali foto itu, jelas merpati dua sejoli menjadi maskot bandar Sri Aman. Tentu ada kisah menarik di sebalik pemilihan maskot itu, kan PakNgah? Dalam gambar itu, semuanya nampak lebih muda. Bandar Sri Aman adalah bandar persinggahan Tok, kami dan serta PakNgah sekeluarga dalam perjalanan dari Bintangor ke Kuching. Jauh perjalanan tak dirasai, kerana ianya penuh dengan persekitaran baru; meninjau rumah panjang serta menyaksikan beberapa ekor ular tedung selar bergaduh di tengah jalan. Lebih 6 jam bawa Saga Merah manakala PakNgah dengan Wira Biru.

Seminggu di Sarawak - kami dibawa ke Sibu, Sarikei, Bintangor. Merasa naik tongkang hampir 1 km lintas Sg. Rejang, padahal di situ sungai itu sejauh lebih 500km dari muaranya semasa PakNgah ambil di airport Sibu. Juga di Kuching, melawat Kg. Budaya 1 hari. Menziarahi keluarga arwah Tn. Hj. Othman (mertua PakNgah) dan saudaranya. Makan malam bersama Zahari yang handsome, adik ipar PakNgah yang pernah datang ke Pantai waktu kecil & langsung bersunat tanpa dirancang. Teringat Zahari yang berjaya lulus lesen naik basikal waktu itu. (Pi jamban di hujung tanah pun dia naik basikal, haha). Kami juga melawat pekan Satok yang terkenal dengan ikan terubuk masin itu.

Akhir kata, berbanyak terima kasih atas layanan sepanjang ziarah Sarawak utk PakNgah sekeluarga. Juga terimakasih untuk PakLang kerana susahpayah hantar & ambil di tengah malam dari Shah Alam. Tambang murah pakej MAS masa tu hanya di dini hari. AirAsia atau Firefly masih belum wujud lagi.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Isnin: 5 Ogos, 2008

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Sabtu: 19 Julai, 2008
Tiba di Abu Dhabi dari KLIA selepas 6 jam. Sepatutnya transit hanya sejam, sebelum menyambung flight ke Jeddah. Berlaku satu perkara yang semua orang tak suka. flight delayed! wah, 12 jam. Masalah kedua timbul, tiada hotel disediakan. Biasanya stranded passenger akan disediakan hotel oleh pihak airport jika lebih 4 jam. hrmph.

Jadi, kami cuba menidurkan diri sahajalah, pusing2 kawasan sekeliling. Makanan (packed) disediakan di Oasis Cafe di situ. Tak ada nak buat. Solat, makan, tidur, pusing2 sahaja. Banyak2 la bersabar. Mujur ada kawasan internet, boleh kasi mesej pada PakTam/PakNgah dalam blog mereka. Yang teruknya, cuba buka blog sendiri tak boleh! lupa password.. hehe, tu la lama sangat tak buka blog.

Sebenarnya konsep airport Abu Dhabi mirip bentuk rumah Majin Bu dalam komik Son Goku, komik favourite Zaim dulu2. Ruang penting berbentuk bulat, yang disambungkan dengan laluan. Konsep atom. Hiasan dalamannya mosaic hijau dan biru termasuk bumbungnya sekali. Simple. Kawasan shopping adalah dalam bulatan, 2 tingkat. Susah nak sesat.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 5 comments ]

Khamis: 17 Julai, 2008
Sepanjang cuti persekolahan penggal kedua (24.5.2008 - 7.6.2008) lalu, Pak Teh sekeluarga dan MakLong ke Tanah Suci menunaikan umrah. Kami naik penerbangan Etihad Airways, syarikat penerbangan Emirate Arab Bersatu (Abu Dhabi). Pergi dengan Darul Mubarak Travel & Tours, Bota Kanan - bossnya Ustaz Muhd. Ismi. Pernah pergi dengannya sebelum ini 2 kali, bagus layanannya. Kemudahan bas disediakan dari Bota. Mulanya nak pergi dengan Saudi Airlines (terus ke Madinah) tapi batal sebab kena ambil cuti rehat 3 hari sebelum cuti sekolah, dan ganggu Zaim yang sedang hadapi peperiksaan ketika itu. Kalau naik selain Saudi Airlines atau MAS, bermakna kita kena transit le dulu di negara syarikat berkenaan.

Bertolak dari Pantai pada pagi Sabtu (24.5) - dua kereta. Kereta kami, sekeluarga dan kereta Azilah - PakLong, Aman, Jie sekeluarga. Tiba di rumah PakLang 2pm, untuk berehat sekejab. Akim dan isterinya, dah lama tiba dari Johor. Kami kena tiba ke KLIA 5pm, kerana flight 9.00pm. Biasanya syarikat pakej pelancongan, memang minta pelanggannya tiba selewatnya 3 jam awal. Untuk urusan taklimat ringkas, penyerahan paspot dan bagasi sebelum ke balai berlepas.

Di rumah PakLang, hidangan nasi tomyam seri putrajaya cukup menyelerakan. Boleh tumpang mandi, solat dan berehat. Terimakasih MakLang & PakLang.

Pusing2 rumah PakLang, ada banyak pokok2 sayur dan buah ditanam. Tangan PakLang ni memang green hands. Apa ditanam, selalunya hidup dan subur. Yang menariknya, rumputnya lebih kehijauan berbanding rumput jiran2 yang kekuningan. Juga teknik penanaman PakLang juga unorthodox, dia guna sungkup rumput kering dan sabut kelapa sebagai pelembap tanah dan fertiliser. Dia ada banyak buku rujukan berkaitan bercucuk tanam.

Tanya PakLang:
  1. macamana rumputnya lebih hijau dan tanahnya lebih hitam, berbanding jiran?
  2. mana dia dapat rumput kering dan sabut kelapa di Putrajaya?
Jawapan PakLang:
  1. dia siram air halaman belakangnya dengan paip getah waktu malam.
  2. sabut kelapa, diimpot dari Sitiawan/Pantai. rumput kering, dengan menggunting rumput2 panjang dari halaman belakang. Hobi menggunting rumput adalah waktu petang atau malam. Kekadang sorang, kekadang berdua.
Memang PakLang seorang ahli botani yang hebat. Dia amalkan ilmu yang dia ada.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Esok, PakTeh balik sekolah lewat sedikit. Ada urusan untuk menyediakan tapak 10 saluran pusat mengundi di sekolah. Lepas tu, selepas 3.30 pm baru bergerak dari rumah ke asrama Zaim Syahmi. Dia call petang tadi, semua pelajar dah boleh balik rumah bercuti mulai pukul 1.00pm.

Petang tadi, MakTeh dapat SMS MakLang, pesan serai & bunga kantan. Alamak, baru teringat - lama tak jenguk, rugi beberapa kuntum yang dah terlebih matang. Nampak pelik la bunga kantan di musim cuaca tak menentu ni. Tak berapa lawa & sihat nampaknya. Serai pula tiada stok nampaknya. Pukul 6pm tadi, keluar dating dgn MakTeh dengan kapcai ke rumah Tok Bt. 51. Haha.. cabut terus beberapa rumpun serai di situ. Moga2 boleh jadi benih ke Putrajaya. Esok, kalau sempat & teringat - nak bawa sekali benih bunga kantan serta pandan.

Di Batu 51, ada PakNdak yang sedang pantau projek cendawan. PakNjang suami isteri sibuk sikit di musim pilihanraya ni. Menurut PakNdak, belum ada perkembangan baru projek, melainkan bekalan stok2 benih baru (yg dah di-email fotonya ke PakTam) dah disimpan dalam rak2 di bilik kosong rumah bawah, sebelah bilik Tok.

Jenguk2 di belakang rumah Tok, rupanya musim kekabu dah bermula. Siapa nak dapatkan kekabu untuk buat bantal peta baru atau bantal peluk guling - boleh ke Bt. 51 sekarang.. haha. Tak tahu kenapa, pokok kekabu rumah Tok dah kurang daun. Macam suasana musim winter pula..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Ada beberapa program di negara yang heboh diperkatakan, dan ada yang tak pernah didengar. Pada PakTeh - program MISA atau "Pengembaraan Angkasa Antarabangsa Malaysia" ini antara yang kurang promosi. Cuma baru ni, terlihat dalam akhbar. Jadi sempena cuti sekolah hujung minggu depan, cadangnya nak bawa Zaim jalan ke Putrajaya.

Sebenarnya Malaysia bertuah menjadi negara pertama di Asia dipilih untuk mempamerkan bahan pameran Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) mulai 15 Disember hingga 16 Mac depan di Presint 5, Putrajaya. MISA ini menjadi program penutup "Visit Malaysia Year 2007" dan membuka tirai 2008, dengan memberi peluang kepada warganegara & pelancong apa rasanya sebagai seorang angkasawan.

Antara Zon Menarik di MISA :

1. Space Shuttle Flight Deck –:: Merasai sendiri keadaan dalam deck replika Space Shuttle.
2. History of Space Exploration –:: Sejarah Pengembaraan Angkasa Lepas.
3. Magic Planet – :: Menjelajah cakerawala - mengembara ke planet-planet.
4. Mars Rover ::– Pengembaraan ke planet Marikh.
5. Blast Zone –:: Pengalaman berada di tapak pelancaran roket & berlepas naik! Tahan nafas!
6. 4D Theatre – :: Kita dah biasa dengan cerita 3D tapi yang ini Panggung 4D !
7. Space Station Interactive
8. Galactic Concourse dll

Waktu Operasi: Isnin-Khamis: 10am - 10pm (Kemasukan terakhir sebelum 9pm)
Jumaat - Ahad: 10am - 12pm (Kemasukan terakhir sebelum 10pm)

Harga tiket: 25% diskaun bagi pemegang MyKad (warganegara). Dewasa: RM38.00 (RM28.50 dengan MyKad), manakala kanak-kanak 12 tahun ke bawah: RM23.00 (RM17.25 dengan MyKad).

Untuk makluman lanjut, rujuk Laman Web MISA. Sebarang pertanyaan, rujuk MISA infoline: 03-88901673 atau 03-21661106

Jom kita pi ramai2 sebelum MISA tamat pada 16/3/08.

Beberapa Perancangan Awal PakTeh:

Petang 06/03/08 (Khamis) : ambil Zaim di asrama, terus ke Putrajaya. Hari Jumaat 07/03/08 kan sekolah cuti berganti. Target: ziarah & bermalam di rumah PakLang.
Lepas Solat Jumaat 07/03/08 (Jumaat) : ke MISA (Presint 5). Bermalam di Pucong (ipar)
Pagi 08/03/08 (Sabtu) : balik ke Lekir, Perak : ngundi P Lumut & N Pasir Panjang.

Lepas tu, urusan pengawasan PTK Sesi 1, 2008.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 6 comments ]

Imbauan memori : 07.02.08

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 8 comments ]

Imbauan memori : 06.02.08 sebelum ke Kuala Terengganu

Gambar atas: Di Benteng, di tebing Sungai Pahang.
Gambar kiri (atas) : Depan Bangunan PKNP & Kompleks Teruntum
Gambar Tengah : Depan Kuantan Parade
Gambar Kanan : Dalam Masjid Sultan Ahmad Shah 1 (Masjid Negeri Pahang)
Gambar kiri (bawah) : Jambatan Sultan Abu Bakar

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 6 comments ]

Imbauan Memori: 05.02.08 - 06.02.08.

Baca Selengkapnya (Read More)...