[Tuesday, May 01, 2012
|
]
Pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS dibenarkan menangguh untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata keputusan itu dibuat dengan persetujuan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran, dengan pelatih dibenarkan menyertai PLKN selepas tamat pengajian.
Persetujuan juga dicapai untuk menetapkan had umur maksimum 35 tahun untuk peserta menyertai program itu, katanya kepada pemberita selepas melancarkan pergerakan pelatih-pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 9 di Padang Bangunan Zetro, Wangsa Maju, di sini hari ini.
Program 2 Siri 9/2012 PLKN yang bermula hari ini melibatkan pergerakan 53,348 pelatih di seluruh negara dengan menaiki 906 buah bas, 46 penerbangan dan sembilan buah feri untuk tempoh tiga hari ini.
Pergerakan hari ini melibatkan seramai 19,300 orang dengan menaiki 324 buah bas, 29 penerbangan dan sebuah feri.
"Penangguhan ini bagi membantu ibu bapa supaya tidak perlu mengambil anak mereka yang menyertai latihan ini untuk melanjutkan pelajaran dan akan menghantar anak mereka untuk menyertai latihan ini kembali setelah tamat pengajian," katanya.
Abdul Hadi berkata selain itu, calon yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dijangka diumumkan pada September depan, dibenarkan untuk memohon menyertai PLKN.
Permohonan untuk menyertai PLKN akan dibuka seawal-awalnya hujung minggu ini, katanya.
Abdul Hadi juga berkata JLKN juga mengadakan kaji selidik mengenai status indeks jisim tubuh (BMI) 32,032 orang pelatih PLKN kumpulan satu awal tahun ini bagi mengenal pasti kesesuaian aktiviti fizikal atau keperluan mereka.
Katanya selepas 10 minggu menyertai PLKN, seramai 397 daripada 2,502 peserta yang di bawah kategori obesiti dan 207 orang daripada 4,003 peserta di bawah kategori gemuk telah berjaya menurun berat badan.
Kesemua 504 peserta itu mendapat berat badan yang ideal setelah menamatkan latihan mereka, katanya.
"Ini adalah kali pertama program itu dijalankan, dan berharap selepas mereka menamatkan latihan ini, mereka akan terus mengekalkan berat badan yang ideal, " katanya.
(Sumber: Bernama - 1/5/2012 - 3:48pm)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Wednesday, April 25, 2012
|
]
Bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan meneruskan pengajian di tingkatan enam atau program matrikulasi bermula Mei ini boleh memohon penangguhan bagi mengikuti PLKN Kumpulan 2 Siri 9/2012.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata bakal pelatih berkenaan bagaimanapun perlu mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di kaunter khidmat pelanggan JLKN atau dimuat turun dari laman web rasmi JKLN www.khidmatnegara.gov.my
Beliau berkata setelah borang tersebut dilengkapkan, ia hendaklah dikepilkan bersama surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam atau program matrikulasi sebelum dihantar ke Cawangan Pengecualian dan Penangguhan, Bahagian Pengurusan Pelatih, JLKN.
"Penangguhan sehingga tamat tempoh pengajian akan diberikan kepada pemohon. Bagi mereka yang akan menyambung pengajian selepas tamat tempoh penangguhan tersebut, mereka perlulah mengisi Borang Permohonan Pembaharuan Penangguhan melalui proses yang sama," katanya dalam kenyataannya di Kuala Lumpur.
(Sumber: Bernama - 25/4/2012 - 9:06pm)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Tuesday, January 31, 2012
|
]
Bahagian Matrikulasi KPM akan membuka permohonan untuk mengemaskini borang permohonan mulai pada 06 Februari 2012 hingga 20 Februari 2012.
Pelajar SPM 2011 yang telah mengisi borang permohonan melalui internet diminta untuk mengemaskini maklumat tambahan melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/permohonan_matrikulasi/kemaskini
Untuk mengemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor angka giliran SPM sahaja.
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4083 / 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Wednesday, April 27, 2011
|
]
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012 boleh dibuat
[klik] di laman Matrikulasi [klik] mulai
28 April 2011.
Pemohon yang
berjaya diminta untuk menghubungi kolej penempatan atau melawat laman sesawang kolej untuk maklumat lanjut.
Pemohon yang
tidak berjaya boleh membuat
rayuan melalui laman sesawang yang sama mulai
28 April hingga 13 Mei 2011.
Semakan melalui sistem
SMS boleh dibuat dengan menaip perkataan
MOE MAT [no_kp] dan hantar ke
15888.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Sunday, October 10, 2010
|
]
Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2010 kepada 30 November 2010. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.
Semua pelajar SPM 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang KPM (http:///www.moe.gov.my).
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Wednesday, February 03, 2010
|
]
Penawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun ini memberi fokus kepada bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara.
JPA dalam satu kenyataan berkata Program Penajaan JPA 2010 bagi pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran
dalam dan luar negara di peringkat
ijazah pertama terdiri daripada
Program Biasiswa Nasional,
Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).
Iklan tawaran dan maklumat lanjut biasiswa itu akan disiarkan menerusi
portal www.jpa.gov.my dan juga akhbar-akhbar utama pelbagai bahasa ataupun boleh menghubungi talian 03-88853412 mulai
10 Mac atau hadir sendiri ke kaunter-kaunter Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di Lobi, Blok C1, Putrajaya mulai pukul 8 pagi hingga 4 petang.
Syarat kelayakan PILN 2010 pula akan mula dibuka secara dalam talian mulai tarikh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 diumumkan secara rasmi.
JPA berkata Program Biasiswa Nasional akan diberikan kepada 30 pelajar terbaik lepasan SPM di kalangan yang terbaik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia berasaskan kepada merit mulai tahun ini.
Katanya Kementerian Pelajaran akan mengenalpasti pelajar paling cemerlang dari kalangan pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran peperiksaan SPM untuk ditaja di bawah program tersebut.
Syarat asas untuk Program Biasiswa Nasional adalah ia terbuka untuk calon lepasan SPM 2009 yang memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan minimum bilangan mata pelajaran yang dinilai adalah sebanyak sembilan mata pelajaran.
Calon juga perlu melalui proses temuduga dan umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Dis 2009 serta calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA.
Program PILN pula menawarkan penajaan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2009 untuk mengikuti program ijazah pertama di universiti luar negara dan ia menjadi tumpuan banyak pihak sehingga mewujudkan pergantungan harapan yang tinggi terutamanya di kalangan calon dan juga ibu bapa.
Dua bidang paling popular di kalangan calon ialah Kejuruteraan dan Perubatan manakala negara pengajian pilihan oleh majoriti calon/pelajar ialah United Kingdom, Australia dan New Zealand.
Pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih disebabkan persaingan sengit di bawah program PILN akan ditawarkan tajaan untuk mengikuti program PIDN sama ada di empat buah universiti penyelidikan di Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM) ataupun di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang lain.
Bagi IPT tempatan, calon ditawarkan ke kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology ataupun Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), AIMST University, Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS), Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM dan University College Sedaya International (UCSI).
Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik yang ditetapkan.
JPA berkata penajaan bagi tahun 2010 mengambil kira kecemerlangan akademik, kepelbagaian latar belakang kaum, latar belakang sosio ekonomi calon bagi menentukan penawaran dilaksanakan dengan adil dan saksama.
(Sumber: Bernama - 3/2/2010 - 21:16pm)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Sunday, January 17, 2010
|
]
Kira-kira 3,000 pelajar Universiti Malaya (UM) telah melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam pelbagai bidang kritikal seperti kejuruteraan, perubatan dan pergigian sejak Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan negara pada 1982.
Pro-Canselor UM Toh Puan Hajah Dr Aishah Ong berkata dasar itu yang diperkenalkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed telah berjaya mencapai matlamatnya apabila graduan berkenaan memperoleh ilmu, kepakaran dan etika kerja rakyat negara itu.
"Melalui Dasar Pandang ke Timur, Malaysia sering menjalin kerjasama dengan negara Jepun dalam bidang ekonomi, perindustrian, latihan teknologi, akademik, penyelidikan dan pengurusan.
"Ekoran kejayaan dasar ini, kerajaan Jepun memutuskan untuk meningkatkan lagi jumlah pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke universiti di Jepun," katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam bagi meraikan pelajar yang menamatkan kursus Rancangan Persediaan Khas Jepun (RPKJ) sesi 2009/2010 di sebuah hotel di sini, pada hari Sabtu.
Beliau berkata kompleks Ambang Asuhan Jepun (AAJ) di Pusat Asasi Sains, UM yang dihadiahkan negara Jepun pada tahun 1982 melambangkan kerjasama erat dua negara.
"Para pelajar perlu jelas tentang matlamat penghantaran mereka meneruskan pengajian ke Jepun. Sesungguhnya, semua pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengikuti pengajian persediaan di Ambang Asuhan Jepun adalah pelajar terpilih untuk meneruskan pengajian ke Jepun," katanya.
AAJ menawarkan kursus dalam bidang kejuruteraan, perubatan, pergigian dan farmasi dengan pelajar perlu mengikuti kursus persediaan selama dua tahun.
RPKJ dijalankan secara kerjasama di antara Pusat Asasi Sains UM, JPA dan kerajaan Jepun.
Para pelajar yang terpilih merupakan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka perlu mengikuti kursus intensif bahasa Jepun dan mata pelajaran asas sains dan sosial selama dua tahun untuk memenuhi keperluan peperiksaan sebelum layak memasuki universiti-universiti di Jepun.
(Sumber: Bernama - 17/1/2010 - 10:34am)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Wednesday, July 01, 2009
|
]
Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 akan mula dibuka pada
1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara iaitu :
- Permohonan Secara Manual (PSM)
- Permohonan Melalui Internet (PMI)
>>
Klik sini untuk ke Laman Permohonan Online <<
Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui
internet sahaja.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Monday, June 29, 2009
|
]
BIDANG PENGKHUSUSAN & PAKEJ MATA PELAJARAN
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. Bidang Pengkhususan
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua (2) jurusan dan satu (1) aliran iaitu :
- Sains (M001)
- Perakaunan (M003)
- Teknikal (M007)
2. Pakej Mata Pelajaran Yang Ditawarkan- Mata Pelajaran Teras Jurusan Sains
- Matematik,
- Kimia dan
- Fizik atau Biologi
- Mata Pelajaran Teras Jurusan Perakaunan
- Matematik,
- Perakaunan,
- Ekonomi dan
- Pengurusan Perniagaan
- Mata Pelajaran Teras Aliran Teknikal
- Matematik,
- Sains Kejuruteraan dan
- Asas Kejuruteraan atau
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKE) / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) / Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA)
3. Rancangan Program
Jangka Masa ProgramProgram Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil masa dua (2) semester bagi Progarm Matrikulasi Satu Tahun (PST ) manakala empat (4) semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ).
Pengambilan PelajarPengambilan pelajar dibuat dua (2) kali setahun, iaitu pertama pada bulan Mei. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan program ini memasuki IPTA pada semester pertama tahun berikutnya. Manakala pengambilan kedua ialah pada bulan Jun bagi Program Matrikulasi Dua Tahun.
4. Syarat Kelayakan Meneruskan PengajianSEMESTER 1
| Pencapaian | Taraf |
PNGS1 > 2.0 Lulus semua mata pelajaran teras. | Meneruskan pengajian ke semester II |
1.5 < PNGS1 < 2.0 Lulus sebilangan mata pelajaran teras. | Meneruskan pengajian ke semester II dan diberi AMARAN. |
PNGS1 < 1.5
| Gagal dan DIBERHENTIKAN. |
SEMESTER II
| Pencapaian | Taraf |
PNGS1 > 2.0 Lulus semua mata pelajaran teras. | Dipertimbangkan untuk kemasukan ke IPTA |
1.5 < PNGS1 < 2.0 Lulus sebilangan mata pelajaran teras. | Dibenarkan untuk mengulang program.
|
PNGS1 < 1.5
| Gagal dan DIBERHENTIKAN. |
5. Peluang Meneruskan Pengajian Selepas Lulus Program Program MatrikulasiPelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi dan IPTA atau IPTS akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam. Bagi pelajar yang mengikuti Program Matrikulasi boleh memohon mengikuti program pengajian di universiti awam dalam bidang seperti berikut :
| Sains / Teknikal | Perakaunan |
| Perubatan/Sains Kesihatan Bersekutu | Perakaunan |
| Farmasi | Pengurusan Perniagaan |
| Pergigian | Pentadbiran Perniagaan |
| Bioperubatan | Pengurusan Sumber Manusia |
| Sains | Ekonomi |
| Sains Komputer | Teknologi Maklumat |
| Sains Pendidikan | Pentadbiran Maklumat |
| Seni Bina | Lain-lain |
| Sains Gunaan |
|
| Sains Teknologi / Teknologi Maklumat |
|
| Kejuruteraan |
|
| Lain-lain |
|
(
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Monday, June 29, 2009
|
]
CARA MEMOHON, SEMAKAN, TAWARAN DAN RAYUAN
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.0 Cara Membuat Permohonan
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua ( 2 ) cara permohonan iaitu :
- Permohonan Secara Manual (PSM)
- Permohonan Melalui Internet (PMI)
Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. (
Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja).
2.0 Tarikh Tutup- Tarikh tutup bagi kemasukan sesi 2010/2011 ialah pada 10 Oktober 2009.
- Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
3.0 Semakan Permohonan & Membetulkan MaklumatPelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu
www.moe.gov.my pada
awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
4.0 Semakan Keputusan PermohonanPelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu
www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan
April 2010 untuk mengetahui status permohonan.
5.0 Surat Tawaran dan PendaftaranSurat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan
Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
6.0 Membuat RayuanBagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama
dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
(
Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Monday, June 29, 2009
|
]
PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT)
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. Pengambilan
Program ini ditawarkan kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi tidak terpilih bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST).
2. Pendaftaran
Pendaftaran bagi program ini ialah kira-kira sebulan selepas pendaftaran Program Matrikulasi Satu Tahun dijalankan iaitu pada bulan Jun 2010.
3. Modul Pengajian Program Dua Tahun (PDT)
Dua modul pengajian disediakan. Pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan mengambil Modul I atau Modul II semasa tahun pertama, manakala pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi dalam SPM hanya dibenarkan mengambil Modul II.
Modul Pengajian PDT
| Mata Pelajaran diambil dalam SPM | Tahun Pertama | Tahun Kedua (mata pelajaran wajib digugurkan) |
| Biologi * (boleh ambil Modul I atau Modul II) | Modul I 1. Fizik 2. Kimia 3. Matematik 4. Biologi 5. Bahasa Inggeris | Biologi @ Fizik |
| Tanpa Biologi (Modul II sahaja) | Modul II 1. Fizik 2. Kimia 3. Matematik 4. Sains Komputer 5. Bahasa Inggeris | Sains Komputer |
Pada tahun kedua pelajar wajib menggugurkan satu ( 1 ) mata pelajaran mengikut modul yang diambil seperti berikut:
- Modul I : Biologi atau Fizik
- Modul II : Sains Komputer
Kokurikulum merupakan mata pelajaran wajib dan perlu lulus bagi kedua-dua modul. Pada tahun kedua, pelajar Program Matrikulasi Dua Tahun akan mengikuti pengajian yang sama seperti pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun.
4. Syarat Kelayakan Minimum Program Dua Tahun(PDT)
Mendapat keputusan berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 1. | 6C | Bahasa Melayu |
| 2. | 6C | Bahasa Inggeris |
| 3. | 6C | Matematik |
| 4. | 6C | Kimia |
| 5. | 7D | Matematik Tambahan |
| 6. | 6C
| Dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut: Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan) |
(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Monday, June 29, 2009
|
]
KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2009. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
Bagi mengikuti Jurusan Teknikal (M007) :
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.
Catatan :
Pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon Program Matrikulasi.
(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Monday, June 29, 2009
|
]
SYARAT KELAYAKAN MINIMUM
PROGRAM KURSUS MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. Syarat Kelayakan Minimum
a) Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :
Jurusan Sains (M001)
- 6C Bahasa Melayu
- 6C Bahasa Inggeris
- 4B Matematik
- 6C Matematik Tambahan
- 6C Kimia
- 6C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
- * Fizik
- * Biologi
- * Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan>
Jurusan Perakaunan (M003)
- 6C Bahasa Melayu
- 6C Bahasa Inggeris
- 6C Matematik
- 7D Matematik Tambahan
- 6C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
- * Prinsip Perakaunan
- * Ekonomi Asas
- * Keusahawanan
- * Perdagangan
- * Sains Tambahan
- * Fizik
- * Kimia
- * Biologi
- * Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
Aliran Teknikal (M007)
- 6C Bahasa Melayu
- 6C Bahasa Inggeris
- 4B Matematik
- 6C Matematik Tambahan
- 6C Kimia
- 6C Fizik
- 6C Lukisan Kejuruteraan
- 6C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
- * Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau
- * 4B Teknologi Kejuruteraan
2. Penempatan
Penempatan pelajar akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Monday, June 29, 2009
|
]
LATAR BELAKANG & KONSEP
PROGRAM KURSUS MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. Latar Belakang
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua program matrikulasi / asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ). Pada sesi 1999 / 2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998. Mulai sesi 2000 / 2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Asasi Sains UM dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Permohonan Melalui internet ( PMI ) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004 / 2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) dan Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) sebagai projek perintis. Kini untuk sesi pengambilan 2010 / 2011 penggunaan PMI telah meningkat kepada 80 peratus daripada jumlah permohonan berbanding dengan permohonan secara manual ( PSM ).
2. Konsep
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester.
Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama.
Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.
3. Tempat Pengajian
Program Matrikulasi ini dijalankan di 12 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.
(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...