Showing posts with label Schools - SM Teknik. Show all posts
Showing posts with label Schools - SM Teknik. Show all posts
| 7 comments ]

Berikut antara panduan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Vokasional & Sekolah Menengah Teknik Sesi Tahun 2011.

1. SYARAT UMUM

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010
  • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

2. CARA MEMOHON
  1. Permohonan mula dibuka pada 4 Oktober 2010.
  2. Permohonan hendaklah dibuat secara online. Sila klik SPTV pada ruangan aplikasi atas talian Kementerian Pelajaran Malaysia dengan melayari laman web www.moe.gov.my. Laman penuhya ialah: http://esptv.moe.gov.my/2010/ <-- klik sini
  3. Pemohon adalah digalakkan membuat permohonan awal.
  4. Setiap permohonan hanya dibenarkan membuat pilihan satu program, satu sekolah dan dua kursus sahaja.

3. MENGUBAHSUAI PILIHAN PERMOHONAN
  • Setiap permohonan boleh diubahsuai sehingga 26 November 2010.
4. RAYUAN KEMASUKAN
  • Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.
5. KEMUDAHAN ASRAMA
  • Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/SMV kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Sebelum membuat permohonan online, calon dicadangkan meneliti
LAMPIRAN
(Senarai sekolah / Panduan Permohonan / Kursus 2011)
di laman berkenaan
terlebih dahulu
agar keputusan diambil
adalah sesuai dan tepat.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 68 buah Sekolah Menengah Teknik di seluruh negara akan distruktur semula untuk dijadikan Sekolah Menengah Vokasional menjelang 2012.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia bagi menampung keperluan pelajar dalam bidang kemahiran selain untuk mengelakkan persepsi "second class" kepada sekolah vokasional.

"Usaha kita sekarang adalah untuk menukar balik sekolah teknik ini kepada sekolah vokasional dan menjelang 2012 sebanyak 68 buah sekolah teknik akan menjadi sekolah vokasional.

"Sebab itu kita kena memantapkan mutu pendidikan vokasional di negara ini dan kita tak mahu orang melihat sekolah vokasional ini kelas kedua," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar bagi Parlimen Dungun dan program Juara Rakyat di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun di sini, hari ini.

Katanya, sekolah vokasional sebelum ini diwujudkan dengan tujuan memberikan kemahiran kepada pelajar yang kurang meminati bidang akademik.

Selain itu beliau berharap kursus yang ditawarkan di sekolah aliran vokasional mampu menepati kehendak pasaran kerja.

"Kita berharap kursus di (sekolah) vokasional ini boleh menawarkan bidang yang memberi peluang pasaran kerja kepada mereka, contohnya bidang penerbangan.

"Kalau di Indonesia, bagi mereka yang mengambil kursus vokasional bidang penerbangan ini, industri sedang menunggu mereka untuk diambil bekerja," katanya.

Mohd Puad berkata, setakat ini sekolah vokasional belum lagi menawarkan bidang berkenaan dan kementerian sedang mengkaji untuk mewujudkan bidang tersebut.

Pada 1 Disember tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan membina lebih banyak Sekolah Menengah Vokasional di seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran dilaporkan berkata bahawa penguasaan dalam bidang vokasional dapat memenuhi keperluan tenaga mahir yang begitu mendesak ketika ini untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

(Sumber: Bernama - 26/1/2001 - 16:50pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Seremban

SMTTJ mendapat taraf Sekolah Kluster dua tahun lalu

SEBAGAI sebuah sekolah menengah aliran teknik terkemuka di negara ini, Sekolah Teknik Tuanku Jaafar (STTJ), Seremban sentiasa memberi penekanan aspek kebitaraannya bagi mencapai visi menjadi institusi cemerlang bertaraf dunia menjelang 2012.

Pengetuanya, Arshad Md Yusof, berkata kebitaraan itu termasuk reka cipta dan Inovasi, sukan sofbol serta bola jaring sentiasa dipantau pencapaiannya lebih-lebih lagi selepas mendapat taraf Kluster dua tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya terus memberi fokus bidang akademik apabila berjaya mencatat keputusan lulus 100 peratus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak lima tahun lalu.

“Pada masa sama kami menggalakkan kerjasama di kalangan 721 pelajar dan 63 tenaga pengajar dalam setiap kegiatan dijalankan,” katanya kepada Berita Harian.

Mengenai pemilihan kebitaraan, Arshad berkata, sukan sofbol dipilih berdasarkan tradisi kecemerlangan dicapai STTJ yang menjadi juara peringkat negeri 10 tahun berturut-turut dari 1987 hingga 1997 di bawah jurulatihnya, Radin Khalid Radin Husin.

SMTTJ mendapat taraf Sekolah Kluster dua tahun lalu.

Katanya, kemampuan pasukan itu mengekalkan pencapaian cemerlang diteruskan apabila menjuarai kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan pada Kejohanan Antara Teknik Seluruh Malaysia, Mei lalu.

Selain itu, katanya, sukan bola jaring juga mencatatkan kejayaan membanggakan apabila meraih naib juara peringkat kebangsaan pada 2006, 2007 dan 2008 pada Sukan Antara Teknik Peringkat Kebangsaan.

Sejajar moto ‘Teknologi Asas Kemajuan’ reka cipta dan inovasi dipilih STTJ dan ia memberikan kelainan kerana memfokus inovasi tenaga solar.

“Antara projek sedang dan sudah dijalankan termasuk penggunaan palang pagar utama pada pintu masuk sekolah, kincir air di Taman Suria STTJ dan pembinaan kereta yang diusahakan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sekali gus persediaan menyertai Kejohanan Cabaran Kereta Solar Antarabangsa di Australia pada 2011.

"Projek yang dilancarkan Mei lalu menarik minat Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi, seterusnya mencadangkan inovasi berkaitan reka cipta dan teknologi diperkenalkan di semua SMT pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, keperluan industri kini memerlukan ramai tenaga separuh mahir bidang berkenaan dan SMT mampu menyediakan keperluan asas dalam bidang kerjaya berkaitan.

Katanya, bagi meningkatkan pencapaian STTJ menjalin kerjasama dengan UTM, Universiti Teknikal Melaka, beberapa politeknik dan industri bagi berkongsi kepakaran disamping memotivasikan pelajar secara berterusan.

“Sekolah kami dipilih menyertai Projek GenYES (Youth & Educators Succeeding) anjuran Malaysian Student Technology Leaders (MYSTL) yang memilih Malaysia sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara menjadi perintis projek ini.

“Program membabitkan 30 pelajar bertujuan membantu guru menyelesaikan masalah berkaitan komputer sebagaimana dilaporkan laman web GenYES,” katanya.

Menurut beliau, MYSTL banyak membantu sekolah meningkatkan perkakasan komputer dan kemahiran pelajar serta guru dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

SMT premier yang menjadi pilihan lulusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah termasuk SMT Johor Bahru, Johor; SMT Bukit Piatu, Melaka; SMT Cheras, Kuala Lumpur; SMT Kuantan, Pahang; SMT Ipoh, Perak; SMT Batu Lanchang, Pulau Pinang; SMT Alor Setar, Kedah dan SMT Kuala Terengganu, Terengganu.

INFO: Pencapaian STTJ
  • Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 2003
  • Johan 3K Peringkat Kebangsaan 2003
  • Naib Johan Negeri Sofbol 2006
  • Anugerah Koperasi 5 Bintang 2006
  • Anugerah Khas Koperasi Peringkat Negeri 2007
  • Anugerah Dewan Makan Asrama Terbaik Negeri 2008
  • Johan Sofbol Negeri 2009.

(Sumber: Berita Harian - 24/06/2009 - but BHarian missed something)

Congrates PakLang, the principal who strived for the best achievement of all - 2003! Read his article to know how STTJ has gone through years of acid test (1999-2005).

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 43 comments ]

Semakan keputusan tawaran kemasukan ambilan pertama ke SMK Teknik bagi sesi pengajian 2009/2010 telah diketahui. Pemilihan bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik adalah di bawah keputusan Jawatan kuasa Pemilihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Keputusan tersebut adalah muktamad. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal, janganlah gundah.

Calon yang gagal tetap diberi peluang membuat rayuan, bergantung kepada kekosongan. Kaedah membuat rayuan ke SMK Teknik adalah mudah, tidak sesukar seperti rayuan ke SBP dan MRSM. Ok, ikut langkah-langkah berikut.

1. Fotostat Kad Pengenalan (IC) dan slip keputusan PMR - di mana-mana kedai.
2. Dapatkan pengesahan salinan tersebut dari pejabat sekolah anda.
3. Dapatkan nombor telefon SMK Teknik yang berhampiran/yang diminati. Telefon.
    • Senarai alamat semua SMK Teknik/no. telefon boleh didapati di laman ini. <-- klik. 
    • Gunakan masa telefon secara optimum, sebaik mungkin. Beri salam, perkenalkan diri. Tanya terus: bagaimana membuat rayuan? - apakah dokumen diperlukan?  - adakah perlu buat surat rayuan rasmi? - jika perlu buat surat rasmi, kepada siapakah surat itu ditujukan? etcs. Jika selesai, ucap terima kasih & salam.
    • Jika kes calon yang telah berjaya dalam tawaran ambilan pertama dan ingin membuat pertanyaan tentang pertukaran sekolah/bidang/kursus dan sebagainya - telefonlah kedua-dua sekolah. Pertanyaan terus dari sumber asalnya tentu lebih sahih - khususnya berkaitan kekosongan tempat.
4. Surat/Borang Rayuan Rasmi.

Jika pihak sekolah itu memaklumkan bahawa perlu buat surat rayuan rasmi, maka tulislah sepucuk surat. Pastikan kepada siapa surat itu dialamatkan telah diketahui semasa membuat pertanyaan telefon tadi. Jika tak tahu format, rujuk guru Bahasa Melayu di sekolah. Bagaimanapun, sesetengah SMK Teknik telahpun menyediakan borang khas untuk rayuan. Jika sistem borang ini digunakan oleh sekolah yang anda ingin buat rayuan, terus ke nombor 5.

5. Pergi ke sekolah berkenaan - serahkan dokumen. Jika sekolah itu menyediakan borang rayuan, lengkapkan borang itu di sana dan lampirkan bersama salinan 2 dokumen (IC & slip PMR). Jika sekolah itu mahu anda menulis surat rayuan sendiri, bawa surat berkenaan dan serahkan surat rayuan itu bersama lampiran 2 dokumen tadi.

* Nota: 
- serahan tangan lebih baik dari serahan pos.
- urusan pejabat sekolah - biasanya 8.00am - 1.00pm; 2.00pm - 5.00pm.

Semoga membantu. Selamat Maju Jaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 20 comments ]

Semakan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Tahun 2009 sudah dibuka ( bermula 10/02/2009 sehingga 06/03/2009). Semua calon lepasan PMR 2008 yang memohon boleh menyemak di laman web berikut.

Klik sini  <>> Aplikasi Semakan Online SM Teknik / Vokasional 2009 <<> 

Untuk makluman lanjut berkaitan hari pendaftaran, dan beberapa statistik terlibat, sila rujuk kenyataan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun yang telah dikeluarkan sebelum ini. 

Hanya 32,200 sahaja bakal dipilih berbanding lebih 250,000 pemohon. Nampak? Tak sampai 13% sahaja yang berjaya. Kepada yang berjaya, bersyukurlah. Bagi yang tidak berjaya, bersabarlah.

Dalam SPM kelak, semua akan bersaing lagi. Teguhkan semangat, dan terus berusaha.

Selamat Maju Jaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 8 comments ]

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun, mengumumkan bahawa lebih 250,000 permohonan telah diterima secara online daripada lepasan PMR sehingga semalam. Bilangan ini dijangka meningkat sehingga esok (15/01/09) yang merupakan tarikh tutup permohonan, setelah dibuka sejak 18 Oktober lalu.

Apa yang menariknya, hanya 32,370 tempat sahaja disediakan di 90 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh negara. Jika dianalisa, nampaknya kira-kira 13% pemohon sahaja yang bakal menerima tawaran, dan 87% lagi tetap meneruskan pembelajaran di sekolah asal.

Untuk makluman: Tarikh semakan secara talian akan dibuka mulai hari Selasa, 10 Februari, manakala tarikh pendaftaran kemasukan pelajar baru secara serentak di semua SMT pada hari Isnin, 23 Februari, 2009.

Daripada keseluruhan 32,370 tempat di SMT, peruntukan 12,210 tempat untuk aliran teknik, vokasional (15,500) dan kemahiran (4,660).

Ya, data yang diumumkan di atas tentunya belum ditapis, mungkin ada yang tidak cukup syarat minimum permohonan dan mungkin bilangannya kecil. Cuma PakTeh rasa, sebahagian pemohon belum betul-betul nampak apa sebenarnya bentuk pendidikan yang dipohon oleh mereka, apa potensi pendidikan seterusnya serta arah kerjaya masa depan. Pilihan ke SMT bermakna kita telah mengarahkan fokus masa depan ke satu arah tertentu dan menafikan bakat dan peluang kita yang mungkin lebih cerah jika kekal di sekolah harian biasa.

Sekolah harian biasa memberikan peluang lebih luas meliputi aliran sains, kemanusiaan, mata pelajaran vokasional (MPV) dan ada yang beraliran agama. Di sekolah harian biasa juga, anda boleh mendaftar maksimum 25 subjek untuk SPM (jika memang power!) berbanding had-had bilangan tertentu di SMT apatah lagi SBP/MRSM. Sekolah harian biasa juga sentiasa cuba menawarkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan sebaiknya untuk anda semua.

Di sekolah sekarang, anda tetap boleh belajar seperti biasa, makan masakan ibu setiap hari (tentu sedap, kan?) dan ada waktu senggang untuk beriadah bersama rakan setiap hari. Cuma, perlukan sedikit disiplin diri yang sepatut telah wujud bagi pelajar yang matang dalam usia 16 tahun. Anda sepatutnya tahu mengurus masa anda sendiri. Sebab itu, tanpa disiplin dan kemahuan kental, terdapat sebilangan pelajar SMT memohon berpindah semula ke sekolah harian biasa. Dan ianya bukan mudah! perlukan kelulusan dari Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ingat, apabila tempat ditawarkan pada anda, bermakna tempat telah disediakan untuk menikmati pendidikan selama 2 tahun di SMT berkenaan (termasuk kemudahan asrama. ia juga bermaksud akan ada orang lain yang betul-betul berminat nak masuk tetapi gagal disebabkan anda yang berjaya mendapat tempat. Jika anda belajar dan kemudian tidak berasa sesuai dengan pendidikan teknikal/vokasional - fikirkan betapa kasihanya pada calon kemasukan ambilan kedua (jika ada) kerana tertinggal pelajaran di awal sesi.

Jadi, jika anda masih kabur dengan cita-cita sendiri, keliru mengapa memohon ke SMT, memohon kerana terikut rakan-rakan, memohon kerana suka-suka; baik timbang semula. Jumpa guru bimbingan & kaunseling sekolah, bincang dengan ibu bapa, fikir dalam-dalam - dan buat keputusan. Masa depan kita di tangan Tuhan, tetapi akal diberi untuk kita memilih jalan.

Selamat berjaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 17 comments ]

Permohonan | Semakan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi tahun 2009 dilakukan secara online. Pemohon lepasan PMR 2008 sebaiknya memahami tentang aliran dan kursus di SMT agar selari dengan minat dan bakat masing-masing di samping memastikan telah melepasi syarat minimum untuk permohonan tersebut.


Berikut adalah syarat kelayakan akademik di Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia mengikut kategori aliran kursus berikut:
  1. Aliran Teknik
  2. Aliran Vokasional
  3. Aliran Kemahiran

Kelayakan Akademik Aliran Teknik

 
Kursus


Pencapaian PMR Tahun 2008
Syarat Kelayakan Minimum 

 

1. Kejuruteraan Mekanikal

2. Kejuruteraan Awam

3. Kejuruteraan Elektrik

4. Perdagangan

5. ERT (Pengurusan Makanan)

6. ERT (Pengajian Pakaian)

7. Pertanian (Sains Pertanian)

8. Pertanian (Pengajian Agroteknologi)


Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut:

 

1

2

3

4

 

B

B

B

C

 

 

  (i). Bahasa Melayu

 (ii). Matematik

 (iii). Sains

 (iv). Kemahiran Hidup


DAN 

3 (tiga) C dalam matapelajaran lain termasuk Bahasa Inggeris


Kelayakan Akademik Aliran Vokasional


   KELAYAKAN ALIRAN VOKASIONAL 


Kursus


Kesesuaian
Jantina 


Pencapaian Mata Pelajaran PMR Tahun 
2008
Syarat Kelayakan Minimum


1. Pengaturcaraan Komputer

Lelaki 

Perempuan


Mendapat pencapaian minimumdalam semua mata pelajaran berikut:

i. Bahasa Melayu .......... C

ii. Sains ......................... C

iii. Matematik ................. B

iv. Kemahiran Hidup ...... C 

dan minimun gred D dalam mana-mana 1 (satu) matapelajaran lain 


2. Automotif

3. Elektrik & Elektronik

4. Penyejukan dan Penyamanan Udara

5. Fesyen

6. Katering

7.Pengurusan Teknologi Pejabat

8.Pengurusan Perniagaan

 


Lelaki 
&
Perempuan

Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut:

i. Bahasa Melayu ........... C

ii. Sains ......................... C

iii. Matematik.................. C

iv. Kemahiran Hidup ...... C

dan minimum gred D dalam mana-mana 1 (satu) matapelajaran lain 


7. Amalan Bengkel Mesin

8. Kimpalan 

9. Binaan Bangunan

10. Bakeri

11. Hortikultur Hiasan dan Lanskap

12. Kejenteraan Ladang

13. Pengurusan Ladang


Lelaki 
&
Perempuan



Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut:

i. Bahasa Melayu .......... C

ii. Sains ......................... D

iii. Matematik ................ D

iv. Kemahiran Hidup ..... C

dan mendapat minimum gred dalam mana-mana 1 (satu) matapelajaran lain. 


14. Seni Kecantikan 

15. Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak- Kanak


Perempuan
Sahaja

Kelayakan Akademik Aliran Kemahiran


     KELAYAKAN ALIRAN KEMAHIRAN
Bidang
Kursus
Pencapaian PMR Tahun 2008
Syarat Kelayakan Minimum
Mekanikal

1. Pemesin Am

2.Jurukimpal Arka Logam Berperisai

3. Pelukis Pelan Mekanikal

4. Mekanik Kenderaan Bermotor

5. Penyejukbekuan dan Penyaman Udara - Domestik

a. Telah menduduki peperiksaanPMR 2008

Awam


6. Pembuat Perabot

7. Jurubina Bangunan

8. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu

9. Jurukerja Paip

10. Pelukis Pelan Senibina

Elektrik


11. Juruteknik Elektrik Rendah

12. Juruteknik Rendah Elektronik Industri - Peralatan

ERT


14. Pembantu Penyediaan Makanan

15. Pembuat Pakaian Wanita

16. Pendandan Rambut Muda

17. Jurukecantikan

Pertanian

18. Juruteknik Rendah Akuakultur

19. Pekerja Ladang Pertanian


Semoga berjaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 24 comments ]

Semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) boleh diketahui keputusan secara online mulai 10 Februari, 2009. Ini diikuti oleh pendaftaran kemasukan pelajar baru serentak di semua SMT pada 23 Februari, 2009.
 
Ini diumumkan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun semalam.

Seramai 32,200 lulusan PMR 2008 akan ditawarkan memasuki Tingkatan Empat di 88 buah SMT seluruh negara untuk sesi pengajian 2009-2010. Dari jumlah itu, 12,210 tempat dalam aliran teknik, vokasional (15,330) dan kemahiran (4,660). Dari segi kursus ditawarkan, terdapat 8 kursus dalam aliran teknikal, 17 (vokasional) dan 18 (kemahiran).

Setakat ini, lebih 176,000 permohonan diterima sejak tawaran kemasukan diiklankan pada 18 Oktober lalu. Dijangka ianya akan terus meningkat menjelang tarikh tutup permohonan pada 15 Januari depan, terutama setelah PMR diumumkan. Calon berjaya akan memasuki 60 SMT yang menjalankan kursus dalam tiga aliran itu, di samping 28 SMT lain yang hanya menyediakan kurus aliran vokasional serta kemahiran.

Semakan kelak boleh dibuat pada laman Aplikasi Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Teknik di Kementerian Pelajaran Malaysia, laman yang sama dengan permohonan yang dibuat sebelum ini.

Kini, semakin ramai pelajar berminat memasuki SMT yang bukan sahaja membuka peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, tetapi juga menyediakan mereka memasuki pasaran kerja. Semoga berjaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 6 comments ]

Permohonan ke Tingkatan Empat di SMK Teknik boleh dibuat secara online di pautan Sistem Permohonan Dalam Talian Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • Tarikh Tutup : 15 Januari, 2009
Rujuk dahulu syarat kelayakan minimum PMR 2008 diperlukan mengikut kursus bidang Teknik, Vokasional atau Kemahiran yang ditawarkan sebelum mengisi permohonan di laman berkenaan.

Jika perlu buat perubahan pilihan jurusan, kursus atau sekolah agar bersesuaian dengan keputusan PMR 2008, hendaklah sebelum atau pada 1 Januari, 2009.

Semakan keputusan permohonan juga boleh dibuat di laman berkenaan, dijangka hujung Januari atau awal Februari, 2009.

UPDATE !! 
Semakan keputusan SMK Teknik : 10 Februari, 2009
Pendaftaran di SMK Teknik : 23 Februari, 2009
Klik sini untuk MAKLUMAN LANJUT..

Baca Selengkapnya (Read More)...