Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
| 5 comments ]

Khamis: 17 Julai, 2008
Sepanjang cuti persekolahan penggal kedua (24.5.2008 - 7.6.2008) lalu, Pak Teh sekeluarga dan MakLong ke Tanah Suci menunaikan umrah. Kami naik penerbangan Etihad Airways, syarikat penerbangan Emirate Arab Bersatu (Abu Dhabi). Pergi dengan Darul Mubarak Travel & Tours, Bota Kanan - bossnya Ustaz Muhd. Ismi. Pernah pergi dengannya sebelum ini 2 kali, bagus layanannya. Kemudahan bas disediakan dari Bota. Mulanya nak pergi dengan Saudi Airlines (terus ke Madinah) tapi batal sebab kena ambil cuti rehat 3 hari sebelum cuti sekolah, dan ganggu Zaim yang sedang hadapi peperiksaan ketika itu. Kalau naik selain Saudi Airlines atau MAS, bermakna kita kena transit le dulu di negara syarikat berkenaan.

Bertolak dari Pantai pada pagi Sabtu (24.5) - dua kereta. Kereta kami, sekeluarga dan kereta Azilah - PakLong, Aman, Jie sekeluarga. Tiba di rumah PakLang 2pm, untuk berehat sekejab. Akim dan isterinya, dah lama tiba dari Johor. Kami kena tiba ke KLIA 5pm, kerana flight 9.00pm. Biasanya syarikat pakej pelancongan, memang minta pelanggannya tiba selewatnya 3 jam awal. Untuk urusan taklimat ringkas, penyerahan paspot dan bagasi sebelum ke balai berlepas.

Di rumah PakLang, hidangan nasi tomyam seri putrajaya cukup menyelerakan. Boleh tumpang mandi, solat dan berehat. Terimakasih MakLang & PakLang.

Pusing2 rumah PakLang, ada banyak pokok2 sayur dan buah ditanam. Tangan PakLang ni memang green hands. Apa ditanam, selalunya hidup dan subur. Yang menariknya, rumputnya lebih kehijauan berbanding rumput jiran2 yang kekuningan. Juga teknik penanaman PakLang juga unorthodox, dia guna sungkup rumput kering dan sabut kelapa sebagai pelembap tanah dan fertiliser. Dia ada banyak buku rujukan berkaitan bercucuk tanam.

Tanya PakLang:
  1. macamana rumputnya lebih hijau dan tanahnya lebih hitam, berbanding jiran?
  2. mana dia dapat rumput kering dan sabut kelapa di Putrajaya?
Jawapan PakLang:
  1. dia siram air halaman belakangnya dengan paip getah waktu malam.
  2. sabut kelapa, diimpot dari Sitiawan/Pantai. rumput kering, dengan menggunting rumput2 panjang dari halaman belakang. Hobi menggunting rumput adalah waktu petang atau malam. Kekadang sorang, kekadang berdua.
Memang PakLang seorang ahli botani yang hebat. Dia amalkan ilmu yang dia ada.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Esok, PakTeh balik sekolah lewat sedikit. Ada urusan untuk menyediakan tapak 10 saluran pusat mengundi di sekolah. Lepas tu, selepas 3.30 pm baru bergerak dari rumah ke asrama Zaim Syahmi. Dia call petang tadi, semua pelajar dah boleh balik rumah bercuti mulai pukul 1.00pm.

Petang tadi, MakTeh dapat SMS MakLang, pesan serai & bunga kantan. Alamak, baru teringat - lama tak jenguk, rugi beberapa kuntum yang dah terlebih matang. Nampak pelik la bunga kantan di musim cuaca tak menentu ni. Tak berapa lawa & sihat nampaknya. Serai pula tiada stok nampaknya. Pukul 6pm tadi, keluar dating dgn MakTeh dengan kapcai ke rumah Tok Bt. 51. Haha.. cabut terus beberapa rumpun serai di situ. Moga2 boleh jadi benih ke Putrajaya. Esok, kalau sempat & teringat - nak bawa sekali benih bunga kantan serta pandan.

Di Batu 51, ada PakNdak yang sedang pantau projek cendawan. PakNjang suami isteri sibuk sikit di musim pilihanraya ni. Menurut PakNdak, belum ada perkembangan baru projek, melainkan bekalan stok2 benih baru (yg dah di-email fotonya ke PakTam) dah disimpan dalam rak2 di bilik kosong rumah bawah, sebelah bilik Tok.

Jenguk2 di belakang rumah Tok, rupanya musim kekabu dah bermula. Siapa nak dapatkan kekabu untuk buat bantal peta baru atau bantal peluk guling - boleh ke Bt. 51 sekarang.. haha. Tak tahu kenapa, pokok kekabu rumah Tok dah kurang daun. Macam suasana musim winter pula..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Sejak kelmarin, PakTeh ke Selangor. Tidur malam kelmarin di Kg. Pulau Meranti,Puchong. Rumah Tan, ipar iaitu abang MakTeh. Tujuannya, nak ke Putrajaya, hal SBP Zaim yang tak dapat. Walaupun dah buat rayuan dalam internet, tapi juga tinjau kenapa Zaim tak dapat. Pagi semalam, pegawai SBP check, rupanya Zaim tu ranking 15,021. Tu dia aih.. SBP pula ambil 5,000 sahaja dari 45,000.

Peliknya.. compare dengan sijil2 ori yg dibawa, macam ada yang tak kena dengan merit oleh SBP. Taktau silap guru pengisi di sekolah dia atau apa.. Tetapi segala salinan dokumen2 Zaim dah diberi lengkap pada guru kelasnya bulan Oktober lagi. Tetapi kalau fakta pendapatan, memang le kantoi kot. Jadi, pegawai di situ kata akan disemak semula, tetapi takkan dapat untuk 1st intake. Mungkin untuk 2nd intake..bulan 2. Entahlah, entah2 nak sedapkan hati je kot.. Memang ramai ibubapa yang datang 'bertanya khabar' setiap hari.. Tengoklah nanti macamana, ada rezeki atau tidak. Dah serah pada pegawai tu, surat rayuan rasmi + lampiran 35 salinan sijil2 Zaim yang berkaitan. Baru puas.. hehe.

Selesai urusan, dapat mesej PakLang tentang alamat barunya di Presint 14. Memang tahu, sejak semalam dia sekeluarga 'on the move'. Malam kelmarin pun dia menginap di Palm Beach. Dia nak uruskan hal-ehwal pendaftaran air, api dll sampai selesai, baru boleh balik raya. Alang2 di sana, PakTeh singgah juga ke rumahnya. Maaf PakLang, tuan rumah tak ada, PakTeh ter-parking dan ter-snap rumah. Ada tinggalkan mesej di pintu rumah sebelum beredar.

PakLang's new qtrs.

Selepas tu, berjalan2 sekitar Putrajaya. Sedikit kecewa, dapat 2 snap sahaja, lupa charge bateri kamera. Kemudian masuk Souq dan Medan Selera di pinggir tasik.

In front of Putra Perdana Building (Prime Minister's Office)

Bangunan Perdana Putra ini berada 50 meter dari aras laut. Dari situ, boleh lihat keseluruhan Tasik Putra. Kompleks ni mengandungi Pejabat2 VVIP seperti Perdana Menteri, Timb. Perdana Menteri, Menteri & Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Ketua Setiausaha Negara. Bangunan Perdana Putra ini, Perdana Walk & Dataran Putra adalah komponen2 utama yang membentuk Presint 1 Putrajaya.

Kemudian kami mula pulang. MakTeh akan bertugas di sekolahnya esoknya, dan PakTeh pun nak elak langkau malam untuk tiba di Pantai. Dalam perjalanan balik di Sg. Besar, dapat call dari PakLang. Dia mengesahkan kehadiran kami di rumah tersebut dari mesej di pintu rumahnya. Ada bagitau, dah tangkap gambar rumahnya.. Katanya: "Uih, tangkap dah!? Nak masuk dalam blog dah!?". Hehe. Dah takdir, kami tak dapat bertemu walau dah berada di kawasan yang sama sepanjang pagi itu. Semoga berjumpa lagi di Hari Raya Aidil Adha, Insya Allah.

Baca Selengkapnya (Read More)...