[Sunday, January 17, 2010
|
]
Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memperluas sistem pendidikan berteraskan konsep Ulul Al-bab di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara.
Pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu bertujuan bagi melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang dalam bidang pendidikan, malah mempunyai sahsiah diri yang tinggi untuk dunia dan akhirat.
Beliau berkata setakat ini sistem pendidikan berteraskan konsep itu sudah diperkenalkan di MRSM Kota Putra, Besut, Terengganu dan MRSM Gemenchih, Negeri Sembilan.
"Konsep pendidikan Ulu Al-Bab ini lebih merupakan sistem tambah nilai kepada sistem pendidikan yang sedia ada di MRSM di seluruh negara, bagi melahirkan pelajar yang bukan saja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga memiliki sahsiah diri yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas di majlis kesyukuran MRSM Pasir Tumboh yang muncul sebagai MRSM terbaik di seluruh negara dalam peperiksaan Penilaian Menenegah Rendah (PMR) tahun lepas.
Idris berkata sebuah lagi MRSM seumpama itu akan diwujudkan di utara negara, bagaimanapun tempatnya masih belum diputuskan lagi.
Menurutnya setakat ini MARA mempunyai 42 MRSM di seluruh negara, tidak termasuk empat hingga lima buah yang masih dalam pembinaan.
"Kami akan menambah beberapa buah lagi MRSM, termasuk di Malaysia Timur bagi menampung keperluan pelajar yang kian meningkat setiap tahun," katanya.
Mengenai kejayaan pelajar MRSM dalam peperiksaan PMR tahun lepas, Idris berkata ia berkat daripada kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan semua pihak, termasuk tenaga pengajar, ibu bapa dan pelajar sendiri.
(Sumber: Bernama - 17/1/2010 - 17:04pm)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Wednesday, March 04, 2009
|
]
Mulai tahun ini, Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) swasta sebagai tambahan kepada 42 maktab sedia ada di seluruh negara.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, penubuhan MRSM itu yang mendapat sokongan kewangan sektor swasta penting bagi menampung permohonan pelajar bumiputera yang semakin meningkat.
"Tahun lalu, Mara menerima lebih 40,000 permohonan daripada pelajar bumiputera tetapi sekadar mampu menyediakan tempat kepada 11,000 pelajar memandangkan bajet yang terhad.
"Oleh itu, penubuhan MRSM swasta ini akan membantu meningkatkan bilangan pelajar bumiputera menuntut di maktab berkenaan dengan yuran pengajian yang masih dalam peringkat perbincangan."
“Siapa nak masuk (MRSM swasta) kena bayar, kemasukan bukan untuk orang kaya saja, tetapi orang miskin yang mampu atau sanggup untuk bayar. Kelayakan masuk juga akan dikaji , katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan dan Latihan Mara 2009 yang menghimpunkan lebih 100 pegawai atasan Mara bersama beberapa tokoh pendidik dan pelatih profesional di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin.
Mengulas lanjut, kata Noh, buat masa ini, Mara sedang berbincang dengan Bank Rakyat yang memiliki lebih 800,000 ahli untuk membina MRSM swasta. Institusi kewangan itu akan membina bangunan berharga RM80 juta di atas tanah seluas 20 hektar manakala Mara berperanan menyediakan tenaga pengajar selain program pembelajaran. Jumlah perbelanjaan bagi seorang pelajar termasuk yuran di MRSM swasta ini dianggarkan RM5,000 setahun.
Noh berkata, penubuhan MRSM swasta yang pertama itu dijangka akan dibina di Tanjong Karang, Selangor.
Kata beliau, Mara berharap dapat bekerjasama dengan lebih banyak firma terutama syarikat milik kerajaan (GLC) dalam membangunkan MRSM swasta.
"Ini kerana jenama MRSM semakin diyakini setelah berjaya melahirkan ribuan pelajar bertaraf dunia dan menjadi pemimpin pelbagai organisasi pada masa ini," ujarnya.
Mara mengambil 5,300 pelajar Tingkatan Satu setiap tahun berbanding permohonan yang diterima melebihi 23,000 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala pengambilan pelajar Tingkatan Empat pula seramai 6,000 setahun dengan permohonan yang diterima 19,000 orang.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Pada majlis yang sama, Noh mengumumkan rancangan Mara membeli kursi pengajian di 10 universiti terbaik dunia antaranya Universiti Harvard di Amerika Syarikat, Universiti Oxford dan Universiti Cambridge di United Kingdom serta Universiti Tokyo mulai tahun ini.
Jelasnya, pembelian kursi di universiti terkenal di luar negara yang dianggarkan berharga kira-kira AS$10 juta (RM37.1 juta) setiap satu akan memudahkan kemasukan pelajar Melayu ke pusat pengajian berkenaan.
"Apabila Mara ada kursi di universiti terkemuka itu, pelajar kita boleh masuk tanpa melalui tapisan ketat seperti dilakukan oleh Singapura," katanya.
Kini, kira-kira 10,000 pelajar tajaan Mara menuntut di universiti seluruh dunia termasuk mereka yang sedang mengikuti kursus automotif, komputer dan teknologi maklumat di Jerman, Perancis, United Kingdom, Jepun dan Korea Selatan.
(Sumber: Utusan Malaysia & Berita Harian: 04/03/2009)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Sunday, February 22, 2009
|
]
Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMa) untuk Sesi Julai 2009 telah dibuka. Ianya terbuka kepada pemohon lepasan SPM/SPMV/Sijil/STPM/Diploma/Setaraf.
Institusi-instutusi Pendidikan MARA terlibat termasuk:
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Friday, February 20, 2009
|
]
Karnival Pendidikan MARA kembali lagi menemui kita dengan penyertaan pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan Awam (IPTS & IPTA) serta pendidikan MARA (IPMa) yang menawarkan pelbagai info menarik mengenai program-program pengajian dan kerjaya terkini bagi lepasan sekolah dan individu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran.
TEROKAI JALUR KERJAYA ANAK-ANAKRujuk tarikh-tarikh dan tempat berikut untuk maklumat lanjut.
ZON TIMUR
7 & 8 Mac 2009 : (Sab & Ahad) 10.00 pg - 6.00 ptg
Kuantan Parade, Kuantan, Pahang
ZON KEBANGSAAN
13 – 15 Mac 2009 : (Jum, Sab & Ahad) : 10.00 pg – 6.00 ptg
Ruang Legar, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur
Zon SABAH
30 & 31 Mac 2009 : (Isn & Sel) : 9.00 pg - 5.00 ptg
Dewan Persidangan Wisma SESB, Karamunsing, Kota Kinabalu Sabah
ZON SARAWAK
3 & 4 April 2009 : (Jum & Sab) : 9.00 pg - 5.00 ptg
Sarawak Chamber Ballroom, Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak
ZON SELATAN
11 & 12 April 2009 : (Sab & Ahad) : 10.00 pg - 6.00 ptg
Melaka Mall, Melaka
ZON UTARA
15 & 16 April 2009 : (Rab & Kha) 10.00 pg - 6.00 ptg
Dewan Millenium, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Kunjungilah booth pameran Institusi Pendidikan MARA (IPMa), IPTA dan IPTS yang mengambil bahagian untuk mendapatkan info pendidikan tinggi melalui :-
Info Program Pengajian
- Info terkini mengenai program-program pengajian pra-u, diploma, ijazah, lepasan ijazah serta profesional daripada institusi pengajian yang mengambil bahagian.
Info Program Latihan Kemahiran
- Dapatkan maklumat tentang latihan kemahiran peringkat sijil dan diploma yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan kemahiran.
Kaunseling Pendidikan & Kerjaya
- Dapatkan khidmat runding cara daripada kaunselor-kaunselor terlatih dalam membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.
Temuduga Terbuka
- Temuduga terbuka bagi kemasukan ke institusi pengajian terpilih.
Pinjaman Pelajaran
- Maklumat secara langsung daripada penaja-penaja pembiayaan pelajaran.
TERBUKA KEPADA SEMUA & MASUK ADALAH PERCUMA
Untuk keterangan lanjut, hubungi
Bahagian Hal Ehwal Korporat MARA
03-2691 5111 sambungan 1309 atau 03-26903906/3650
atau faks 03-2692 7386.
www.mara.gov.my
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...