Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts
| 0 comments ]


Tadi baru perasan Neoworx Gadjet Total Visitors tunjukkan pelawat dah lebih sejuta orang. Entah betul atau tidak, Allahu A'lam. Ada kat bawah sebelah kanan blog ini.

Di ruang masa ini, PakTeh mengucapkan berbanyak terima kasih pada para pengunjung, yang setia atau yang sekadar menjenguk 'window shopping'. Atau juga yang tersesat dari carian Pakcik Google atau Uncle Yahoo. Selamat datang dan terima kasih.

Neoworx Gadjet

PakTeh pilih gajet Neoworx pada tahun 2007 kerana ia lebih 'reliable' - ia bermula dengan 0 pengunjung. Ini berbeza dari gajet-gajet lain yang boleh diubahsuai permulaan kiraan pengunjung., dan bukan real time. PakTeh suka juga melihat bendera-bendera negara pengunjung yang berputar secara 'scrolling'. Namun begitu, walau sesuka mana dengan Neoworx ini, PakTeh masih pakai yang free version.

Sejarah Blog

Blog ini bermula pada November, 1996 dengan satu post bertajuk 'Gear 1, 2, 3..'. Bagaimanapun entri tersebut telah di-delete tahun lalu sebab hanya berisi satu ayat 2 patah saja.. iaitu sama seperti tajuknya. Kemudian diikuti post ke-2 setahun selepas itu, pada 21 Oktober, 2007. Ketika itu, PakTeh diajak oleh adik-beradik untuk berblog bagi merapatkan hubungan dan bertukar berita secara bergambar. Antara yang teraktif ialah PakNgah dan PakTam.

Mula-mulanya, PakTeh menulis kisah famili dan sedara mara serta berita setempat. Akhirnya bercambah ke merata tempat malah suka pula memuatkan berita dan isu pendidikan negara.

Bagaimana pun, di kesempatan ini, PakTeh memohon maaf kerana terpaksa moderate komen. Kalau tidak, komennya terlalu melimpah dan sukar dikawal, belum termasuk spammers. Di samping itu, maaf juga jika lewat atau tidak menjawab komen anda. PakTeh juga ada kehidupan untuk dijalani seperti anda semua. Blog ini sekadar hobi dan ketika ada masa luang.

Harapan

Mungkin selepas 3-4 tahun ini, blog ini akan berubah sedikit. Mungkin kembali pada yang asal, atau mungkin pula lebih merapu.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 6 comments ]


Dilahirkan pada pagi Selasa: 16 September, di Kedah. Ayahnya Ramli dan ibunya Farah Salwiah, anak sedara PakTeh. Mengharungi malam dunia pertamanya pada malam penuh berkat Nuzul Qur'an - malam 17 Ramadhan. Perati lama-lama, ciri-ciri ke'macho'annya memang tinggi. Foto ini diambil pada usianya 9 hari, malam ini. Singgah ke rumah Tokwannya (PakNjang) di Bumi Hijau selepas tarawih di Masjid Pantai Remis. Majlis bercukur dirancang dalam bulan Syawal.

Walau nama belum didaftar; kata ibunya; cadangan nama oleh ayahnya ialah Ahmad 'Adly Syazwi. Lebih-kurang maknanya: Keharumanku Keadilanku yang Terpuji. Subhanallah.

Kakaknya pula - Adlina - amat sayang dengan adiknya. Tapi 'cara' sayang yang ditunjukkannya pula dah jadi masalah. Isunya, Along ni cukup lasak maka 'terlebih' geram dengan adiknya. Dia ragging @ pelekuh adik keciknya: digoncang tangan suruh "bye-bye", cabut stokin & sarung tangan adik; paling takut bila direntapnya bantal alas kepala adiknya. Adoi!. Memang ibu & toknya tak berani tinggai si-kecik tu sorang-sorang kalau alongnya 'belum tidoq @ jaga', setakat ini. hehe..

Cayang adik.. (ye ke tu?)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Khamis: 7 Ogos, 2008
Malam ini masih mencari gambar lama yang di-scan tahun lalu. Ada satu foto 1997 yang cukup rosak. Ada kesan lipatan, turun warna malah sebahagiannya dah nak koyak. Oleh kerana ada nostalgia, PakTeh cuba mempeghonek lagi dengan Photoshop.

Ini gambar asal yang telah dikecilkan saiz.

Ini pula hasil kedua yang dianggap siap.
Teknik digunakan adalah Crop (membuang sebahagian foto), Clone Stamp (mengubahsuai warna langit & merpati dan lain-lain kecacatan kecil) serta menambah sedikit Text. Itu sahaja. Bolehlah.. untuk semi-amateur macam PakTeh.

Mengimbau kembali foto itu, jelas merpati dua sejoli menjadi maskot bandar Sri Aman. Tentu ada kisah menarik di sebalik pemilihan maskot itu, kan PakNgah? Dalam gambar itu, semuanya nampak lebih muda. Bandar Sri Aman adalah bandar persinggahan Tok, kami dan serta PakNgah sekeluarga dalam perjalanan dari Bintangor ke Kuching. Jauh perjalanan tak dirasai, kerana ianya penuh dengan persekitaran baru; meninjau rumah panjang serta menyaksikan beberapa ekor ular tedung selar bergaduh di tengah jalan. Lebih 6 jam bawa Saga Merah manakala PakNgah dengan Wira Biru.

Seminggu di Sarawak - kami dibawa ke Sibu, Sarikei, Bintangor. Merasa naik tongkang hampir 1 km lintas Sg. Rejang, padahal di situ sungai itu sejauh lebih 500km dari muaranya semasa PakNgah ambil di airport Sibu. Juga di Kuching, melawat Kg. Budaya 1 hari. Menziarahi keluarga arwah Tn. Hj. Othman (mertua PakNgah) dan saudaranya. Makan malam bersama Zahari yang handsome, adik ipar PakNgah yang pernah datang ke Pantai waktu kecil & langsung bersunat tanpa dirancang. Teringat Zahari yang berjaya lulus lesen naik basikal waktu itu. (Pi jamban di hujung tanah pun dia naik basikal, haha). Kami juga melawat pekan Satok yang terkenal dengan ikan terubuk masin itu.

Akhir kata, berbanyak terima kasih atas layanan sepanjang ziarah Sarawak utk PakNgah sekeluarga. Juga terimakasih untuk PakLang kerana susahpayah hantar & ambil di tengah malam dari Shah Alam. Tambang murah pakej MAS masa tu hanya di dini hari. AirAsia atau Firefly masih belum wujud lagi.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Sabtu: 2 Ogos, 2008
Sejak sekolah rendah, si Zaim ini bercita-cita nak jadi pakar bedah. Sejak kecil, PakTeh dok perati tentang minat dia. Dia ni sedia maklum, malu-malu kucing. PakNgah kata, hihi.. "tertib lendit".

Zaim amat sukakan binatang. Umurnya 8 tahun, dia bawa balik seekor anak kucing (terketar2 lagi) balik sekolah sekolah agama petang, bubuh dalam raga depan basikalnya. Dia bagi susu. Kucing betina itu dinamakan Hurairah. Hurairah ini kemudiannya melahirkan 10 ekor anak. Sampai ada cucu. Zaman itu, PakTeh kena beli anak ikan temenung atau tamban 5 kilo seminggu untuk "haiwan ternakan" ini. Goreng guna deep frier yang dibeli khas. Pernah sampai 16 ekor mengiau keliling rumah.

Zaim tak geli dengan darah. Dia juga seronok kelebek2 anak2 kucing yang belum pun celik mata. Setiap kali Hurairah beranak, dia yang bagitau berapa jantan, berapa betina. Dia juga tiada masalah pegang cicak yang dilastiknya, goyang2 lagi depan mamanya yang penggeli, hihi. Juga tukang cekup buang bangkai tikus mati. Di sekolah rendah, dia suka subjek Sains, sebab suka buat eksperimen.

Awal tahun ini, PakTeh suruh dia daftar untuk masuk Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) sebagai pilihan unit beruniform sekolah menengahnya. Kot-kot dia boleh lasak sikit. Malangnya dia tak dapat unit itu, dah penuh. Yang dia dapat ialah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Hihi.. sekali lagi, menghala ke cita-cita awalnya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Petang hari Sabtu lepas, adalah Hari Sukan sekolah Zaim. Memang dah tahu dari surat yang diberi beberapa minggu lalu. Hari Jumaat hari tu, waktu Zaim telefon; PakTeh tanya, ada masuk acara apa? Katanya tak masuk apa-apa, masuk perbarisan saja, hehe. Katanya, abang2 senior hebat2 belaka. Kan kelas acaranya termasuk Form 1 - Form 3. Lagipun, masa latihan dan pemilihan wakil rumah sukan pula, semua murid diberi peluang sekali sahaja untuk tiap acara. Si Zaim terbatal pula untuk acara lompat tinggi & lompat jauh favourite-nya. Hrmm.. susah la macam tu. Ingat-ingat elok juga kalau semua murid dapat 3 kali peluang untuk acara padang yang mudah dan ringkas. Lainlah kalau acara balapan yang memang ambil masa.

Jadi, tak pergi la ke sekolahnya petang Sabtu tu. Zaim pun kata tak payah, sebab hari Ahad pagi memang dah cadang nak bawa dia outing sekaligus kenduri di Seri Iskandar tengaharinya.

Pukul 6.15 petang Zaim telefon. Katanya boleh balik bermalam. Sekolah cuti hari Isnin. Pengetuanya umum selepas tamat kejohanan hari sukan - bagi semua ibubapa yang hadir hari Sukan petang tu, boleh bawa balik anak masing2 bermalam. Wah Jadi 2 malam la, sebab cuti sampai Isnin. Tapi fikir2 campur dengan masa nak bertolak ke asramanya, isk rasa dah tak sempat. Kata kat dia, esok la outing. Awat la Pengetua tu tak umum awai2, kalau tidak tentu PakTeh pi tengok Hari Sukan tu... hehe.

Hari Sabtu, bawa dia outing ke Seri Iskandar - makan kenduri. Lepas tu, terus bawa dia balik. Dapat la dia bermalam 1 malam. Tengah malam tadi, layan dia masuk YouTube, katanya nak cari pasukan nasyid sekolahnya. Jumpa - rupanya pasukan sekolahnya Johan Kebangsaan tahun 2007. Tanya dia, awat yang suka sangat nasyid tu. Katanya, dia dah dipilih masuk pasukan nasyid Form 1 sekolahnya. Kena jadi penyanyi utama pulak tu.. Tanya dia cemana boleh jadi lagu tu? Rupanya ada beberapa kali abang senior dengar dia sesekali nyanyi lagu nasyid sambil jalan2. Terus kena ambil nama, hihi. Taktau la, rasa2 suaranya tak le sesedap mana. Boleh bagi galakan saja la. Akan lawan dengan sekolah lain yang ada KAA (Kelas Aliran Agama) beberapa bulan lagi.

Perkembangan terbarunya, akan ada pertandingan hafazan di sekolahnya tak lama lagi. PakTeh tanya dah berapa surah dah hafal. Tu la budak2 noo.. baru nak masuk 2 bulan di sana, udah Al-Mulk + As-Sajadah + separuh Al-Insaan. Yasin memang dia dah buleh sejak sekolah rendah. Otak budak2 ni cukup lekat banding dengan geng tua macam PakTeh (dan lain2 yg sewaktu) yang dah berkarat. Tapi PakTeh tak kasi Zaim masuk bertanding, sebab belum cukup persediaan. Ada lagi beberapa surah lagi yang belum selesai. PakTeh cadang agar dia masuk tahun depan, selepas selesai 8 surah (Yasin, Al-Mulk, As-Sajadah, Al-Insaan, Al-Jumu'ah, Al-Waqi'ah, Nuh dan As-Shoff) dan bila dah betul2 mantap.

Hari ni PakTeh letih. Sekolah ada beberapa program minggu ni - padat. Balik rumah pukul 5.00pm, dan terus hantar Zaim balik. Nampaknya, dia gembira walau tidur cuma semalam cuma. Apa tidaknya, sepanjang pagi tadi dia jenuh main game kat laptop & tengok cerita bola Astro.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 10 comments ]

Sekali tengok macam tak kenal.
Dua kali tengok macam gambar IC dedulu.
Tiga kali tengok macam kenal pula.
Siapa gerangan budak itu .. ?

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Semalam si Zaim telefon. Katanya, kalau datang ke asramanya hari Sabtu ini - tolong bawa kasut sukannya dan talipinggang yang tertinggal. Kasutnya dalam kereta, talipinggang di bilik. Memang kelam-kabut sikit dia hari Ahad lepas, cuma 5 jam saja di rumah sebaik balik dari Gerik. Masa tu la dia kena bersiap & pack barang. Mujur homework-nya siap sepanjang cuti hari tu. Teringat2.. rasa kesian pulak..

Semalam katanya, dia pergi ke latihan sukan - pakai kasut kulit hitam rasminya, sebab selipar tak boleh pakai. Waktu latihan sukan, dia buka kasut, berkaki ayam untuk berlari.. Selalunya hostel latihan rumah sukan, 2 kali seminggu. Isk.. kesian pulak..

Kemudian teringat pula seluar panjang sekolahnya memang beli besar sedikit. TokWan dulu beli kat PakTeh pun serupa, sebab kami akan semakin membesar. Jadi kalau beli besar sedikit, akan tahan lebih lama. Jadi.. bila bayangkan dia pakai seluarnya tanpa tiada talipinggang tu.. melondeh ka dia? Isk.. kesian lagi.

Balik kerja pukul 4.00pm, PakTeh dah letih. Tetapi bila teringat pasal kesian tu, cari semua barang si Zaim. Cadang nak pi hantar petang ni jugak. Waktu ambil kasut Power-nya (beli kat kedai Bata Pantai saja, hehe) di belakang kereta, looor.. dia contiang kasut dia buh nama dengan marker-pen. Memang waktu hari pendaftaran dia dulu, ada tinggalkan dia sebatang marker-pen - gunanya untuk tulis nama pada pakaian dan alatan. Rupanya dia buh namanya kat bahagian putih kasut.. Besaq pulak tu! Ada ka.. Usah nak curi, nak pinjam pun orang tak berani punya!

Bila cakap kat MakTeh, nak hantar barang Zaim - MakTeh yang dah mula demam selsema pun nak ikut. Dia top-up lagi dengan beberapa jenis buah & kudapan. Kami bergegas pergi ke Bota, agar tiba sebelum masuk waktu 'Asar - supaya senang jumpa Zaim di masjid. Moga2 legalah hati dia dapat barang2 dia tu.

Selepas azan, si Zaim masuk. Dia senyum saja tengok PakTeh. Yang dia tegur ialah: "Awat abah mai hari ni? Awat tak mai Sabtu?" #$%&*!@)(%#@*%!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 6 comments ]

Pagi tadi ke sekolah Zaim. Nampaknya takwim asramanya untuk balik bermalam cuma pada Cuti Hari Raya Cina kelak. Lambat lagi. Jadi, 11.00 pagi tadi pergi ambil dia di asrama untuk keluar outing. MakTeh tak ikut, sebab bertugas di sekolahnya, ada kejohanan merentas desa.

Dalam perjalanan ke rumah, banyak juga berita terkini tentang hal ehwal Zaim & sekolahnya. Dah mula belajar dan ber-homework. Bahasa Arab, boleh ikut.. katanya. Dia juga dah masuk pertandingan marathon sekolahnya sejauh 7km, Selasa lalu, dapat no. 24 - kategori menengah rendah. Katanya, kalau dapat bawah no. 20, akan dapat hadiah. Terer pulak dia berlari jarak jauh, saing dgn bebudak F2 & F3 tu. Masa dia sekolah rendah, dia suka acara pecut je. Tanya dia, siapa johan kategori dia.. katanya, kawan sekelas dia dan sebilik. Badan lagi kecil.. WARGH! Mana pi budak2 F2 & F3 semua? Malas dah kot agaknya, bagi can kat adik2 junior.

Di samping itu, hafazannya juga meningkat, ke ayat 23 As-Sajadah. Baguslah, dia mau teruskan aktiviti tu, walau tak masuk dalam periksa. Dan dilakukan di waktu senggang selepas 'Asar sebelum riadhah. Dalam masa yang sama, dia juga frust Arsenal baru ni kalah teruk.. haha. Rupanya dia ikuti juga favourite team dia dari akhbar Utusan Malaysia, yang dibekalkan di kelasnya setiap hari.

Waktu balik, rupanya MakTeh dah siapkan menu tengahari. Selera la makan anak-beranak. Walaupun nothing lavish - masak lemak cili api je, tetapi selera memang lain macam bila makan beramai, walau cuma bertiga.. haha.

Selepas Zohor, si Zaim tidur sekejab dalam 2 jam. Ada beberapa perubahan ketara sejak dia masuk asrama. Pertama, dia dah mudah bangun bila dikejutkan. Cukup dengan dipanggil sahaja, dah bingkas bangun. Kalau berbanding dulu - siap kena tarik kaki, belum kira meragam mengadanya! haha. Keduanya pula, dia kata tapak tangannya dah kasar sedikit. Banyak buat gotong royong dan suka membasuh pakaian. Ketiganya, selepas solat sama2 & berdoa, dia sambung lagi dengan bacaan Ma'thurat sampai habis.

Hantar balik pukul 5.00 petang. Singgah sat di Rosegar, beli bekalan kudapan Zaim untuk minggu ini. Semasa dalam perjalanan, PakTam call.. 3-4 kali terputus. Agaknya laluan dekat jambatan Titi Gantung ada masalah network. Baru tahu, dia ke Putrajaya tempohari adalah untuk urusan memohon scholarship - nak sambung belajar lagi. Syabas atas semangat! Semoga dapat biasiswa & selamat dapat tempat di universiti. Semoga terus berjaya!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 6 comments ]

Pukul 9.00 pagi tadi, PakTeh dan MakTeh ke Bota. Cadang nak bawa Zaim 'outing'. Outing ni bermaksud membawa anak jagaan keluar dari sekolah untuk sesuatu tujuan, dan dihantar pulang sebelum 6.00 petang pada hari yang sama. Walaupun ikut peraturan tertulis, tarikh outing ialah minggu depan: 19/01/08; tetapi berdasarkan maklumat dari Zaim sebelum ini, dasar ialah flexible. Baguslah kalau begitu.

Waktu tiba, Zaim dan rakan2 Form 1 tengah gotong royong bersihkan Masjid sekolah, sebelah asrama putera. Nampaknya senior dah kenal Zaim, cepat sahaja beliau dicari. Kemudian tunggu sekejab untuk Zaim salin pakaian & uruskan permohonan keluar dari warden asrama. Tangkap gambar dia 1, sebab tahu, masuk je kereta - pakaiannya akan ditukar semua, hahaha.

Kami ke Sitiawan, beli beberapa keperluan tambahan asrama yang dikehendaki Zaim. Kemudian pergi makan di Seri Manjung. Maaflah Farah B, MakTeh tak masak sebab hajat hanya outing dan nak jalan ke rumah saudara.

Kemudian, kami ke Batu 10 Lekir. Ke rumah abang ipar, Mohd Zaki. Dia dapat anak lelaki baru, pada minggu lalu. Suka si Zaim - dapat 'adik' baru.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 12 comments ]

Esok, Ahad (13.01.08). PakTeh & MakTeh nak ke Bota lagi. Nampaknya, gitulah rutin tiap2 minggu agaknya. Kalau campur esok, Insya Allah.. dah 4 kali kami ke sana sejak Zaim masuk asrama hari Selasa 02.01.08 lalu. 4 kali dalam 11 hari? hahaha. Tapi semuanya memang ada hal tertentu. Mungkin lepas ni, masa untuk melawat akan dijarakkan sedikit. Dalam masa yang sama, mudah2an Zaim akan lebih selesa dengan persekitaran barunya dan rakan-rakan.

Petang semalam, Zaim telefon rumah - MakTeh yang jawab. Masa tu PakTeh ada mesyuarat PIBG di sekolah. Rupanya pertandingan azan Khamis lalu, dia jadi Johan. Dapat hadiah kain warna coklat 4 meter. Dia pesan kat MakTeh, tak payah beli baju Melayu untuk raya tahun ini. Dia nak pakai baju sepasang dijahit dari kain hadiahnya. "Lembuuuut kainnya, mama." ajuk MakTeh semasa cerita pada PakTeh.

Kata Zaim lagi, dia nak test As-Sajadah Ahad ni dengan PakTeh. Senyum PakTeh dengar kata MakTeh. Memang Zaim ni sparring-partner PakTeh dari dulu dalam hal hafazan dan bacaan. Dia baca, PakTeh check. PakTeh baca, dia check. Dia ada 'rasi' dengan PakTeh - abahnya dan gurunya. Sejak dia kecil, PakTeh dah rasa dia ada talent yang tinggi dalam pengajian Al-Qur'an. PakTeh ajar Iqra' umurnya lima tahun. Dia tahan lasak dengan kaedah latihan PakTeh yang keras. Sebutan pada makhraj huruf dijaga, panjang mad diukur, dengung Ikhfak dan Idgham diperhalusi. MakTeh pun tak tahan..

Habis setahun belajar Iqra` 1-6 yang perit, PakTeh terus ajar masuk Qur'an : Al-Fatihah dan Al-Baqarah. Tidak masuk ke muqaddam seperti sesetengah guru yang lain. Dia terus dikerah mengambil nafas untuk ayat2 yang panjang. Awalnya, memang dia menangis juga kena latihan tersebut. Setelah melalui surah2 panjang, dia mula steady dan happy dengan surah2 pertengahan dan akhir Al-Qur'an yang semakin pendek.

Sejak dia khatam Qur'an kali pertama dengan PakTeh semasa bulan Ramadhan, umurnya masa tu 7 tahun. Keberkatan kaedah itu, Alhamdulillah - dia dapat hafal seluruh juz 30 (Juz 'Amma) sejak umur 10 tahun. Naib Johan Negeri - Tahfiz Sekolah Rendah : 2 tahun: 2006 dan 2007. Dia tewas 0.5 peratus pada 2007 dengan Johan yang dari Kuala Kangsar, di mana tuan rumah pertandingannya juga di Kuala Kangsar. Tiada rezeki Zaim ke peringkat Kebangsaan. Apa-apapun, PakTeh selalu ingatkan dia bahawa - ilmu Al-Qur'an bukan untuk pertandingan, tetapi untuk difahami kandungannya, dihayati dan diamalkan - sepanjang hayat.

Yang menyeronokkan PakTeh ialah Zaim ni mahu 'memahami'.. Alhamdulillah.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Selepas hari Sabtu lalu, Zaim dah mula riang call rumah - petang sebelum maghrib. Bertanya khabar, cerita tentang kehidupan sekolah pada MakTeh dan hujungnya - "kirim salam kat Abah." PakTeh selalunya tak ada di rumah dekat2 maghrib, dah ke surau Tmn. Bintang, kalau tak ada aral. Hari Rabu baru ini, dia call MakTeh, dia dah hafal 7 ayat As-Sajadah. Alhamdulillah. Baca waktu prep. Dia juga pesan, kalau datang - dia nak cebok pulak. Katanya, ada kolah di asrama lelaki. Pilihan lain jika tak nak mandi di bilik air. Macam2.

PakTeh memang bercadang nak lawat dia lagi hari Khamis, cuti Ma'al Hijrah baru ni. Biasanya kalau cuti, parent boleh lawat dari pukul 10.00am.

Bagaimanapun, dapat berita di awal pagi, oleh PakNdak bahawa abang sepupu, Abg. Li meninggal dunia. PakNgah yg jauh juga ada hantar sms waktu subuh tentang tu. Jadi, pagi2 PakTeh & MakTeh ke Pengkalan Bharu untuk ziarah.

Abg Li ni pangkat di kalangan anak sedaranya, PakLong Li. Dia anak sulung bapa saudara, sebelah ibu PakTeh. Dia dah berumur lebih 60 tahun, seorang pesara guru. Isterinya, Kak Robiah dah meninggal dunia 2 tahun lalu. Anak2 mereka: 6 orang, semuanya perempuan. Dikira sebab-musabab kematiannya, tak lari dari penyakit "3 serangkai"-nya. Dia juga dah beberapa kali jalani rawatan di IJN.

Pada malam kematiannya, pukul 11.30pm dia drive keretanya sorang2 dari Pengkalan Bharu ke kedai nasi ayam keluarganya di pekan Pantai. Kedai "ROSCAFE" - yang terkenal dengan nasi ayam istimewa. Dia parking ikut jalan belakang deretan kedai2 makan. Menantu lelaki yang bantu kedai tu, perasan kereta ayahnya. Dia pergi jenguk dan menyapa, tetapi tidak dijawab. Abg. Li cuma mengerut muka sambil tangannya mencekup dada.

Menantunya kemudian terus bawa ke klinik Pantai. Sampai di sana, dinaikkan atas stretcher. Di tengah malam itu, tiada doktor. Cuma ada seorang pelatih HA (Hospital Assistant) yang dipanggil dari kuaters di belakang klinik. Diceritakan bahawa, pelatih ini panik - tak tau nak buat apa2, masa tu. Waktu itu, Abg. Li masih hidup - cuma tidak bercakap, tangan memegang dada. Memang serangan jantung. Menantu Bg. Li ni tegur la si HA tu, ambil la alat Oksigen! Baru la kelam-kabut dia buh alat cekup oksigen tu. Punya kelamkabut, sampai wayar alatan pembekal oksigen tu pulak tak di sambung ke sumber tangki oksigen. Isk.. Dan dalam kelam kabut itulah, Abg. Li meninggal. Itulah kisah serba sedikit untuk saudara2 yang jauh. Segalanya bermusabab, namun ketentuan taqdir ajal dah tersurat.

InnaliLLahi wa inna ilaihi roji'un. Semoga ruh Abg Li diampuni dan dirahmati Allah Ta'ala. Semoga dijauhkan azab kubur dan siksaan api neraka, dengan izin-Nya dan dengan sifat Ar-Rahmaan & Ar-Rahiim-Nya jua.

Sempat juga anak sulungnya Rozita & keluarga dari Langkawi tiba, semasa jenazah dikafankan. PakLang dari Putrajaya dan MakLong dari Gerik juga sempat tiba. Jenazah disolatkan di Masjid Pengkalan Bharu, selepas Zohor. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Pengkalan Bharu, seberang jalan berhadapan masjid berkenaan - berhampiran tebing sungai Beruas.

PakTeh & MakTeh kemudiannya ke Bota jumpa Zaim. Rupanya, 2.30 petang dia terlibat dalam pertandingan azan di Masjid. Dia sorang je wakil dari dorm-nya. Dia baru habis turn-nya no. 3 dari 22 orang. Kami sembang sambil serah barang2 yang dipesannya sebelum ini. Khabarnya dia dah mula belajar di sekolah. Telahpun menjalani ujian penentuan kelas. Dia masuk kelas Ibnu Khaldun. Kelas no. 1 dari 4 buah kelas, katanya. PakTeh kata, Syukurlah. PakTeh tak kisah kelas mana yang dia masuk, yg penting belajarlah betul2.. Dia ngangguk.

Perkara lain, dia juga dah hafal 13 ayat As-Sajadah. Syukurlah dia mahu belajar sendiri, tanpa dipantau. Memang hasrat PakTeh kalau boleh dia hafaz Qur'an. Masa depannya, kerjayanya - dia pilih ikut minatnya - tetapi asas agama biar kukuh. Dalam pada itu, nampak dia tak berapa sihat. Katanya, tidur dekat pukul 12, bangun pukul 5am. Petang tak boleh tidur, abang senior tak bagi. Sekadar luahan hatinya, PakTeh dengar je. Komen PakTeh lepas tu, memang Nabi kata - banyak tidur dan makan, merosakkan jiwa dan hati. Alhamdulillah, Zaim nampaknya mahu memahaminya. Sebelum pulang, PakTeh pesan - call esok (Jumaat) gitau jika ada program di asrama/sekolah bagi hari Sabtu atau Ahad. PakTeh akan datang pada hari yang dia lebih selesa.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Selasa minggu lepas (02.01.08), PakTeh ke SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar. Hantar Zaim masuk asrama. Sampai pukul 9.00 pagi. Kereta penjaga banyak bersusun. Laluan ke asrama ditutup. Parking di padang, jauh betul. Kemudian, ke Dewan Besar untuk urusan pendaftaran. Ada banyak kaunter2 pendaftaran pelajar baru - dipisahkan mengikut daerah pelajar. Di kaunter B - ambil nombor, dapat no. 12. Waktu tu baru turn no. 2. Aduh, lamanya lagi..

PakTeh belek tentatif program. Erm.. kononnya selepas pendaftaran (serah resit2 bank dan dokumen2), kena ambil pula barang2 keperluan sekolah di koperasi. Selepas tu, 11.00am ada Majlis Perasmian ( ucapan Pengetua & Pengarah Sektor Pend. Islam dan Moral, JPN Perak). Kemudian, para pelajar mula mendaftar di asrama selepas 12.30 tengahari. Aduh lambatnya lagi..

Semasa di dewan tu, terkejut pula tengok ramai pelajar baru pakai seluar putih. Aiikk? Kenapa tak tercatat pada senarai keperluan sekolah dalam surat tawaran tu. Zaim pula kami sediakan seluar hijau je. Isk.. tanya parent lain, diorang contact sekolah, baru tau. Laaa... Tanya cikgu situ, rupanya waktu kelas pakai seluar putih. Seluar hijau untuk prep petang & malam. Isk.. malas nak complaint2. Lagipun ada lagi budak2 yg pakai seluar hijau juga.

Maka PakTeh pesan kat MakTeh tolong urus pendaftaran Zaim di dewan & koperasi. PakTeh nak ke asrama. Masa sampai tadi, perasan bahawa pendaftaran hari itu untuk semua pelajar sekaligus. Ada tengok murid2 senior yang sudah masuk ke asrama. Berdasarkan pengalaman2 zaman dedulu.. penjaga elok cari bilik segera. PakTeh terus ke kereta, ambil 2 beg Zaim, selimut & 1 bantal spare. Sampai dekat blok asrama, tanya pada pelajar senior situ: di mana dorm murid baru Ting. Satu. Katanya di tingkat atas blok hujung. Okeeh. Tanya mereka lagi, adakah nama murid ditampal pada katil. Katanya nama murid ditampal pada pintu bilik. Katil pilih sendiri. Okeeh. Maka tujuan PakTeh ke hostel awal tu tak sia2.

PakTeh terus naik tingkat atas, jumpa dormnya. Bilik dorm "Yasser", ada nama Zaim di situ. Dalam senarai 14 orang itu, Ketua bilik digelar "Naqib" - Form 5. Penolongnya - Form 3. Pelajar baru: 12 orang. Semasa PakTeh tengah cangak-bangak dalam bilik tu sorang2, tetiba ada seorang prefect masuk, tanya PakTeh .."Ada apa saya boleh bantu PakCik?" Alhamdulillah.... Memang PakCik perlu bantuan!

PakTeh teliti bilik.. Katil single semuanya. Ada sebuah locker besi single di hujung tepi setiap katil. Setiap katil ada 1 tilam dan 1 bantal. Haha.. banyak betul "peta & awan larat" kat tilam2/bantal2 tuh. Biasa la tu. Diperhatikan, bilik tu ada 3 lampu dan 3 kipas. Good. PakTeh pilih katil kawasan tengah, sebab si Zaim ni ada sikit2 ciri penakut. Dekat dengan kipas dan lampu. Angkut tilam & bantal dari katil lain - tukar2, yang terbaik utk Zaim. Hehe.. jahat juga PakTeh. Lepas tu, periksa semua locker di situ, dapat satu yang paling sesuai.. ada tempat sangkut baju dan 4 rack. Angkat dan ubah. Masukkan 2 beg dalam locker, cuba kunci dengan padlock yg dibawa. Laa.. padlock "terlebih besar" pula. Tak boleh masuk dalam selak kunci locker. Kemudian, tebar sikit selimut atas tilam, bubuh beg lagi letak atas tilam katil. Tutup locker.. buh satu beg atas locker, buat "tagan", agar orang lain nanti tau. Bantal tambahan Zaim yang dibawa dari rumah simpan dalam locker dulu.

Okeeh. sekarang urusan booking katil/tilam/bantal/locker dah selesai. Terima kasih bnyk2 kat prefect yang bantu PakTeh mengubah2 barang2 tadi. Bagus la budak2 sini, nampaknya. Bersopan santun & berbudi bahasa.

Dapat call dari MakTeh, dia dah selesai daftar di dewan, sekarang ke koperasi pula. PakTeh gitau PakTeh nak selesaikan terus hal di asrama. PakTeh balik ke kereta, angkut habis apa saja termasuk 3 hanger uniform sekolah, malah baldi sekali. Dah macam orang gila.. Dua tangan ada pegang barang, dua bahu ada benda sangkut dan ada yg digalas di belakang. Bukan apa, nak jimat tenaga, sebab jauh parking.. Sekali harung sahaja, selesai....

Habis urusan jumpa semula MakTeh di koperasi. Dia dah ambil semua barang keperluan, segala cadar, alas tilam, baju2 t-shirt, batik, samping... isk banyak betul. Hantar masuk boot kereta dulu. tak larat dah nak hantar ke asrama.

Kemudian Majlis Perasmian bermula. Lama juga.. Selepas tu, kami ke asrama. Ibubapa boleh masuk. Orang lain baru cari2 blok, bilik dan katil, PakTeh & MakTeh dah siap kemas katil Zaim dan susun barang dalam locker-nya. Tulis nama pada semua pakaian/peralatan yang baru dapat hari tu.

Selepas solat Zohor di Masjid, Zaim pergi makan kali pertama di asrama. PakTeh & MakTeh ke pekan Seri Iskandar, makan & beli padlock kecil sikit. Harga RM2.00 saja. Selepas tu, kembali ke asrama. Rupanya Zaim tengah seronok sembang2 lepak2 dengan kawan2 barunya. Baguslah.

Kami tinggalkan Zaim 3.00 pm kerana dia akan mula program Orientasi. Gitau dia supaya telefon rumah dgn duit2 siling yang dah diperuntukkan khas. Sebelum balik, terjumpa Pengetua yang sedang membuat lawatan. Sembang2 sekejab, dan minta maaf kerana anak akan pakai seluar hijau dahulu. Dia bagi, sebab katanya peraturan seluar putih telah dihantar ke JPN, tetapi dalam surat tawaran oleh JPN, tidak disertakan lampiran peraturan berkenaan. Dia pun minta maaf kerana ada lagi ibubapa yang tanya hal demikian.

Sebelum balik ke Pantai, PakTeh ke Bandar Seri Manjung. Beli 2 helai seluar panjang putih. Akan dibawa pada Zaim hari Sabtu.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 9 comments ]

Hari ini
Zaim dah tiada
Hari ini
dia dah masuk asrama
Hari ini
tinggallah
PakTeh & MakTeh
berdua
mengharungi kembali
zaman berdua
bersama
semoga
bahagia cinta
kekal selamanya

Baca Selengkapnya (Read More)...