[Monday, January 18, 2010
|
]
Kira-kira 28% atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65% daripada mereka adalah Bumiputera.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).
"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65% mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan Bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum Bumiputera adalah kaum yang paling ramai.
"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan Bumiputera yang mendaftar," katanya di sini, hari ini.
Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.
Sehubungan itu, Wan Ahmad meminta kerjasama daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan belia serta mana-mana pihak yang ingin membuat perjumpaan atau apa jua acara membabitkan penyertaan yang ramai seperti karnival atau pesta supaya turut memaklumkan kepada pejabat-pejabat pilihan raya negeri.
Dengan itu, katanya, pejabat pilihan raya negeri dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih, sebagai satu kemudahan mendaftar kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut.
"Mereka boleh telefon saja untuk beritahu tentang perjumpaan itu, dan SPR sangat berbesar hati untuk membuka kaunter di sana," katanya.
Beliau berkata, SPR juga akan melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih melalui pembukaan kaunter di pusat membeli-belah, hari pelanggan di pejabat-pejabat kerajaan dan pesta-pesta tertentu, sebagai pilihan kepada orang ramai selain mendaftar di 700 pejabat pos di seluruh negara.
Selain itu, katanya SPR juga sering turun padang ke kawasan-kawasan pedalaman, selain melantik Penolong Pendaftar Sementara di kalangan parti-parti politik untuk mendaftarkan mereka yang layak ini.
“SPR juga akan meminta kerjasama media elektronik seperti radio dan televisyen untuk menimbulkan kesedaran terhadap golongan yang belum berdaftar itu agar segera mendaftar,” katanya.
Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata, ia semua tertakluk kepada sikap individu itu sendiri, kerana kajian oleh SPR sebelum ini mendapati sikap suka menunggu hingga ke saat akhir adalah punca utama mengapa mereka belum berdaftar walaupun telah layak untuk berbuat demikian.
"Setiap kali pilihan raya umum diadakan, SPR menerima lebih satu juta borang pendaftaran baru, jadi bayangkan dalam tempoh satu atau dua bulan borang itu perlu disahkan. Bila tak sempat didaftar dan mereka tidak boleh mengundi mereka salahkan SPR, padahal mereka boleh mendaftar pada bila-bila masa sepanjang tahun.
"Rakyat perlu sedar bahawa pilihan raya negara kita mengamalkan sistem majoriti mudah, kalau menang satu undi pun dikira menang, jadi rakyat perlu tahu tanggungjawab mengundi adalah tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan negara dan kita sebagai rakyatnya, bukan hanya bersemangat bercakap tentang masa depan negara saja tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih," katanya.
(Sumber: Bernama - 18/1/2010 - 14:28pm)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Wednesday, January 06, 2010
|
]
MATTA FAIR 2010 (12-14 MAC 2010 : PWTC, KL)
- Tarikh : 12 - 14 Mac, 2010.
- Target : 80,000 Pengunjung.
- Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
- Booth : 893 buah gerai pameran
- Istimewa : Setiap pengunjung dapat kad diskaun.
Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) mensasarkan ketibaan 80,000 pengunjung pada pameran Matta Fair 2010 yang akan diadakan dari 12 hingga 14 Mac ini.
Pengerusinya Datuk Mohd Khalid Harun berkata jumlah sasaran lebih tinggi itu dibuat berikutan keadaan ekonomi negara yang dilihat semakin pulih ketika ini.
"Pada pameran Matta September lalu, kami menerima kehadiran 70,000 pengunjung dari serata dunia termasuk peserta-peserta luar yang turut mengambil bahagian walaupun tempoh tersebut merupakan waktu getir kerana negara diserang virus H1N1. Kali ini kami yakin mampu mencapai jumlah sasaran lebih tinggi," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari Selasa.
Beliau berkata Matta Fair kali ini akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini dan turut mensasarkan menerima penyertaan dari negara-negara rantau Asia dan Mexico.
Manurutnya 893 gerai pameran akan disediakan dan penyertaan akan mula dibuka mulai Isnin ini hingga 22 Januari nanti.
"Istimewanya kali ini pengunjung akan ditawarkan kad keahlian bagi mendapatkan harga potongan setiap kali penganjuran Matta Fair," katanya.
(Sumber: Bernama - 5/1/2010 - 23:00pm)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Tuesday, June 02, 2009
|
]
Malaysia menduduki tempat ke-26 dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2009, daripada 144 negara yang dibuat kaji selidik, naik empat anak tangga berbanding kedudukan pada tahun lepas.
GPI, yang kini memasuki tahun ketiganya dan disusun oleh Economist Intelligence Unit, mendedahkan bahawa Malaysia mendapat markah baik kerana jumlah anggota perkhidmatan bersenjatanya yang tinggi bagi setiap 100,000 orang.
Malaysia juga menduduki tempat kelima daripada 25 negara di rantau ini.
Indeks berkenaan, yang disiarkan hari ini, turut menunjukkan hubung kait antara keamanan dan kekuatan ekonomi sesebuah negara, kerana kejatuhan ekonomi global boleh membawa kepada berkurangnya keamanan dan kestabilan di sesebuah negara.
"Kini, dalam tahun ketiganya, punca keamanan menjadi semakin jelas dan faedah ekonomi benar kepada manusia amat besar. Keamanan tidak memiliki nilai ekonomi, selain nilai-nilai kemanusiaan sebenar yang mempunyai kaitan dengannya," kata pengasas GPI Steve Killelea dalam kenyataan di sini.
Dengan menyebut Iceland sebagai contoh utama, beliau berkata negara yang menduduki tempat teratas dalam indeks itu pada tahun lepas, telah jatuh ke tempat keempat berikutan kejatuhan sistem kewangannya.
"Penyelidikan yang dijalankan mendapati kesan kehilangan keamanan terhadap ekomomi dunia bagi tempoh 10 tahun bernilai AS$48 trilion," katanya.
Data berkenaan dikumpul dengan menggunakan julat meluas melibatkan 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif bagi mengukur keamanan sesebuah negara secara dalaman dan luaran, termasuk tahap demokrasi dan ketelusan, pendidikan dan kebahagiaan daripada segi harta benda.
New Zealand dinobatkan sebagai negara paling aman, diikuti Denmark dan Norway.
Indeks itu juga menunjukan bahawa negara demokrasi yang kecil dan stabil sering menduduki tempat teratas dan 14 daripada 20 negara yang menduduki tempat teratas adalah negara barat dan negara di Eropah tengah. Kesemua lima negara Scandinavia menduduki 10 tempat teratas dalam GPI tahun ini.
Bagi tiga tahun berturut-turut, negara yang paling tidak aman ialah Iraq, diikuti Afghanistan dan Somalia. Madagascar pula merupakan negara yang jatuh paling teruk akibat suasana politiknya yang semakin tidak stabil dan wujudnya tunjuk perasaan secara ganas.
Bosnia Herzegovina pula muncul sebagai negara yang mencapai peningkatan paling tinggi apabila naik 23 anak tangga daripada tempat ke-73 pada tahun lepas.
Kaji selidik yang dijalankan juga mendapati tiga negara kuasa tentera-diplomatik utama dunia terus mencatat kedudukan yang boleh dikatakan agak rendah, dengan China menduduki tempat ke-74, Amerika di tempat ke-83 dan Rusia di tempat ke-136.
Negara anggota G8, selain Russia, Amerika dan United Kingdom (tempat ke-35), mencatat pencapaian baik, dengan Jepun menduduki tempat ketujuh, Kanada di tempat kelapan dan Jerman berkongsi di anak tangga ke-16.
Kaji selidik itu juga mendedahkan satu lagi penemuan penting iaitu negara yang baru menganggotai Kesatuan Eropah (EU) mencatat pencapaian baik, dengan Slovenia dan Republik Czech, masing-masing menduduki tempat kesembilan dan ke-11.
(Sumber: Bernama - 2/6/2009 - 23:06pm)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Friday, August 29, 2008
|
]

Berikut antara bonus dari Budget 2009 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah b. Ahmad Badawi di Dewan Rakyat petang ini. Peruntukannya sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1% dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.
Kakitangan awam
- Bonus sebulan gaji atau minimum RM1000 untuk kakitangan awam - 2 kali bayaran pada September dan Disember, 2008.
- Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru.
- Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan.
- Buka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.
- Kemudahan tambang pergi balik percuma sekali setahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu diantara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak, mulai 1 Januari 2009.
- Sekotak rokok 20 batang naik 60 sen.. hihi.
Membasmi Kemiskinan
- Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60% kepada 5 hingga 30 %.
- Meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.
- Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
- Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.
Jaringan Keselamatan Sosial
- Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk Semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.
- Pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.
- Tabung khas RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.
- Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.
- Pengurangan 50% bayaran tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun mulai 15 September 2008.
Kesihatan
- Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3% sebatang - dari 15 sen kepada 18 sen. Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.
- Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.
Orang Kurang Upaya
- Elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).
- Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.
- Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.
Nelayan dan Petani
- Peruntukan RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan; dan RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.
- Elaun pelaburan semula sebanyak 60% bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.
- Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.
- Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Monday, May 19, 2008
|
]
Isnin: 19 Mei, 2008
ALOR STAR, 19 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta. Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.
"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini Isnin. Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.
"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya. Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Sunday, March 09, 2008
|
]
Akhirnya termaktublah sudah. BN kembali memerintah, tetapi kali ini dengan kemenangan majoriti mudah. Bukan lagi majoriti 2/3 seperti tahun 2004, yang melihat BN menang besar 92% kerusi.
Laman web SPR terkini menunjukkan BN hanya menang 140, kurang 8 kerusi untuk kemenangan 2/3 iaitu kadar 63% - jatuh 29% berbanding 4 tahun lalu.
Apakah bezanya
simple majority dengan
two third majority? Untuk memerintah, cukup dengan dapat 112 kerusi parlimen dari 222 keseluruhan. Parti yang dapat lebih 50% kerusi parlimen dah menang dan boleh tubuh kerajaan. Itu
simple majority. Beza dengan
2/3 majority adalah ianya mesti dapat 148 kerusi (66.6%). Istimewanya: ada
advantage di Dewan Rakyat kelak. Ianya apabila sesuatu rang undang-undang, usul atau bantahan yang memerlukan keputusan ahli dewan. Percanggahan pendapat memerlukan undi pemutus. Undi pemutus memerlukan keputusan majoriti 2/3 dari ahli majlis dewan. Itulah untungnya jika parti pemerintah dapat 2/3. Sebab parti pembangkang yang tak sampai 1/3 tak dapat mengubah sebarang keputusan yang tentunya telah disokong sebulat suara (2/3) oleh ahli dewan dari parti pemerintah.
Berbalik kepada kemenangan BN dalam PRU 13 ini, ianya kelihatan sama. BN akan membentuk kerajaan. Tetapi kali ini sebenarnya sama sekali tidak sama seperti sebelumnya. BN tak lagi dapat 2/3. Lebih teruk, ramai geng2 menteri & timbalan serta tokoh2 parti komponen (UMNO, MIC, MCA, Gerakan dan PPP) tersungkur. Bukan mudah untuk membentuk satu barisan kabinet baru yang mantap. Dan yang paling sukar, untuk dapat keputusan majoriti 2/3 kelak bila Parlimen mula bersidang. Tiap menteri kena
ready jawab soalan bertubi2 dari pihak pembangkang. Tiada alasan
empowerment pada Timbalan atau SU Kementerian. Tiada alasan untuk selindung2 dan sorok2. Isu akauntabiliti dan integriti tentunya akan jadi isu panas.
Awak Menteri.. Awak Jawab! Awak yang bertanggungjawab!
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Thursday, February 14, 2008
|
]
14 Februari, 2008 11:57 AM
PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) -- Pengundian bagi pilihan raya umum ke-12 ditetapkan pada 8 Mac ini manakala penamaan calon ialah pada 24 Februari, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengumumkan hari ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri kecuali Sarawak yang telahpun mengadakan pilihan raya negerinya pada 2006.
Seramai 10,922,139 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini berdasarkan kepada daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Feb lepas, katanya.
Abdul Rashid membuat pengumuman itu pada pukul 11.40 pagi ini di ibu pejabat SPR di sini dan ia disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Wednesday, February 13, 2008
|
]
13 Februari, 2008 12:51 PM
PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan. Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 tengah hari ini.
Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11. Pembubaran Parlimen ini dibuat 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahunnya yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.
Beliau berkata bahawa BN akan menampilkan barisan calon terdiri muka lama dan baru, yang akan diumumkan sehari dua lagi.
Pemerhati politik meramalkan pengundian akan diadakan pada awal bulan depan manakala hari penamaan calon dijangka diadakan dalam minggu terakhir bulan ini. Ini berdasarkan amalan SPR sebelum ini yang menetapkan tempoh kempen berlangsung 10 hari sahaja pada beberapa pilihan raya umum lepas.
Mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 1969, proses demokrasi itu berlangsung dalam tempoh 16 hingga 20 hari sahaja. Pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, hari penamaan calon dan hari pengundian berlangsung dalam tempoh 17 hari dari tarikh pembubaran.
Sejumlah 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan di peringkat negeri.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Sunday, February 10, 2008
|
]
| 10 Februari, 2008 18:11 PM |
|
KOTA BAHARU, 10 Feb (Bernama) -- Proton Holdings Berhad (Proton) akan memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) awal tahun depan, kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Bagaimanapun, katanya beliau tidak boleh menjelaskan lebih lanjut mengenai pengeluaran model terbaru syarikat itu.

"MPV ini saya tidak boleh jelaskan lebih lanjut dan kita tunggu dan lihat saja," katanya ketika merasmikan Program PINTAR Proton di Sekolah Kebangsaan Paloh di sini, hari ini.
Hehe.. betul tu. Kita tunggu dan lihat saja. Semoga modelnya selari dengan inovasi rekabentuk dan kejuruteraan terkini. Juga semoga harganya kompetetif dan berpatutan dengan poket rakyat Malaysia. Juga semoga di tahun depan, benar-benar model yang Terbilang! .. bukan sekadar model Juara - si kotak mancis atau si-pembakar roti, seperti yang digelar oleh sebahagian warga kita..
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Thursday, January 31, 2008
|
]

Al-Fatihah. BEKAS Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, meninggal dunia di Unit Rawatan Rasmi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB), petang semalam.
Allahyarham adalah seorang tokoh agama yang dihormati, bukan saja di Selangor, malah di seluruh negara. Beliau dilantik sebagai mufti kelima di Jabatan Mufti Selangor secara kontrak pada 16 Ogos 1985, ketika berusia 58 tahun, iaitu tiga tahun selepas bersara sebagai guru agama.
Sepanjang Ishak menjadi mufti selama 12 tahun, beliau terpaksa melalui pelbagai kontroversi. Antaranya ialah apabila beliau menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan tiga gadis Islam yang juga model sambilan, menyertai satu pertandingan ratu cantik pada 1997. Pendirian tegas beliau bukan saja menyebabkan ramai pihak terkejut, ada yang mempertikaikan tindakan Jais.
Ia juga menimbulkan satu lagi kontroversi, apabila akhbar lidah rasmi Pas, Harakah, melaporkan Ishak menuduh iman Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai terpesong berikutan kenyataan Dr Mahathir mengenai kes penangkapan tiga peserta terbabit. Lanjutan daripada laporan Harakah itu, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tersinggung dengan kenyataan Ishak, namun isu berkenaan dianggap selesai selepas Ishak menjelaskan keadaan sebenar.
Pun begitu, tidak lama kemudian, Ishak melahirkan rasa sedih dan kekesalannya kerana tiada seorang pun pemimpin kerajaan negeri yang mempertahankan tindakan Jais menahan ketiga-tiga gadis itu. Kenyataan Ishak itu dikatakan dibuatnya ketika beliau menyampaikan satu ceramah di Masjid Az-Zubir Ibnu Al-Awwam di Cheras.
Ketegasan Ishak dalam isu membabitkan akidah dan cara hidup umat Islam di Selangor memang sudah diketahui sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai mufti.
Pada awal 1996, Ishak mengeluarkan kenyataan mengharamkan perbuatan merokok di kalangan umat Islam. Beliau yang juga Pengerusi Perunding Hukum Syarak Selangor ketika itu, memberi penjelasan bahawa ada bukti kukuh mengapa perbuatan merokok dianggap sebagai haram. Antara alasan yang diberikan ialah ia membahayakan kesihatan dan hakikat itu sudah diakui pakar kesihatan sendiri.
Ishak juga pernah membuat kenyataan bahawa pinjaman yang dibuat penjaja dan peniaga kecil Melayu daripada along atau ceti haram menunjukkan mereka tidak mengambil berat soal halal haram hingga sanggup membuat pinjaman atau berurusan dengan mereka. Ishak menegaskan bahawa perbuatan itu bertentangan dengan hukum syarak kerana ia ada unsur riba yang hukumnya adalah dosa besar.
Sepanjang beliau menjadi mufti sehingga ke akhir hayatnya, Ishak menjadi penceramah dan pendakwah bebas walaupun beliau pernah diharamkan kerajaan Selangor, daripada menyampaikan ceramah di masjid dan surau negeri itu pada November 1998. Bagaimanapun, larangan itu ditarik balik pada Februari 1999.
Secara peribadi, Ishak berpegang kepada prinsip jika kita berbuat baik kepada orang tanpa mengira kaum dan keturunan, Tuhan akan membalas perbuatan dengan balasan yang baik. Selain itu, Ishak percaya setiap individu tidak perlu berkira untuk membantu atau berkorban kepada individu lain asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran agama dan berada di jalan yang benar.
Biarpun Ishak sering berdepan dengan pelbagai kontroversi, dengan prinsip yang dipegangnya sepanjang hayat beliau, Ishak tetap disayangi keluarga dan orang yang mengenalinya sehingga akhir hayat beliau. Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Mohamad Hashim Yahya berkata Almarhum seorang sangat alim, tinggi ilmu agama dan tinggi akhlaknya.
AL-FATIHAH. Agaknya dunia semakin berakhir, ditandai dengan gugurnya seorang demi seorang ilmuan agama dari dunia ini.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Monday, January 28, 2008
|
]
January 28, 2008 15:20 PM
PUTRAJAYA, Jan 28 (Bernama) -- The Malaysian government's efficiency is improving and rated sixth best in the world in 2007, compared to its eighth placing in year 2000, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said.
Quoting the World Competitiveness Year Book, released by IMD, a Switzerland-based leading global business school, Abdullah said Malaysia which was measured in the group of countries with a population of 20 million and above, was ranked better than the United Kingdom, Germany, Thailand, Spain, Japan, Russia and France.
"Above us are China, Canada, the USA, India and Taiwan," he said when addressing about 8,000 civil servants at the 8th Civil Servants' Premier Gathering (Mappa) here Monday.
Abdullah said the Malaysian government's efficiency could be seen in the enhancement of its delivery system, including in its public service sector, as a result of the strong commitment of the civil servants to give the best to the people.
Besides that, he said, various efforts were undertaken by the government throughout last year to improve public service delivery, resulting in lesser complaints from the public.
"The efforts in 2007 were the beginning and were very encouraging. The administrators, media and public could feel the positive changes. With that, I like to congratulate the public servants who have worked hard to bring about those changes."
However, Abdullah said, a lot more could be done for public service in this country to be the best in the world.
"If 2007 was the start, 2008 should be the strengthening phase. Maintaining the standards achieved does not denote excellence, but improving the standards and achievements to emerge the top in its class."
Sebenarnya.. masih 'terlalu' banyak yang perlu dilakukan..
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Saturday, January 19, 2008
|
]
Nampaknya, kempen "Visit Malaysia Year 2007" mencapai objektif yang diharapkan. Selain meningkatkan pendapatan negara melalui pelancongan, dapat juga membuka mata dunia terhadap nama Malaysia itu sendiri di seluruh dunia melalui kempen yang agresif. Hasilnya, Malaysia telah menerima anugerah Destinasi Pelancong Antarabangsa Terbaik oleh "Global Traveller Magazine" - sebuah majalah pelancongan berprestij di Amerika Syarikat. Berikut petikan berita Bernama berkaitannya.
KUALA LUMPUR, Jan 18 (Bernama) -- For the second consecutive time, Malaysia has been voted the best international destination by a prestigious travel magazine of the United States.
In the poll conducted by the monthly "Global Traveler Magazine", Malaysia beat strong competitors such as Italy, Spain, Thailand and the United Kingdom.
Tourism Malaysia Deputy Director-General Datin Dalilah Ahmad received the award in a ceremony held in New York on Wednesday, said Tourism Malaysia in a statement here today.
-- BERNAMA
Semoga semua agensi pelancongan kerajaan & swasta, pemilik perniagaan dan perhotelan berasaskan pelancongan akan terus memberikan perkhidmatan cemerlang kepada warganegara dan pelancong asing.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Friday, January 18, 2008
|
]
Launched this evening...






Proton Saga N-Line (M) - RM31,500
Proton Saga B-Line (M) - RM34,998
Proton Saga B-Line (A) - RM37,998
Proton Saga M-Line (M) - RM37,498
Proton Saga M-Line (A) - RM39,998 ::
Interested?
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Saturday, December 15, 2007
|
]
[Sunday, December 09, 2007
|
]
Sebenarnya ada rancangan nak berjalan dengan keluarga mulai esok hingga Khamis depan. Cadangnya nak ikut jalan Karak ke Kuantan - K. Terengganu - KBharu - Jeli - Gerik, baru balik. Itulah siri2 berjalan kononnya. Petang ni hujan lebat di Pantai Remis. Maka tergerak untuk jenguk
Laman Ramalan Cuaca Malaysia yang menyediakan ramalan cuaca hingga minggu depan.


Nampaknya diramalkan hujan lebat dan ribut petir saja untuk seminggu depan di Pantai Timur. Emm.. Angin Monsun Timur Laut (Nov-Mac). Tambahan pula, pagi tadi berita banjir makin hebat di negeri2 yang nak dituju... Kita tengok gambar satelit pada petang tadi.
Peninsular Malaysia & Sumatra: Full of clouds
Satelite image 09.12.07
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Thursday, November 08, 2007
|
]

......................M A L A Y S I A
....................... MY COUNTRY
.............. .:: Home Sweet Home ::.
Malaysia is situated seven degrees north of the equator in Southeast Asia. The country consists of 14 states; including three Federal Territories of Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan. Politically, the three territories formed the 14th state of Malaysia eventhough geographically dispersed. The northern part of Peninsular Malaysia borders Thailand. To the east is the South China Sea, to the south is Singapore and to the west are the Straits of Melaka.
Sabah and Sarawak are on the northern coast of the island of Borneo.


Malaysia has a warm and humid climate. The humidity is about 80% all year round and temperatures range from 21 to 32°C. The climate is affected by the northeast and southwest monsoons, tropical winds that alternate during the course of the year.
The norththwest monsoon blows November to March, and the southwest monsoon from May to September. The periods between the monsoons are marked by heavy rainfall.
Much of Malaysia is mountainous. Its mountains include two of the highest in southeast Asia: the Gunung Tahan, which rises 2,190 metres above the central spine of the Titiwangsa mountain range in Peninsular Malaysia, and the Gunung Kinabalu, 4,100 metres high, in Sabah.
"About four-fifths of Malaysia is covered by tropical rainforest"
There are dramatic limestone outcrops, fascinating caves and spectacular waterfalls in the mountains of Malaysia.

About four-fifths of Malaysia is covered by tropical rainforest, one of the most complex and rich ecosystems in the world. It is home to about 15,000 species of flowering plants and trees, 600 species of birds and 210 species of mammals. The Malaysian government has set aside more than 1.49 million hectares to protect them from development and has enacted legislation to save Malaysia's precious rainforest and its rare wildlife.
Malaysia is richly endowed with natural resources. It has the world's largest tin deposits and extensive reserves of oil and gas. Its forests contain valuable tropical hardwood trees.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...