"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini -
kerana Allah Ta'ala"

Kakitangan awam
- Bonus sebulan gaji atau minimum RM1000 untuk kakitangan awam - 2 kali bayaran pada September dan Disember, 2008.
- Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru.
- Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan.
- Buka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.
- Kemudahan tambang pergi balik percuma sekali setahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu diantara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak, mulai 1 Januari 2009.
- Sekotak rokok 20 batang naik 60 sen.. hihi.
- Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60% kepada 5 hingga 30 %.
- Meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.
- Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
- Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.
- Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk Semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.
- Pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.
- Tabung khas RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.
- Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.
- Pengurangan 50% bayaran tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun mulai 15 September 2008.
- Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3% sebatang - dari 15 sen kepada 18 sen. Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.
- Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.
- Elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).
- Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.
- Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.
- Peruntukan RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan; dan RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.
- Elaun pelaburan semula sebanyak 60% bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.
- Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.
- Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.

Jika sekatan terus dilakukan, gunakan khidmat PakCik GoOoGLE dan search Malaysia Today.
- Anwar (PKR) : 31,195
- Arif Shah (BN) : 15,524
- Hanafi Mamat (AKIM) : 92 -> hilang wang pertaruhan.
Harga runcit esok: 22 Ogos, 2008:
- Petrol RON97 : turun 15 sen (5.5%) :: RM2.70 -> RM2.55 seliter ;
- Petrol RON92 : turun 22 sen (8.4%) :: RM2.62 -> RM2.40 seliter;
- Diesel : turun 8 sen (3.1%) :: RM2.58 -> RM2.50 seliter.
- Petrol RON97 : naik 41% (naik 78 sen seliter ; RM1.92 -> RM2.70 seliter )
- Diesel : naik 63% (naik RM1 ; RM1.58 -> RM2.58 seliter).
- Nik Aziz : Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh (Masjid Negeri)
- Haji Hadi : Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Diary, Ipoh.
Bagi PakTeh, Raja Dr. Nazrin adalah antara tokoh yang menarik pada tiap2 teks ucapannya dan nukilannya. Segala intipati dan idea baginda amat bernas dan profesional, sesuai sebagai seorang yang berpendidikan tinggi dan bakal Sultan Perak kelak, Insya Allah. Baginda amat memahami fungsinya selaku ketua agama dan adat istiadat Melayu di negerinya, tanpa dipengaruhi tekanan mana-mana parti politik. Jika ada tokoh dalam negara yang diminta untuk menyatupadukan orang-orang Melayu di Malaysia waktu kini, PakTeh pilih baginda sebagai antara calonnya. Sebenarnya, dalam pemerintahan - umara' dan 'ulama' tidak boleh diasingkan, mereka saling melengkapi.

Semua Pegawai Pengawal/Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan
BIL. 9 TAHUN 2008 MENGENAI LANGKAH UNTUK
MENGURANGKAN PERBELANJAAN AWAM
Melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2008 mengenai Langkah Untuk Mengurangkan Perbelanjaan Awam, antara syarat yang ditetapkan adalah penggunaan kemudahan hotel hanya dibenarkan bagi mesyuarat/ persidangan/ seminar/ bengkel antarabangsa manakala semua kursus, latihan dan bengkel yang dianjurkan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi untuk anggotanya hendaklah diadakan menggunakan kemudahan sedia ada termasuk Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) atau kemudahan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi lain.
2. Kerajaan telah mempertimbangkan perkara ini dan bersetuju untuk membenarkan semula penggunaan kemudahan hotel tertakluk kepada jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk tujuan tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan/ Ketua Agensi untuk memastikan perbelanjaan yang berbangkit adalah terkawal dan dianjurkan secara sederhana serta mengikut peraturan kewangan yang berkuat kuasa.
3. Surat Pekeliling Perbendaharaan ini berkuat kuasa serta merta mulai tarikh ianya dikeluarkan.
4. Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perbendaharaan ini, perenggan 11 dan 12 dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2008 adalah terbatal.
Saya yang menurut perintah,
t.t.
( Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah )
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
13 Ogos 2008
s.k:
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Audit Negara
Akauntan Negara Malaysia
Setiausaha Kerajaan Negeri
Pegawai Kewangan Negeri
Boleh download dalam bentuk PDF dari
Laman Web Perbendaharaan Malaysia
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut :- 120 / 80 mmHg.
- Nombor atas (120) : Menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.
- Nombor bawah (80) : Menunjukan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.

- Tekanan darah optima : 130 / 80 mmHg. Ini nilai ukuran yang ideal dan sihat.
- Tekanan darah tinggi : Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg. Kadar tekanan darah kita adalah terlalu tinggi.
- Tekanan darah rendah: Kurang daripada 130 / 75 mmHg.
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlit dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti: stroke, penyakit jantung, penyakit pada mata atau pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah.
Tanda-tanda awal pesakit darah rendah ialah seperti: cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap; pernafasan cepat dan pendek, depresi serta cepat haus.
- Memeriksa tekanan darah kita secara berkala - 2 kali setahun jika kadarnya normal.- Lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika kita mempunyai ahli keluarga mengidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.
- Tidak merokok. Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.
- Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan garam dan lemak. Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah. Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang.
- Kekalkan berat badan unggul.
- Bersenam secara berkala.
- Elakkan pengambilan alkohol.
- Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.
- Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.
- Jumpa doktor secara berkala bagi mengawal tekanan darah kita.
Acara tidur berirama pula sebenarnya tidak dipertandingkan. Mana ada orang boleh tidur sambil buat pergerakan tertentu dengan mengikut muzik. Namun begitu, kalau jenis tidur yang boleh mengeluarkan iramanya sendiri, tentu bukan atlit sahaja boleh masuk pemilihan. PakTeh pun tentu boleh masuk pemilihan, kalau acara itu dibuka tempohari. Ramai orang di Malaysia mampu tidur dengan penuh irama - gubahan sendiri, hihi. Cuma irama mungkin berbeza-beza; samada sentimental, jazz, balada atau heavy rock.
Cuma akhir-akhir ini, MakTeh maklumkan satu perkara yang diperhatikannya sejak pembedahan tempohari. Irama tidur PakTeh dah kurang banyak, kadang-kadang tiada langsung. Syukur, Alhamdulillah. Nampaknya tak dapatlah masuk pemilihan wakil Malaysia untuk acara tersebut selepas ini. Tapi, tak apa.. ada ramai lagi calon lain yang lebih ber'kaliber'.
Khamis: 7 Ogos, 2008Malam ini masih mencari gambar lama yang di-scan tahun lalu. Ada satu foto 1997 yang cukup rosak. Ada kesan lipatan, turun warna malah sebahagiannya dah nak koyak. Oleh kerana ada nostalgia, PakTeh cuba mempeghonek lagi dengan Photoshop.


Teknik digunakan adalah Crop (membuang sebahagian foto), Clone Stamp (mengubahsuai warna langit & merpati dan lain-lain kecacatan kecil) serta menambah sedikit Text. Itu sahaja. Bolehlah.. untuk semi-amateur macam PakTeh.
Seminggu di Sarawak - kami dibawa ke Sibu, Sarikei, Bintangor. Merasa naik tongkang hampir 1 km lintas Sg. Rejang, padahal di situ sungai itu sejauh lebih 500km dari muaranya semasa PakNgah ambil di airport Sibu. Juga di Kuching, melawat Kg. Budaya 1 hari. Menziarahi keluarga arwah Tn. Hj. Othman (mertua PakNgah) dan saudaranya. Makan malam bersama Zahari yang handsome, adik ipar PakNgah yang pernah datang ke Pantai waktu kecil & langsung bersunat tanpa dirancang. Teringat Zahari yang berjaya lulus lesen naik basikal waktu itu. (Pi jamban di hujung tanah pun dia naik basikal, haha). Kami juga melawat pekan Satok yang terkenal dengan ikan terubuk masin itu.
Akhir kata, berbanyak terima kasih atas layanan sepanjang ziarah Sarawak utk PakNgah sekeluarga. Juga terimakasih untuk PakLang kerana susahpayah hantar & ambil di tengah malam dari Shah Alam. Tambang murah pakej MAS masa tu hanya di dini hari. AirAsia atau Firefly masih belum wujud lagi.
Khamis: 7 Ogos, 2008
Berikut, adalah salah satu foto yang PakTeh memang tak puas ulang tengok.

Cuma, dok teka2 bahawa empunya diri itu sekarang pakai spek bulat bingkai hitam, lampai dan pandai masak, khususnya western foods.. atau juga PakTeh yang tersalah..
Rabu: 6 Ogos, 2008

Kuala Lumpur Convention Centre, KL
Persada Johor International Convention Centre, JB
Central Square, Sg. Petani
Dewan Seri Mentakab, Mentakab
8-10 Ogos
Penang International Sports Arena, Penang
Mahkota Parade, Melaka
Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu
Dewan Tun Hj. Mustapha, Lahad Datu
Pusat Dagangan Terengganu(TTC), Kuala Terengganu
KB Mall, Kota Bharu
Star Parade, Alor Setar
15-17 Ogos
Berjaya Megamall, Kuantan
12-14 September
Stadium Indera Mulia, Ipoh
_________________________________
J O M S H O P P I N G B A R A N G A N I T
Isnin: 4 Ogos, 2006Program Jom Makan Durian
@ The Great Durian Festival 2008
- Lokasi : Bukit Gantang, Perak
- Tarikh : Jumaat: 8/8/2008 - Sabtu: 9/8/2008
- Masa : mulai 10.00 pagi
- Anjuran : Majlis Tindakan Pelancongan Malaysia dan Tourism Malaysia
- Perasmi : Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said (Menteri Perlancongan)
- Sejarah : Telah dijalankan sejak 2006
- Kos : PERCUMA ( 30,000 biji durian disediakan). Boleh makan seberapa banyak.
- Nilai Tambah : Kuih-muih diperbuat dari durian. Juga percuma, makan ikut suka.
- Sumber berita: Bernama
Isnin: 4 Ogos, 2008
1. Mula-mula daftar masuk ke dalam akaun Blogger atau klik Dashboard.
2. Pada Dashboard, klik Layout ; kemudian klik Page Elements.
3. Pilih ruang mana nak bubuh widget ini, biasanya di sidebar. Klik Choose A New Page Elements
Akan keluar satu window, menunjukkan pelbagai pilihan widget. Hingga kini, senarainya seperti berikut:
Bloglist | Slideshow | Subscription Links | Poll | List | Link List | Picture | AdSense | Text | HTML/JavaScript | Feed | Labels | Newsreel | Video Bar | Logo | Profile | Blog Archieve | Page HeaderBiasanya jika widget yang sudah kita gunapakai, akan ditulis "Already added". Misalnya, Linklist.
Antara widget yang terbaru ialah Bloglist - memaparkan sebahagian kandungan dari blog yang kita minati. Yang bagusnya, ia beri pilihan masa entri terkini, tajuk atau sebahagian perenggan awal entri berkenaan. Boleh paparkan logo favicon laman web berkenaan.
4. Klik Add To Blog :: Satu tetingkap akan muncul seperti di bawah.

Sort: Cara menyusun senarai blog pilihan kita. PakTeh pilih default iaitu di mana blog yang paling terkini entrinya akan duduk di atas sekali.
Show: jika default dipilih, semua blog akan dipaparkan. Icon: jika dipilih, logo favicon laman pilihan kita tadi akan muncul. Title of most recent items: akan ada tajuk entri mereka. Snippet of most recent item: jika dipilih, akan paparkan sebahagian ayat awal dalam entri terkini blog pilihan. Date of last update: Untuk paparkan tarikh entri berkenaan.
Perasan kan? ada disebut No items yet: maka KLIK pada Add a blog to your list. Akan muncul tetingkap di bawah ini.

Isikan saja laman web dalam tu. Contoh rajah di sebelah, laman web PakNgah sedang dimasukkan. Klik ADD. Nanti klik lagi Add a blog to your list lagi.
Terus isikan tetingkap ini hingga puas hati.

Contoh: Perasan tak, laman PakTam yang tiada tajuk blog, hanya TITIK; boleh ditukar kepada yang sesuai. Caranya: klik rename dan isikan ruang tetingkapnya. Contoh lain, Inilah Duniaku (tajuk blog Akim), PakTeh rename sebagai Akim sahaja.
Kalau ada blog yang kita tak jadi nak senaraikan, klik remove. Tajuk Widget ini juga boleh diubah. PakTeh tulis Latest Family News.
Haaa... akhir sekali, klik SAVE pada tetingkap Configure Blog List. Jika perubahan Add Element kita dah disimpan oleh Blogger, cuba lihat hasilnya pada muka hadapan laman blog kita.

Dan begitulah seterusnya, dengan blog2 lain.. mengikut urutan penetapan yang kita pilih tadi. Semua laman ini akan berubah kedudukannya mengikut yang paling akhir hantar entri, akan duk di atas sekali.
Satu kelebihan lain dalam Blog List ini ialah, ia berikan kita 2 link sekaligus. satu, pada nama tajuk blog yg diisi. Kedua, tajuk entri yang ditulis.
Boleh cuba letak mouse atas link-link berkenaan pada sidebar kanan blog PakTeh.
Selamat mencuba.
Ahad: 3 Ogos, 2008

Dalam Bahasa Arab, kata nama tunggal bagi lelaki ialah Rojulun, manakala kata majmuk untuk lelaki ialah Rijaalun (kalau diwaqafkan, jadi Rijaal - ada huruf alif) . Dalam English pula, jika lelaki tunggal dipanggil Man; dan jika ramai lelaki ialah Men.
Dalam Bahasa Melayu, ada kekatunan sedikit. Laki-laki bermaksud seorang lelaki. Kalau ramai, disebut lelaki-lelaki. Tak boleh pula laki-laki laki-laki. Dari sudut bahasa slanga pula, laki tidak boleh berdiri sendiri merujuk seorang lelaki. Jika disebut laki sahaja, ianya bermaksud suami. Contoh, siapa laki dia tu?
Gambar di atas yang berperanan sebagai alat bantu mengajar dalam entri ini adalah foto ditangkap di airport Abu Dhabi, sewaktu umrah dahulu. Gambar itu sebenarnya label pada pintu masuk tandas lelaki, haha. Tak berani nak tangkap label tandas orang pompuan, nanti orang kata ngendap pula.
Sabtu: 2 Ogos, 2008

Zaim amat sukakan binatang. Umurnya 8 tahun, dia bawa balik seekor anak kucing (terketar2 lagi) balik sekolah sekolah agama petang, bubuh dalam raga depan basikalnya. Dia bagi susu. Kucing betina itu dinamakan Hurairah. Hurairah ini kemudiannya melahirkan 10 ekor anak. Sampai ada cucu. Zaman itu, PakTeh kena beli anak ikan temenung atau tamban 5 kilo seminggu untuk "haiwan ternakan" ini. Goreng guna deep frier yang dibeli khas. Pernah sampai 16 ekor mengiau keliling rumah.
Zaim tak geli dengan darah. Dia juga seronok kelebek2 anak2 kucing yang belum pun celik mata. Setiap kali Hurairah beranak, dia yang bagitau berapa jantan, berapa betina. Dia juga tiada masalah pegang cicak yang dilastiknya, goyang2 lagi depan mamanya yang penggeli, hihi. Juga tukang cekup buang bangkai tikus mati. Di sekolah rendah, dia suka subjek Sains, sebab suka buat eksperimen.
Awal tahun ini, PakTeh suruh dia daftar untuk masuk Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) sebagai pilihan unit beruniform sekolah menengahnya. Kot-kot dia boleh lasak sikit. Malangnya dia tak dapat unit itu, dah penuh. Yang dia dapat ialah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Hihi.. sekali lagi, menghala ke cita-cita awalnya.
Sabtu: 2 Ogos, 2008Move a layer in Photoshop
1. Select the move tool (keyboard shortcut - type V).
2. Select the layer(s) in the Layers palette that you want to move.
3. Click and drag to move the layers.
You can move a portion of a layer.
1. Create a selection (for example, use the marquee tool to make a selection).
2. Select the move tool.
3. Click inside the selection and drag to move just the selected area.
Sabtu: 2 Ogos, 2008
1. Select the layer (right click)
2. Type Ctrl-T to transform
3. Drag on corner handles (hold Shift button to constrain proportions)
4. Double-click inside to commit.
Jumaat: I Ogos, 2008Navbar Blogger adalah satu bar pencari dan navigasi, terletak melintang di atas semua blog Blogspot. Ia boleh didapati dalam beberapa pilihan warna, dan dikonfigurasikan pada tab Template dalam antara muka Blogger. Kita boleh dapatkan maklumat tambahan tentang Navbar dari laman ini.
Kini, banyak XML templates / skins / themes percuma yang boleh diperolehi di internet jarang menunjukkan Blogger Navbar pada halaman utama blog. Kebanyakan penulis skrip XML kurang berminat dengan Navbar kerana warnanya yang tidak sepadan dengan grafik header blog. Walaupun Blogger menyediakan beberapa ciri berguna dan berbagai warna, tetapi biasanya warnanya tetap tidak memenuhi citarasa para pereka bentuk blogger yang kreatif. Ada yang menganggap ianya menyakitkan mata dan membuatkan tema blog mereka kurang profesional.
Langkah-Langkah Menunjuk/Sorok Navbar
- Daftar masuk ke akaun blogger.
- Pada Dashboard, pilih Layout. Ini akan membawa kita kepada tab Template. Klik Edit HTML. Di bawah bahagian Edit Template, kita akan lihat kod skrip HTML blog kita. Sejenis bahasa pengaturcaraan.
- Cari (gunakan CTRL+F), dan padam (delete) kod berikut, jika nak tunjuk Navbar kita.
#navbar, #navbar-iframe {atau tambahkan (taip / cut & paste) kod di atas pada kod css HTML, jika nak hilangkan
height: 0px;
visibility: hidden;
display: none;
}
Navbar.
Itu sahaja.
Jumaat: 1 Ogos, 2008
Sebelum itu, Munirah adalah orang pertama keluar, sehari selepas operation - hari Rabu. Memang doktor ada beritahu, kanak-kanak amat cepat pulih berbanding orang dewasa. Manakala PakChik Yusof dan Nasir keluar hari Khamis. PakTeh dan Hafiz lewat sebab sukar makan, walau makanannya jenis lembut: Bubur nasi, roti bun cicah dengan teh ais.
Balik rumah, dapat cuti sampai Ahad. Hari Sabtu - minggu lepas, sekolah ganti untuk tambahan Raya Puasa nanti. Isnin dah sekolah.. ada masalah juga untuk mengajar. Sakit tekak di kiri dan kanan tekak sakit.
Hari ini setelah seminggu, baru mula bercakap dalam perhimpunan awal pagi. Tekak kanan dah ok, cuma sebelah kiri masih sakit, bila menelan. Terima kasih atas doa semua. Semoga Allah mempercepatkan proses penyembuhannya.