| 0 comments ]

Jumaat: I Ogos, 2008
Navbar Blogger adalah satu bar pencari dan navigasi, terletak melintang di atas semua blog Blogspot. Ia boleh didapati dalam beberapa pilihan warna, dan dikonfigurasikan pada tab Template dalam antara muka Blogger. Kita boleh dapatkan maklumat tambahan tentang Navbar dari laman ini.

Kini, banyak XML templates / skins / themes percuma yang boleh diperolehi di internet jarang menunjukkan Blogger Navbar pada halaman utama blog. Kebanyakan penulis skrip XML kurang berminat dengan Navbar kerana warnanya yang tidak sepadan dengan grafik header blog. Walaupun Blogger menyediakan beberapa ciri berguna dan berbagai warna, tetapi biasanya warnanya tetap tidak memenuhi citarasa para pereka bentuk blogger yang kreatif. Ada yang menganggap ianya menyakitkan mata dan membuatkan tema blog mereka kurang profesional.

Langkah-Langkah Menunjuk/Sorok Navbar

  1. Daftar masuk ke akaun blogger.
  2. Pada Dashboard, pilih Layout. Ini akan membawa kita kepada tab Template. Klik Edit HTML. Di bawah bahagian Edit Template, kita akan lihat kod skrip HTML blog kita. Sejenis bahasa pengaturcaraan.
  3. Cari (gunakan CTRL+F), dan padam (delete) kod berikut, jika nak tunjuk Navbar kita.
#navbar, #navbar-iframe {
height: 0px;
visibility: hidden;
display: none;
}
atau tambahkan (taip / cut & paste) kod di atas pada kod css HTML, jika nak hilangkan
Navbar.

Itu sahaja.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment