Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut :- 120 / 80 mmHg.
- Nombor atas (120) : Menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.
- Nombor bawah (80) : Menunjukan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
- Tekanan darah optima : 130 / 80 mmHg. Ini nilai ukuran yang ideal dan sihat.
- Tekanan darah tinggi : Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg. Kadar tekanan darah kita adalah terlalu tinggi.
- Tekanan darah rendah: Kurang daripada 130 / 75 mmHg.
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlit dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti: stroke, penyakit jantung, penyakit pada mata atau pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah.
Tanda-tanda awal pesakit darah rendah ialah seperti: cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap; pernafasan cepat dan pendek, depresi serta cepat haus.
- Memeriksa tekanan darah kita secara berkala - 2 kali setahun jika kadarnya normal.- Lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika kita mempunyai ahli keluarga mengidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.
- Tidak merokok. Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.
- Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan garam dan lemak. Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah. Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang.
- Kekalkan berat badan unggul.
- Bersenam secara berkala.
- Elakkan pengambilan alkohol.
- Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.
- Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.
- Jumpa doktor secara berkala bagi mengawal tekanan darah kita.
2 comments
Good Info... dan lebih menarik jika dinyatakan yg sebenar ingin disampaikan...
tq. sekadar kutip info tekanan darah.
yang terkini, tekanan darah MakNjang ialah rendah: 100/50 (kalau tak salah). Dia nampak letih dan tak sihat. Dia bukan atlit, tetapi dia letih. Dia mengamal diet, cuma keperluan kurangkan gulanya sahaja. Sebenarnya, dia mengalami depresi dan tekanan.
Semoga dia kembali sihat dan sembuh. Dia cuma perlu hilangkan atau lupakan apa yang difikirkannya selama hari ini. Dan dia memang ke arah itu.
Post a Comment