| 2 comments ]

PakLah mengumumkan hari ini bahawa harga diesel dan petrol akan turun antara lapan sen dan 22 sen seliter mulai esok. Katanya nak bendung tekanan inflasi 8.5% bagi bulan Ogos dan meringankan beban pengguna. Di samping itu, ekoran harga minyak dunia yang kian menurun sekitar USD115 setong. Ok la tu, kena bersyukur juga.

Harga runcit esok: 22 Ogos, 2008:
  • Petrol RON97 : turun 15 sen (5.5%) :: RM2.70 -> RM2.55 seliter ;
  • Petrol RON92 : turun 22 sen (8.4%) :: RM2.62 -> RM2.40 seliter;
  • Diesel : turun 8 sen (3.1%) :: RM2.58 -> RM2.50 seliter.
Harga runcit : 5 Jun lalu:
  • Petrol RON97 : naik 41% (naik 78 sen seliter ; RM1.92 -> RM2.70 seliter )
  • Diesel : naik 63% (naik RM1 ; RM1.58 -> RM2.58 seliter).
Naik macam ribut, turun macam siput.

Related Posts by Categories



2 comments

arsaili said... @ 8:54 PM

salam ..tapi barangan lain tetap tak turun..ummmm

PakTeh said... @ 9:14 PM

salam arsaili. a'ah.. susah nak turun, dan liat.

Post a Comment