PakTeh mula kenal permainan chess sejak Darjah 2. Main dengan Har, anak TokNjang Mat Peston di rumahnya, di belakang rumah Tok. Masa tu main bantai ikut sedap saja asal ikut peraturan pergerakan buah. Mula-mula main tentu Queen jalan dulu pergi serang. Kemudian mulai Darjah 4, pengetahuan makin bertambah bila PakLang yang balik bercuti dari Newcastle, UK sempena kenduri kahwin MakNjang dan mengajar satu ilmu yang menarik.
Ilmu itu adalah kaedah menggerakkan buah catur mengikut cara profesional, seperti P-K1, N-KB3 atau e4 dan Nf3.. camtu. Semua itu berdasarkan beberapa buku PakLang seperti 60 Memorable Games of Bobby Fischer, dan beberapa buku lain tulisan chess grandmasters terkemuka dunia ketika itu seperti Tal, Spassky & Karpov. Memang syok main guna contoh buku2 itu bersama dengan PakTam atau sorang-sorang. Sambil2, dapat study tentang strategi opening, middle & end game bagi setiap perlawanan. Mula kenal chess openings: Ruy Lopez, Sicilian Defense, Nimzo-Indian, Giuoco Piano juga Queen's Gambit Accepted/Declined Variation. Juga kenal jargon baru seperti Rook (kota), Knight (kuda), Pawn (bidak tentera). Juga istilah situasi/pergerakan tertentu seperti castling, gambit, fork, pin, fianchetto & checkmate.
Ilmu itu adalah kaedah menggerakkan buah catur mengikut cara profesional, seperti P-K1, N-KB3 atau e4 dan Nf3.. camtu. Semua itu berdasarkan beberapa buku PakLang seperti 60 Memorable Games of Bobby Fischer, dan beberapa buku lain tulisan chess grandmasters terkemuka dunia ketika itu seperti Tal, Spassky & Karpov. Memang syok main guna contoh buku2 itu bersama dengan PakTam atau sorang-sorang. Sambil2, dapat study tentang strategi opening, middle & end game bagi setiap perlawanan. Mula kenal chess openings: Ruy Lopez, Sicilian Defense, Nimzo-Indian, Giuoco Piano juga Queen's Gambit Accepted/Declined Variation. Juga kenal jargon baru seperti Rook (kota), Knight (kuda), Pawn (bidak tentera). Juga istilah situasi/pergerakan tertentu seperti castling, gambit, fork, pin, fianchetto & checkmate.
Satu istilah yang PakTeh syok kaji ialah gambit. "Gambit" ini satu keadaan di mana seorang pemain catur mengorbankan mana-mana buah caturnya untuk mendapat sesuatu keadaan yang lebih baik selepas itu. Dan matlamat korban atau umpan itu tentulah untuk mencapai kemenangan. Kadang-kadang yang di-gambit itu bertaraf pawn, knight, bishop, castle malah juga 'raja padang' papan catur: Queen. Dan darihal gambit inilah yang PakTeh nak cerita di sini.
Beberapa hari lepas, dengar ada reshuffle beberapa orang boss sekolah dalam daerah. Yang di SMP, Pangkor akan ke SMAB, Sitiawan. Beliau (pompuan) tak sampai setahun lagi di Pangkor yang menjadi 1st posting jawatan atas kenaikan pangkatnya. Sedangkan SMAB adalah sekolah high ranking di daerah, penuh dengan anugerah dan besar populasi sesuai dengan adanya Ting. Enam. Dengarnya pula, boss SMAB akan bertukar ke SEMESTI, sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di T. Intan. Itu cerita Versi 1.
Tup2.. baru-baru ni dengar ada cerita di sebalik cerita. Cerita Versi 2. Seorang boss di SMTP, Sitiawan (kerabat MakLang) adalah yang sepatutnya ke SEMESTI sesuai dgn gred 52nya. Dengarnya lulus penilaian Pengetua Cemerlang DG52. Dia telah mendapat surat arahan pertukaran, dari Putrajaya. Juga telahpun diarah oleh Datuk KPPM sendiri untuk bersuaikenal di SEMESTI dalam tempoh peralihan tugas. Maka semua warga sekolah berkenaan dah tengok & dah dengar ucapan 'sulung'nya. Selepas itu, dia banyak dapat mesej SMS tahniah dari rakan2nya yang mungkin anak2 mereka bersekolah di situ.
Tiba-tiba, beliau dengarnya dipanggil oleh En. Pengarah Negeri di Bandaraya. Dimaklumkan, berdasarkan perkembangan terakhir, beliau tak boleh ke SEMESTI. Sebabnya: saudaranya akan bertanding di sebuah kawasan dekat2 situ atas tiket parti bukan kerajaan. Itu sahaja. Jadi perpindahan itu cancelled!
Maka itulah yg kemudiannya berlaku, ke cerita Versi 1. Boss SMAB pula kena ke SEMESTI, walau hatinya amat berat kerana tapak itu untuk rakan baiknya, juga sekolah jirannya; pada asalnya. Juga sebab itulah boss SMP, Pangkor ke SMAB, Sitiawan untuk mengganti boss SMAB itu. Sepatutnya boss SMP itu bertukar ke SMTP, sekolah lamanya sewaktu jadi PK1. Dan inilah percaturan yang terhasil kerana percaturan sebelumnya tersalah hasil - akibat faktor mendatang.
Begitulah.. kita semua ni macam taraf buah catur sahaja. Ikut suka player nak ubah ke mana2. Kadang2 kita jadi korban keadaan untuk mencapai hasrat chess player, atau lebih teruk - dimatikan terus kerana dianggap mengganggu gugat kepentingan strategik dalam sesuatu situasi. Kesian boss SMTP tadi... Bukan salah dia saudaranya pergi bertanding, kenapa beliau jadi mangsa terhadap kemajuan kariernya? Dan kerana alasan remeh politik itu - patutkah dia jadi Queen's Gambit atau juga mungkin terus kena badi jurus pemati buah: Checkmate!?
8 comments
penuh dgn maksud gak ek pakteh main chess ni...
tersirat dan tersurat...
mama ranggie: ada kebenarannya tu. kadang2 kita rasa pergerakan kita dalam dunia ini atas usaha & kejayaan/kegagalan kita. Kita lupa dengan Qadha & Qadar. tersiratnya: ianya telahpun tersurat di Luh Mahfudz. kena banyak bersabar & bersyukur atas nikmat & ujian Tuhan.
Gambit..hmm.. hehehe... ada lagi satu perkataan yang hampir sama, GAMBIR... istilah yang hampir dilupakan... begitu jugak dgn Gerambit.
Jadi nama sapa naik untuk pengkalan baru?... Dato Cikgu Hamdi lagi ka?.. Parlimen Beruas pulak sapa?..
Boleh update CENDAWAN?.. gambo2nye.
To PakTeh:
Penceritaan urusan cendawan cukup menarik. PakTeh sememangnya mampu mengupdate kisah tu utk keluarga yg jauh.... amat bersesuaian dgn harapan tinggi yg telah diberi dan diamanahkan.. thanks pakteh!
To Pakteh:
Kalu dapat, ada satu blog khas ttg penceritaan berkaitan cendawan... PakTam akan berbicang ngan utk mewujudkan persembahan blog utk bsness...lain caranya tu.. kita kongsi2 pasword utk blog tu.. boleh PakTeh?
dari dulu sampe skrg... kelat x reti2 lagik maen cesss... ampesss btoiii... benak bebeno kelat nih... ekekeke... tp, kalo dam ajiiiii... cempien wehhh... huhuhu...
paktehhh.. ape benarrr idop di dunia ni umpama pcatoran??? jwb paktehhh, jgn x jwbbbbb...
@bangchik & azlanlin: tulis padal cendawan tu ok, nak 'gambo' tu yg letih + terkedu sikit.. hihi. Insya Allah, jika ada masa.
@kelat: hidup ni dah ditentukan. cuma kita diberi akal utk memilih dan mengubah. tetapi pilihan & pengubahan juga telah ditentukan. :)
Post a Comment