| 26 comments ]

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cara Kemasukan ke SSM Bagi Lepasan UPSR dan PMR
Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu serta oleh pihak tertentu iaitu:
  1. Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan.
  2. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.
  3. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara. 
Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:

1.  Sekolah Sukan Bukit Jalil
     Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
     57000 Kuala Lumpur.
     Tel: 03 - 90587335 | Fax: 03-90587135 

2.  Sekolah Sukan Bandar Penawar
     81900 Kota Tinggi, Johor.
     Tel: 07 - 8223027 | Fax: 07 - 8223028

Acara Sukan Yang Dimajukan di SSM

(1) Akuatik - renang, terjun & renang berirama (2) Bola keranjang (3) Bola sepak (4) Bola jaring  (5) Bola tampar (6) Badminton (7) Bola tenpin (8) Berbasikal (9) Ekuestrian (10) Golf (11) Gimnastik - artistik & gimrama (11) Hoki (12) Kriket (13) Lawan pedang (14) Memanah (15) Menembak (16) Seni Mempertahankan Diri - taekwando, wushu, karate (17) Olahraga (18) Squasy (19) Sepak takraw (20) Tenis

Sistem Pembelajaran

Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem persekolahannya berbeza sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan disiplin pelajar.
Berikut antara rutin kaedah kehidupan di sekolah sukan.

6.30 - 8.30 pagi: Latihan sukan |  9.30 - 9.30 pagi: Sarapan pagi | 9.30 - 2.30 petang: Kelas akademik | 2.30 - 3.00 petang: Makan tengahari | 3.30 - 7.00 petang : Latihan petang | 8.00 - 8.30 malam: Makan malam |  8.30 - 10.00 malam : Kelas persediaan | 10.00 - 10.30 malam : minum malam | 11.00 malam : Tidur


Sekolah Sukan Negeri

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) berbeza sedikit dari Sekolah Sukan Negeri (SSN). SSN adalah di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri. Syarat kemasukan ke Tingkatan Satu SSN perlu lulus dalam Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) dan mewakili daerah dalam sukan & permainan. Pelajarnya perlu mengikuti latihan sukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Istimewanya, mereka berpeluang mendapat Biasiswa Sukan.

Makluman Lanjut


Kepada yang berbakat dan berminat untuk menjadi atlit negara, tingkatkan kemahiran dan kehebatan dalam bidang sukan yang diminati. Semoga terpilih ke SSM atau SSN. Anda dapat 2 perkara, penguasaan akademik dan kehebatan dalam sukan dan permainan. Semoga berjaya. Majulah Sukan Untuk Negara.

Related Posts by Categories



26 comments

ANGAH said... @ 10:02 AM

macam mana nak masuk?

nur shahni bte mat yatim said... @ 8:10 PM

mcm ner nk masuk??

RZ3686 said... @ 3:53 PM

nice post.. tengah fikir untuk memasukkan anak sekali..

KAPTEN said... @ 2:43 PM

ade nombor telepon x?

hee young said... @ 9:43 PM

Posted in. .. school sports ..now im 12yers .27.1

amera_mj@yahoo.com = facebook = Hee young

hee young said... @ 9:37 PM

harp harp dapt masuk..doakan saya ya ..

nabeil shzda said... @ 2:00 PM

asmekom , teringin sngt nk msok bukit jalil
tpi dpt sekolah sukan negeri melaka

fariz izwan said... @ 10:07 PM

saya MOHD FARIZ IZWAN B MOHD ZABIDI,berusia 14TAHUN,saya bersekolah di smk putra perdana,puchong,sepang. hobi sukan utama saya bola sepak. saya ingin menjadi seorang pemain bola sepak yang profesional pada suatu hari nanti,(INSYAALLAH).saya sangat berminat untuk menjadi salah seorang pelajar di sekolah sukan bukit jalil.jika ada peluang

NiK aMiR said... @ 8:32 PM

salam,saya nak msk ssbj mewakili golf?saya sgt bermint..saye suda wakil negeri

amir_dimaria7 said... @ 2:45 AM

t'ingin nk msuk~T_T..arap2 aq dpt msuk..amin..^^

amir_dimaria7 said... @ 2:48 AM

salam..saya dan shabat saya sklh kt smk dato bentara luar..sye minat dlm skan bola tmpar dan bola sepak..shabat saya pula mnat dlm skan bola spak..kami belum prnah mwkili daerah n kami sdang melipat ganda kn usaha kami untk msuk ke SSBJ..:)

Anonymous said... @ 3:27 PM

saya MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD FADZIL, berusia 15tahun, saya ingin mohon SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR, mengambil bahagian acara BADMINTON, tahun nie saya sudan wakil sekolah di TAMAN DESA JAYA, tetapi, macam mana hendak mohon sekolah ini?? tolong balas. . saya minat sangat..

Unknown said... @ 3:12 PM

Assalamualaikum,saya teringin sangat nak msuk ssbj dengan bakat bermain golf yang saya sejak darjah dua lagi..saya juga pernah mewakili negeri sarawak pada tahun 2009(MSSM) di bukit kiara selangor..

hazeeq said... @ 10:09 AM

saya berusia 15 tahun...saya berharap sangat yang saya dapat masuk ke sekolah sukan ini...
saya sangat meminati bidang badminton mahupun bola sepak..

ZackBravo09 said... @ 5:48 PM

saya Amir Hamizan,dri sekolah SMK Segambut Jaya,14 tahun berminat untuk memasuki sekolah sukan bukit jalil..saya suke bermain bola sepak...Saya ader bnyak pengalaman iaitu pernah bermain untuk MSSMKL semasa Sekolah Rendah....dan bermain untuk Sekolah Sukan Raja Abdullah untuk Piala Pusat Latihan Daerah di Selangor!!!!sekian dri saye...

Nama :Amir Hamizan B. Mohd Dasuki
No Telefon:0142599359
Alamat:4a/a3 KIP,Jln Raja Muda Abd Aziz,50300 K.L

ibu said... @ 2:30 PM

salam..sy adam, dpt kptusan upsr 1a2b2c je,dah mohon smk mutiara impian sek sukan, ada wakil sekolah dlm acara larian...tp mcm mana nak tau kita dpt sek sukan tu @ tak? dan mcm mana nak pohon masuk sek sukan yg lain lg ye..?

nur_amera said... @ 8:22 PM

emm , boleh tak kalau adik saya nak masuk . tapi dia baru tingkatan 2 ..

Adik said... @ 12:23 PM

saya berusia 17 tahun..ingin masuk ke sekolah ini utk meningkatkan pencapaian saya dalam bidang bolasepak..harap permohonan berjaya.

Sh@m said... @ 1:45 PM

askum sya hisyam brminat untuk memasuki sekolah sukan bukit jalil.sya berusia 15 belas tahun. ini kerana sya meminati sukan bola sepak.sya jga mewakili hoki daerah kota setar, sukan olah raga peringkat daerah dan bola baling daerah kota setar.tetapi sya hnya tumpukan kpd sukan bola sepak .sya hrp sya dpt memasuki sekolah sukan bukit jalil untuk merasai pengalaman baru dan brjaya dlm sukan yang sya minati selama ini .
nama:muhammad hisyam bin abdul ghani
tel:0174436324
alamat:113-Kampung alor gunong mukim pumpong 05150 alor setar kedah

mohd.sharil said... @ 8:56 PM

SALAM, SAYA MOHD.SHARIL BIN ROSTANI,umur saya 14tahun, saya bersekolah di SMK SRI SADONG,SIMUNJAN,SARAWAK.Hobi utama saya sejak kecil ialah bola sepak,kalau saya dapat masuk dekat sekolah sukan bukit jalil, saya akan lakukan dengan terbaik,tapi saya tak pernah mewakili sekolah,ada peluang tak nak masuk sekolah sukan nih???? tolong balas yerr!! sebab saya minat sangat.

Muhammad Sulaiman said... @ 11:09 PM

Assalamualaikum.Saya Muhammad Sulaiman Bin Mohd Saad.Umor 15 tahun.Saya berasal dari Perak.Saya dari kecik minat bermain bola sepak dan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah sukan.Tetapi pada peringkat umor saya yang masih kanak-kanak,tidak diberikan pendedahan tentang sekolah sukan ini oleh ibu bapa serta guru.Saya telah cuba berusaha sendiri untuk mencari blog-blog FAM , cara kemasukan , sejarah sekolah dan saya berazam hendak melangkah kaki untuk ke sekola (SSBJ).Saya merupakan seorang pelajar sekolah agama.Walaupun saya seorang pelajar sekolah agama yang tidak berapa terkenal , saya berjaya untuk bermain mewakili daerah Manjung untuk menyertai peringkat negeri.Saya juga adalah calon untuk latihan pusat untuk wakil negeri perak , tetapi tiada rezeki untuk bermain kerana ramai lagi pemain yang berkebolehan.Jika saya dapat masuk ke sekolah(SSBJ),saya berjanji akan buat yang terbaik ! saya harap owner page ini dapat membertimbangkan . Sekian ,

No.Telefon:0142581905
Alamat:1342,Lorong Gelama1 ,Taman Samudera,32040 Manjung Perak . :)

Muhammad Sulaiman said... @ 7:00 AM

;'

mizan said... @ 7:11 PM

saya nak daftarkan anak saya untuk kemasukan sekolah sukan temerloh tp x tahu nk isi borang kat mana...

eddy said... @ 4:36 PM

mcm mana nk masuk skola sukan ni??

alya ika said... @ 5:20 PM

sy alya. sy mmg dri kecil lgi kuat sukan .. umo sy 14 .. sy berminat untk msuk skolah ini,,. sy bermain badminton, n sy da 4 tahun berturut2 main peringkat kebangsaan.. sy dri kecil lgi mmg dilatih main badminton,sy mle bermain semasa umo 4tahun lg,. sy harap sgt dpt masuk ke skolah ini kerana sy da gembira kan negara kita dan maju kan sukan kita.. sy ingin pengalaman baru utk masuk ke sekolah ini..

name:ALYA INTAN ZULAIKHA BINTI MUHD ISWAN
NOM TEL:0122305942
ALAMAT:NO 386,JALAN DATARAN SEGAR 71000 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN

Nazatul Syafeyka said... @ 7:29 PM

Teringin nak masuk sekolah sukan Malaysia .

Post a Comment