

Maka petang tadi, keluarkan golok kontot dan tebang batang pisang tersebut. Pada tandan tu ada beberapa biji pisang yang dah ranum, tapi yang lainnya masih boleh diperam.
Gambar kanan: ada setandan lagi sedang tunggu masa, mungkin lagi sebulan. Dulu, jantungnya besar dan buahnya kecil. Sekarang, terbalik. Jantungnya mengecil, buah pula semakin membesar. Ada rezeki nanti, tercucurlah kamu pula wahai pisang awak junior, hehe.

Acara seterusnya, tentulah buat cucur pisang. Ada juga orang panggil pisang goreng. Pisang yang sedikit masak, memang favourite PakTeh. Ianya lembut sedikit dan mudah hadam. MakTeh tak goreng banyak, habiskan pisang yang masak dulu.
Selepas makan, sambung lagi bawa golok keliling rumah. Mula-mula cantas batang2 bunga kantan yang daunnya dah kering, dan cantas batang yang dah berbunga matang. Selepas tu, kutip pula buah2 jambu madu di sebelah rumah.

6 comments
salam pak teh..tatau that u have a green hand...macam2 hasil tani yer..ehehe
salam arsaili.. alhamdulillah sihat ye? :) green hand tu, tak kot.. hehe.. ada juga yg ditanam terus mati, atau hidup tak berbuah. cuma sebagai hobi riadah di ruang masa dan tempat yang ada, walaupun sekecil cuma.
Kalu greenhand, kompom nak jadi incridiblehulk...hehehh..kat tangan jer
kalau tangan je hijau, macam lengan Popeye le.. hehe. Lingkup bisnes traktor dan jentuai padi.
I like fried banana and I miss it already.
urka-chika: wow.. i'm glad u're loving fried banana too. :)
yes.. we have lot's of banana species in malaysia. if u come to my country later on, u can taste it all :)
Post a Comment