PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT)
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. Pengambilan
Program ini ditawarkan kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi tidak terpilih bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST).
2. Pendaftaran
Pendaftaran bagi program ini ialah kira-kira sebulan selepas pendaftaran Program Matrikulasi Satu Tahun dijalankan iaitu pada bulan Jun 2010.
3. Modul Pengajian Program Dua Tahun (PDT)
Dua modul pengajian disediakan. Pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan mengambil Modul I atau Modul II semasa tahun pertama, manakala pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi dalam SPM hanya dibenarkan mengambil Modul II.
Modul Pengajian PDT
Mata Pelajaran diambil dalam SPM | Tahun Pertama | Tahun Kedua (mata pelajaran wajib digugurkan) |
Biologi * (boleh ambil Modul I atau Modul II) | Modul I 1. Fizik 2. Kimia 3. Matematik 4. Biologi 5. Bahasa Inggeris | Biologi @ Fizik |
Tanpa Biologi (Modul II sahaja) | Modul II 1. Fizik 2. Kimia 3. Matematik 4. Sains Komputer 5. Bahasa Inggeris | Sains Komputer |
- Modul I : Biologi atau Fizik
- Modul II : Sains Komputer
4. Syarat Kelayakan Minimum Program Dua Tahun(PDT)
Mendapat keputusan berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
1. 6CBahasa Melayu 2. 6CBahasa Inggeris 3. 6CMatematik 4. 6CKimia 5. 7DMatematik Tambahan 6. 6CDalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut: Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)
(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)
0 comments
Post a Comment