[Thursday, March 19, 2009
|
]
Kurikulum pendidikan di sekolah tadika Islam seluruh negara akan diselaraskan dalam tempoh lima tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata langkah itu bagi membendung penyelewengan yang dilakukan sesetengah pihak di dalam memberikan pendidikan awal kepada anak-anak di tadika Islam terutamanya di tadika Islam swasta.
"Kita tak mahu ada agenda-agenda yang berbeza antara tadika-tadika terutamanya bila ada unsur-unsur politik ditanam di kalangan anak-anak untuk membenci kerajaan.
"Saya harap tidak akan ada lagi agenda politik dalam perkara ini dan yang penting ialah untuk mempertingkat sahsiah dan personaliti anak-anak kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi MAIWP berkata penyelarasan itu telah dilakukan di semua tadika Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan dan akan diikuti dengan negeri-negeri lain dalam tempoh lima tahun.
"Penyelarasan akan kita lakukan di dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam dan kita akan maklumkan kepada Majlis Raja-Raja untuk dapatkan perkenan dalam tempoh dua bulan lagi kerana hal ehwal agama adalah di bawah majlis itu," katanya.
Beliau berkata melalui penyelarasan itu tadika-tadika Islam di seluruh negara akan menggunakan sistem pendidikan dan buku teks yang sama.
"Kita juga akan membuat latihan dan kursus kepada semua guru-guru tadika ini melalui Institusi Pendidikan Guru (IPG) atau Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) supaya semuanya akan selaras," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata infrastruktur fizikal dan kualiti pembelajaran di tadika Islam di Wilayah Persekutuan akan lebih terjamin apabila pengurusannya dibuat oleh MAIWP.
"Kita tidak mahu bila sebut mengenai tadika Islam ini, piawaiannya lebih rendah berbanding tadika kerajaan dan swasta. Biarpun dibuat di bawah surau sekalipun, kemudahan itu mesti lengkap supaya ibu bapa mempunyai kepercayaan terhadap tadika Islam ini," katanya.
Beliau berkata seramai 401 guru tadika Islam di Wilayah Persekutuan termasuk pembantu tadika menerima gaji bulanan berserta elaun berjumlah antara RM1,200 sehingga RM2,500 mengikut gred jawatan yang ditawarkan, bermula 1 Jan lepas.
"Ini satu perubahan yang besar jika dibandingkan sebelum ini mereka hanya menerima elaun masing-masing berjumlah RM540 hingga RM580 dan RM150 hingga RM300 setiap bulan," katanya.
(Sumber: Bernama - 18/03/2009 - 21:23PM)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Wednesday, March 18, 2009
|
]
Kementerian Pelajaran bercadang mengubah sistem peperiksaan ke atas murid tahun satu dengan memperkenalkan penilaian berasaskan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) seperti yang diguna pakai di universiti, mulai tahun depan.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd.Dom berkata program perintis mengenai cadangan itu yang dijalankan di 50 buah sekolah tahun lalu menunjukkan perubahan sistem peperiksaan sekolah ini sesuai dijalankan.
"Jika mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), tahun depan kita akan melaksanakan peperiksaan yang berasaskan sekolah. Kita juga melakukan transformasi pendidikan.
"Kurikulum pelajaran akan disusun semula untuk mewujudkan kreativiti di kalangan pelajar, mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris, keusahawanan, sejarah dan menjadikan sekolah sebagai tempat belajar yang seronok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Murid di Putrajaya, Selasa.
Bagaimanapun, katanya kementerian tidak akan terburu-buru untuk melaksanakan perubahan itu dan persidangan meja bulat dan bengkel akan diadakan selain mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Jika kita dapati perubahan ini boleh dijalankan, maka kita akan memperkenalkannya di darjah satu dan pra sekolah mulai tahun depan," katanya.
Alimuddin berkata penilaian berasaskan sekolah sebenarnya bukan perkara baru tetapi telah dijalankan melalui ujian bulanan dan ujian akhir tahun di sekolah.
Katanya, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dimansuhkan tetapi akan menggunakan formula 70:30, iaitu 30 peratus diukur dalam peperiksaan UPSR sementara 70 peratus berdasarkan aktiviti luar termasuk peperiksaan berasaskan sekolah.
"Empat elemen yang akan dinilai ialah mengenai psikometrik pelajar, pencapaian ko-kurikulum, peperiksaan berasaskan sekolah dan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan," katanya.
(Sumber: Bernama - 17/03/2009 21:57PM)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Tuesday, March 17, 2009
|
]
Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan bagi memohon Biasiswa Bank Negara Malaysia untuk Sesi Akademik 2009/2010 bagi program-program berikut:
- Biasiswa Pra-Universiti & Program Persediaan Luar Negara
- Biasiswa Ijazah Pertama
- Sarjana / Kedoktoran (PhD)
Berikut adalah makluman lanjut berkaitan syarat kelayakan, cara memohon dan tarikh akhir permohonan bagi biasiswa-biasiswa yang ditawarkan.
Anugerah Biasiswa ini khusus bagi mengikuti pengajian dalam bidang:
- Ekonomi
- Kejuruteraan Kewangan
- Perakaunan
- Sains Aktuari
- Perbankan dan Kewangan
- Kewangan Korporat
- Perbankan dan Ekonomi Islam
- Undang-Undang
- Undang-Undang Syariah
- Teknologi Maklumat
- Matematik
A. BIASISWA PRA-UNIVERSITI, PROGRAM PERSEDIAAN LUAR NEGARA
( Permohonan secara dalam talian akan ditutup pada hari Jumaat, 20 Mac 2009 )
PROGRAM DITAJA: A-LEVEL, AMERICAN FOUNDATION PROGRAM, AUSTRALIAN MATRICULATION, INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAMME
Kelayakan Minimum
- Lulus peperiksaan SPM 2008 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8 1A
- Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2009
Kelayakan Tambahan
- Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
- Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
- Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Klik** Terus ke Laman Permohonan Biasiswa Pra Universiti & Program Luar Negara **Klik
B. BIASISWA IJAZAH PERTAMA (KEPUJIAN)
( Permohonan secara dalam talian akan dibuka mulai 23 Mac 2009 dan akan ditutup pada hari Jumaat, 10 April 2009)
Kelayakan Minimum
Lulus dan memenuhi salah satu kriteria di bawah:
- STPM / A-Level – Mendapat sekurang-kurangnya 2 A dan 1 B ; atau
- Diploma / Matrikulasi – Mendapat Purata Agregat Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50 ; atau
- Australian Matriculation – Mendapat sekurang-kurangnya TER 85% ; atau
- American Foundation Program – Mendapat sekurang-kurangnya 1200 bagi SAT1 ;
- Bagi calon-calon yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Pertama – Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dalam peperiksaan yang terbaru.
dan
- Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009
- Telah atau akan ditawarkan dalam tahun 2009 untuk mengikuti kursus Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau luar negara
Kelayakan Tambahan
- Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
- Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
- Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
C. SARJANA / KEDOKTORAN (PhD)
( Permohonan secara dalam talian akan ditutup pada hari Khamis, 30 April 2009)
Kelayakan Minimum
- Mendapat keputusan Kelas Pertama Ijazah Pertama (Kepujian) / Ijazah Sarjana atau yang setaraf daripada universiti-universiti diiktiraf di dalam atau luar negara
- Mengambil kursus yang memberi nilai tambah kepada fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia
- Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi Ijazah Sarjana dan 35 tahun bagi Ijazah Kedoktoran pada 1 Julai 2009
dan
- Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Telah atau akan ditawarkan dalam tahun 2009 untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana / Kedoktoran di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau luar negara.
Mereka yang memenuhi kriteria dikehendaki menghantar permohonan bertulis kepada Seksyen Biasiswa, Bank Negara Malaysia dan melampirkan dokumen-dokumen berikut:
- Butir-butir diri
- Salinan keputusan yang disahkan bagi Ijazah Pertama / Ijazah Sarjana
- Surat sokongan daripada Universiti-universiti terdahulu atau terkini
- Satu (1) muka surat ringkasan pengkhususan yang akan diambil
Calon-calon yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran (PhD) di universiti-universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau di luar negara juga adalah layak untuk memohon.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
- Prauniversiti : 7 hari selepas keputusan SPM 2008 diumumkan (20 Mac 2009)
- Ijazah Pertama : 10 April 2009
- Ijazah Lanjutan : 30 April 2009
PAUTAN LAMAN PERMOHONAN ONLINE
Nota: Hanya Calon-Calon Yang Disenarai Pendek Sahaja Akan Dihubungi.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Monday, March 16, 2009
|
]

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan membuat pengambilan pelajar baru untuk Sesi 2/2009 Kemasukan Julai 2009.
Permohonan secara
online ini terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) TAHAP 1 hingga 3,
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) dan
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM 5), JKKP dan Suruhanjaya Tenaga di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan MALAYSIA dalam bidang-bidang berikut:
- Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
- Teknologi Kejuruteraan Automotif
- Teknologi Kejuruteraan Awam
- Teknologi Kejuruteraan Elektrik
- Teknologi Kejuruteraan Elektronik
- Teknologi Perkhidmatan Personal
- Teknologi Tekstil dan Apparel
- Teknologi Kejuruteraan Marin
- Teknologi Makanan
- Teknologi Fotografi
- Teknologi Maklumat
Syarat Utama Permohonan
- Umur 18 - 30 tahun
- Tamat Tingkatan 5
- Sihat & belum berkahwin
Kemudahan Yang Disediakan
- Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
- Elaun bulanan RM100 - RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
- Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.
Tarikh Tutup Permohonan : 19 April 2009 (Ahad)
Kepada yang berminat, sila layari laman web Kementerian Belia dan Sukan di alamat http://www.kbs.gov.my
HOTLINE: 03-8871 3668/ 3673/ 3663/ 3664/ 3685
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Sunday, March 15, 2009
|
]
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempelawa jika anda mempunyai impian untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam bidang kejururawatan, farmasi, radiografi, teknologi perubatan mahupun pergigian. Anda dipelawa merebut peluang bagi mengikuti program latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil di institusi-institusi latihan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi sesi pengambilan Julai 2009 dan sesi Januari 2010.
Kita lihat apakah program ditawarkan, kelayakan, insentif serta cara membuat permohonan.
PROGRAM LATIHAN BERTARAF DIPLOMA
A. Program Separa Latihan
- Juru X-Ray Pelatih
- Jururawat Pelatih
- Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) Pelatih
- Jurupulih Perubatan (Anggota) Pelatih
- Pembantu Farmasi Pelatih
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pelatih
- Pembantu Perubatan Pelatih
- Juruteknologi Makmal Perubatan Pelatih
- Juruteknologi Pergigian Pelatih
- Jururawat Pergigian Pelatih (Perempuan sahaja)
B. Syarat Kemasukan
- Program pengajian 3 tahun
- Dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
- Kelayakan - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 2 kepujian dan 4 lulus termasuk Lulus Bahasa Malaysia/Melayu serta Ujian Lisan di peringkat SPM.
- Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian Bahasa Malaysia, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
PROGRAM LATIHAN BERTARAF SIJIL
A. Program Separa Latihan
- Pembantu Pembedahan Pergigian Terlatih
- Pembantu Kesihatan Awam Pelatih (Lelaki sahaja)
- Jururawat Masyarakat Pelatih (Perempuan Sahaja)
B.1.1 Syarat Kemasukan (no. 1 & 2) :
Kelayakan - Penilaian Menengah Rendah (PMR) serta Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat PMR (Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian Bahasa Malaysia dan Sains).
B1.2 Syarat kemasukan (no. 3) :
Kelayakan - Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan 2 kepujian dan 4 lulus termasuk Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu serta Ujian Lisan di peringkat SPM (Keutamaan kepada calon yang mendapat Kepujian Bahasa Malaysia dan Sains).
CARA MEMOHON
- Permohonan adalah secara online (Borang SPA8i) di laman www.spa.gov.my
- Tempoh sah laku permohonan adalah satu tahun.
- Maklumat lanjut berkenaan deskripsi tugas, syarat-syarat lantikan dan status permohonan lengkap yang didaftarkan boleh disemak oleh pemohon melalui laman web www.spa.gov.my
INSENTIF & KERJAYA
- RM 621.21 - Biasiswa Bulanan (Program latihan bertaraf Diploma)
- RM 517.15 - Biasiswa Bulanan (Program latihan bertaraf Sijil)
- RM 250.00 - Elaun Buku (Setiap tahun)
- RM 25.00 - Elaun Alat Perkakas (Sekali sahaja)
- RM 90.00 - Elaun Kertas Projek (Setiap tahun)
- Penginapan, pakaian seragam dan kasut disediakan.
- Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan dilantik ke jawatan berkaitan untuk berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
MAKLUMAN LANJUT
Sebarang pertanyaan boleh hubungi: Unit Separa Perubatan Bahagian Pengambilan Khas di talian 03-8885 6254 / 6264 / 6296.
Sesi kemasukan latihan adalah pada Januari dan Julai setiap tahun. Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga dan ujian khas.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Sunday, March 15, 2009
|
]
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program di 27 buah Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) seluruh negara. Permohonan kemasukan ke politeknik bagi sesi Julai 2009 ini merangkumi bidang kursus Diploma Lanjutan, Diploma, Sijil dan Foundation. Tarikh tutup permohonan ialah 17 April, 2009.
Kaedah permohonan nampak rumit, tetapi sebenarnya adalah mudah. Baca dan ikuti langkah-langkah berikut.
PROGRAM DITAWARKAN : Diploma Lanjutan, Diploma, Sijil & Foundation.
- Jabatan Kejuruteraan Awam : Kej. Awam/ Perkhidmatan Bangunan/ Seni Bina/ Ukur Bahan/ Ukur Tanah/ Perancangan Bandar & Wilayah/ Teknologi Berasaskan Kayu/ Kej. Alam Sekitar;
- Jabatan Kejuruteraan Elektrik : Kej. Elektrik/ Kej. Elektronik/ Kej. Elektronik (Perubatan)/ Kej. Elektronik (Komputer)/ Kej. Elektronik (Kawalan)/ Kej. Elektronik (Optoelektronik)/ Kej. Elektrik & Elektronik;
- Jabatan Penyenggaraan Pesawat : Penyenggaraan Pesawat.
- Jabatan Kejuteraan Mekanikal : Kej. Mekanikal/ Kej. Mekanikal (Automotif)/ Kej. Mekanikal (Bahan)/ Kej. Mekanikal (Pembungkusan)/ Kej. Mekanikal (Pertanian)/ Kej. Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan)/ Kej. Mekanikal (Plastik)/ Kej. Mekanikal (Tekstil)/ Kej. Mekanikal (Pembuatan)/ Kej. Mekanikal (Loji)/ Kej. Mekatronik;
- Jabatan Kejuruteraan Perkapalan : Kej. Perkapalan;
- Jabatan Kejuruteraan Petrokimia : Kej. Mekanikal (Petroleum)/ Kej. Elektrik (Petroleum)/ Kej. Elektronik (Petroleum)/ Kej. Kimia & Proses;
- Jabatan Teknologi Makanan : Teknologi Makanan;
- Jabatan Reka Bentuk & Komunikasi Visual : Reka Bentuk (Grafik)/ Reka Bentuk (Industri)/ Reka Bentuk (Fesyen & Pakaian)/ Media Digital (Seni Digital)/ Media Digital (Video & Pengajian Filem);
- Jabatan Perdagangan : Akauntansi/ Pengajian Perniagaan (Pengurusan)/ Pengajian Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa)/ Kewangan & Perbankan/ Kewangan & Perbankan Islam/ Insurans/ Pemasaran/ Pengurusan Peruncitan/ Pengajian Perniagaan (e-Dagang)/ Pengurusan Logistik & Rangkaian Bekalan/ Pengajian Perniagaan/ Penyimpanan Kira/ Sains Kesetiausahaan;
- Jabatan Hospitaliti : Pengurusan Hotel & Katering/ Pengurusan Pelancongan.
PENTING: Calon dinasihatkan membaca maklumat terperinci berkenaan syarat kemasukan, peringkat pengajian serta sinopsis program di laman web http://www.politeknik.edu.my.
PROSES PERMOHONAN- Membeli nombor PIN Permohonan ke Politeknik KPT dari BSN.
- Melayari laman web http://politeknik.edu.my
- Mengakses e-BORANG - PERMOHONAN BARU
- Mengisi maklumat permohonan
- Menghantar maklumat permohonan : Klik butang "HANTAR MAKLUMAT"
- Butiran permohonan dipaparkan sebagai bukti permohonan telah dibantar (sekiranya butiran permohonan tidak dipaparkan, akses semula e-Borang).
- Mencetak butiran permohonan (sebagai simpanan dan rujukan).
- TAMAT
NOMBOR PIN
Untuk mengakses e-Borang, pemohon perlu menggunakan nombor PIN (Nombor PIN ini perlu dirahsiakan) dengan harga RM6.00. Kaedah pembelian adalah seperti berikut:
A. Perkhidmatan kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).- Kemukakan MyKad pemohon
- Sekiranya pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan MyKad pemohon mesti dikemukakan kepada pihak BSN.
- Maklumkan pembelian nombor PIN untuk kemasukan ke Politeknik KPT.
- Pastikan nombor MyKad dan nombor PIN enam (6) digit dicetak pada slip pembayaran BSN.
B. Perkhidmatan mesin ATM BSN dan BSN:SMS - Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan terdekat BSN atau hubungi 03-2142 5258 atau layari laman web http://www.bsn.com.my
TARIKH TUTUP PERMOHONAN- Permohonan sesi JULAI 2009 ditutup pada hari Jumaat, 17 April 2009.
- Maklumat permohonan mesti tepat dan benar. Kementerian Pengajian Tinggi berhak membatalkan tawaran sekiranya maklumat diberkan adalah palsu.
- Pemohon boleh meminda maklumat sebelum tarikh tutup permohonan.
KEPUTUSAN PERMOHONAN- Keputusan permohonan kemasukan Sesi Julai 2009 akan diumumkan mulai hari Rabu, 13 Mei 2009 di http://www.politeknik.edu.my.
- Pemohon yang berjaya hendaklah mencetak Surat Pengesahan Tawaran, Panduan Menghantar Borang Jawapan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT-BAP).
- Surat tawaran rasmi dan dokumen pendaftaran akan dihantar melalui pos kepada calon setelah pihak politeknik menerima BJT-BAP bersaa-sama dengan salinan dokumen yang diperlukan.
RAYUAN- e-Rayuan dibuka mulai 13 hingga 29 Mei 2009 di http://www.politeknik.edu.my
- Keputusan rayuan akan diumumkan mulai Khamis, 11 Jun 2009.
PERTANYAAN & MAKLUMAN LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai pengambilan, sila hubungi melalui alamat atau talian berikut:
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Sektor Pengurusan Politeknik
Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti
Tingkat 9, Heritage Office Tower, Jalan SB Dagang
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
No. Tel : 03-8939 4058 / 4103 / 4104 / 4105 / 4106 / 4107 / 4108 / 4109
No. Fax: 03-8939 4055
Emel: pengambilan@politeknik.edu.my
Semoga berjaya.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Saturday, March 14, 2009
|
]
Hari Sabtu yang menakjubkan buat dua orang pelajar cemerlang dalam SPM dan STPM yang baru diumumkan baru-baru ini. Mohamad Hafizueddin Abdul Karim, pelajar cemerlang STPM 2008 dan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal pelajar terbaik SPPM 2008 keduanya menerima sumbangan imbuhan, bertemu menteri yang berbeza dalam situasi yang berbeza.
Seorang di Kelantan dirai dalam sebuah majlis, manakala seorang lagi di Pulau Pinang dikejutkan dengan lawatan ke rumahnya.
Kita tengok kisah mereka, semoga jadi sumber inspirasi untuk yang bakal menduduki SPM dan STPM tahun ini pula.
Pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Mohamad Hafizueddin Abdul Karim agak terkejut melihat kedatangan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ke rumah keluarganya di sini, Sabtu.
Mohamad Hafizueddin, pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn di sini, berkata beliau terharu apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menyampaikan imbuhan kewangan atas pencapaian cemerlangnya.
"Saya amat terharu apabila Nor Mohamed sanggup meluangkan masa untuk menyampaikan imbuhan kepada saya," katanya pelajar berusia 19 tahun di rumah keluarganya di Teluk Air Tawar Indah, Tasek Gelugor, dekat sini.
Anak kedua daripada lima adik-beradik itu memperoleh 4 prinsipal A dalam subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan Pengajian Am.
"Saya cadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang supaya saya dapat membantu keluarga pada masa depan," kata Mohamad Hafizueddin yang bekerja di kilang pau di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Teluk Ayer Tawar ketika menunggu keputusan STPM.
Bagaimanapun, ibu Mohamad Hafizueddin, Zalina Ishak, yang menyara keluarga selepas kematian suaminya dalam kemalangan jalan raya pada 2005, berkata beliau tidak menjangka anaknya dapat memperoleh keputusan cemerlang.
Ibu tunggal berusia 40 tahun itu menjalankan perniagaan pasar malam di sekitar Seberang Jaya.
"Saya sentiasa menasihatkan anak-anak saya supaya belajar dengan tekun supaya dapat mengubah nasib dan masa depan mereka," katanya.
Sementara itu, Nor Mohamed berkata Mohamad Hafizueddin adalah pelajar contoh yang mampu mencapai kejayaan dalam pendidikan walaupun kehidupannya susah selepas pemergian ayahnya.
"Dia terpaksa membantu ibunya di pasar malam dan bekerja sambilan di kilang bagi meringankan bebanan hidup sekeluarga," katanya.
Dalam pada itu, pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal pula hari ini menerima hadiah wang tunai RM4,000.
Hadiah dari Yayasan Nelayan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia itu disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed di sini.
Nik Nur Madihah, 18, anak nelayan dari Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan mendapat 20 A (19 A1, I A2) dalam SPM tahun lepas.
"Kita bangga dengan pelajar SM (Agama) Maahad Muhammadi Kota Baru ini, yang bapanya merupakan seorang nelayan sementara ibunya seorang tukang cuci," kata Mustapa semasa menyerahkan sumbangan itu kepada Nik Nur Madihah pada majlis sambutan Bulan Veterinari, di sini.
"Kejayaan Nik Nur Madihah membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dicapai sekiranya kita ada kesungguhan," tambah beliau.
(Sumber: Bernama)
Sebenarnya, ramai lagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM. Namun begitu, yang berbeza adalah ruang sosio ekonomi keluarga pelajar tadi patut diambil iktibar oleh kita semua. Seperti firman Allah dalam Surah Al-Insyirah (5-6) " Sesungguhnya dalam kesulitan, tetap ada kemudahan".
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Saturday, March 14, 2009
|
]

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti
Program Universiti Luar Negara dan
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2009.
Secara amnya, ianya terbuka untuk
lepasan SPM dan STPM. Awas: Tarikh Tutup Permohonan ialah
22 Mac, 2009. Berikut adalah makluman lanjut bidang pengajian, syarat kelayakan dan cara membuat permohonan.
A. BIDANG PENGAJIAN
1. Program Universiti Luar Negara
- Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Perakaunan.
2. Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
(i) Asas Kejuruteraan
- Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer.
(ii) Asas Bukan Kejuruteraan
- Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengajian Bisnes.
B. SYARAT AM
1. Program Universiti Luar Negara
- Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM pada tahun 2009.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi.
- Tiada adik beradik yang sedang menerima biasasiwa YTN.
2. Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2009.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum, mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi serta tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN.
C. SYARAT & KELAYAKAN AKADEMIK
C.1. PROGRAM UNIVERSITI LUAR NEGARA
C.1.1 Bagi Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Lulus peperiksaan SPM 2008 dengan mencapai sekurang-kurangnya 4B dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi 1A/2A serta mendapat agregat tidak melebihi 10 (kurang atau sama) dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut :
Kejuruteraan
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah.
Perakaunan
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- 3 subjek pilihan dari berikut :- Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi
- dan 1 subjek pilihan dari berikut :- Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah.
** Calon-calon yang terpilih akan mengikuti kursus persediaan dalam negara.
C.1.2 Bagi Calon Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Lulus STPM dengan mendapat gred A (NGMP 4.00) dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut :-
Kejuruteraan
- Pengajian Am
- Fizik
- Kimia
- Matematik T / Matematik Lanjutan T
Perakaunan
- Pengajian Am
- Perakaunan
- 2 subjek lain
Serta lulus SPM dengan mencapai sekurang-kurangnya 4B dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi 1A/2A serta mendapat agregat tidak melebihi 5 (kurang atau sama) dalam 4 subjek berikut:-
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah.
C.2 PROGRAM UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
Lulus SPM 2008 dengan memperolehi 1A/2A dalam subjek-subjek Bahasa Inggeris dan Matematik serta mendapat agregat tidak melebihi 12 (kurang atau sama) dalam 6 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
Kejuruteraan
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
Bukan Kejuruteraan
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- dan 3 subjek pilihan dari berikut:- Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah.
D. CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE melalui alamat laman web seperti berikut:
(klik->) http://yayasan.tnb.com.my/sam (<-klik)
E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mac 2009.
Catatan Tambahan: - Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
- Bilangan biasiswa adalah terhad. Hanya calon-calon yang disenaraipendek akan dipanggil untuk temuduga.
(Sumber : iklan YTN dlm Berita Harian - 14/03/2009).
Semoga berjaya.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Friday, March 13, 2009
|
]
Semakan Tawaran Ambilan Kedua Kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan Empat 2009 boleh diperolehi di laman web rasmi MARA mulai 13 Mac.
(klik->) Laman Semakan Online MRSM Tingkatan Empat Ambilan Kedua (<-klik)
Tahniah kepada lepasan PMR 2008 yang dapat tawaran SBP Ambilan Kedua dan MRSM Ambilan Kedua - serentak hari ini.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Thursday, March 12, 2009
|
]
Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Ambilan Kedua Tahun 2009 Boleh Dibuat Mulai 13 Mac 2009 Bermula Jam 10.00 pagi.
Keputusan permohonan / rayuan yang dibuat sebelum ini boleh diperolehi di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ini bermakna, semakan tawaran ke Tingkatan Empat MRSM Ambilan Kedua Tahun 2009 akan menyusul tidak lama lagi.
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Thursday, March 12, 2009
|
]
Seramai 10,080 daripada keseluruhan 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 berjaya memperoleh 10A dengan seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM berbanding 91.1 peratus pada tahun 2007.
Seramai 5,863 calon pula berjaya memperoleh 9A manakala 5,909 calon memperoleh 8A.
Selain itu, seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada tahun 2007.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu berkata, pada keseluruhannya pencapaian calon SPM adalah membanggakan dan melebihi daripada pencapaian tahun sebelumnya.
“Pencapaian mereka meningkat daripada segi peratusan bilangan memperoleh sijil, mendapat semua A dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki,'' katanya di sini hari ini.
(Sumber: Portal Kementerian Pelajaran Malaysia : 12/03/2009)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Thursday, March 12, 2009
|
]
Sejumlah 6,277 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5,060 calon pada 2007.
Daripada jumlah itu, seramai 1,676 memperoleh gred 1A dalam semua mata pelajaran berbanding 892 pada tahun sebelumnya.
Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata 181,416 atau 46.7 peratus calon lulus semua mata pelajaran yang diambil berbanding pada 2007 iaitu seramai 175,452 calon.
"Daripada kumpulan calon cemerlang pula, tiga pelajar berjaya memperoleh gred 1A dalam semua 16 mata pelajaran yang diambil, dua memperoleh 15 1A dan enam pelajar mendapat 14 1A," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di sini.
Beliau berkata dua daripada pelajar yang memperoleh 16 1A itu dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan Selangor dan seorang lagi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teong Hua, Sibu, Sarawak.
Seramai 442,936 calon menduduki SPM 2008 berbanding 439,255 calon pada 2007, manakala bagi calon istimewa pula, seramai 435 calon menduduki peperiksaan ituberbanding 355 calon pada tahun sebelumnya.
Di kalangan pelajar istimewa, calon rabun penglihatan, Mohd Shafiq Sahdondari Sekolah Menengah Sains Kluang, Johor memperoleh 12 A manakala pelajar cacat pendengaran Aghilan Narayanan dari SMK Jalan Bukit, Kajang Selangor memperoleh 11 A.
Alimuddin berkata pencapaian daripada aspek mata pelajaran teras iaitu Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan manakala Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam menunjukkan sedikit penurunan.
Beliau berkata seramai 60,902 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred 6C dalam semua mata pelajaran yang diambil dan seramai 2,589 calon gagal atau mendapat gred 9G.
Bagi calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Inggeris 1119, seramai 182,270 calon berjaya dianugerahkan Cambridge Assessment (CA) dan daripadajumlah itu 12,645 memperoleh gred 1A atau 2A dan 87,383 calon memperoleh sekurang-kurangnya gred 6C.
Calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan pula seramai 87,355 dan seramai 30,046 berjaya mendapat sijil London Chambers of Commerce and Industry (LCCI).
Seramai 20,347 calon juga layak mendapat pengecualian menduduki kertas Certified Accounting Technicial One (CAT 1) daripada The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) England.
(Sumber: Kenyataan akhbar : 12/03/2009)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...
[Thursday, March 12, 2009
|
]
Seramai 3,098 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lalu memperoleh sekurang-kurangnya lulus (Maqbul) dalam setiap mata pelajaran, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata bagaimanapun pencapaian kali ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun lalu seramai 3,341.
"Daripada 10 mata pelajaran yang diambil, 562 memperoleh cemerlang (Mumtaz) pada 2008 berbanding 729 pada tahun lalu," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STAM di Putrajaya hari ini.
Alimuddin berkata bagi peringkat kepujian (Jayyid Jiddan), jumlah calon yang memperoleh keputusan itu sama dengan 2007 iaitu 811 calon.
Beliau berkata pencapaian cemerlang (mumtaz) yang terbaik ialah bagi mata pelajaran Insya'' dan Mutala''ah iaitu 6.2 peratus dan mata pelajaran Hifzil Quran dan Tajwid iaitu 22.6 peratus.
Seramai 6,240 calon menduduki peperiksaan STAM tahun lalu di 92 pusat peperiksaan seluruh negara.
(Sumber: Kenyataan akhbar - 12/03/2009)
Baca Selengkapnya (Read More)...
Ringkaskan (Summary only)...