Minggu lepas, ada Pak Ngah cadang untuk cerita pasai ikan sepilai. Tapi sebenarnya Pak Teh rasa: "Yang bertanya itu lebih mengetahui dari yang ditanya.". Sebabnya, Pak Ngah 14 tahun lebih dulu makan laksa mi dari Pak Teh.. kekeke. Cemanapun, idea tu memang menarik. Lama fikir-fikir, baru timbul ilham nak mula. Okeh. Cam ni..
Dulu-dulu, budak-budak ada banyak tempat bermain, tak macam sekarang. Setiap hutan banat diredah, merata parit diranduk dan segala batang pokok diragas.
Bagaimanapun, semua jenis permainan tu bermusim. Ada musim main gasing, wau, aci menyorok, aci ligan, rounders, guli & guli batu, "pak-poi" dan "main tampaq". Majoriti alatan permainan tu kami buat sendiri. Tak beli. Semua permainan itu mengikut arus pengaruh rakan, masa atau fenomena alam sekitar.
Ada game yang lasak, macam "polis santeri" & "bantai isi"; ada yang simple macam main guli atau "balin kasut". Tak kurang pula memburu! Kategori hunting game ni, seperti "teghebei" (lastik) burung dan kelawar, tangkap rama2 dan tidak lupa tangkap sepilai.. hehe.
Ikan sepilai ini termasuk kategori exotic freshwater fish. Ikan sepilai ni kecik tapi lawa. Dia spesis betta dari jenis keluarga gourami. Macam-macam colour pada badan dia. Paling syok bila dapat warna biru atau hijau berkilau, dan ekor & sirip/ridip dia merah menyala. Fuuh. Tapi ada juga yang kusam tak lawa, kami panggil "sepilai karim". Haha.. mana mari nama tu, tak tau. Pastinya, bukan Karim, anak 'Aq Sraq. Cemanapun, spesis ikan sepilai yang jantan rasanya lebih lawa dari yang betina.
Geng Pak Teh memburu sepilai dulu termasuklah Har (anak Pak Njang Mat Peston), Fatahan (anak Pak Cik 'Ad), Halim (anak Tan, cucu Tok Mat Sakat), Musa (anak Pak Ngah Aq), Pak Tam & kawan sebaya lain. Area kegemaran bukan di parit belakang rumah Tok Wan Lin (air selalu kering, ikan kurang). Banyaknya kami pi parit tepi rumah Tok Aishah & Pak Long 'In. Paya nipah belakang rumah Tok Puteh pun pi jugak. Sepilai nipah situ besar sikit tapi spesis tak lawa. Rata2nya kawasan2 berair yang tak kering, cetek, ada rumput2 & daun2 kering dan air agak sejuk; inilah yang sesuai jadi habitat sepilai nih.
Kaedah menangkap ikan sepilai ni kena hati-hati, teliti dan senyap. Nak tangkap ikan tu, kena jauh masing2. Masing-masing cari kawasan pemburuan yang strategik. Slow and steady. Kalau berkocak air, ikan lari. Pelan-pelan. Menunduk dengan khusyuk, pelan-pelan selak daun2 kering atau rumput dalam air. Air tak dalam pun, paras buku lali bebudak saja, hahaa.
Antara tanda-tanda sahih lokasi ikan sepilai adalah wujudnya buih-buih kecil setompok (bubble nests) di celah-celah rumput atau daun kering. Satu tabiat ikan ni ialah membuat buih2 dengan mulutnya. Kita akan lihat jika kita ada bela ikan sepilai dalam botoi atau dalam akuarium. Berdasarkan cerita orang, warna buih lagi karat, lagi lawa ikannya. Dari pengalaman, yang ni aku rasa betoi.
Biasanya, jika ada buih tu paling kurang boleh dapat seekor, kalau tak 2 atau 3 ekor sekaligus bawah buih tu. Mesti dapat ikan jantan yang gelap, lawa; bukan spesis karim. Buih tu sebenarnya, ikan jantan yang buat. Bila ikan betina bertelur, ikan jantan akan tolak telur masuk dalam kelongsong buih tu. Kalau ada yang jatuh, dia akan tolak balik kasi masuk. Yang menjadikan ikan jantan dari kawasan buih tu lawa2 pasal dia tengah kawal kawasan itu. Jadi kita dok pi gatai ganggu dia, tentulah terkirai dan mengembang ekor & ridipnya. Tapi, tu yang buat lawa tuhh..
Kalau nampak kelibat ikan tu, kena cepat sauk dengan tangan. Macam cara nak ambik air sembahyang nak basuh muka tu la. Kalau yang belum pro, pakai la penapis plastik kat rumah masing2. Masa tu, nak guna mana berani minta izin pinjam kat mak masing2, tentu "Tak boleh!, Hang nak buat apa?". . hehe. Kalau nak pakai jugak, kena 'ambil' masa awal pagi (projek: 8.00- 10.00am) atau kalau petang (projek: 3.00-5.00pm). Dibimbangi mak masing2 nak pakai untuk masak dsb.
Biasanya kena bawa alatan penting perburuan, termasuk botol kaca atau plastik bertangkai. Botol kaca elok yang jernih, macam botol cuka. Bila dapat ikan, buh dalam tu, sekali dengan air paritlah. Maka terserlahlah segala aksi renang ikan sepilai yang memusin-musin kelilin botoi, penuh bergaya.
Ikan sepilai ni spesis ikan laga (fighting fish). Satu botoi satu ikan. Kalau buh 2-3 ekor dalam satu botoi, alamat ada yang rabit ekor atau sirip. Ada yang terkeluar sisik. Paling malang, ada yang cedera atau mati.
Tentang makanan ikan sepilai, ni macam-macam boleh. Ikut mana dan. Roti "mayat" atau biskut merry, diramas halus; bubuh nyamuk dan kerengga pun boleh. Dikatakan kalau bagi telur kerengga lagi bagus. Ikan sepilai akan lebih garang & kerap mengirai sirip dan ekornya, kata depa.
Satu keunikan ikan sepilai ni ialah dia jenis anabantoids, bermaksud depa boleh bernafas melalui organ unik dipanggil labyrinth. Sebab tu depa dapat survive dalam kawasan berair yang kurang oksigen yang boleh membunuh lain-lain jenis ikan; macam bendang sawah, parit yang airnya kurang mengalir dan juga lopak londang.
Kesan Positif Aktiviti: Eksplorasi kawasan setempat, mengenal spesis ikan air tawar, belajar geografi dan biologi practically, menghargai alam sekitar & mengagumi ciptaan Tuhan (ye ke..hehe). La ni hobi ni dah jadi besar, Betta Society of Malaysia pun ada.
Kesan Negatif: Tak lekat rumah. "Mana Teh hang?", kata Tok. "Dia main parit", kata Pak Tam, bila mood dia kureng baik. Adess. Tukang repot ada. Selain itu, kalau kerap duk dalam air parit tu, akan kena jangkitan kulat - "kaki makan ayaq". Bahasa doktornya: Athlete's foot (tinea pedis). Nak tengok rupanya, tengok sini. Di samping itu, orang yang gatai "culik" ikan ni dari habitat sebenar, kemudian bela dalam botoi dan akuarium, tu dapat pahala ka dosa? Hehe. Wo phu che tau. Dalam pada tu, dulu pernah Mak Long cerita pasal Pak Ngah ada "kenangan istimewa" semasa pemburuan sepilai di zaman kecilnya. Katanya, dapat "hadiah di kepala". Betoi ke dak, tak tau, sebab kami hanya dengar cerita je. Mungkin Pak Ngah boleh cerita versi ori, kan? hehe.
Ok. Sambung cerita balik..
Dewasa ini, ikan sepilai yang paling diminati di dunia ialah ikan sepilai siam (siamese fighting fish) atau bahasa sainsnya betta splendens. Sepilai siam besar sikit & jurai ekor & ridip lebih panjang. Dalam flickr.com banyak gambar2 spesis sepilai yang ada merata dunia. Macam-macam warna. Tapi Pak Teh rasa, Sepilai Siam tetap tak boleh lawan Sepilai Pantai! hahahaa. Yes!
11 comments
Perrggg...sesekali menaip...tak boleh berenti bebbb..caya lu bro...Macam tu sbb kami tau kepakaran PakTeh mencoretkan pengalaman dan pengamatan zaman silam. Singkapan kisah lama mampu mencuit hati dan minda..
Ehhh..PakTam pun kaki repot ka? Apsai xnak bawak join sekali? sbb tu kasi repot, baru puas...hahhaha...mungkin la kot...
Terasa gian semula nak cari ikan sepilai.mcm nak bagi pengalaman pada anak-anak semula..eh ada lagi ka habitat ikan sepilai di Pantai? Ada ka?
Hehe.. PakTam dulu repot masa dia kecik je, maklum umur lari 3 tahun. Lepas dia besar sikit, dia amat kamcen dgn PakTeh.Semua tempat diredah bersama.
Tentang habitat sepilai, masih ada. Cuma parit favourite kita dah makin sempit. Ok jugak, boleh pakai penyauk je dari tepi parit. Tak payah randuk lagi. Awas, athlete foot susah mau baik woo! Heehe.
Kalau di Indonesia, ikan itu namanya Ikan Cupang Pak Teh, btw experience about cupang is very good and nice article, saya baru tahu berkembang biaknya ternyata di hutan ya.
itukan ikan cupang ya pak?? cupang pipi apa cupang bibir apa cupang leher?? yang aman yang enak yah??
salam kenal
http://jhalprob.blogspot.com
:: Lokasi mencari ikan sepilai ni mungkin berbeza mengikut zamannya... zaman PakTeh nampaknya macam tak sama dengan zaman PakNgah yang lokasinya lebih jauh lagi... sebab lagi jauh... lagi le seronoknya... dan ada cerita disebaliknya...
@papapam: ooh baru tahu ianya Cupang di Indonesia. di Malaysia (Utara) dikenali sebagai sepilai. ya, di mana2 ada parit & paya terbiar, di situ sepilai bersiar-siar.. :)
@Jhal: apa versi spesis cupang di Indonesia, tidak arif saya. di sini kami panggil ikan laga - sepilai.
@Pak Ngah: betul tu PakNgah. semakin zaman berlalu, thrilled adventure makin berkurang. kerugian bagi generasi baru tentang alam flora & fauna.
Memang thrill tengok ikan ni cuba berlaga,tapi dari lain2 botol.Masa saya kecik2 dulu memang suka cari ikan ni kat bendang atau redang.Dia suka duduk bawah bueh yang mungkin dibuatnya sendiri.kalau buehnya berkarat,bermakna ikan dibawahnya sangat cantik.lepas tu kami tapakan dia dalam tanah atau batang pisang supaya dia jadi lebih cantek & berkilat.
Nabi Adam tidak hidup 1.8 j tahun yg lepas! Saya pernah baca satu buku mengenai jarak masa antara nabi2, antara Nabi Adam sampailah ke Nabi Muhammad saw, tapi syang x tahu di mana buku tuu skrg. Jarak masa antara Nabi Adam sekitar belasan ribu tahun saje. Sape2 ada dalil hadis tolong betulkan dan jelaskan di sini. TK.
owh my god i love gle ikan sepilaiiiiii...
dulu2, ktorg tangkap kt depan rumah ajer...
cehh...cntik ikan sepilai tuhh...
nk cri kat kedah nih kat mna???
sila tengok http://roots.webnode.com booster untuk pelaga ada juga yang telah mula jual daun ketapang ke luar negara. Daun ketapang ni bersepah2 kat negara kita jadi sampah je. Nilai amat tinggi kalau dikeringkan dan di jual ke luar negara atau di rebus dan airnya dijual untuk inkan pelaga.
Post a Comment