
Pengkalan Hulu: View from Baling Town route.
Selepas itu, Aman bawa round dengan Perodua Kelisa tengok Taman Tasik Takung. Pintu gerbangnya, bertema gading gajah. Susah snap tuh, kena focus di tengah-tengah jalan. Tentang tasik pula, tak berapa menarik, airnya keruh. Banyak algae kecil di atas permukaan air. Padan le namanya Tasik Takung. Air macam tak bergerak, kurang segar. Mungkin MPHP boleh usahakan sesuatu. Cemanapun, dari peta lokasi tarikan di sekitar Pengkalan Hulu menunjukkan ada potensi besar untuk pelancongan.
Balik dari sana, cuba susun meja & kerusi kenduri. Kena tegur oleh orang sana. Kalau di Pantai Remis, kerusi meja kenduri disusun petang sebelum hari kenduri. Rupanya kendara orang Felda Lepang Nenering mmg hebat. Mereka susun sendiri ikut keperluan, petang untuk kupas bawang & potong kentang. Esok pagi susun pattern lain pula untuk kerja pagi kenduri. Dan mereka memang cukup bersatu-padu. Seronok tengok sistem gotong royong atau berderau ni. Sekarang sudah kurang amalan ni di Malaysia, sejak mula zaman kenduri guna catering dan sikap individualistik yang sedikit sebanyak melunturkan kerjasama dalan masyarakat.
Malam, banyak persiapan dibuat. Maklum la, nak sambut menantu dari Ipoh. Katil pengantin nak pasang mini kelambu. Buaian pun kena hias, untuk majlis berendoi anak Aman, Amar Haziq. Itu cucu pertama MakLong dan cucu saudara kedua PakTeh.
Malam, tengok asas2 Photoshop dari Shukri & PakTam. Mereka mmg terer, sayang PakTeh takde banyak masa untuk belajar.
0 comments
Post a Comment