| 0 comments ]

Salam semua. Pagi Khamis ini - banyak dihabiskan teman Zaim mandi kolam renang & mandi laut. Pantai Cherating memang landai dan lawa, pasirnya halus. Kemudian main pingpong di hotel.

Petang, ke Kuantan. Singgah di Benteng pinggir Sungai Pahang, banyak gerai makan di situ. Angin kuat menyejukkan rasa panas petang. Kemudian acara ronda. Dalam banyak-banyak tempat menarik, MakTeh pilih Kuantan Parade, haha. Acara favourite dia: menyopping.


Seterusnya, kami menghala ke Kuala Terengganu. Bermula dengan Chukai - Kemaman ke utara. Nampaknya, kenderaan banyak sepanjang jalan pada hala yang sama. Cuti agaknya. Rupanya, sepanjang jalan di Rantau Abang - Marang - Kuala Terengganu, dah habis hotel full house. Mampuih.

Malam tu jugak, kami terus ke Setiu - Jertih. Sedangkan Jertih dah lajak 108km dari Kuala Terengganu, 58km saja dari Kota Bharu. Dapat bilik di One Utama, Jertih di tengah malam. Last room available!. Esok, nak patah balik - berjalan. Baru nak ke Kuala Terengganu - sasaran taman Tamaddun Islam.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment