| 0 comments ]

14 Mac, 2008 00:57 AM

Pembentukan Kerajaan Minoriti Boleh Tamatkan Krisis Di Perak

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama)-- Kerajaan minoriti mungkin boleh dibentuk jika kerajaan campuran di Perak gagal diwujudkan selepas krisis terkini dalam pelantikan Menteri Besar di kalangan parti pembangkang.

"Kekusutan di Perak boleh diselesaikan dengan kerajaan minoriti di mana Tuanku (Sultan Perak) boleh melantik parti yang tidak mendapat majoriti mudah bagi tujuan untuk menasihatkan baginda dalam mengadakan pilihan raya baru," katanya Prof Dr Shad Saleem Faruqi, seorang profesor kanan undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Shad berkata Sultan tidak boleh menitahkan pilihan raya baru diadakan tanpa kewujudan kerajaan minoriti kerana Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

Pilihan lain adalah dengan gabungan parti DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS perlu sepakat dalam mencalonkan nama Menteri Besar dan bukan dengan menghantar tiga nama, satu daripada setiap parti untuk perkenan istana. "Kena ada seorang pemimpin muktamad. Jika gabungan itu bersatu, mereka perlu bersuara dalam satu nada untuk meyakinkan Sultan," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Keadaan di Perak sangat unik di mana tiada parti yang mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. Ditanya sama ada parti yang mendapat kerusi paling banyak layak untuk menerajui negeri, beliau berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan perkara itu. Keputusan pilihan raya umum lepas menyaksikan kemenangan kepada pembangkang dengan DAP menang 18 kerusi negeri manakala PKR tujuh dan PAS enam. Barisan Nasional memenangi 28 kerusi.

Sebelum ini, Setiausaha Perhubungan PAS Perak Mohammad Nizar Jamaluddin telah dipilih sebagai Menteri Besar Perak ke-10 oleh Sultan Perak. Bagaimanapun, majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, dijadualkan hari ini ditangguhkan tanpa dinyatakan bila ia akan diadakan.

Sebelum ini Lim Kit Siang (Penasihat DAP Pusat) membantah keputusan Sultan dengan mengarahkan semua calon DAPnya memulaukan majlis angkat sumpah. Kenyataannya itu tentunya mengguris hati Sultan & Raja Muda, yang lebih pakar dalam perundangan persekutuan & negeri berbanding Lim KIt Siang sendiri. Walaupun kemudiannya, Lim minta maaf dan menarik balik kenyataannya - sudah tak bermakna. Ia mencerminkan masih wujud ketidaksepakatan. Jika sudah menghantar 3 calon & menerima perkenan Raja bagi mana2 yang dipilih, tentu tidak jadi masalah.

Beberapa laman politik, menunjukkan ramai orang Cina sendiri membantah kenyataan Lim Kit Siang, malah sebahagiannya cadangkan Lim sendiri meletak jawatannya dalam DAP. Peranannya sebagai ketua pembangkang di Parlimen 40 tahun, masih tidak mengubah 'ketegaqan'nya walau setelah 'menang' dalam PRU baru-baru ini. Lim, kalau dia 'cerdik' akan bantu lain-lain Ketua Parti Barisan Alternatif mencerminkan mereka mampu mentadbir dengan penuh kesepakatan - jika ada hasrat nak menang dalam PRU akan datang.

Mungkin sebabb itu, mantan MB ada masuk ke istana. Beliau tentunya merupakan ketua pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri kali ini, atau juga calon MB kerajaan minoriti? Rasanya tak kot. Sultan sudah memilih calon MB, cuma menangguhkan majlis angkat sumpah. Mungkin kena tunggu semua parti betul2 terima pilihan raja, tanpa belah bahagi. Bagus keputusan Raja Nazrin yg Insya Allah - akan dapat putera/puteri sulungnya pertengahan bulan April nanti.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment