| 6 comments ]

The Route Map

Salam semua. Pagi tadi lewat sikit jalan. Tiba di asrama Zaim pukul 12.00 thari. Sembang sekejab tepi kereta dengan Cikgu Rahman & isterinya, Jie dari Ayer Tawar. Rupanya anak mereka Fazril masuk satu asrama dgn si Zaim. Teruk betul Zaim ni. Dia tak cerita tentang mantan jiran kami masa di Rumah Murah dulu pada kami. Dah sebulan dah.. Cit.

Pukul 12.30 mula bergerak dari situ. MakTeh yang bawak, haha. PakTeh termengantuk sebab pagi tadi termakan pil ubat batuk Klinik Kana Pantai. Dan lena sejam, hehe. Lepas makan tengahari di Batang Kali, PakTeh pulak tukar shift. Naik bukit Genting, sampai round about IAB - cilok ke Karak - Kuantan.

Singgah solat jamak di R&R Jerantut. PakNdak call.. alamak lupa nak sms kat dia pagi tadi. Tapi MakNjang memang tahu PakTeh nak jalan hari ni. Lupa pula, talian hayat PakNdak dgn MakNjang dah terputus sedikit sebab MakNdak dah bertukar sekolah ke SK Pantai Remis. Jadi anak2 dia dah tak hantar pada MakNjang di Kg Bumi Hijau dah, tukar pula ke rumah TokNgah Minah di Kg. Batu 51.

Oleh kerana kami memang cadang nak ke Cherating, jadi tak masuk ke Kuantan. 6.30 petang masuk area Cherating, udah dekat Terengganu dah rupanya. Tak tau mana nak pilih tempat menginap, randuk masuk The Legend Resort. Oklah, rate dia boleh runding kadar Gov. Discount. Receptionist minta apa2 kad sebagai bukti, PakTeh bagi IC saja. Alamat kuaters dalam IC pun laku jugak! haha. Lepas check-in, round2 tapi dah nak gelap dah. Orait tempat dia, ada kolam renang yang luas. Zaim dah berangan nak mandi situ pagi esok. Depan sikit, laut yang luas, ombak berdebur.. best.

Malam, pergi makan kat restoran seafood yang banyak di luar. Pekena sup belut. Sedap juga.

Entri ni ditaip on-the-spot- di di lobby hotel - sebab ada free access wifi internet. Memang laptop tak boleh dipisah masa travel. Cukup banyak gunanya, kan?

Rancangan esok: nak patah balik ke Kuantan - sebab belum jenguk lagi. Lepas tu, baru ke Kuala Terengganu. Nak cari gelas besar triple size yang PakNgah pesan tu, hehe.

Related Posts by Categories



6 comments

Pak Ngah: said... @ 11:04 PM

:: salam... perjalanan yang menarik... tapi kalau Zaim ada kerja rumah yg cikgu suruh buat... jgn lupa dah le...

Cikgu Hakim said... @ 11:20 PM

letih dak memandu? aritu, cuti bln 12, akim dan ida lalu route yang sama. cuma kami singgah di pantai balok, x ke cherating. resort kat kuantan bnyk kat tepi laut. memang best!!

Sharifah Hassan said... @ 1:09 AM

Salam...
Bestnya! tapi Raya cina ni kena selesaikan banyak tugasan...akhirnya mak n abah je yang berbulan madu di Langkawi!!

Masa raya Cina tahun 2004, buat kerja ni gak, dari Taiping, Grik, Tanah Merah, Kota Baru, Semerak, Pasir Putih, Kuala Besut, Kuala Terengganu dan pusing balik!

Memang enjoy!

PakTeh said... @ 11:19 PM

PakNgah: kerja rumah mmg dia bawa. walau program padat, kerjanya siap juga, sebelum balik asrama. alhamdulillah.

PakTeh said... @ 11:22 PM

Akim: sebenarnya di Pahang je, pantainya landai & sesuai utk mandi. masuk ke Terengganu apa lagi Kelantan, pantainya dah curam, ombak kuat. bahaya sikit.

drive - Pakteh & MakTeh gilir2. tak le penat sangat.

PakTeh said... @ 11:23 PM

Sharifah: jenjalan round2 macam tu mmg syok. yg bahayanya - tempat menginap penuh & ongkos berjalan yg boleh terlajak2, haha.

Post a Comment