| 12 comments ]

Di luar pagar kiri rumah PakTeh, adalah Ladang United International Enterprise Malaysia (UIEM) - ladang kelapa sawit terbesar anak syarikat United Plantations (UP) yang tersenarai di BSKL. Keluasannya 10362.51 hektar. Sebelum ianya diambilalih, ladang itu bernama Ladang Gula Perak Berhad yang ditanam tebu hitam untuk dihasilkan gula. Kini di ladang kelapa sawit tersebut, ada sebuah kilang memproses sawit - di samping penuh dengan blok-blok kawasan tanaman sawit, yang luasnya 4km persegi bagi setiap blok.

Ladang UIEM itu, antara tempat jogging bagi penduduk Pantai Remis. Laluan favourite adalah jalan sepanjang jalan rel keretapi yang mengelilingi blok sawit yang terdekat - jauhnya 4 km persegi. Tiap petang, tiap subuh - ramai yang jogging, kebanyakannya kaum Cina.

Berbalik kepada jalan keretapi itu, kadang2 terdengar bunyi keretapi waktu malam, dan kadang2 siang. Biasanya sebelum itu, dengar bunyi pekerja2 kontrak Indonesia mengecop buah. Dalam tempoh sehari selepas itu - bunyi kuat suara orang yang marah " Hap! Hap!" pada seseorang dari arah ladang. Baru-baru ini baru PakTeh sedar, suara itu bukan suara orang bergaduh bertengkar. Tetapi bunyi itu rupanya kata2 arahan pengecop kelapa sawit kepada kerbau.

Pagi Sabtu lalu, bunyi itu berkumandang lagi. PakTeh masuk dalam ladang, jumpa seorang yang sedang mengangkut buah sawit ke dalam kereta kerbau. Namanya Wibowo, umur 35 tahun. Asal dari Semarang, Jawa Tengah. Tubuhnya rendah tetapi tegap sasa. Sudah berkeluarga, anak 3 di Semarang. Ia amat cekap dan mahir dengan tugasnya. Bila PakTeh minta izin untuk diambil gambar, ia tanya ini masuk TV3 ya Pak? PakTeh kata, ini akan masuk internet. Wah! Terus fotogenik posing-nya. Boxing style.

Menurut Wibowo, ada 15 ekor kerbau milik tokehnya. Kadar upah kerjanya, RM4.60 bagi hasil setan. Sehari, dia boleh cop/angkut sawit antara 10 - 25 tan seorang. Itu bergantung kepada musim lebat atau melawas buah sawit. PakTeh congak2 - banyak juga pendapatannya. Dia juga sudah 3 kali pulang ke kampungnya sejak 10 tahun di sini. Lebih kurang 3 tahun sekali. Rumah batunya sudah siap di kampung. Itulah, kalau orang Malaysia masih kata tiada pekerjaan, bohong! Mereka cuma memilih kerja.


Kereta kerbau efektif di kawasan becak. Stok rumput sentiasa ada di sekitar.

Kelebihan kereta kerbau: jimat kos makanan: rumput hijau sentiasa ada, jimat kos meracun rumpai. Jimat tenaga buruh. Seekor kerbau boleh bawa 1-2 tan buah sawit dari dalam ladang ke rel keretapi, tanpa letih. Amat efektif semasa lorong ladang lecah dan becak selepas hujan. Siapa ada kebun sawit, elok bela kerbau - boleh bantu buat kerja lasak & boleh buat kenduri bila sampai masa.

Related Posts by Categories



12 comments

Sultana said... @ 1:01 AM

Di congak2 kalau dia dapat min sehari 10 tan, 6 hari seminggu dia kerja, boleh dapat 1000 lebih. Betullah, bukan takde kerja, memilih kerja. Tpkan pakteh, kalau org indon gaji 1000 bawak balik negara dia, boleh dia buat umah batu sikit2. Lagi berapa na lah perbelanjaan pak wibowo tu. Kalau banding ngan orang kita, macam2 nak, nak pakai kereta, nak pakai handphone, nak makan kat luar seminggu sekali. 1000 lebih tu tak cukup. Tu yg memilih tu kot.

PakTeh said... @ 1:27 AM

Pak Wibowo tu, makan & penginapan ditanggung oleh tokehnya. Lega la sikit. Dan lagi, purata pendapatan ialah 2 ribu lebih. Memang bagus jika ia berjimat cermat.

Farah Deen said... @ 11:33 AM

kesian pulak kerbau tu kena angkat berat. tak sakit tulang belakang ke? hhahahahahahaha

PakTeh said... @ 6:16 PM

farah deen: kalau tengok memang la kesian. tapi PakTengok kerbau tu sihat dan kuat. cukup makan kot. cuma dia tak senyum kat PakTeh je.. hahaha.

macam tu la jugak dengan kereta lembu dan kuda - llama, keldai & unta- dan yg sewaktu dengannya yg kerjanya angkut macam2. Memang Tuhan ciptakan semua makhluk2 ni tak sia2, ada kegunaan belaka.. sesuai dgn ciri2 unik pada diri mereka yg diciptakan.

Truckster said... @ 11:11 AM

Pakteh ni duk stiawan ka?? pantai remis ehh???....looorrr orang kampung awat xhabag maiii

eyang mojo said... @ 11:24 AM

Wah aku jadi terkenang saat waktu kecilku, waktu didesa "tukanag angon kebo" berternak kerbau. Hijau banget .. aku senang

Sharifah Hassan said... @ 5:32 PM

Salam,

Soalan bunuh...

kereta kerbau dalam bahasa inggeris apa ek?

kereta lembu dalam bahasa inggeris apa ek?

pemandunya dipanggil apa dalam bahasa inggeris?

Jawapannya dalam kertas BI PMR 2007..

had a fabulous time marking!!!

PakTeh said... @ 11:28 PM

truckster: salam. macam mana nak habaq awai2. dah tak tanya awai2. hehe. salam kenal.

asai mana?

PakTeh said... @ 11:31 PM

eyang mojo : salam kenal mas. iyya.. memang nostalgia sekali jika teringatkan kenangan di zaman silam. sentiasa riang, berlarian di desa.

penuh hijau, riuh suara burung dan haiwan. gelak tawa rakan sepermainan.

PakTeh said... @ 11:32 PM

sharifah: aduih.. kena tembak ke ni? hehe.

nanti lepas raya cina, nak tengok juga soalan PMR tu. baru jawab. aci noo?

Sultana said... @ 4:02 AM

pak teh sedih dak kerbau tu tak senyum kat pak teh? he he he...

PakTeh said... @ 7:47 AM

sedih juga. hehe. tapi senyum kerbau, hatinya tak siapa yang tahu, kan?

Post a Comment