| 0 comments ]

Sebelum ini memang ada isu berkaitan isu derma PIBG yang mungkin menyebabkan kebanyakan sekolah kekurangan wang di awal tahun. Langkah pertama oleh Kementerian Pelajaran ialah telah mempercepatkan geran perkapita (PCG) ke sekolah-sekolah berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

Hari ini pula, Kementerian Pelajaran mula mengagih-agihkan bantuan sebanyak RM50 juta sebagai bantuan kewangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM25.2 juta akan disalurkan kepada 7,627 sekolah rendah, RM22.6 juta kepada 3,155 sekolah menengah manakala bakinya akan disalurkan kepada sekolah-sekolah baru serta bagi tujuan pelarasan.

Kementerian sedar langkah menangguhkan pembayaran yuran PIBG sehingga pertengahan tahun sedikit sebanyak menjejaskan pelaksanaan aktiviti di sekolah, maka bantuan tersebut disalur bagi membantu menggerakkan PIBG di semua sekolah di seluruh negara, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan waran peruntukan bantuan tersebut di sini hari ini.

Beliau berkata, waran peruntukan bantuan tersebut yang diserahkan kepada pengarah pelajaran negeri perlu disalurkan kepada sekolah-sekolah berkenaan dalam masa 14 hari.

Bantuan pertama seumpamanya itu diberikan juga atas sebab keadaan ekonomi yang tidak menentu, namun ia tidak harus dijadikan sebagai agenda tahunan kerana PIBG perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menentukan sumber kewangan bagi menampung pelaksanaan keseluruhan aktiviti serta program PIBG di sekolah.

Beliau menambah, tindakan kementerian menangguhkan pembayaran yuran turut memberi lebih masa bagi PIBG dan sekolah untuk berbincang mengenai kadar yuran yang sesuai dan ia tidak sepatutnya menjadi masalah lagi pada masa akan datang.

(Sumber: Kenyataan akhbar - 06/02/2009)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Berita baik untuk para ibu bapa, warga pendidik, para pelajar serta rakyat Malaysia seluruhnya. Kementerian Pelajaran membuka ruang lebih luas untuk pertanyaan kita semua berkaitan perkhidmatan pendidikan di negara ini.

Datuk Seri Hishamuddin telah melancarkan Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPKPM) yang merupakan pusat sehenti yang lebih sistematik dan bersepadu bagi mengendalikan pertanyaan, maklum balas dan menerima cadangan. KPKPM ini boleh diakses melalui melalui 3 saluran:
  1. telefon:   03-7723 7070
  2. e-mel  :   kpkpm@moe.gov.my
  3. laman web :  www.moe.gov.my.
Katanya, ia merupakan fasa awal penambahbaikan sistem penyampaian di kementerian itu yang akan dikaji dan diperbaiki dari semasa ke semasa, termasuk kemungkinan menukar nombor itu kepada nombor talian bebas tol.

Sistem yang diuruskan Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui kontrak bernilai RM8 juta bagi tiga tahun itu dibuka mulai hari ini dan akan beroperasi setiap Isnin sehingga Jumaat bermula pukul 8 pagi sehingga 5.30 petang kecuali cuti umum.

(Sumber: Kenyataan akhbar - 06-02-2009)

Semoga ini memberi peluang kepada ibu bapa khususnya, untuk bertanya berkaitan isu-isu permohonan, semakan dan rayuan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Seni atau juga Sekolah Sukan Malaysia. 

Sebagai makluman, MRSM bukan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia, ia adalah sub-agensi MARA di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi

Semoga membantu. 

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Seorang ahli politik seharusnya memiliki ilmu yang luas. Ianya bukan sekadar pendidikan formal, malahan juga penglibatan luas dalam arena politik, ekonomi dan sosial dalam negara. Ia perlu prihatin dengan permasalahan setempat dan membantu menyelesaikannya sebaik mungkin, khasnya bagi rakyat berpendapatan rendah - tanpa mengira latar bangsa dan agama.

Dalam mengharungi situasi politik negara yang kompleks, seseorang ahli politik harus memiliki ketahanan mental dan emosi serta kemahiran inter personal yang tinggi. Dengan asas agama yang murni, seharusnya membina dan mengukuhkan bakat kepimpinan seseorang. Melalui pengalaman pula, meningkatkan potensi karier seseorang ke arah lebih tinggi. 

Kita lihat biodata Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir. Amat menarik.

Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir
DATUK DR. ZAMBRY ABDUL KADIR

TARIKH LAHIR : 22 Mac 1962 
TEMPAT LAHIR : Pulau Pangkor, Perak 
ISTERI : Datin Saripah Zulkifli 
ANAK : Lima (Tiga perempuan, dua lelaki) 


KELULUSAN AKADEMIK:
  • PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
  • MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
  • MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
  • B Econs (Kepujian) UIAM (1987) 
PENCAPAIAN:
  • Anugerah Kepujian (PhD) 1995
  • Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
  • Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987) 
  • Pentauliahan Leftenan Komander Kehormat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh DYMM Yang Dipertuan Agong (2005). Beliau adalah ahli politik pertama mendapat anugerah tersebut.
JAWATAN:
  • Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
  • Ketua Umno Bahagian Lumut
  • Adun Pangkor (sejak 2004)
  • Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)
Datuk Dr. Zambry adalah seorang penulis yang aktif sejak dari zaman sekolahnya. Beliau memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan penulisan semasa menuntut, antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak pada 1982 dan memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan pada 1986 dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan 1987.

Beliau juga menulis beberapa buku antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" (1998), "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah" (2000) dan "Islam Malaysia dan Amerika" (2002).

Zambry juga editor bagi beberapa penerbitan termasuk "Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise pada 1989, "Business Administration in Islam" oleh Hizbi pada 1991 dan "Imbas Gemilang KBS 98" untuk Kementerian Belia dan Sukan.

Akhir kata, semua orang tidak terus dilahirkan sebagai ahli politik. Ia bermula dengan pendidikan biasa - formal dan informal. Penghayatan permasalahan setempat biasanya membawa keinginan untuk keterlibatan diri dalam bidang politik secara tidak langsung, pada awalnya. Bermula dengan peringkat terkecil (cawangan) ke peringkat bahagian, barulah potensi ahli politik itu berkembang - tanpa had.

Kerjaya sebagai ahli politik mempunyai potensi yang amat luas. Tiada sebuah negeri atau negara yang tidak mempunyai pemimpin. Tanpa pemimpin yang berpengetahuan dan berpengalaman luas, negara tidak dapat dipacu untuk menjadi sebuah negara yang maju. Cuma yang perlu diingat, tiap jawatan dan pangkat bukan anugerah, tetapi adalah amanah. Amanah Allah inilah yang amat berat untuk dipikul, yang mana langit dan bumi tidak sanggup menerimanya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

PETALING JAYA, 5 Feb (Bernama: 8:37pm) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Beliau berkata Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.

Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru itu akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang, Jumaat.

Upacara mengangkat sumpah Exco pula akan diadakan pada 10 Feb pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini. 

Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta-merta berserta barisan Exconya sekali. Jika tidak, jawatan-jawatan itu dianggap telah dikosongkan. 

Setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan. Datuk Seri Nizar dan Datuk Seri Najib telah mengadap baginda secara berasingan pagi tadi ini.

(Bernama : 2.30pm) 

- a bold and sharp message from The Palace -

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

IPOH, 4 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menghadapi krisis politik hari ini dalam satu langkah drastik dan luar biasa mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan serta merta sebelum mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Itu intipati dari laporan Bernama petang ini. Tidak dapat masuk ke halaman berita penuhnya. Traffic Jam.

Masuk ke Malaysiakini pula, lagi teruk. Paparan homepagenya seperi blank page. Berikut adalah pengumuman di muka hadapan lamannya.
Due to developments in Perak, we are experiencing high traffic to Malaysiakini.com

The latest developments are below.

We are increasing our server capacity within the next hour. Please try www1.malaysiakini.com
Maklumat terakhirnya, "Perak gov't on the brink of collapse" Feb 4, 09 12:12pm. Laman ini juga Traffic Jam. Bagaimanapun, ada Live Reports. Bagus juga.

Dalam Berita Harian Online pula melaporkan bahawa Menteri Besar Perak telah memasuki Istana Kinta pada 3.50 petang tadi untuk mengadap Sultan Perak. Beliau diterima mengadap untuk memohon perkenan Sultan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta. Tambahan berita pukul 4:46 pm:  4 ADUN Perak dah berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, dipercayai bagi mengumumkan pendirian mereka menyertai Barisan Nasional.
Laman ini ok sedikit, "trafik berjalan lancar."

Banyak sungguh pergerakan buah catur untuk diperhatikan. Semua tertunggu-tunggu.. pening kepala dan tertanya-tanya. 

MB Perak boleh membuat pengumuman pembubaran, namun perlu mendapat perkenan Sultan Perak terlebih dahulu. Itu satu perkara.

Jika Sultan tidak perkenan, dan jika betul 4 ADUN Perak berpaling tadah dari PR kepada BN, bermakna kerajaan negeri Pakatan Rakyat runtuh, BN akan ambil alih. Jika mendapat perkenan Sultan pula, bermakna Perak akan menghadapi pilihanraya umum di seluruh DUN dalam negerinya. Belum pernah lagi jadi dalam sejarah..

Akhir sekali, dari Malaysiakini:
5.08pm: PERAK GOVERNMENT FALLS. Najib said at his press conference that the Barisan Nasional has the support of the four former Pakatan Perak assemblypersons - three will be "BN-friendly" Independents, while Nasarudin will rejoin Umno.

Najib will meet the Perak Sultan as soon as possible. He said it is up to the sultan to decide on Nizar's request for dissolution of the assembly.

At the same venue, Nasarudin denied the claim that he had been abducted.

5.05pm: Mohd Nizar is still at Istana Kinta.
Berikutan itu, BN memiliki 28 kerusi dengan tiga Adun Bebas yang menyokongnya, manakala Pakatan Rakyat hanya tinggal 28 kerusi. 

Terakhir: Malaysiakini lapor..
5.35pm: Mohd Nizar left the palace after meeting the sultan. He briefly told reporters that he had informed the sultan of his request for dissolution.

"It is now up to Tuanku (his highness)," he said with a smile. The meeting last almost two hours.
Satu pertarungan kalah mati. Kita masih menunggu titah Sultan.. Nizar dah mengadap bagi pihak Kerajaan Negeri (Pakatan Rakyat), selepas ini Najib pula bagi pihak Pembangkang (Barisan Nasional). 

Penuh sensasi dan mendebarkan. Siapa yang cepat ambil kesempatan, dan siapa yang bijak ambil peluang. Penuh kehangatan, padat dengan polemik dan tingkah 'kata' dan 'tikam' di depan-di belakang. 

Itulah atmosfera politik kita, di negara kita. "Demokrasi, kata deme. Tak gitu Yob?"

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

IPOH: Kementerian Pengajian Tinggi yakin lebih 800,000 pelajar yang kini berada di institut pengajian tinggi akan mendapat pekerjaan yang sesuai walaupun pertumbuhan ekonomi negara dijangka rendah tahun ini dan beberapa tahun akan datang. 

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata masih ada peluang pekerjaan dan perniagaan baru kerana kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan awam walaupun sektor swasta mula mengambil langkah mengurangkan kos termasuk membuang pekerja. 

Beliau berkata, berasaskan kajian kementerian itu sejak beberapa tahun lalu, kira-kira 80 peratus lulusan diploma dan ijazah sarjana muda mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas lulus.

Katanya, graduan yang sukar mendapat pekerjaan biasanya adalah lulusan kesusasteraan universiti awam seperti pengkhususan dalam Geografi. 

“Peluang pekerjaan masih ada dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan kerana walaupun dalam suasana ekonomi semasa, perbelanjaan dalam negara masih tinggi. 

"Universiti juga digalakkan menyediakan program keusahawanan bagi pelajarnya kerana masih banyak ruang untuk peluang perniagaan.

Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk mengesan kekosongan jawatan dalam industri dan memadan graduan mengikut bidang masing-masing,” katanya selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) di sini, semalam. 

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr Zakaria Kasar. 

Khaled berkata, lulusan ijazah sarjana muda juga boleh menyertai perkhidmatan awam kerana sektor itu sentiasa mempunyai kekosongan walaupun dalam keadaan ekonomi lembap. 

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran menetapkan nisbah guru dengan murid kepada 1:1.7 dan sasaran itu membuka lebih banyak pekerjaan dalam bidang pendidikan untuk graduan.

Katanya, tahun ini saja, 9,700 tempat disediakan untuk kursus diploma pendidikan dan graduan ijazah pertama dalam semua bidang digalakkan memohonnya. 

Beliau berkata, Kementerian Pengajian Tinggi juga akan memanjangkan tempoh kajian mengenai graduan yang mendapat pekerjaan daripada enam bulan kepada dua tahun selepas menamatkan pengajian untuk melihat kesan kelembapan ekonomi. 

"Dalam tempoh dua tahun itu, kita tahu di mana graduan ini bekerja, sama ada mereka sudah bekerja atau sebaliknya, apa jurusan yang sukar mendapat kerja dan mencari jalan mengatasi masalah graduan yang sukar mendapat pekerjaan," katanya.

(Sumber: Berita Harian - 4 Februari, 2009)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kolej Komuniti dikenali sebagai salah satu institusi pendidikan dan latihan lepasan sekolah di bawah Sektor Pengurusan Kolej Komuniti, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. 

Namun begitu, ramai tidak mengetahui bahawa sebenarnya sesiapa juga boleh memohon, walaupun kita sudah bekerja, suri rumah tangga ataupun sudah bersara - jika kena dengan bentuk kursus yang dipohon.

Selain berfokus dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan kepada lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Kolej Komuniti juga menyediakan kursus-kursus jangka pendek kepada semua lapisan masyarakat setempat, industri dan agensi kerajaan di bawah Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

PSH merupakan perlaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti sepanjang hayat dengan tujuan untuk :
  • meningkatkan pengetahuan,
  • mendapatkan kemahiran
  • hobi
  • tambahnilai (added value)
  • punca dan ruang untuk menjana pendapatan tambahan, dan
  • mengukuhkan dan meningkatkan keyakinan dan ketrampilan diri seterusnya menyumbang kepada masyarakat, alam pekerjaan dan ekonomi keluarga / setempat (menjana pembangunan modal insan dan knowledge worker)
Kelayakan Masuk

Pemohon adalah dipelawa daripada calon-calon:
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
Nota: Pemohon digalakkan memohon kursus-kursus yang ditawarkan di kolej-kolej berhampiran tempat tinggal.

Yuran
RM20 (tidak termasuk bahan kursus dan keperluan lain yang berkaitan).

Tempoh
Tidak melebihi 7 hari

Cara Memohon
Berhubung terus dengan Kolej-Kolej Komuniti yang berkenaan, yang boleh dirujuk pada laman Senarai Kolej Komuniti di Malaysia. 

Untuk makluman, setakat ini terdapat 37 buah Kolej Komuniti di seluruh negara. Sebaiknya, pilihlah yang lokasinya berhampiran dengan rumah masing-masing.

Pertanyaan Lanjut
Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat
Bahagian Pembangunan Akademik
Sektor Pengurusan Kolej Komuniti
Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 8, Bangunan Menara Heritage
Jalan S/B Dagang
Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03-8939 4114 / 4134 / 4136 / 4138
No. Fax : 03- 8939 4115

Bagaimana? Menarik kan? Kalau kena cara dan masa, boleh dapat sesuatu ilmu yang bermakna dalam tempoh seminggu berkursus. Graduan IPT amat digalakkan memohon. Selamat maju jaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Telah Dibuka ! Pemohon yang berkelayakan dipelawa mengemukakan permohonan bagi mengikuti Program Pengajian di peringkat Diploma / Program Persediaan dan Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

Syarat Kemasukan dan Cara Membuat Permohonan adalah seperti berikut:

Kategori Lepasan STPM/ STAM

Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan / MyKad dan Bukan Warganegara seperti berikut:
  1. Lulusan STPM Tahun 2008 sahaja; dan
  2. Lulusan STAM Tahun 2008, 2007 dan 2006.
Nota: Pemohon Bukan Warganegara Malaysia boleh memohon terus ke IPTA pilihan. (Rujuk Bahagian Akademik IPTA untuk maklumat lanjut)

Kategori Lepasan SPM/ SETARAF

Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan / MyKad serta memiliki salah satu kelayakan seperti berikut:
  • Kategori A : Pemohon lepasan SPM tahun 2008;
  • Kategori B : Pemohon lepasan SPM tahun 2006 atau SPM tahun 2007;
  • Kategori C : Pemohon lepasan SPM/SPMV tahun 2005 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA;
  • Kategori D : Pemohon Lepasan SPM tahun 2006 dengan sijil ulangan SPM 2007 atau, dan sijil ulangan SPM tahun 2008 atau; Pemohon Lepasan SPM tahun 2007 dengan sijil ulangan SPM tahun 2008.
Pembelian Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Kaedah Pembelian: Kaunter atau Mesin ATM/SMS Banking (Bagi pemegang akaun BSN GIRO sahaja)
  • No. Akaun UPU: 14100-29-83030691-5
  • Bayaran: RM 15.60 (Lepasan STPM / STAM - Peringkat Pengajian Ijazah Pertama)
  • Bayaran: RM 10.60 (Lepasan SPM / Setaraf - Peringkat Diploma/Persediaan [Asasi/Tahmid] )
  • Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (online) sahaja. Untuk mendapat maklumat tepat, lengkap dan terkini, pemohon sila layari laman web berikut:
Bagi pengguna Mozilla Firefox dan Internet Explorer yang menghadapi masalah sewaktu melayari laman berkenaan, cuba rujuk panduan capaian ke laman web berkenaan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 Putrajaya

Tel: 03-8883 5801/5802  | Faks: 03-8889 4260 | E-mel: upu@mohe.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
  • Kategori B, C dan D (Lepasan SPM/Setaraf) pada 03 Mac 2009.
  • Lepasan STPM / STAM / SPM tahun 2008 ialah 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi STPM / STAM / SPM tahun 2008 diumumkan.
Semoga Berjaya!

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Logo USM

Calon-calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008 yang layak, dipelawa menjadi kumpulan pertama pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti APEX (Program Pemacuan Kecemerlangan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) dengan mengikuti program pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Secara Sepenuh Masa), Sidang Akademik 2009/2010.

Tarikh Mula Permohonan    : 3 Februari, jam 6.00 petang
Tarikh Tutup permohonan : 10 hari selepas keputusan rasmi STPM dikeluarkan.

Berikut adalah syarat-syarat permohonan dan cara membuat permohonan tersebut.

Syarat-syarat Permohonan
  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai, dan;
  3. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut KEPERLUAN KHAS program pengajian, dan;
  4. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), dan;
  5. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Penilaian Penetapan Khas (MunsyI) untuk tujuan penetapan program pengajian.
  6. Memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dengan SYARAT KEMASUKAN.
Permohonan Program Pendidikan Untuk Berkhidmat Dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1Januari, 2008 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1978.
  • Sihat tubuh badan, tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikut program-program yang dirangka untuk kursus ini.
Penilaian Penetapan Khas (MunsyI) Dan Temuduga
  • Calon-calon perlu menduduki dan melepasi Penilaian Penentapan Khas (MunsyI) yang akan diadakan di pusat-pusat ujian yang telah dipilih oleh calon dalam borang permohonan secara talian.
  • Bagi Program Pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
  • Tarikh temuduga dan semakan keputusan ujian dan temuduga calon yang terpilih akan dimaklumkan mulai April 2009 dan boleh disemak di laman web http://www.usm.my
  • Perbelanjaan menghadiri temuduga adalah di bawah tanggungan calon.

Cara Membuat Permohonan
  1. Permohonan hanya melalui talian (Online Application) mulai 3 Februari 2009, jam 6.00 petang dengan melayari laman web http://www.usm.my
  2. Mendaftar kali pertama dengan menggunakan nombor Kad Pengenalan (No. KP) dan Kata Laluan yang dibekalkan.
  3. Borang Permohonan yang telah selesai diisi boleh dihantar menggunakan butang 'HANTAR'. Nombor pengesahan akan diberikan sebagai rujukan. Nombor tersebut perlu disimpan dan digunakan sebagai rujukan semasa berurusan dengan USM.
Pertanyan Lanjut

UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
ARAS 2, CANSELORI
11800 USM
PULAU PINANG
Tel : 04 653 3196 / 3141 / 2688 / 3327 / 3072 / 3697
Faks : 04 653 3328
E-mel: admissions@notes.usm.my

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

UPSI-Masters-PhD

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa calon-calon yang berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (Masters) atau doktor falsafah (PhD) untuk kemasukan ke program Pengajian Siswazah bagi Sesi 2009/2010. 


  • Tarikh dibuka permohonan : 01 Februari, 2009
  • Tarikh tutup permohonan   : 28 Februari, 2009
Berikut adalah perincian syarat kemasukan peringkat Sarjana / PhD,  program yang ditawarkan serta cara-cara membuat permohonan.

SYARAT KEMASUKAN SARJANA
Struktur Program diadakan dalam tiga bentuk:
  • Mod A : Kerja Kursus dan Kertas Projek
  • Mod B : Kerja Kursus dan Disertasi
  • Mod C : Penyelidikan Sepenuhnya
Syarat Kemasukan Program M.Ed, M.A, M.Sc, M.Mgt., M.Mus., M.Acct., dan M.S.S adalah seperti berikut:
  • Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK 2.75 dan ke atas dari UPSI atau ijazah yang setaraf dari universiti lain yang diiktiraf oleh Senat UPSI.
  • Kelulusan lain yang diiktiraf oleh Senat dan
  • Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh program dari Fakulti yang berkenaan jika berkaitan.
Tempat:
  • Kuliah akan diadakan di kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI, Tg. Malim.

SYARAT KEMASUKAN PHD

Program Doktor Falsafah (PhD)

Pelaksanaan Program
Melalui penyelidikan dalam sesuatu bidang ke arah penulisan sebuah disertasi.

Syarat Kemasukan
  • Ijazah Sarjana daripada UPSI atau daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat atau
  • Kelayakan lain yang dinilai wajar serta diiktiraf Senat.
Kemasukan Program:
  • Sepanjang tahun

PROGRAM DITAWARKAN & CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara online di laman berikut:


Sila patuhi arahan yang dinyatakan bagi memastikan permohonan anda lengkap dan dipertimbangkan.

MAKLUMAN LANJUT

Institut Pengajian Siswazah
Aras 1, Blok C, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.

Tel: 05-450 5480, 5481, 5482, 5483, 5484, 5485, 5490 & 5494
Faks: 05- 459 4649

http://ips.upsi.edu.my
www.upsi.edu.my

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Kita biasa dengar komen oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima bahawa mereka tidak dapat mendaftar untuk beberapa subjek SPM berikutan pertindihan (clash) dalam jadual peperiksaan. Ini juga menjadi faktor sesetengah sekolah menyediakan pakej mata pelajaran SPM tertentu bagi kelas-kelas beraliran tertentu di peringkat menengah atas Tingkatan Empat dan Lima.

Sebagai contoh; Petals, seorang pelajar Tingkatan Lima dari Sekinchan, Selangor, menulis kepada editor TheStar pada hujung Januari bahawa dia dan rakan sekelasnya dari aliran sains ingin mengambil kertas Ekonomi Asas tetapi dimaklumkan oleh guru mereka bahawa subjek berkenaan akan berlangsung serentak pada masa dan tarikh yang sama dengan kertas Biologi. 

Ditanya berhubung isu berkaitan, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom menasihatkan mereka yang berkenaan agar menulis secara rasmi kepada Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Datuk Dr. Salbiah Ismail.

Sehubungan itu, Datuk Alimuddin meminta LPM meninjau masalah ini. Tambahnya, SPM akan hanya bermula pada pertengahan November, jadi masih ada masa untuk membuat rombakan (jadual waktu peperiksaan) berkenaan.

Bagi PakTeh, elok juga jika pihak LPM membuka ruang lebih luas untuk murid memilih subjek diminati bagi mengukuhkan peluang pendidikan dan kerjaya masa depan mereka, dengan mengelakkan pertindihan masa/tarikh. Cuma sejauhmanakah sekolah bersedia untuk menyediakan pakej subjek mengikut pilihan murid dengan kapasiti guru beropsyen yang terhad.

Di samping itu, mungkin pelajar mampu belajar sendiri bagi subjek-subjek tertentu, tetapi berapa ramaikah sebenarnya mereka di seluruh Malaysia? Risiko pemanjangan tempoh peperiksaan SPM akan berlaku di samping kos meningkat bagi pengurusan petugas pegawai pengawasan peperiksaan nanti.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Seperti sedia maklum, takwim peperiksaan awam 2009 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Satu perkara menarik tahun ini adalah jadual peperiksaan PMR. Kali pertama dalam sejarah, PMR tahun ini akan dijalankan dalam masa 2 minggu. Pelajar-pelajar Tingkatan Tiga tahun ini dijadualkan mengambil peperiksaan pada 7-9 Oktober (Rabu-Jumaat), dan dari 12-13 Oktober (Isnin-Selasa).

Biasanya PMR yang berlangsung pada Oktober setiap tahun hanya memakan masa 5 hari peperiksaan, dalam satu minggu. Rutin kertas peperiksaan adalah hari Isnin - Khamis: pagi dan petang, manakala Jumaat, pagi sahaja.

Mengapa tahun ini berbeza?

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan akhbarnya menjelaskan bahawa tarikh bagi PMR diubah sedemikian dari tarikh asalnya memandangkan jadual PMR yang asal berakhir terlalu hampir dengan perayaan Hari Deepavali, pada 17 Oktober.

Dalam pada itu, beliau berkata peperiksaan PMR tidak dapat dimulakan pada hari Isnin (5 Oktober) kerana tarikh tersebut adalah terlalu awal.

Sebenarnya pada tahun lalu, pada awalnya jadual peperiksaan PMR dipisahkan kepada 2 bulan - iaitu sebahagian kertas pada Oktober manakala sebahagiannya lagi pada November. Namun begitu, tarikh peperiksaan telah diubah ke dalam satu minggu, hanya pada bulan Oktober berikutan rungutan dari ibubapa dan para pelajar berhubung masalah tarikh-tarikh peperiksaan yang terpisah itu.

Kita tengok nanti apa kesan pemisahan tarikh ini. Yang PakTeh nampak, lebih banyak baiknya berbanding yang buruk. Paling baiknya adalah bagi kertas 12-13 Oktober, ada extra 2 hari pada Sabtu & Ahad sebelumnya untuk calon-calon PMR mengulangkaji. Selamat Berusaha.

Baca Selengkapnya (Read More)...