| 0 comments ]

Permohonan mengikuti Program Pengajian Ijazah Pertama Bagi Calon Lepasan STPM/Setaraf (Kategori Diploma/Setaraf) Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Sesi Akademik 2009/2010 dibuka mulai 5 Januari 2009 hingga 5 Februari 2009.  


Pemohon adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan / MyKad serta mempunyai kelayakan seperti berikut:
  1. Lulusan Diploma dari IPTA/Politeknik/IPTS;
  2. Lulusan STP/HSC/STPM Tahun 2007 atau sebelumnya;
  3. Lulusan Matrikulasi Tahun 2007 atau sebelumnya;
  4. Lulusan STAM tahun 2005 atau sebelumnya;
  5. Sijil Politeknik (Kejuruteraan) dan;
  6. Lain-lain kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat.

Berikut adalah perincian tentang Pembelian Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Kaedah Pembelian: Kaunter atau Mesin ATM/SMS Banking (Bagi pemegang akaun BSN GIRO sahaja)
  • No. Akaun UPU: 14100-29-83030691-5
  • Bayaran: RM 15.60
  • Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai bukti sah pembelian.
Permohonan adalah dipelawa daripada pemohon yang berkelayakan bagi mengikuti Program Pengajian Ijazah Pertama di 18 buah IPTA di seluruh negara.
Permohonan adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (online) sahaja. Untuk mendapat maklumat tepat, lengkap dan terkini, pemohon sila layari laman web Kementerian Pengajian Tinggi (www.mohe.gov.my).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 Putrajaya

Tel: 03-8883 5801/5802  Faks: 03-8889 4260 E-mel: upu@mohe.gov.my

UPDATE!! 
Permohonan IPTA Online Lepasan Diploma/Setaraf
Tarikh permohonan: 05/01/09 - 05/02/09

UPDATE!! 
Permohonan IPTA Online Lepasan STPM/Setaraf 
Tarikh permohonan: 03/02/09 - 10 hari selepas keputusan STPM 2008 diumumkan.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment