| 0 comments ]

Seorang ahli politik seharusnya memiliki ilmu yang luas. Ianya bukan sekadar pendidikan formal, malahan juga penglibatan luas dalam arena politik, ekonomi dan sosial dalam negara. Ia perlu prihatin dengan permasalahan setempat dan membantu menyelesaikannya sebaik mungkin, khasnya bagi rakyat berpendapatan rendah - tanpa mengira latar bangsa dan agama.

Dalam mengharungi situasi politik negara yang kompleks, seseorang ahli politik harus memiliki ketahanan mental dan emosi serta kemahiran inter personal yang tinggi. Dengan asas agama yang murni, seharusnya membina dan mengukuhkan bakat kepimpinan seseorang. Melalui pengalaman pula, meningkatkan potensi karier seseorang ke arah lebih tinggi. 

Kita lihat biodata Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir. Amat menarik.

Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir
DATUK DR. ZAMBRY ABDUL KADIR

TARIKH LAHIR : 22 Mac 1962 
TEMPAT LAHIR : Pulau Pangkor, Perak 
ISTERI : Datin Saripah Zulkifli 
ANAK : Lima (Tiga perempuan, dua lelaki) 


KELULUSAN AKADEMIK:
  • PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
  • MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
  • MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
  • B Econs (Kepujian) UIAM (1987) 
PENCAPAIAN:
  • Anugerah Kepujian (PhD) 1995
  • Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
  • Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987) 
  • Pentauliahan Leftenan Komander Kehormat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh DYMM Yang Dipertuan Agong (2005). Beliau adalah ahli politik pertama mendapat anugerah tersebut.
JAWATAN:
  • Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
  • Ketua Umno Bahagian Lumut
  • Adun Pangkor (sejak 2004)
  • Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)
Datuk Dr. Zambry adalah seorang penulis yang aktif sejak dari zaman sekolahnya. Beliau memenangi beberapa anugerah dalam pertandingan penulisan semasa menuntut, antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak pada 1982 dan memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan pada 1986 dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan 1987.

Beliau juga menulis beberapa buku antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" (1998), "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah" (2000) dan "Islam Malaysia dan Amerika" (2002).

Zambry juga editor bagi beberapa penerbitan termasuk "Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise pada 1989, "Business Administration in Islam" oleh Hizbi pada 1991 dan "Imbas Gemilang KBS 98" untuk Kementerian Belia dan Sukan.

Akhir kata, semua orang tidak terus dilahirkan sebagai ahli politik. Ia bermula dengan pendidikan biasa - formal dan informal. Penghayatan permasalahan setempat biasanya membawa keinginan untuk keterlibatan diri dalam bidang politik secara tidak langsung, pada awalnya. Bermula dengan peringkat terkecil (cawangan) ke peringkat bahagian, barulah potensi ahli politik itu berkembang - tanpa had.

Kerjaya sebagai ahli politik mempunyai potensi yang amat luas. Tiada sebuah negeri atau negara yang tidak mempunyai pemimpin. Tanpa pemimpin yang berpengetahuan dan berpengalaman luas, negara tidak dapat dipacu untuk menjadi sebuah negara yang maju. Cuma yang perlu diingat, tiap jawatan dan pangkat bukan anugerah, tetapi adalah amanah. Amanah Allah inilah yang amat berat untuk dipikul, yang mana langit dan bumi tidak sanggup menerimanya.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment