| 4 comments ]

... kita sambung semula kisah.

Semalam tak dapat apa2 maklumat dari si Zuhdi. Tak jumpa dia. Selalu dia keluar main depan rumah dia petang2. Tapi petang semalam, tak keluar pula dia.. Isk!...

Malam semalam, Zaim demam lagi. Tidur awal lepas Isyak. Pukul 10.00, meracau, kata MakTeh. MakTeh memang perisau. Tambah2 cerita sangkut pelik2 ni. PakTeh yg tengah buat kerja kat bawah, pergi jenguk bilik Zaim. Bacakan beberapa rangkai ayat2 Al-Quran. Aneh lagi! PakTeh tak 'rasa' sesuatu yang aneh pada si Zaim.. sama macam malam kelmarin. Tu yang rasa macam tak berapa kisah tu. MakTeh terus gelisah. Kejab2 selang sejam, dia jenguk lagi si Zaim tu. PakTeh kata, dia demam tu. Insya Allah.. nanti, baiklah dia. Tidur le.

Bangun pagi tadi, Zaim nampak lebih sihat. MakTeh ke SMK Ambrose, Ayer Tawar - mengawas SPM. PakTeh juga ke sekolah macam biasa.

Di sekolah, jumpa Ustzh Maimun di pejabat, tanya la pasal si Zuhdi. Cerita sikit pasal kisah petang Jumaat tu. Ustzh lagi hairan, anaknya langsung tak bagitau tentang kad jemputan tu. Padan le keluarganya tak ke surau untuk jamuan tu.. Tapi Ustzh mmg ada nampak kertas macam kad kecil di tepi televisyen di rumahnya. Tapi dia tak la pulak tanya kat anaknya. Katanya; anak dia tu mmg pendiam, tak ditanya - tak dijawab. Ditanya Zuhdi sihat ke?, katanya ok. Cuma petang semalam dia ke rumah TokWan dia (Ust Azhari). Balik rumah semula dekat maghrib. Okeehhh !!..

Kemudian, ke Koperasi Sekolah. Jumpa Cikgu Siti Aminah. Nak bagi duit tempahan name-tag $210 dari SJK TitBin yang mendaftar minggu lepas. Wakil sekolah tu hantar ke pejabat pagi ni. Sembang sikit pasal persiapannya nak pindah dari kuaters hujung minggu ni. Dia buat rumah di Titi Gantong. Cikgu Siti ni duk di flat 2A. Dalam duk sembang, teringat yang dia ada datang masa jamuan Raya di surau tempohari.

Tanya kat dia, dapat kad kut bawah pintu ke? Maaf la, si Zaim & Zuhdi main buh kat situ je, kata PakTeh.

"Eh! Idaklah!", kata Cikgu Siti. Katanya, mak dia sendiri yg ambil kad dari budak2 tu petang Jumaat ari tu. Ooo.. Maknya datang dah seminggu, tolong2 kemas2 barang & rumah sebelum berpindah ujung minggu ni. Masa budak2 tu ketuk pintu, mak Cikgu Siti tengah solat 'Asar. Jadi selesai solat, baru dia buka pintu. Bebudak tu dah turun mulanya. Dengar pintu bukak, depa naik balik ke atas. Dan serah kad tu. Okeeehhh...!!

Tanya lagi. Mak Siti pakai spect ka? Katanya: "A'ah". Okeeehh..!!!

Balik sekolah: tanya Zaim.. test: "Petang Jumaat ari tu, Zaim bagi kad kat nenek, rumah 2A tuu... bukan 4A. Zaim silap kot". Tetiba dia kata.. "Ohhh.. a'aa laaa. Baru teringat.. Mi dah nak turun tingkat bawah dah, masa yang dengar pintu rumah dia terbuka." PakTeh tanya lagi: "Jadi maknanya, bukan la Mi naik ke tingkat 4, cuma ke tingkat 2 saja!"

PakTeh gelak, si Zaim pun gelak. "Porra chiit".

Petang tadi, Zaim makin sihat. Pukul 5.30 : bawak dia pi gunting rambut kedai keling Pantai. Lepas tu, pekena mee goreng kedai Nasir. Dan "selsema"nya macam dah nak sembuh. Alhamdulillah. Malam ni, makin ok.

Lastly, The Morale of the Story.. :

Budak2 pun bukannya ingat apa yg dia buat, boleh lupa jugak.. bila dia lupa, dia tetap akan cerita apa-apa.. benda-benda yang kita mungkin percaya. Bila kita percaya, kita pun mungkin boleh jadi huru hara. Akhirnya, kita pun terkena.. haha.

Porra chitt!
Yinggei purringgey.

Related Posts by Categories



4 comments

Pak Ngah: said... @ 1:16 AM

:: menarik... ada selitan "cerita" di sebalik "cerita"... menarik... dan apa jadi dengan mamanya?

PakTeh said... @ 7:04 AM

Mama dia ok. Juga gelak besar dengar cerita kami. Apapun, semuanya ok. Moga kuaters terus aman diduduki, oleh sesiapapun. Haha. Tanpa takut2.

Brisa de Amor said... @ 2:18 PM

Hello friend!
I'm very happy with you! I see you!
congratulation for you blog, the pics are very beatifull!

Kiss from Argentina!!!!

PakTeh said... @ 8:47 AM

hello brisa de amor.. thanks for the visit & comments. you are almost welcomed. anyhow, i'm still a novice in blogging. for your acknowledge, it was just 1 month experience. so many holes here and there.. hehe.

Post a Comment